You are on page 1of 7

SULIT*

910/2 j2k

PERCUBAAN

STPM .2008

·KERTAS2

(TigaJam)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA STPM 2008

ANJURAN BERSAMA

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

DAN

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENG ETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

Arahan kepada calon:

Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada
Bahagian C dan soalan dalam Bahagian D.

Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan.

Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripadu 7 halaman bercetak


@ Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan PKPSM, KEDAH 2008

PERCUBAAN STPM 910/2 [Lihat sebelah


*Kertassoalanini SULIT sehinggapeperiksaan kertas initarnat. SULIT*
SULIT* 2
j2k

Sahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan
dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [ 50 ]

1 Kes kehilangan .kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan banyak


pihak. Kes kehilangan kanak-kanak ini dikatakan berpunca daripada kecuaian atau
kelalaian ibu bapa itu sendiri. Bincangkan.

2 Selain mengemukakan unsur pengetahuan sejarah, mata pelajaran Sejarah


dikatakan mampu memupuk nasionaiisme dalam kalangan pelajar. Bincangkan.

3 Penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi untuk tujuan pembangunan semakin


berleluasa di negara kita. Penerokaan hutan yang dilakukan tanpa kawalan di kawasan
tersebut akan meninggalkan kesan terhadap alam sekitar di negara kita. Sebagai
seorang pegawai di Jabatan Alam Sekitar, anda telah dijemput untuk menyampaikan
ceramah kepada pelajar sekolah tentang kesan penerokaan hutan di kawasan tanah
tinggi terhadap alam sekitar. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.

4 Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak 3K ( Kebersihan, Keceriaan, dan


Keselamatan ) Menangani Masalah Keracunan Makanan Peringkat Negeri, anda
diminta untuk menyediakan satu laporan tentang punca-punca berlakunya kes
keracunan makanan di sekolah. Sediakan laporan tersebut.

910/2 Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3 j2k

Bahagian B

5 Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat
dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak
lebih tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. [20]

8 Jun ialah Hari Laut Sedunia yang pertama kali diisytiharkan pada 8 Jun 1992 di
Puncak Bumi, Rio de Janeiro, Brazil. Pengisytiharan ini adalah untuk meningkatkan
kesedaran mengenai pentingnya laut kepada kehidupan manusia. Tahukah kita bahawa
peranan laut begitu menakjubkan sebagai pemampan? Laut memampan haba, gas
rumah hijau seperti karbon dioksida dan bahan cemar untuk mengimbangkan iklim
bumi, seterusnya melindungi manusia daripada perubahan mendadak kenaikan suhu
bumi. Berbanding pencemaran darat yang boleh dilihat dengan jelas dan lebih mudah
diuruskan, pencemaran di laut tidak dapat disempadankan. Kesan buruknya tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Malangnya, kebutaan ini menyebabkan manusia kian
angkuh dengan pelbagai aktiviti yang terus-menerus memusnahkan laut.

Sampah plastik, sisa industri, dan minyak dikenal pasti sebagai angkara utama
manusia yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat dan hidupan marin.
Meskipun dalam kepekatan yang kecil, komponen beracun pencemar ini mampu
membantutkan kebolehan hidupan marin untuk membiak dan membesar. Peningkatan
drastik pencemaran laut berasaskan plastik sejak tahun 1940-an, kini merupakan isu
yang begitu meruncing. Setiap tahun, puluhan ribu hidupan marin terkorban atau cacat
akibat sampah plastik. Kajian mendapati sekurang-kurangnya 30,000 hidupan mati
terperangkap atau tercekik.

Selain itu, pernbuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal dan Perang Teluk
telah meninggalkan kesan terhadap persekitaran dan biodiversiti laut. Kesan
kemusnahan daripada tumpahan minyak amat sukar dikenal pasti. Hal ini demikian
kerana kesannya terhadap hidupan marin tidak kelihatan dengan mata kasar serta tidak
menyebabkan perubahan ekonomi serta-merta. Tumpahan minyak paling buruk dalarn
sejarah adalal1 daripada kapal tangki minyak Exxon Valdez pada tahun 1989 yang

910/2 Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4 j2k

pecah dan menumpahkan lebih 35,000 tan minyak mentah di perairan Prince William
Sound di Alaska. Minyak bukan sahaja telah meliputi 2,300 kilometer persegi
permukaan laut, malah dalam masa tiga hari, 50 peratus daripada minyak itu mendak di
pesisiran pantai. Hal ini menyebabkan kematian ratusan ribu hidupan marin, termasuk
13 peratus daripada populasi anjing laut, 28 peratus daripada populasi memerang taut,
dan sehingga 645,000 ekor burung laut. Hakikat bahawa minyak berskala besar yang
tumpah ke dalam salah satu ekosistem marin terkaya dengan biodiversiti dunia telah
menyebabkan kegemparan di serata dunia serta menimbulkan pelbagai kontroversi.

Hal ini telah menyebabkan kesedaran mengenai pencemaran laut telah diuar­
uarkan dan diberi perhatian di seluruh dunia. Di negara ini, langkah mewujudkan
Taman Laut Malaysia sebagai kawasan perlindungan laut sejak 1994 melalui Akta
Perikanan 1985 dilihat sebagai permulaan yang baik bagi usaha pemuliharaan laut.
Setakat ini sebanyak 40 pulau yang paling kaya dengan biodiversiti laut telah
diwartakan sebagai Taman Laut dan beberapa pulau lagi masih dalam kajian.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana


"Pencemaran Laut Kian Kritikal", Mingguan
Malaysia, Jun 2008, halaman 16-17)

910/2 Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat. SULIT*
5 j2k
SULIT*

Sahagian C

6 Alih puisi di bawah ini kepada prosa biasa bahasa Melayu moden [ 15 ]

Wasiat Ayah

Harum bau setanggi ketika ayah pergi

meninggalkan kami anak-anak si petani

yang berani dan berdikari

mengharungi arus globalisasi.

Ayah tinggalkan sawah dan bendang


untuk kami kerjakan
atau kami biarkan
bendang ditumbuhi lalang.

Aku melangkah ke menara gading

abang kakakku semua sudah bersanding

hanya tinggal aku di bumi asing

tiada masa untukku bermain-main.

Wasiat ayah; jadilah orang yang berguna


kepada agama, bangsa dan negara
sayangi yang muda, hormati yang tua
agar hidup aman sentosa.

Wasiat ayahanda kata keramat

penuh nasihat bersulam hikmat

menjadikan aku seorang yang cermat

memilih jalan hidup yang selamat.

(Dipetik dan diubahsuai daripada,


Dewan Sastera, Mei 2007 )

910/2 Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6 j2k

7 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan
memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. [ 15 ]

Retti Eliza bersiap-siap di biliknya. Oia akan menemui Hamzan di Medan Mara
Kuala Lumpur jam tiga petang. Oi dalam kereta abang iparnya nanti, dia tidak akan
berpeluang bercakap tentang Sofian dengan kakaknya. Kalau tidak berpeluang
bercakap hari ini, dia terpaksa menunggu sampai seminggu lagi kerana sejak
berkahwin, kakaknya pulang ke Melaka seminggu sekali.
Apabila dia keluar dari bilik, didapatinya kakaknya sedang membasuh pinggan di
dapur. Segera dia ke dapur.
"Kakak, boleh Ti tanya?" katanya.
"Eh, macam ada yang rumit pula!" Kakaknya tersenyum.
"Apa pendapat kakak, saya pun turut putus tunang dengan SofianT
II Itu hak Ti, macam kakak gunakan hak kakak juga. Itu saja."
"Tapi tak ada alasan kan?"
"Eh, Ti lulusan tinggi, kakak hanya SPM! Ti buat keputusan ikut pertimbangan
sendirilah," balas kakaknya selamba.
Retti Eliza tidak beroleh apa-apa maklumat daripada kakaknya. Kenapakah
Sofian ditolak oleh kakaknya dulu? Sekarang kakaknya seperti menyindir dia dengan
menyebut soal kelulusan.
Oi Kuala Lumpur, Retti meminta abang iparnya berhenti di mana-mana sahaja.
Dia akan menaiki teksi ke Pasar Budaya sebelum ke Medan Mara.

( Oipetik dan diubahsuai daripada novel Takungan Hajat"


II

Terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1995)

910/2 Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat. SULIT*
j2k
SULIT* 7

Sahagian D

8 Kenai pasti kesa/ahan bahasa da/am petikan di bawah ini. Bagi setiap kesa/ahan,
jelaskan sebab kesa/ahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Kerajaan melalui Kementerian Selia dan Sukan, telah berusaha menjadikan


sukan sebagai suatu kegiatan yang bermanafaat demi meningkatkan tahap kesihatan
rakyat negara ini. Sukan bukan sahaja menyihatkan badan, malah berupaya untuk
menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang terkenal sekali di peringkat
antara bangsa. Kerajaan juga turut berusaha untuk menyedarkan tentang kebaikan
bersukan dan beriadah melalui media rnassa dan kempen-kempen yang pelbagai
agensi kerajaan jalankan.

910/2

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat. SULIT*

.------~---

You might also like