You are on page 1of 4

TINGKATAN 2// PENGHASILAN SENI VISUAL

KRAF TRADISIONAL >

Seni Tekat

Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil, iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu kain baldu. Ada juga yang menamakan seni ini sebagai hiasan permukaan kain secara timbul atau suji timbul (tuji timbul). Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Suji bermaksud berulang-ulang, bertubi-tubi dan berturut-turut melakukan sesuatu. Di Perak, seni tekat pada asalnya dimonopoli oleh golongan istana. Tekat juga dikatakan berasal dari Negara China dan India yang kemudiannya dipengaruhi motif pilihan yang diubahsuai daripada sumber alam oleh tukang-tukang tempatan. Jenis-Jenis Tekat 1) Tekat timbul bunga emas.

Menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

2) Tekat Gubah

Tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Tukang tekat hanya menyulam dan membentuk motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah daripada kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah untuk menghiasi tudung saji, tepak sireh, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu diraja dan sebagainya,

Aspek estetika.

Seni tekat banyak menggunakan ragam hias yang dipengaruhi oelh objek-objek
alam. Ragam hias ini memberi makna atau pengertian, kehalusan, kelembutan dan kemahiran masyarakat Melayu. Antara motif yang biasa dibuat ialah haiwan (unggas), tumbuh-tumbuhan dan bentuk geometri dan awan larat. 1) Bentuk tumbuh-tumbuhan Motif tumbuhan yang biasa digunakan ialah motif pucuk rebung, bunga cengkih, bunga lawang, bunga cempaka, bunga pecah empat, bunga kerawang, bunga berkalung, bunga cempaka hutan, bunga anggerik, bunga pecah lapan, bunga kemboja, bunga kekwa dan bunga raya. 2) Bentuk Geometri Bentuk geomwtri ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, corak catur, kisi dan Dungsun seperti swastika S yang berganda keluk dan sebagainya.

3) Bentuk haiwan Bentuk haiwan, unggas dan burung pula terhad bilangannya. Terdapat satu contoh di Muzium Negara iaitu tikar panca yang menggunakan motif burung.

Bunga pecah enam (lawang)

Bunga pecah lapan

Bunga pecah lima

Pucuk rebung segitiga

Corak berganda keluk

Pucuk rebung Daun/pucuk paku Bunga bakung (variasi) Bunga/buah delima

Potong wajik Lengkung awan

Motif Geometri

Daun/pucuk paku

Daun/pucuk paku

Daun/pucuk paku Ayam jantan Burung

Motif tumbuh-tumbuhan

Motif Haiwan Bunga Sulaman Tekat. Terdapat dua jenis bunga sulaman tekat: 1) Bunga sulam penuh Adalah jenis bunga biasa. Terdapat dua bentuk motif bunga iaitu bunga di hujung yang tajam dan bunga di hujung yang bulat. 2) Bunga sulam pahat Merupakan motif bunga yang dibelah di tengah-tengah kelopaknya. Jenis motif ini agak sukar untuk ditekat, namun bagi orang yang mahir inilah yang menjadi keindahan sesebuah tekat. Susunan bentuk motif Bertujuan untuk menghasilkan tekat yang mempunyai ciri-ciri menarik, harmoni dan mempunyai kesatuan. Motif yang disusun dengan baik akan menimbulkan keindahan dalam ciptaan tekat.

Antara susunan motif yang terdapat dalam gubahan tekat tradisional ialah : 1) Susunan tunggal

Susunan motif bersendirian, sama ada dalam bentuk kuntum, daun atau pucuk. Terdapat juga motif yang disusun dengan gabungan satu motif menjadi
serangkai bunga. Terdapat susunan tunggal yang dimasukkan motif daun, bunga, putik dan dahan sbagai satu kepelbagaian gaya. 2) Susunan Sulur bayung

Susunan yang menjalar seperti tumbuhan yang menjalar.


Penuh dan seimbang serta membentuk bahagian dahan yang melentok dan menjalar. Juga terdapat bentuk bunga, putik dan daun. Susunan ini digunakan untuk gubahan lemudi, bendul pelamain, peterana atau tikar panca (tikar yang menghiasi lima atau tujuh lapis kain). 3) Susunan awan larat. Susunan yang bersambung-sambung, saling berkaitan dan saling bersentuhan antara sesuatu motif. Penggunaan susunan ini tidak banyak mempulur. Teknik tekat gubah sesuai menggunakan susunan awan larat ini. Alatan dan Bahan Menekat. Alat/bahan Pemidang Kayu Cuban Irasan/ Kain dasar Benang putih Jarum Mempulur Fungsi untuk meregang kain dan memudahkan tekatan Jarum besar yang diperbuat daripada dua keratan buluh yang diikat dalam bentuk palang. Digunakan untuk melilit benang emas. Kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman. Kain baldu untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman. Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur. Untuk mengait dan mendapatkan jarak tekatan yang tepat. Isi tekat yang bermotif. Dilekatkan di atas kain dasar sebelum proses menyulam sehingga meniggalkan bentuk. Juga berperanan mengukuh dan menimbulkan ragam hias agar kelihatan menonjol keluar daripada latar.

Benang emas sederhana besar dan jarum Proses Tekatan

Menyediakan mempulur a) Lukis motif pada kad tebal b) Potong dan tebuk kertas tersebut mengikut motif yang dilukis. Persiapan pemidang a) Pemidang terbahagi kepada dua iaitu yang berkaki dan tanpa kaki. b) Renggangkan kain putih dengan mengikat pinggirnya pada pemidang. c) Letakkan kain baldu di atasnya dan disembat kasar supaya lekat pada kain putih yang direnggang. Menyulam a) Sebelum menyulam, letakkan mempulur di atas kain dasar. b) Kain dasar terdiri daripada warna gelap seperti merah tua, hijau tua, biru gelap dan ungu gelap. c) Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi bahagian batang mempulur. d) Kemudian, benang emas tersebut akan ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. e) Benang putih harus melalui bahagian bawah mempulur tanpa memperlihatkan kesan jahitan benang pada permukaan mempulur. Kemasan a) Setiap kali merentas, benang-benang emas patut disusun rApat supaya batang mempulur tidak kelihatan. b) Dengan itu, sulaman benang emas akan lebih teratur dan kemas. Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup dengan sulaman. c) Bahagian penyambung biasanya ditutup dengan labuci atau manik-manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak memerlukan bahagian itu ditutup.

Jarum Cuban

Mempulur

Benang emas

Kain baldu Kain kapas

Benang kapas

Gambarajah proses tekatan

You might also like