You are on page 1of 4

FUNGSI TEKAT

Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai


kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam
Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian
kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak
terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannya juga
memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang
rapi apabila digunakan.

Jenis Tekat

i. Baldu dan benang emas


ii. Sulam penuh

iii. Sulam pahat

iv. Tekat timbul benang emas dan perak

v. Tekat gubah ( tidak menggunakan mempulur )

vi. Tekat perada ( perada emas ditampal pada kain )
SUSUNAN MOTIF
Susunan motif terbahagi kepada tiga corak seni tekat, iaitu:
1. Susunan Satu atau Tunggal - hanya memerlukan satu sahaja corak untuk disulam. Corak
tunggal yang digunakan ialah setangkai bunga lengkap dengan batang, daun, ranting dan kudup.
Corak susunan satu biasanya dijadikan penghias alatan seperti tepak sirih, sarung bantal, dan
kusyen.

2. Susunan Salur Bayung - menampilkan corak tumbuhan yang disusun secara menjalar dan
berkait seperti keadaan semulajadi tumbuhan tersebut. Corak pada kain digubah memenuhi kain
dasar.

3. Susunan Awan Larat - lebih kompleks dan rumit kerana corak tumbuhan atau haiwan disusun
saling berkait dan rapat serta padat menghiasi permukaan kain. Corak-corak ini saling bercantum
membentuk lingkaran awan larat. Susunan yang berlingkar dan berlengkuk ini menampakkan
sulamannya yang kreatif dan berkualiti.

MOTIF SENI TEKAT
1.MOTIF FLORA -
Motif flora sangat digemari di samping motif fauna dan geometri. Tumbuhan menjadi pilihan
ialah tumbuhan menjalar, terutamanya bunga, daun, akar menjalar dan kudup bunga.
Motif tumbuhan ini dimanipulasi dan diubahsuai menjadi variasi yang menarik. Contoh motif
flora yang biasa digunakan ialah bunga cempaka, bunga asam batu, bunga bakung, bunga bercula
kelopak pecah lapan, bunga kenanga, bunga pecah lima, bunga raya, bunga teratai, bungan atau
buah delima, daun bunga jermin, daun keladi, daun peria, daun atau buah padi dan daun atau
pucuk paku.

2. MOTIF FAUNA
Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya
diolah atau digabungkan dengan motif flora.

3. MOTIF GEOMETRI
Motif geometri digemari kerana lebih mudah dan ringkas. Antara motif geometri yang popular
ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus, swastika, gandaan huruf 'S' dan
sebagainya.

You might also like