You are on page 1of 1

Tarikh: 28 Disember 2010 Guru Besar, SK Padang Garong (1).

Tuan, SURAT TUNJUK SEBAB DIATAS KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH Saya, Mohd Azhar Bin Ab Aziz, mengucapkan terima kasih kepada Tuan Hj Mansur B Hussain selaku Guru Besar SK Padang Garong (1) kerana sudi memberikan peluang kepada saya untuk memberi tunjuk sebab di atas ketidakhadiran ke sekolah untuk Taklimat Guru Besar kepada ibubapa Tahun 1 pada 26 Disember 2010 yang lepas. 2. Untuk makluman pihak tuan, sebab ketidakhadiran saya pada hari tersebut adalah kerana pada hari tersebut juga saya terpaksa menghantar adik saya ke Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki untuk sesi pendaftaran dan pengagihan buku teks. 3. Di atas ketidakhadiran tersebut, saya telah memaklumkan kepada Cik Suriani Bt Abd Talib untuk memaklumkan kepada tuan. Oleh kerana nombor telefon tuan berada di dalam handset saya yang ketika itu kehabisan bateri, saya menggunakan Handset isteri saya untuk menelefon Cik Suriani. 4. Saya memohon kemaafan di atas segala permasalahan dan kesulitan yang dihadapi akibat ketidakhadiran saya pada hari tersebut.
Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Guru Besar kerana sudi untuk menerima surat tunjuk sebab di atas pekara ini. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang Benar, ___________________________ (MOHD AZHAR BIN AB AZIZ) Guru j-QAF SK Padang Garong (1).

You might also like