You are on page 1of 12

1.

1 NISBAH KECAIRAN Nisbah kecairan adalah suatu nisbah yang menunjukkan keupayaan dan kemampuan sesebuah syarikat untuk menjelaskan hutang semasa apabila dituntut. Melalui nisbah ini, penganalisis boleh mengukur sejauh mana keupayaan dan potensi sesebuah syarikat membayar hutang nisbah cepat. 1.1.1 Nisbah Semasa Nisbah semasa adalah nisbah hutang yang mampu dibayar oleh syarikat seandainya aset-aset (harta yang dimiliki) semasa ditunaikan dalam bentuk wang. mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Nisbah kecairan ini terbahagi kepada dua iaitu nisbah semasa dan

FORMULA NISBAH SEMASA Nisbah semasa=Aset semasaLiabiti semasa

Contoh: Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa = 816762 340416 = 2.40 kali

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai aset semasa 2.40 kali ganda daripada libiliti semasa. Ini bermakna syarikat menyediakan RM 2.40 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Baki bagi pembayaran semula adalah RM 1.40 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.

1.1.2 Nisbah Cepat

Nisbah cepat merupakan nisbah yang mana mahu melihat keupayaan syarikat membayar hutang dengan mengikut syarat yang lebih ketat.

FORMULA NISBAH CEPAT Nisbah cepat=Aset semasa-InventoriLiabiti semasa

Contoh: Nisbah Cepat = kali Liabiliti Semasa 340416 Aset Semasa Inventori = (816762 583908) = 0.68

Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang daripada 1 yang membawa maksud jumlah asset yang boleh ditunaikan adalah kurang daripada liability semasa. Syarikat mempunyai baki RM 0.68 bagi setiap RM 1 lbiliti yang dituntut. Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik

1.2

NISBAH PENGURUSAN ASET

Nisbah pengurusan aset ialah nisbah yang digunakan untuk mengukur keberkesanan dan kecekapan sesebuah syarikat dalam menguruskan aset syarikat. Secara amnya, pengurusan yang berkesan dan cekap akan menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal dengan jumlah aset yang dimiliki. Nisbah pemgurusan aset ini terbahagi kepada empat iaitu:

1.2.1 Pusing Ganti Tetap Pusing Ganti Tetap adalah untuk menguji pengurusan syarikat dalam menggunakan aset tetap untuk meningkatkan jualan syarikat. Jika sesebuah syarikat mampu menguruskan penggunaan aset tetap dengan cekap maka jualan yang dilakukan oleh syarikat tersebut akan meningkat serta memajukan syarikat itu sendiri.

FORMULA PUSING GANTI TETAP Pusing Ganti Tetap=Jualan Aset Tetap Bersih

Contoh: Nisbah Pusing Ganti t Tetap = Jualan Bersih = 270900 = 7.51 kali 360510

Jumlah Aset Tetap

Pengiraan diatas menunjukkan syarikat ini mempunyai pusingan ganti tetap sebanyak 7.51 kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap memberi sebanyak RM 7.51 jualan dapat dijanakan.

1.2.2 Pusing Ganti Jumlah Aset Pusing Ganti Jumlah Aset ini mempunyai kesamaan dengan Pusing Ganti Tetap yang mana peningkatan sesuatu jualan adalah hasil pengujian pengurusan syarikat terlebih dahulu. FORMULA PUSING GANTI JUMLAH ASET Pusing Ganti Jumlah Aset=Jualan Jumlah aset

Contoh: Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset = 2709000 = 2.29 kali

1182000

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini memperolehi jualan sebanyak 2.84 kali lebih besar daripada asetnya. Setiap RM 1 yang dilaburkan dalam asetnya menghasilkan RM 2.84

1.2.3 Pusing Ganti Inventori Pusing Ganti Inventori digunakan untuk menilai kecairan inventori yang menunjukkan perjalanan inventori dalam sesebuah syarikat.

FORMULA PUSING GANTI INVENTORI Pusing Ganti Inventori=Kos Barang Dijual Inventori

Contoh: Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori = 1625400 583908 = 2.78 kali

Berdasarkan kepada pengiraan diatas, syarikat tersebut mempunyai nisbah pusing ganti inventori yang tinggi. Nisbah yang tinggi disebabkan penjualan produk syarikat yang laris atau syarikat tidak menyimpan banyak inventori yang daripada segi menyimpan. Kadar ganti stok dalam tahun berkenaan ialah 2.78 kali. Dengan kata lain, stok dipegang selama 2.78 hari sebelum dijual.

1.2.4 Tempoh Pungutan Rata Tempoh Pungutan Rata merupakan masa yang diambil untuk mendapatkan kembali bayaran yang dibeli secara kredit (hutang) oleh pelanggan. Melalui cara ini, kecekapan dan ketelusan syarikat dalam menguruskan jualan secara kredit akan dinilai, FORMULA PUNGUTAN RATA Tempoh Pungutan Rata=Akaun Penghutang Jualan Kredit Sehari

Contoh: Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima = Purata Jualan Sehari 111108 7421.918 = 14.97 hari

Berdasarkan kepada pengiraan di atas, syarikat tersebut selama 14.97 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima.

mngambil masa

Syarikat ini perlu menjelaskan liability syarikat dari semasa ke semasa secara tunai.

NISBAH LEVERAJ Nisbah Leveraj ialah mengukur keberkesanan pihak pengurusan mengguna dan menguruskan modal pinjaman. Nisbah ini juga dikenali sebagai bon iaitu satu sekuriti hutang yang dijual oleh pihak kerajaan atau pihak korporat untuk memberi pinjaman wang kepada pemegang bon. Pemegang bon ini bersetuju untuk menjelaskan hutang pinjaman melalui pembayaran faedah yang telah ditetapkan dalam satu jangka masa tertentu. Nisbah ini juga mengukur keberkesanan pihak pengurusan mengguna dan menguruskan modal pinjaman Jika sesebuah syarikat membuat satu pinjaman daripada pihak tertentu, syarikat tersebut perlu membayar balik hutang yang dipinjam dari pihak tersebut mengikut pembayaran faedah yang dijanjikan. 1.3.1 Nisbah Hutang Nisbah yang mengukur bahagian jumlah aset yang dimiliki oleh pemberi pinjaman. Nisbah ini hendaklah mempunyai nilai kurang dari 1. Jika nisbah hutang/aset sama dengan 1 bermakna hutang atau liabiliti sama dengan aset, oleh itu ekuiti adalah 0. Nisbah lebih besar dari 1 menunjukkan perniagaan tidak solvent. FORMULA NISBAH HUTANG Nisbah Hutang/Ekuiti=Jumlah Liabiliti Jumlah Aset

Contoh: Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset = 612276 1182000 = 51.80%

Berdasarkan pengiraan di atas didapati bhawa nisbah syarikat tersebut adalah 51.80 % Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 51.80 sen.

1.3.2 Nisbah Hutang / Ekuiti Nisbah yang membandingkan bahagian pembiayaan yang diberi pinjaman dengan modal yang dimiliki oleh pemilik. Nisbah yang kecil adalah diperlukan. FORMULA NISBAH HUTANG / EKUITI Nisbah Hutang/Ekuiti=Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti

Contoh: Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti = 612276 569714 = 1.07

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah 1.07 kali lebih besar daripada ekuiti. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan olehpara pemegang saham.

1.3 NISBAH KEBERUNTUNGAN

Nisbah ini digunakan untuk mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan. Semakin tinggi pulangan yang diperoleh bererti semakin berupaya syarikat membuat keuntungan.

1.4.1 Nisbah Margin Untung Bersih Nisbah keberuntungan ini menilai peratus keuntungan bersih yang diperoleh oleh syarikat. Peratus keuntugan bersih dapat dinilai selepas kos barang dijual, faedah, cukai yang dikenakan dan belanja operasi ditolak. Nisbah margin untung bersih juga untuk menguji kecekapan syarikat dalam menguruskan perbelanjaan operasi. FORMULA NISBAH MARGIN UNTUNG BERSIH Nisbah Margin Untung Bersih=Untung Bersih Jualan

Contoh: Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 116487 Jualan = 4.30%

2709000

Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4.30 peratus. Dengan perkataan lain, daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 4.30 sen

1.4.2 Nisbah Pulangan Atas Aset Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Selain itu menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi nisbah, semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.

FORMULA NISBAH PULANGAN ATAS ASET Nisbah Pulangan Atas Aset=Pendapatan Bersih Jumlah Aset

Contoh: Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih = Jumlah Aset 116487 = 9.86%

1182000

Pengiraan tersebut menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 9.86%

1.4.3 Nisbah Pulangan Atas Ekuiti Nisbah pulangan atas ekuiti untuk mendapatkan hasil pulangan yang diperolehi oleh pemilik atau pemegang saham bagi setiap wang yang dimiliki. FORMULA NISBAH PULANGAN ATAS EKUITI Nisbah Pulangan Atas Ekuiti=Untung Bersih-Dividen saham Terutama Jumlah Aset

Contoh: Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 116487 Jumlah Ekuiti = 20.45%

569724

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 20.45 % iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM 20.45.

1 1.40 1.41 1.42 1.43 1.4.4 NISBAH NILAI PASARAN Nisbah ini memberi gambaran mengenai tanggapan pelabur dan orang awam terhadap keupayaan pengurusan syarikat semasa. Nisbah ini terbahagi kepada dua iaitu: 1. Nisbah harga / perolehan 2. Nisbah pasaran

1.5.1 Nisbah Harga / Perolehan Nisbah ini merupakan jumlah wang yang sanggup dibayar oleh pelabur untuk setiap ringgit keuntungan yang diusahakan oleh syarikat. FORMULA NISBAH HARGA / PEROLEHAN Nisbah Harga /Perolehan=Harga SahamPerolehan Sesaham

1.5.2 Nisbah Pasaran Nisbah pasaran memberi tanggapan kepada pelabur mengenai saham sesebuah syarikat. Pelabur yang membayar lebih bagi setiap ringgit nilai pasaran saham akan meningkatkan lagi nisbah pasaran tersebut. Nilai pasaran merupakan jumlah modal yang dimilik oleh pemilik dalam kunci kira-kira. FORMULA NISBAH PASARAN Nisbah Pasaran=Harga SahamNilai Pasaran Sesaham

You might also like