You are on page 1of 7

Praktikal 3

: Pemerhatian sel haiwan : sel pipi dan sel tumbuhan :sel epidermal

Objektif

: untuk menyediakan slid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan

teknik yang betul.

Teori

Setiap unit yang kecil dan mudah yang berfungsi dalam system yang besar dansetiap unit tersebut dinamakan sebagai sel. Sel sangat penting kepada system kehidupan Biologi. Semua organisme diperbuat daripada sel-sel. Dalam hierarki organisasi biologi, sel adalah koleksi yang paling ringkas yang boleh hidup. Kebanyakan organisme kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel; badan merekamempunyai sel-sel khusus yang bekerjasama untuk meneruskan kehidupan. Walaupun mereka disusun ke peringkat lebih tinggi seperti tisu dan organ,sel-sel tersebut tetap organisme yang berstruktur dan berfungsi sebagai satu unit asas sel. Sel sangat sukar dilihat dengan mata kasar kerana sel biasanya adalah sangatkecil dan boleh menjadi terlalu kompleks.Oleh itu, penemuan sel ditemui setelah penciptaan mikroskop pada tahun 1590.Oleh itu, sel boleh dilihat menggunakan mikroskop sama ada mikroskop cahaya ataupun lebih tepat pemerhatiannya adalahdengan menggunkan mikroskop elektron. Sel ialah unit binaan asas bagi semua organisme.Sel terdiri daripada komponenyang hidup, iaitu protoplasma (sitoplasma dan nuklues) yang diselaputi membrane plasma.Kandungan sel yang terdapat di dalam nuklues disebut sebagai nukleo plasma manakala yang terdapat di luar nukleus disebut sebagai sitoplasma. Membran plasma alah lapisan nipis yang mengelilingi protoplasma. Sel terbahagi kepada dua iaitu seltumbuhan dan sel haiwan.Sel tumbuhan diselaputi lapisan selulosa yang kuat,iaitudinding sel di bahagian luar membrane plasma. Di dalam sitoplasma sel, terdapatbeberapa jenis organel. Organel ialah struktur halus sel yang melakukan suatu fungsiyang khusus. Contoh organel sel ialah nuklues, mitokondrian, kloroplas,vakuol,ribosom,jasad Golgi dan jalinan endoplasma. Sesetengah organel sel seperti ribosom dan jasad Golgi hanya kelihatan apabila dilihat menerusi mikroskop elektron.Sel haiwan dan sel tumbuhan adalah eukariotik sel.

Mereka mempunyai sifatstruktur yang sama tetapi terdapat juga beberapa perbezaan di antara sel haiwan dansel tumbuhan. Apabila dilihat di bawah mikroskop cahaya, sel haiwan yang tipikalmempunyai protoplasma yang diliputi oleh membrane plasma. Protoplasma terdiri daripada dua bahagian iaitu nuklues dan sitoplasma. Sel haiwan tidak mempunyai bentuk yang tetap seperti sel tumbuhan.Nuklues berfungsi sebagai pusat kawalan aktiviti kepada sel. Di dalam sel haiwan terdapat lysosome, centrosome dengan centriol yang tidak ada pada sel tumbuhan dikelilingi oleh sel dinding di luar membrane plasma. Sel dinding tumbuhan dibuat daripada fibre selulosa yang tidak larut. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap kerana ia terbentuk oleh sel dinding. Sel yang terdapat dalam sel tumbuhan yang tidak terdapat dalam sel haiwan ialah kloroplas, vakuol ,sel dinding danplasmodemata.Setiap organel di dalam sel perlu menjalankan fungsi masing-masing dengansempurna supaya sel dapat berfungsi pada tahap optimum

Masalah

: Apakah struktur sel haiwan dan sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskopcahaya?

Hipotesis sel haiwan

Struktur sel haiwan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah membrane plasma, sitoplasma dan nuklues.

Hipotesis sel tumbuhan : Struktur sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membrane plasma, nuklues, sitoplasma dan vakuol

Bahan dan radas Mikroskop Slid mikroskop Coverslip Penitis Forcep Gunting tang Pencungkil gigi Methylene biru Larutan iodine Bawang

Pemboleh ubah Manipulasi

: : jenis sel yang digunakan : struktur sel : jenis reagen yang digunakan untuk sel

Bergerak balas Malar

Prosedur

Pemerhatian sel pipi.

1.

Mulut dikumur terlebih dahulu dengan air.

2.

Lapisan tipis sel-sel bahagian dalam pipi dikikis dengan menggunakan pencungkil gigi.

3. 4. 5.

Kikisan sel tadi dititiskan dengan satu titisan larutan methylene biru di atas slid. Coverslip diturunkan perlahan-lahan menutupi slid tersebut. Specimen diperhatikan dibawah lensa objektif kekuatan tinggi dan kemudian diikuti dengan lensa objektif kekuatan tinggi.

6.

Sel pipi dan setiap bahagian sel dilukis dan dilabel : nukleus, bahan kromatin, sel membrane dan sitoplasma.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan sel pipi anda sendiri, anda boleh menggunakan sel kulit mati. Lekatkan satu bahagian kecil pita pelekat di atas tangan anda, kemudian cabut tampalan tersebut dan lekatkan pada slid. Hal ini akan menunjukkan saiz dan bentuk sel tersebut tetapi anda tidak akan dapat melihat komponen dalamannya.

Pemerhatian sel epidermal.

1. 2.

Lapisan luar bawang dikupas menggunakan forcep. Lapisan tersebut dipotong menjadi bahagian kecil dan kemudian dititiskan dengan setitis larutan iodine diatas satu slid.

3. 4.

Coverslip diturunkan perlahan-lahan menutupi slid tersebut. Specimen diperhatikan dibawah lensa objektif kekuatan tinggi dan kemudian diikuti dengan lensa objektif kekuatan tinggi.

5.

Sel epidermal bawang dan setiap bahagian sel dilukis dan dilabelkan : nukleus, bahan kromatin, sel membrane, sel dinding, sitoplasma dan vakuol.

6.

Untuk melihat sel tumbuhan bersama kloroplas, anda harus melihat pada moss daun-daun dengan cara yang sama. Mereka hanyalah satu sel tebal.

Keputusan

Lukisan dan pelabelan

Perbincangan

Eksperimen sel pipi manusia dijalankan dengan mengikiskan bahagian sebelahpipi atassel secara perlahan-lahan keputusan menggunakan yang berbeza sebatang pada pengcungkil pembesaran gigi yang yangtumpul.Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke menunjukkan berlainan.Padapembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel pipi manusia dapat dilihat tetapitidak begitu jelas berbanding sel pipi manusia yang dilihat pada pembesaran 100 yanglebih jelas kelihatan.Pada pemerhatian kami, sel pipi manusia tidak mempunyai bentukyang tetap.Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan sitoplasmadan nuklues pipi menjadi biru.Di bawah mikroskop cahaya, struktur sel pipi yangkelihatan ialah membrane plasma, sitoplasma, dan nuklues Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan pula, sel epidermis

bawangtelah digunakan.Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel epidermisbawang dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel epidermis bawang yangdilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan.Sel tumbuhan mempunyaibentuk yang tetap. Larutan iodin mewarnakan bahagian nuklues sel menjadi

perang.Selbawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodine tidak menjadi biruhitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada sel bawang.Struktur yang boleh dilihat dibawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membrane plasma, nuklues dan sitoplasma.Masalah yang sering timbul ketika melakukan eksperimen ini ialah gelembungudara. Gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup akan mengganggusel-sel yang ingin dilihat menerusi mikroskop. Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkandaripada gelembung udara tersebut berada pada bawah kaca penutup adalah dengan mengetuk kaca penutup secara perlahan-lahan menggunakan pensel yangtajam agar gelembung udara dapat dikeluarkan.Larutan iodine adalah pewarna umumyang digunakan bagi sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umumyang digunakan oleh sel manusia dan haiwan.

Kesimpulan : Sel haiwan tidak mempunyai bentuk tetap dan terdiri daripada

membranplasma,sitoplasma dan nuklues. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel , membranplasma ,nuklues dan sitoplasma

Soalan

1.

Namakan jenis sel yang meliputi sel dalaman pipi. sel epithelial.

2.

Mengapakah sel epidermal bawang tidak mempunyai kloroplas? Sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas kerana bawang tidak menjalankan proses fotosintesis. Bawang berfungsi sebagai penyimpan makanan dengan itu kloroplas tidak diperukan oleh bawang.

3.

Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel animal dan tumbuhan. Persamaan = mempunyai nucleus, sitoplasma, membrane plasma, jasad Golgi, mitokondria, jalinan endoplasma. Perbezaan =

sel haiwan bentuk sel tidak tetap tidak ada tiada dalam bentuk glikogen ada 4.

perbezaan bentuk dinding sel kloroplas granul simpanan sentriol

sel tumbuhan bentuk sel tetap ada ada ada, bersaiz besar dalam bentuk kanji tiada

tiada, jika ada, saiznya kecil vakuol

Mengapakah nukleus dipanggilpusat kontrol sel? Nukleus dipanggil sebagai pusat kawalan kepada sel kerana di dalam nucleus terdapat kromatin yang membentuk kromosom apabila sel tidak membahagi. Kromatin yang mengandungi DNA akan mengawal aktiviti dalam sel kerana di dalam DNA terdapat genetic kod.

5.

Apakah tisu? Apakah perkataan yang membawa makna sekumpulan tisu melakukan satu kerja sahaja? Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk melaksanakan satu fungsi khusuh. Sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu kerja bersama bermaksud sekumpulan tisu yang boleh menjalankan fungsi yang khusus dengan lebih cekap berbanding dengan satu sel sahaja.

6.

Bilakah sel dijumpai dan siapakah yang menjumpai sel? Sel dijumpai pada tahun 1665 oleh Robert Hooke. Beliau telah menemui dinding sel ketika melihat sel mati pada dahan pokok oak menerusi mikroskop.

You might also like