You are on page 1of 1

Menjuarai Transformasi Terbitan 2011

ISBN: 9789830688305

Tahun terbit: 2011

Buku umum yang dilancarkan di Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini memuatkan idea dan rasional Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato Sri Najib Tun Razak mentransformasikan pentadbiran Kerajaan untuk membina negara bangsa demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia. Uniknya buku setebal 158 mukasurat ini diterbitkan dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) mempunyai 11 bab dengan 4 bab pertama telah mempersembahkan Perdana Menteri membincangkan wawasannya dan cara beliau mengangkat bangsa Malaysia khususnya Melayu dalam membentuk siasah yang berfungsi dalam memupuk perpaduan. Buku ini juga merupakan buku pertama yang dihasilkan dengan menggunakan proses ekocetak (ecoprinting) yang mengamalkan proses percetakan berasaskan mesra alam dengan menggunakan bahan semula jadi dan mendapat pengiktirafan SIRIM QAS International Eco-Labelling Scheme. Antara lain, buku ini menyentuh tentang kelangsungan kepimpinan politik UMNO serta mengajak pembaca tanpa mengira latar belakang politik dan keturunan untuk berani melaksanakan perubahan serta transformasi yang bersesuaian dengan keperluan semasa demi mengukuhkan kekuatan negara dan bangsa, terutamanya bangsa Melayu.Perdana Menteri juga menerangkan secara jelas kepentingan mekanisme lain dalam usaha kerajaan pimpinannya memastikan kestabilan perpaduan nasional. Sehubungan itu, beliau berpegang pada tiga prinsip utama iaitu kesatuan Melayu sebagai teras perpaduan nasional; Islam sebagai addin dan kemakmuran negara sebagai tonggak keadilan sosial.

You might also like