You are on page 1of 4

PRESTASI PELAJAR PEKAK DALAM PENDIDIKAN Di United Kingdom, Powers (1996), Kluwin dan Stinson (1993) telah melakukan

kajian bagi mengukur pencapaian akademik pelajar pekak di sekolah biasa. Hasil kajian mereka mendapati pelajar pekak mempunyai perasaan rendah diri yang tebal semasa berkomunikasi berbanding pelajar tipikal. Kebanyakan kajian dilakukan tidak menunjukkan wujudnya korelasi di antara darjah kehilangan pendengaran pencapaian akademik, tetapi jelas menunjukkan pencapaian akademik pelajar pekak lebih rendah daripada pelajar tipikal.

Prestasi Bahasa Pelajar Pekak Walaupun kajian para ilmu linguistik mengenai bahasa orang pekak telah lama dilakukan, tetapi masalah bahasa masih menjadi masalah utama. Kekurangan pendengaran menyebabkan pelajar sukar untuk menguasai bahasa termasuklah bahasa lisan. Pelajar pekak perlu mendapatkan bimbingan yang berkesan bagi mengajar membaca kerana mereka bukan sahaja lemah dalam membaca tetapi turut lemah dalam sintaksis dan perbendaharaan kata. Pelajar pekak mengalami masalah kemahiran bahasa akan

mempengaruhi pencapaian akademik

kerana masalah kemahiran bahasa

tersebut boleh menyebabkan mereka sukar menjawab soalan peperiksaan. Sevara keseluruhan, tahap kemahiran membaca pelajar pekak berumur 18 hingga 19 tahun lebih lebih rendah dari kank-kanak yang mendengar yang berumur 8 hingga 9 tahun. Perbendaharaan kata dan tatabahasa pelajar pekak berkembang sanagta perlahan jika dibandingkan dengan rakan mereka yang mendengar. Pelajar pekak juga didapati sukar memahami perkataan yang mempunyai lebih dari 1 makna dan sukar memahami perkataan abstrak. Pelajar pekak juga menglami masalah untuk memahami perkataan sinonim yang kebiasaanya mempunyai satu kod isyarat sahaja. Mereka juga mengalami kelewatan perkembangan

leksion seperti sreseptif dan ekspresif. Pelajar pekak perlu didehkan dengan pembelajaran bahasa sejak mereka kecil lagi kerana hal ini sanagat penting bagi memperkayakan bahasa mereka. Batasan komunikasi yang wujud antara pelajar pekak telah menjadikan penguasaan bahasa mereka turut terbatas. Hal ini sekali gus menjejaskan keupayaan mereka dalam bidang intelek dan sosial.

Pencapaian Matematik Kajian oleh Zweibel dan Allen (1988) menunjukkan bahawa pelajar pekak sering mendapat keputusan yang rendah dalam mata pelajaran Matematik berbanding pelajar yang tipikal. Secara keseluruhannya, pelajar pekak sering mempamerkan kelewatan dalam pendidikan selama empat tahun. Salah satu benda mengapa matematik agak sukar bagi mereka disebabkan penggunaan simbol daam ayat matematik.

Hubungan Kemahiran Membaca dan Matematik Pau (1995) telah mnegkaji hubungan kebolehan membaa dan

menyelesaikan masalah Matematik dalam kalangan pelajar pekak teruk yang berumur 8 hingga 12 tahun. Beliau mendapati kanak-kanak ini mempunyai kecerdasan sederhana dan tinggi. Kidd (1991) menyatakan terdapat perbezaan yang nyata dalam buku teks, kelihatan normal tetapi sebenarnya tidak. Gregory (1998) menyatakan bahawa disebabkan halangan dalam pendidikan maka bahasa isyarat tidak dibuat dalam bidang Matematik pada masa lalu dan tiada juga isyarat yang berkaitan dengan konsep Matematik dibuat.

SISTEM KOMUNIKASI PELAJAR PEKAK Di negara kita, bahasa komunikasi ( bahasa isyarat KTBM ) digunakan secara meluas oleh pelajar pekak di sekolah pendidikan khas dan integrasi. Tanpa bahasa, pembelajaran seseorang kanak-kanak akan tergangu kerana kognitif dan bahasa paling penting dalam interaksi yang dinamik. Bahasa isyarat tidaklah semata-mata terdiri daripada gawang yang bersifat ikonik tetapi mempunyai sifat-sifat abitrari seperti bahasa pertuturan. Kajian menunjukkan bahawa bahasa isyarat adalah bahasa yang tidak menumpang pada bahasa pertuturan kerana ianya mempunyai system bahasa yang tersendiri dan berlainan daripada bahasa pertuturan. Kebanyakan orang pekak di negara kita tidak menguasai kefahaman yang sebenarnya atau sintaksis sesuatu bahasa.seperti mana bahasa pertuturan, iaitu bahasa orang biasa, bahasa lain yang terdapat untuk pelajar pekak ialah bahasa isyarat. Bates (1975) telah menyatakan bahawa adalah sukar untuk pelajar pekak menguasai bahasa. Pelajar pekak dan ibu bapa mereka yang pekak sentiasa berkomunikasi di rumah sekali gus dapat memantapkan lagi kemahiran berbahasa. Kajian Moog dan geers (1979) terhadap pelajar yang pekak berumur 5 hingga 9 tahun telah mendapati mereka mengalami perkembangan bahasa yang jauh ketinggalan jika disbanding dengan pelajar tipikal yang berumur 4 tahun. Jika semakin awal kepekakan berlaku dan semakin tinggi darjah kepekakan maka semakin tinggi lagi gangguan keada proses perolehan bahasa. Ketidakupayaan menggunakan bahasa boleh menyebabkan seorang pelajar pekak itu menderita. Awing Sariyan (1981) menyatakan bahawa kecacatan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat berbahasa dan merupkan satu penderitaan yang tiada bandingnya. Oleh itu, pendidikan merupakan satu saluran penting dalam memberikan pendidikan bahasa khususnya kepada pelajar pekak. Di samping itu, keseimbangan eka bahasa pelajar pekak juga turut bergantung kepada bila kepekakan itu berlaku dan darjahnya.

Pelajar pekak perlu diberikan pendidikan bahasa seawall mungkin sebelum mengalami masalah kesukaran dalam memahami bahasa isyarat atau lisan. Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan sekiranya mereka didedahkan dengan pengalaman yang banyak yang boleh meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Mereka juga perlu diberikan peluang untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang dewasa agar menjadikan bahasa mereka lebih matang.

You might also like