You are on page 1of 28

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

TAJUK 1
SINOPSIS:

PERMAINAN BOLA SEPAK.

Topik ini memberikan gambaran sepintas lalu kepada pelajar berkenaan sejarah permainan bola sepak, perkembangannya di Malaysia dan organisasi yang bertanggungjawab dalam mengurus takbir permainan ini. Pelajar juga didedahkan kepada peraturan dan undang-undang permainan bola sepak dan bagaimana menguruskan kejohanan pertandingan bola sepak.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan sejarah awal permainan bola sepak; 2. Meringkaskan perkembangan bola sepak dalam tiga era di Malaysia 3. Membincangkan struktur organisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia ( Football Association of Malaysia - FAM ). 4. Mengenal pasti perbezaan di antara undang-undang dan peraturan permainan bola sepak.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PERMAINAN BOLA SEPAK

SEJARAH PERMAINAN

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

SEJARAH

PERKEMBANGAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

1.1

Peraturan Dan Undang-Undang Asas Permainan.

1.1.1 Sejarah Permainan Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan awal daripada kaki telah bermula permainan sejak bola
Rajah 1.1: Permainan bola sepak tanpa peraturan dimainkan di Eropah ketika Zaman Pertengahan.

ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih sejarah menggunakan tangan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askaraskar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan Tsu Chu. Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek episkyros mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan ialah dengan dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun. Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbezabeza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal 2

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemainpemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undangundang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini. Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909 / 1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama. Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.

Rajah 1.2: Bola yang digunakan pada Piala Dunia pertama di Uruguay 1930

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan 3

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia. Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselangseli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia. Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu. 1.1.2 Perkembangan Di Malaysia. Awal 1920-an Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Begini perkembangannya. Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.
Rajah 1.3: Singapura menerima piala sebagai juara Piala Malaya.

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921. Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus. Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984 Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian.

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama.

1.1.3 Struktur Organisasi Persatuan Rajah 1.1.4 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).

Rajah 1.4: Struktur Organisasi FAM

Sub Tajuk 1.2

Peraturan Dan Undang-Undang Permainan.

Persekutuan Pesatuan-Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris. Negara Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland merupakan negara-negara yang bertanggungjawab kepada penubuhan FIFA. FIFA merupakan badan rasmi yang khusus untuk menyelenggara bola sepak di peringkat dunia. Antara tujuan-tujuan penubuhan FIFA adalah seperti berikut, i. Mengembangkan permainan bola sepak ke seluruh dunia agar diterima sebagai permainan yang diminati. 6

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

ii. iii. iv. v.

Meningkatkan

mutu

permainan

menerusi

perlawanan

dan

pentadbiran yang dianjurkan dari semasa ke semasa. Mengeratkan hubungan antara negara-negara dunia menerusi bola sepak. Menjadikan sebuah badan atau persatuan khusus untuk bola sepak bagi seluruh dunia. Mengawal dan menyelaraskan segala undang-undang dan peraturan mengenainya. Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 1.2.1 Undang-undang Permainan Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini. Undang-undang 1: Padang Permainan (a) Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

(b)

Ukuran padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.5 ): Panjang Lebar : : Minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Minimum 45m (50 ela) Maksimum 90m (100 ela)

Ukuran padang pertandingan antarabangsa: Panjang Lebar (c) Kawasan padang Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela). : : Minimum 100m (110 ela) Maksimum 110m (120 ela) Minimum 64m (70 ela) Maksimum 75m (80 ela)

Rajah 1.5: Ukuran kawasan padang bola sepak

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

(d)

Kawasan gol Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(e)

Kawasan penalti Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.

Rajah 1.6: Ukuran kawasan penalti

(f)

Tiang bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu

ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang. (g) Lengkungan sudut Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan.

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

(h)

Tiang gol Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol.

Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).

Rajah 1.7 : Ukuran tiang gol bola sepak

Undang-undang 2: Bola Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.

Rajah 1.8: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak

10

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Undang-undang 3: Bilangan Pemain (a) Pemain Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.

Rajah 1.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

(b)

Perlawanan Rasmi Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

(c)

Nama pemain gantian Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

(d)

Peraturan pemain gantian Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas 11

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gentian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. (e) Pertukaran Penjaga Gol Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat. Undang-undang 4: Peralatan Pemain (a) Keselamatan Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan. (b) Peralatan asas Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: i. ii. iii. iv. vi. Jersi Kasut bola Seluar pendek Stoking Pelindung kaki

Rajah 1.10: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak

12

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

(c)

Pelindung kaki (shin guards) Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(d)

Penjaga Gol Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.

(e)

Pelanggaran Peraturan Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil (a) Kuasa pengadil Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak.

Rajah 1.11: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil

13

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

(b)

Tugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil: Melaksanakan undang-undang perlawanan. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan. Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil. Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.

(c)

Keputusan pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil. 14

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan (a) Tugas Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugastugas pembantu pengadil ialah: Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama. (b) Pembantu Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

Rajah 1.12: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan.

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan (a) Tempoh permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan keduadua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan

15

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

hendaklah

dibuat

sebelum

permainan

itu

dimulakan.

Contohnya

mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.

Rajah 1.13: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit setiap separuh masa

(b)

Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c)

Masa tambahan Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan.

(d)

Tendangan penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e)

Pemberhentian perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

16

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan (a) Permulaan perlawanan Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.

Rajah 1.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan

(b)

Sepak mula Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.

(c)

Prosedur Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Pemain yang mengambil 17

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan. Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan: (a) (b) (c) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar. Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan. Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.

Rajah 1.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

Undang-undang 10: Jaringan Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan. 18

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Rajah 1.16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol

Undang-undang 11: Ofsaid Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri. Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Rajah 1.17: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

19

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan. memegang pemain pihak lawan. melompat ke atas pemain pihak lawan. menolak pemain pihak lawan. mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola. sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan. menyadung pemain pihak lawan mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan. membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).

Undang-undang 13: Tendangan Percuma Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari

20

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma. Rajah 1.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran.

Rajah 1.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi

Undang-undang 14: Sepakan Penalti Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti. Prosedur: a) b) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol. Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. 21

c)

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

Rajah 1.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

Undang-undang 15: Balingan Masuk Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar. Prosedur: Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala. (Rajah 1.20) Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan. Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.

22

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Rajah 1.20: Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul

Undang-undang 16: Tendangan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara. Prosedur: Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol. Undang-undang 17: Tendangan Sudut Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol. Prosedur: Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. 23

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.

Rajah 1.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol

SEMAK KEFAHAMAN : (a) (b) (c) Apakah prosedur yang diperlukan untuk membuat tendangan mula? Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan tendangan percuma langsung dan tidak langsung? Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira ofsaid?

24

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

TAJUK 2

FORMASI DAN STRATEGI PERMAINAN BOLA SEPAK

SINOPSIS:
Topik ini membincangkan dan mendedahkan pelajar kepada strategi dan formasi permainan bola sepak.

HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. Mengaplikasikan strategi dan latihan dalam permainan bola sepak. Mempraktikkan ilmu pengurusan, pengendalian dan pengelolaan dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

FORMASI DAN STRATEGI PERMAINAN

FORMASI PERMAINAN

STRATEGI PERMAINAN

3.1

STRATEGI PERMAINAN Anda tadi telah didedahkan kepada peranan pemain, pengadilan yang baik

dan langkah-langkah untuk menjadi penjaga gol yang cekap. Kini anda akan didedahkan pula tentang strategi permainan bola sepak. Ini juga penting agar permainan bola sepak akan menjadi lebih tersusun dan efisen. Pemilihan sesuatu strategi permainan (formation) biasanya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut:

25

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Rajah 2.1 : Faktor kepada pemilihan strategi

Sistem permainan yang biasa diamalkan dalam permainan bola sepak adalah:

(a)

4-2-4 Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada 2 orang pemain tengah yang menjadi penghubung di antara pemain pertahanan dan penyerang. Keadaan ini membenarkan 6 orang pemain untuk menyerang atau bertahan. Oleh itu, daya tahan 2 orang pemain tengah tersebut adalah penting

Rajah 2.2 : Sistem 4.2.4

(b)

4-3-3 Dalam sistem ini, hanya 3 orang pemain sahaja yang bertindak sebagai pemain penyerang. Oleh itu, pemain tengah atau pertahanan perlu mara dan membuat overlap untuk membantu 3 orang penyerang tersebut.

26

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Rajah 2.3 : Sistem 4.3.3

(c)

4-4-2 Pembentukan jenis ini lebih menitikberatkan pertahanan dan biasa diamalkan oleh pasukan yang kekurangan penyerang utama. Lapan pemain boleh digunakan untuk menghadapi serangan tetapi 2 orang penyerang akan memikul tugas yang berat. Mereka terpaksa menguasai bola sehingga ke barisan tengah supaya dapat membantu membuat serangan.

Rajah 2.4 : Sistem 4.4.2

(d)

1-4-3-2 Sistem ini juga lebih menumpukan kepada barisan pertahanan di mana seorang pemain menjadi sweeper manakala yang lain akan menjaga pemain lawan. 'Sweeper ini bergerak bebas dan tugasnya adalah untuk mengganggu dan merebut bola daripada pihak lawan. 27

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Rajah 2.5 : Sistem 1.4.3.2

28

You might also like