You are on page 1of 5

Analisis puisi Surat Teja Kepada Tuah Zurinah Hassan Di dalam puisi Surat Teja Kepada Tuah, ia menceritakan

n tentang Tun Teja yang telah menyerahkan cintanya kepada Hang Tuah tetapi telah ditipu dan dirinya cuma dipergunakan oleh Hang Tuah. Tun Teja adalah hadiah Hang Tuah kepada Sultan Melaka. Keberkesanan cerita pembohongan Hang Tuah ini telah memberi impak kepada beberapa orang penyair termasuk Hashim Yaacob. Hashim Yaacob menyampaikan mesej dan ingatan kepada anakanak gadis supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan penipuan lelaki terutamanya di zaman ini. Zurinah Hassan di dalam bukunya iaitu Memoir Zurinah Hassan ada menyebut, Saya sendiri melihat peristiwa itu sebagai sebahagian perkara yang biasa berlaku iaitu lelaki yang memanipulasikan perempuan untuk kepentingan dirinya sendiri.
( Pesanan dari Gunung Ledang, 1986: 10&11, Zurinah Hassan)

Di dalam puisi Zurinah Hassan, Surat Teja Kepada Tuah, beliau cuba menyuarakan puisi dengan mengetengahkan lagenda dan cerita rakyat. Beliau cuba mengaplikasikan cerita Hang Tuah yang mengambil kesempatan ke atas Tun Teja dengan menggunakannya sebagai hadiah kepada Sultan Melaka dengan sikap segelintir lelaki yang gemar mempergunakan dan menipu wanita. Kekuatan bahasa di dalam puisi ini boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Yang pertama ialah diksi. Maksud diksi ialah pilihan kata. Maksudnya, pemilihan kata haruslah dilakukan dengan cara yang tepat untuk menyatakan sesuatu. Antara perkara penting yang membentuk sebuah puisi ialah pilihan kata. Ianya merupakan satu unsur sangat penting dalam bidang penulisan sama ada secara tulis ataupun lisan. Untuk mendapat pilihan kata yang berkesan dan tepat dengan maksud sesebuah puisi, penggunaan kamus merupakan aktiviti yang sangat penting dalam membantu memantapkan lagi diksi. Ketepatan maksud yang disediakan memberi kita peka dan faham terhadap maksud sesuatu perkataan. Oleh itu, makna yang tepat perlu diambil kira. Pemilihan kata yang tepat membolehkan seorang penulis menyampaikan maksud dengan tepat dan dapat menghindarkan maksud yang kabur dalam memaknakan perkataan, baik secara lisan mahupun tulisan. Di samping itu, penggunaan pemilihan kata itu juga perlu sesuai dengan situasi dan tempatnya. Contohnya, Zurinah Hassan telah memilih perkataan-perkataan yang menunjukkan elemen kecewa, sabar serta ketabahan. Contoh; Tuah aku adalah perempuan malang Yang harus merana kerana paras rupa
Zurinah Hassan) (Pesanan dari Gunung Ledang, 1986: 10&11,

Pemilihan kata seperti malang dan merana menunjukkan kekecewaan Teja terhadap cinta yang diberikan olehnya kepada Tuah. Selain daripada itu, ia juga mewakili perasaan Teja yang ketika itu bersedih setelah cintanya dipermain-mainkan. Selain itu perkataan seperti diperdagangkan juga menunjukkan bahawa sebagai seorang perempuan Teja diperlakukan secara sewenang-wenangnya dan perasaannya tidak diambil peduli. Melalui puisi ini juga, penyair cuba menggambarkan suasana sedih yang melanda Teja kerana sebuah harapan yang telah musnah. Keindahan puisi juga terletak kepada diksi. Ini kerana pengolahan sesuatu perasaan akan digambarkan melalui pemilihan kata yang tepat dan menepati perasaan sedih dan kecewa Tun Teja.

Elemen kedua yang menunjukkan kekuatan bahasa dalam puisi ialah gaya bahasa. Di dalam puisi Surat Teja kepada Tuah ini, penyair ada memasukkan elemen kiasan. Terdapat beberapa elemen kiasan di dalam puisi ini antaranya, kenanga dari sanggulku kau sangkutkan ke singgahsana ( Pesanan dari Gunung Ledang, 1986: 10&11, Zurinah
Hassan)

Di dalam dua baris ini, kenanga adalah bunga yang digunakan oleh wanita pada zaman dahulu sebagai perhiasan diri, terutamanya di kepala. Kenanga dari sanggulku kau sangkutkan ke singgahsana dikiaskan sebagai suatu perkara tentang rapatnya hubungan Teja dan Hang Tuah sehingga Teja benar-benar percayakan Tuah dan menyerahkan cintanya pada Tuah. Singgahsana juga digunakan sebagai kiasan kepada Sultan Melaka kerana tempat sultan dan raja adalah tinggi darjatnya. Maka singgahsana adalah kiasan kepada kebesaran darjat dan kedudukan Sultan sebagai pemerintah. Kau sangkutkan ke singgahsana bermakna Hang Tuah telah memberi Tun Teja kepada Sultan Melaka dan bukan untuk dirinya sendiri. Antara contoh lain yang dapat dianalisa di dalam puisi ini adalah pada baris ini, Barangkali akulah yang salah Membina impian di sayap perasaan ( Pesanan dari Gunung Ledang, 1986: 10&11, Zurinah
Hassan)

Membina impian di sayap perasaan bermaksud seperti menaruh harapan untuk membina masa depan bersama orang yang dicintai. Dalam baris ini, Teja mengaku bahawa mungkin itu adalah kesalahan dirinya kerana menaruh hati lepada Tuah. Sayap perasaan mungkin dapat ditafsirkan sebagai sesuatu yang mudah koyak dan terbang serta hilang begitu sahaja. Sayap juga melambangkan sesuatu yang ringan dan tidak dapat menampung berat dan beban di mana penulis menyifatkannya sebagai impian yang hendak dibina. Selain daripada itu, contoh lain yang dapat diambil sebagai kiasan ialah pada baris ini; Teja bukan perempuan biasa Lahir di kamar kebesaran Besar di taman larangan ( Pesanan dari Gunung Ledang, 1986: 10&11, Zurinah Hassan) Kamar kebesaran menunjukkan bahawa Teja datang dari golongan bangsawan. Perkataan kebesaran melambangkan darjat. Taman larangan juga dikiaskan kepada tempat bangsawan, yang tidak sewenang-wenangnya untuk dimasuki atau dilawati oleh orang biasa. Elemen yang ketiga ialah rima. Rima merupakan pengulangan bunyi yang sama dalam puisi. Ianya berfungsi untuk menambahkan lagi keindahan sesebuah puisi. Tipografi menjadikan pembaca dapat mentafsir dan memahami makna puisi. Seperti yang diutarakan oleh Julia Kristeva iaitu makna sebuah puisi tidak terletak dari kata, seperti sesuatu yang difikirkan atau yang dimaksudkan oleh pengarang. Ini kerana makna sesebuah puisi terletak kepada pembaca. Jika berlaku perbezaan makna dalam proses pentafsiran oleh setiap pembaca, ia adalah perkara kerana ekspresi melalui puisi itu bersifat tidak langsung. Di dalam puisi Surat Teja Kepada Tuah, Zurinah Hassan tidak banyak bermain dengan tanda baca melainkan penggunaan huruf besar di permulaan ayat setiap rangkap dan nama khas iaitu Teja dan Tuah. Malah, tiada satu pun penggunaan koma, atau tanda seru serta tanda baca lain melainkan penggunaan huruf besar. Cuma, di akhir setiap rangkap, beliau menggunakan noktah sebagai penamat setiap rangkap. Rima rangkai dapat dilihat pada rangkap terakhir apabila penyair menggunakan rima yang sama pada akhir setiap baris. Antara elemen lain yang melengkapkan kekuatan bahasa dalam penulisan puisi ialah kekuatan imaji. Imaji bermaksud kata atau susunan kata-kata yang dapat mengungkapkan

pengalaman seperti penglihatan, pendengaran, dan perasaan. Terdapat tiga bentuk imagi iaitu imaji suara atau audio, imaji penglihatan atau visual, dan imaji sentuhan atau taktil. Imaji memberi kesan kepada pembaca seolah-olah mereka dapat melihat, medengar, dan merasakan seperti apa yang dialami penyair. Di dalam puisi ini, antara bait yang menonjolkan elemen imaji ialah, Aku seperti perempuan lainnya telah di besarkan oleh peraturan dihaluskan oleh adat dengan suara yang dilembutkan untuk menerima
( Pesanan dari Gunung Ledang, 1986: 10&11, Zurinah Hassan)

Dihaluskan oleh adat memberi gambaran bahawa Teja adalah seorang perempuan yang bersopan santun dan tahu batas-batas adat resam, dan ia dikenali sebagai imaji visual. Selain daripada itu, dengan suara yang dilembutkan untuk menerima juga memberi imaji auditif, di mana pembaca seolah-olah dapat mendengar kelembutan suara Teja sebagai seorang perempuan. Selain itu, imaji juga dapat dikesan melalui rangkap ini; Tapi apakan daya Teja bukan perempuan biasa Lahir di kamar kebesaran Besar di taman larangan Amat jelita dan mulia
( Pesanan dari Gunung Ledang, 1986: 10&11, Zurinah Hassan)

Baris yang mengandungi ayat amat jelita menunjukkan imaji visual yang menggambarkan kecantikan Teja. Dari segi tema, puisi Surat Teja Kepada Tuah ini bertemakan cinta Persona di dalam puisi ini ialah Teja dan penyair membayangkan dirinya adalah Teja yang mengutus pesanan cinta berbaur kekecewaan kepada Tuah kerana cinta yang telah dimusnahkan. Pokok persoalan yang diutarakan di sini ialah puisi ini memberi makna kepada persoalan perempuan yang diperalatkan oleh lelaki. Teja telah memberikan cintanya dengan hati yang tulus dan ikhlas kepada Hang Tuah tetapi Hang Tuah telah menjadikan Teja sebagai barang dagangan demi menggembirakan hati Sultan dengan mengharumkan namanya. Ini dapat disimpulkan bahawa perkara ini memang lazim terjadi di antara perempuan dan lelaki di mana perempuan dipergunakan oleh lelaki licik untuk keuntungan diri mereka sendiri. Menurut Herman J. Waluyo dalam bukunya Teori dan Apresiasi Puisi (1995), antara elemen lain yang melengkapkan struktur dalaman ialah amanat. Amanat dapat diklasifikasikan sebagai pesanan yang disampaikan oleh penyair di dalam puisinya. Selalunya, amanat tidak dapat dilihat secara mata kasar kerana ia disampaikan dalam bentuk yang tersembunyi. Seperti di dalam puisi Zurinah Hassan ini, beliau menyampaikan pesanan khususnya kepada wanita agar lebih berhati-hati dalam cinta dan hidup supaya tidak dipermainkan oleh lelaki. Jika dilihat dari puisi ini, penyair cuba mengaitkan cerita lagenda pada zaman lampau ke dalam peristiwa masa kini iaitu percintaan di antara lelaki dan wanita. Seringkali terjadi hati wanita ditipu dan dipermainkan oleh lelaki, maka penyair berpesan kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan supaya tidak dipermainkan perasaan yang boleh membawa kepada kekecewaan. Selain daripada itu, struktur yang membuatkan puisi itu dipandang bagus melalui kekuatan bahasanya ialah perasaan yang digarapkan oleh penyair ke dalam puisinya. Jika dilihat, Surat Teja Kepada Tuah ini mempunyai elemen perasaan yang kecewa dan luluh, termasuklah pasrah ke atas apa yang telah terjadi. Ditambah pula apabila penyair menyifatkan

Teja sebagai seorang perempuan yang lemah dan tidak berdaya kerana hanya berupaya menuruti kehendak raja. Antara lain, penyair juga cuba memasukkan elemen feminisme dimana dapat dilihat pada rangkap ini, aku seperti perempuan lainnya telah dibesarkan oleh peraturan dihaluskan oleh adat dengan suara yang dilembutkan untuk menerima diajar untuk pandai merelakan paksaan kerana itu adalah kesopanan yang menyempurnakan kejadian seorang perempuan ( Pesanan dari Gunung Ledang, 1986: 10&11, Zurinah Hassan) Di dalam rangkap ini, penyair cuba mendefinisikan keadaan sebenar seorang perempuan yang pada waktu itu tidak punya banyak hak untuk menolak atau membangkang sesuatu keputusan yang telah dibuat. Perempuan juga dipandang sebagai subjek yang tidak wajar untuk menyuarakan pendapat sendiri kerana kuasa penuh terletak pada tangan lelaki. Di dalam puisi ini, unsur penindasan terhadap wanita diketengahkan apabila Hang Tuah membuat Teja seperti barang dagangan untuk diberi kepada Sultan Melaka, semata-mata untuk Tuah mendapat nama. Antara contohnya ialah pada rangkap yang kedua yang berbunyi; Tuah, aku adalah perempuan malang yang harus merana kerana paras rupa kecantikanku bukanlah suatu dosa namun ia telah diperdagangkan dengan pintar percaturan lelaki seperti bunga pada sesedap gubahan di hujung lidah seorang sultan
( Pesanan dari Gunung Ledang, 1986: 10&11, Zurinah Hassan)

Rangkap ini jelas menunjukkan penindasan ke atas perempuan yang sedikit sebanyak dimasukkan oleh penyair untuk memberi kesedaran kepada wanita supaya jangan terpedaya dengan lelaki. Antara elemen lain yang membentuk kekuatan bahasa sesuatu puisi ialan nada puisi tersebut. Nada boleh didefinisikan sebagai sikap penyair terhadap pembaca melalui puisi. Dalam Surat Teja Kepada Tuah, penyair cuba menyampaikan mesej kepada pembaca dengan nada menasihati. Contoh yang boleh diambil ialah pada rangkap terakhir; Tuah, juga bukan lelaki biasa, hidupnya bukan untuk seorang Teja tuah lahir untuk menjadi wira dan Teja menjadi boneka dalam lagenda ( Pesanan dari Gunung Ledang, 1986: 10&11, Zurinah Hassan) Rangkap akhir ini menunjukkan pesanan dalam nada menasihati. Jika dilihat pada tiga baris akhir, penyair cuba memberi kenyataan tentang kedudukan lelaki dan wanita dalam nada nasihat. Antara lain, terdapat juga sindiran di dalam puisi ini. Contohnya seperti rangkap kedua dalam puisi ini apabila penyair cuba menyindir bahawa cuma lelaki sahaja yang berhak dan boleh berbuat sesuka hati mereka dalam merealisasikan hasrat mereka, sedangkan perempuan dibiar merana. Elemen terakhir dalam menentukan kekuatan bahasa sesebuah puisi ialah dilihat pada aspek suasana puisi tersebut. Suasana ialah keadan jiwa pembaca setelah membaca puisi atau akibat psikologis yang dialami oleh pembaca. Dalam puisi ini, penyair melahirkan suasana

sedih dan kecewa kepada pembaca terutamanya terhadap nasib yang menimpa ke atas Teja. Selain itu, penyair juga dapat mewujudkan suasana marah dan benci pembaca kepada Tuah kerana memperlakukan Teja sebegitu rupa.

You might also like