You are on page 1of 18

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

CABARAN KEWARTAWANAN DI MALAYSIA


Pengenalan Jenis kewartawanan Kewartawanan bermaksud proses atau usaha mengumpulkan bahan, menulis, menyunting dan menerbitkan bahan sama ada di dalam akhbar, majalah, televisyen dan radio. Wartawan pula ialah individu yang bertugas dalam bidang kewartawanan. Jenis- jenis kewartawanan terdiri daripada kewartawanan cetak, elektronik dan media baru. Kewartawanan cetak merujuk kepada aktiviti pengumpulan bahan, kemudian menulis dan menerbitkan bahan tersebut di dalam akhbar, majalah, risalah, buku dan sebagainya. Berbeza pula dengan kewartawanan elektronik yang merujuk kepada proses pengumpulan bahan, penulisan dan menerbitkan bahan tersebut di dalam televisyen dan radio. Kategori ini juga merangkumi media elektronik seperti filem, CD, DVD serta alat-alat elektronik yang semakin canggih pada masa kini. Media baru muncul dengan kedatangan teknologi-teknologi baru seperti internet, maka kita dapat menikmati faedah media massa berteknologi tinggi bukan sahaja lebih cepat daripada media massa konservatif tetapi juga mempunyai julat yang meluas. Telefon bimbit, komputer dan internet boleh dikategorikan sebagai media baru. Oleh hal demikian, internet memainkan peranan penting pada masa kini bagi memberi peluang kepada komunikasi massa yang lain untuk berkembang dan meluaskan pengaruh mereka.

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

Mengikut Kamus Dewan (1996) dalam Azlee(2002:22), wartawan boleh didefinisikan sebagai orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Mengikut Ensiklopedia Malaysiana (1996) pula, wartawan adalah sebutan umum bagi individu yang bergiat aktif membuat liputan atau melakukan wawancara, tulisan dan mengeluarkan data-data terperinci mengenai peristiwa atau isu-isu semasa dalam jurnal media cetak mahupun media elektronik. Perkara-perkara yang terangkum dalam bidang kewartawanan ialah penulisan berita, karangan ilmiah, komentar, fotografi dan sebagainya. Secara kasar, wartawan bertugas untuk mengumpulkan maklumat mengenai sesuatu isu melalui penyelidikan, wawancara atau fotografi. Selain itu, wartawan akan menulis semula, mengolah maklumat yang diperolehinya menjadi satu bentuk pernyataan yang jelas dan mudah difahami pembaca atau penonton. Maklumat yang disampaikan oleh wartawan semestinya mempunyai sifat untuk menambah pengetahuan, memberikan hiburan serta menyediakan sesuatu yang baru kepada para pembaca dan penonton. Berita yang disiarkan juga bukan bersifat menghasut, propaganda atau mengandungi nilai-nilai negatif. Manakala Websters New World Dictionary of Media and Communications (1990, dalam Azlee (2002:23) pula memberikan definisi kewartawanan sebagai the profession of gathering, writing, editing and publishing news, as for a newspaper and other print and broadcast media. Antara cabaran kepada bidang kewartawanan yang paling ketara ialah kebebasan akhbar atau kebebasan media. Kebebasan media atau kebebasan akhbar adalah unsur penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi. Kebebasan dalam erti kata lain adalah keupayaan sesebuah
2

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

akhbar menyampaikan maklumat atau suara hati masyarakat tanpa sebarang kawalan atau pengaruh pihak tertentu secara langsung atau tidak langsung terutamanya kerajaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan berbeza mengenai sejauh mana sesebuah akhbar perlu bebas menyampaikan sesuatu maklumat atau isu yang ingin disampaikan. Di Malaysia wartawan mempunyai ruang lingkungan tugas mengikut skop tertentu iaitu setiap wartawan disarankan mematuhi rukun moral yang digariskan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan (National Union of Journalists) iaitu antaranya menghormati kebenaran dan hak orang ramai untuk mendapatkan laporan yang benar dan tepat, mempertahankan dua prinsip penting iaitu kebebasan mencari dan mencetak laporan secara jujur, hak mengulas dan menegur secara adil tanpa tekanan daripada pelbagai pihak. Seterusnya, laporan yang dibuat hanya berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan sahih berdasarkan sumber yang jelas dan sah. Cara yang digunakan untuk mendapat berita, gambar dan dokumen penting hendaklah secara jujur dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Wartawan juga mestilah sanggup menyiarkan kembali kenyataan yang benar jika berlaku kesilapan dalam laporan awal. Wartawan juga perlu menghormati dan memelihara hak sumber supaya tidak menyiarkan sumber yang tidak menginginkan namanya disebut. Wartawan perlu memastikan segala perlakuan yang tidak beretika seperti plagiarisme, fitnah, umpat, tohmahan, cacian, tuduhan tanpa asas, rasuah supaya menyiar atau menyembunyikan sesuatu dalam laporan dan tidak tunduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman untuk mempengaruhi keputusan terhadap

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

laporan yang difikir penting dan patut diketahui umum tidak berlaku semasa menyiarkan kenyataan tersebut. Namun begitu, wartawan terikat dengan akta-akta yang telah ditetapkan bagi menjaga keharmonian dan keselamatan negara. Antara akta yang perlu diikuti oleh wartawan, penerbitan, dan organisasi media yang terlibat adalah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1984, Akta Keselamatan dalam Negeri 1960, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan. Oleh itu, wartawan dilihat kurang diberi kebebasan dalam menghasilkan sesuatu berita atau artikel untuk disiarkan. Terdapat pelbagai cabaran dalam menjadi wartawan dan antaranya adalah kebebasan media. Kebebasan media dilihat membatasi dan seolah-oleh menyekat kuasa wartawan dalam menulis artikel dan berita terutama dalam isu kontroversi yang boleh memberi kesan pada masa akan datang. Kriteria Kebebasan media Kriteria kebebasan media umumnya adalah kawalan undang-undang ke atas media misalnya undang-undang saman malu, tuntutan ganti rugi, kerahsiaan, keselamatan dan perlesenan, manakala kawalan di luar undang-undang misalnya ugutan, ancaman dan sebagainya. Dari segi undang-undang pula, kes saman malu kerap berlaku apabila wartawan silap mengeluarkan artikel atau berita tentang seseorang individu terutama golongan ternama, tokoh korporat, golongan artis dan sebagainya dan nilai tuntutan adalah sangat tinggi.

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

Selain itu,favouritisme dalam memilih, menyiar atau menerbitkan sesuatu berita atau artikel juga membataskan kebebasan media. Kebenaran menggunakan khidmat agensi berita antarabangsa, kawalan pentadbiran kerajaan ke atas agensiagensi berita dalam negeri turut memberi impak dalam penghasilan berita yang disiarkan dalam akhbar mahupun media elektronik. Pengawalan pihak kerajaan adalah penting bagi memelihara ketenteraman, keharmonian dan keselamatan negara terutama bagi isu yang melibatkan perkauman, politik, ekonomi yang boleh membangkitkan perasaan ketidakpuasan hati rakyat. Contohnya, hak perlesenan ke atas penerbitan media cetak, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran bagi pihak pembangkang bagi mengeluarkan akhbar mereka sendiri sesuai dengan amalan demokrasi berparlimen negara. Contohnya akhbar dalam talian (media baru) iaitu Harakah Daily dan Malaysia Kini. Dari segi kawalan ke atas pengedaran dan penyebaran produk penerbitan media pula sangat penting bagi mengelak daripada berlakunya plagiat, ralat dan kesalahankesalahan yang boleh meyebabkan pihak akhbar tersebut disaman. Darjah kebebasan membuat kritikan ke atas agensi kerajaan dan pegawai awam juga dikawal agar tidak mengugat perjalanan pentadbiran negara, mendatangkan fitnah atau penyebaran khabar angin yang tidak benar. Dari segi hak milik kerajaan atau parti kerajaan ke atas organisasi media juga memberi kesan pada penulisan artikel atau berita. Contohnya surat khabar pro kerajaan akan lebih berpihak kepada kerajaan dari segi penulisan, penerbitan bahan-bahan dan sebagainya. Begitu juga bagi surat khabar anti kerajaan akan lebih banyak membangkang apa yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

Larangan dan pengharaman ke atas penerbitan media terhadap parti pembangkang pula berlaku apabila pengeluaran penerbitan yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat atau menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara. Selain itu, tumpuan hak milik unit-unit penerbitan dan rangkaian, kawalan kerajaan ke atas pertukaran asing dan urusniaga pembelian alat-alat media, subsidi dan imbuhan kerajaan kepada akhbar dan pengamal media umumnya, pemberian pinjaman kewangan kerajaan kepada media, pergantungan media kepada iklan-iklan sektor awam dan kadar cukai ke atas media berbanding dengan cukai-cukai sektor perniagaan lain juga memainkan peranan penting dalam media massa di Malaysia.

ISU KEBEBASAN MEDIA DI MALAYSIA

Menurut Aminudin Basir @ Ahmad, Mohamad Sabri Haron dan Nik Yusri Musa (2009:1) dalam kajian mereka yang bertajuk Kebebasan Media Komunikasi Menurut Perspektif Islam menyatakan bahawa senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku secara bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Oleh itu, cabaran bagi wartawan adalah bagi memastikan berita atau artikel yang dikeluarkan adalah sahih, benar dan adil kepada pihak yang terlibat. Sebarang penulisan,

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

penerbitan dan percetakan perlu melalui editor dan disunting sehingga tiada kesalahan yang dilakukan. Hal ini kerana, sebarang kesalahan atau ralat boleh menyebabkan syarikat akhbar disaman sekiranya menjatuhkan maruah seseorang, merugikan mana-mana pihak dan sebagainya. Oleh itu pihak wartawan, editor dan organisasi media sangat berhati-hati dan menitikberatkan perkara ini. Dari segi kebebasan media, wartawan bebas menulis dan bersuara. Namun mereka masih tertakluk pada undang-undang negara dan tidak boleh sewenang-wenangnya menokok tambah sesuatu berita, melakukan plagiat, menyebelahi mana-mana pihak, menfitnah, atau menjatuhkan maruah seseorang demi kepentingan diri sendiri. Antara cabaran lain bagi wartawan adalah kebebasan menyampaikan maklumat kepada audien. Sekiranya tiada kebebasan menyalurkan mesej dalam media komunikasi maka matlamat yang dikehendaki tidak akan tercapai. Namun realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal dan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar memperolehi kebebasan tersebut (Merill, 1997:3). Dalam konteks Malaysia, media komunikasi diberi kebebasan untuk berperanan dalam lingkungan undang-undang dan akta yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya sebarang penyebaran maklumat yang boleh memudaratkan keselamatan atau kestabilan negara (Othman Muhammad 1998:3). Oleh itu, berdasarkan kenyataan tersebut, tiada kompromi dalam perkara-perkara yang membabitkan keselamatan, kestabilan dan kedaulatan negara.

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

Manakala A. Samad Ismail (1966:12) menegaskan bahawa seseorang yang memperolehi sesuatu berita itu perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya walaupun berita itu didapati benar dan mengandungi nilai berita, namun dalam konteks tertentu berita itu tidak layak untuk disiarkan. Beliau mengambil contoh dalam satu kes yang berlaku seperti kes khalwat yang menyiarkan dan memaparkan gambar katil, tempat individu berkenaan ditangkap. Walaupun berita itu lengkap namun berita ini tidak sesuai untuk disiarkan. Di sinilah perlunya undang-undang negara untuk membataskan apa yang layak disiarkan dan apa yang tidak. Apatah lagi isu berita tersebut tidak benar atau palsu. Contohnya kes yang melibatkan isu Anwar Ibrahim meliwat Syaiful Bukhari. Begitu juga dengan skandal seks yang melibatkan Anwar Ibrahim yang disiarkan sehingga dapat ditonton oleh seluruh dunia. Isu yang disiarkan ini mendatangkan keaiban bukan sahaja kepada pelaku malahan kepada negara Malaysia sendiri kerana melibatkan nilai-nilai moral dan masalah yang berlaku kepada tokoh politik yang terkenal di negara ini. Sepatutnya isuisu sebegini disekat dan disaring agar tidak memalukan negara kita di mata dunia. Oleh yang demikian, seluruh dunia menyaksikan masalah politik dan isu kontroversi yang seolah-olah tidak berkesudahan dan semakin dicanang oleh pihak media sehingga mendapat liputan saban hari. Maka cabaran bagi seorang wartawan adalah memastikan berita yang disampaikan adalah benar, dan tidak mengaibkan mana-mana pihak. Berita atau artikel yang ditulis mestilah tidak bersifat prejudis, berbaur fitnah dan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Menurut Ku Seman Ku Hussain menerusi artikelnya dalam akhbar Utusan online bertarikh 16 Oktober 2011, mengatakan bahawa masyarakat berhak mendapat
8

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

maklumat yang tepat mengenai sesuatu yang berkaitan dengan pemimpin dan pelbagai perkara yang menyentuh isu sosial dan politik. Misalnya maklumat mengenai pergolakan sosial atau sikap buruk sesetengah pemimpin akan memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat. Namun apabila sesuatu isu itu terlalu dicanang oleh pelbagai pihak perkara ini boleh menimbulkan perasaan jemu dan ketidakpuasan hati kepada masyarakat kerana terlalu banyak publisiti yang diberikan sehingga masalah negara yang lain diabaikan. Isu berprofil politik menjadi keutamaan dan sering disiarkan di dalam akhbar, media elektronik mahupun media baru. Penyebaran berita dalam media baru lebih bersifat bebas berbanding akhbar atau televisyen. Contohnya, kes Datuk Seri Shahrizat Jalil berkenaan isu pembelian kondominium menggunakan dana projek Fidlot (Utusan Malaysia 2012) sehingga membawa kepada peletakkan jawatannya. Dalam kes ini, media baru terlebih dahulu mendedahkan isu tersebut berbanding akhbar dan televisyen yang memerlukan setiap berita atau artikel ditapis dan disahkan kesahihan berita dengan sumber yang jelas. Media baru Salah satu cabaran dalam bidang kewartawanan ialah kemunculan media baru yang tidak dikawal. Namun, hal ini tidak bermakna media baru seperti blog atau facebook menyiarkan berita yang tidak benar. Oleh itu, media baru lebih bebas bersuara berbanding media cetak atau elektronik kerana media baru tiada gatekeeper atau editor untuk mengedit berita yang ingin disiarkan dan hanya penulis tersebut yang bertanggungjawab terhadap penulisannya. Maka, wartawan perlu berhati-hati dalam

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

setiap penulisan walaupun wartawan bebas menulis tentang apa-apa isu kerana negara Malaysia tertakluk pada undang-undang dan etika kewartawanan. Wan Hamidi Wan Hamid mengeluarkan pendapatnya dalam Malaysiakini.com bertarikh 2 may 2002, mengatakan bahawa apabila berbicara soal kebebasan media, yang sentiasa menjadi sasaran kecaman adalah kerajaan. Perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebagai pemerintah, pastinya kerajaan dilihat sebagai pengawal terhadap segala aspek kehidupan rakyat. Kerajaan Malaysia yang dipimpin Barisan Nasional (BN) sering dikritik hebat atas tindakannya yang menguasai media massa, sama ada melalui pemilikan langsung oleh parti-parti komponen pemerintah atau tokoh-tokoh korporat yang pro-kerajaan, atau undang-undang yang mengawal permit, ruang pemberitaan dan penulisan serta tekanan-tekanan lain. Menurut Wan Hamidi lagi, dengan ledakan teknologi komunikasi maklumat membolehkan jutaan rakyat Malaysia berkongsi dengan penduduk dunia melalui alam siber. Internet pernah menjadi pencetus penyebaran maklumat terutama selepas kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, ditahan, dibicara seterunya dipenjarakan maka maklumat yang jarang terdapat dalam media arus perdana disalurkan melalui suara-suara alternatif termasuk laman-laman web dan internet. Contohnya dalam Malaysiakini sering memaparkan isu-isu tersebut. Ini menunjukkan bahawa media baru membolehkan sesuatu berita disebarkan dengan cepat dan mudah dicapai oleh seluruh rakyat. Namun begitu, terdapat kesan negatif daripada penyebaran maklumat tanpa sempadan ini iaitu kebolehpercayaan berita yang disiarkan. Kebebasan penyebaran maklumat ini diragui kesahihannya

10

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

kerana sesiapa sahaja boleh menjadi wartawan dan menulis tentang sesuatu isu tanpa sumber yang jelas dan fakta yang kukuh. Namun begitu, dengan adanya media baru ini berita dapat disalurkan dengan cepat dan pantas kepada pembaca serta menjimatkan kos. Contohnya myMetro, Sinar Harian online, Berita Harian online dan sebagainya. Oleh itu, kehadiran media baru ini memberi cabaran kepada wartawan cetak dan elektronik dalam penghasilan berita yang berkualiti dan menjadi pilihan pembaca. Contohnya kes yang melibatkan isu Shahrizat Jalil dalam isu fidlot wartawan online lebih cepat mendapat berita tentang isu tersebut berbanding wartawan cetak hasil daripada siasatan mereka. Kebebasan media sekarang membolehkan sesuatu isu disebarkan secara meluas dengan cepat dengan hanya dihujung jari. Isu yang berkaitan luar negara dan dalam negara dapat diketahui dengan hanya melayari internet. Media baru dilihat lebih bebas dan kurang disekat berbanding media cetak dan elektronik yang dikawal oleh pihak kerajaan dan organisasi media tersebut. Hal ini berlaku agar media tersebut tidak mengeluarkan isu yang keterlaluan atau yang boleh menimbulkan pelbagai masalah. Media baru seperti blog dan facebook pula bebas menyiarkan sesuatu isu kerana mereka tidak dikawal oleh gatekepper atau editor dan penulis

bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penulisan tersebut. Media baru lebih berisiko disaman sekiranya mengeluarkan isu tanpa bukti yang kukuh dan sumber yang sahih. Media baru juga mempunyai kebaikan serta keburukannya tersendiri berbanding media cetak dan elektronik.

11

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

Selain itu, Gan Pei Nei dalam blognya Leading The Change bertarikh 3 May 2011, mengatakan bahawa Kumpulan Utusan telah memecat Hata Wahari kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang dikatakan mencemari imej syarikat milik Umno itu. Syarikat itu memaklumkan keputusannya itu dalam satu surat bertarikh 21 April 2011, yang ditandatangani oleh Pengurus Besar Sumber Manusia, Mohd Nazlan Osman. Pada 14 April lalu, panel siasatan dalaman Kumpulan Utusan mendapati Hata bersalah atas tuduhan memburukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media tempatan.

Hata iaitu wartawan kanan akhbar Utusan Malaysia, berhadapan dengan lapan tuduhan yang dikemukakan berdasarkan lapan laporan yang berlainan yang disiarkan portal dan akhbar. Hata sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantang berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan kelemahan dalam kepengarangan akhbar berkenaan. Dia telah digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh Kumpulan Utusan. Dalam hal ini, menunjukkan wartawan boleh diheret ke mahkamah sekiranya mengeluarkan kenyataan yang boleh manjatuhkan maruah seseorang atau organisasi dan boleh disaman serta disabitkan kesalahan. Wartawan tidak boleh menulis artikel atau berita dengan sewenang-wenangnya tanpa bukti yang sahih dari sumber yang boleh dipercayai.

Sumber dan bukti yang kukuh dan benar penting kerana sekiranya seseorang wartawan itu mengeluarkan isu tanpa bukti yang nyata maka dia boleh disaman dan bakal menjatuhkan kerjayanya sendiri. Walaupun wartawan bebas menulis tentang
12

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

sesuatu isu namun mereka juga perlu menghormati hak orang lain dan menjaga status seseorang individu atau organisasi yang terlibat. Justeru, wartawan perlu menyiasat, mengumpulkan fakta yang benar dan membuktikan kesahihah berita yang disiarkan agar dapat mengelakkannya disaman dan menjaga nama baik organisasi media supaya mendapat kepercayaan seluruh masyarakat.

Menurut Aminudin Basir @ Ahmad, Mohamad Sabri Haron dan Nik Yusri Musa (2009:13) media komunikasi tidak harus menyebarkan mesej yang merangsang nafsu syahwat yang mendorong kepada perbuatan jenayah seperti zina yang berakhir dengan pembuangan bayi di kawasan sampah sarap. Dalam konteks ini media terlalu bebas menyiarkan tentang sesuatu isu sensitif seperti masalah sosial dalam masyarakat. Pelbagai Iklan, rencana, drama yang dipaparkan mestilah bebas daripada unsur-unsur tersebut Media massa memainkan peranan penting dalam memberi kesan positif mahupun negatif dalam kalangan masyarakat. Walaupun media bebas menulis namun media perlu memperhalusi dan mempertimbangkan aspek nilai dan kesannya adakah mampu menyumbangkan kebaikan atau sebaliknya. Oleh itu, media tidak boleh terlalu bebas menulis tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat. Jadi, cabaran bagi wartawan adalah perlu menulis dan menyiarkan sesuatu isu yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada masyarakat, agama dan negara.

13

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

ANALISIS

Kebebasan dan keterbukaan media boleh menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Dalam setiap penulisan, wartawan perlu menitikberatkan soal maruah seseorang individu. Wartawan tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan isu yang boleh mendatangkan aib kepada seseorang. Pihak yang diaibkan boleh mengemukakan saman terhadap wartawan dan organisasi media sekiranya beliau merasakan artikel yang ditulis menjatuhkan maruah dan memberi kesan terhadap kehidupannya. Oleh itu, wartawan perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu berita atau artikel yang tidak menjatuhkan mana-mana pihak, mengaibkan, berbaur fitnah atau berbentuk hasutan. Seterusnya, kebebasan tanpa kawalan boleh mengancam keselamatan negara dan mendedahkan kelemahan negara. Pihak berwajib atau kerajaan perlu memastikan pihak media komunikasi patuh kepada undang-undang dan akta dalam perkara yang berkaitan seperti Ordinan Fitnah 1957, Akta Mesin Cetak 1948 (dipinda pada tahun 1974), Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Hasutan 1948 (dipinda pada tahun 1972), Akta Kawalan Kemasukan Bahan-Bahan Bercetak 1958 (dipinda pada tahun 1972) Akta Rahsia Rasmi 1972. Undang-undang dan akta ini penting dalam

mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara kerana sebarang pengeluaran isu yang menyentuh sensitiviti kaum, politik negara, dan sebagainya boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara. Media massa sepatutnya membekalkan mesej atau maklumat yang berfaedah. Menurut Aminudin Basir @ Ahmad, Mohamad Sabri Haron dan Nik Yusri Musa
14

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

(2009:13), pihak berwajib perlu memastikan media komunikasi berperanan menyebarkan mesej dan maklumat yang positif serta dapat membina pemikiran masyarakat, menambah ilmu serta memupuk sifat yang baik. Ini bermaksud media komunikasi bertindak sebagai agen yang membantu pihak kerajaan untuk bersamasama membina masyarakat yang berakhlak, berfikiran murni, dan mempunyai hala tuju yang jelas serta membentuk suasana negara yang aman dan sejahtera menurut perspektif Islam. Dalam hal ini, berita atau artikel yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat perlu ditapis dan menghasilkan artikel yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Media komunikasi perlu memastikan bahawa mesej atau maklumat yang disiarkan adalah dibajai dengan prinsip-prinsip akhlak yang mulia serta nilai moral yang tinggi. Prinsip ini adalah sesuai untuk

kepentingan semua bangsa dan kaum. Dengan demikian, mesej tersebut akan menjadi sesuatu yang lebih bermakna serta bersifat membina pemikiran dan bukannya meruntuhkan (Aminudin Basir @ Ahmad, 2009:13). Menurut Dr. mohd Safar Hasim dalam artikelnya bertarikh 28 April 2012, mengatakan bahawa bayangkan apa akan berlaku jika negara tiada undang-undang berkaitan dengan rahsia rasmi. Sesesiapa saja dengan sewenang-wenang boleh membocorkan rahsia negara tanpa takut. Akan kucar-kacirlah negara jika ini

dibenarkan berlaku. perkara yang perlu diberi penekanan ialah kawalan terhadap batasan ini, supaya tindakan hanya diambil terhadap mereka yang membocorkan rahsia yang boleh mengancam keselamatan negara. Perkara yang wartawan takutkan adalah tindakan mereka untuk mendedahkan rahsia yang berkaitan dengan tindakan rasuah
15

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

pihak-pihak tertentu boleh disalahertikan oleh pihak berkenaan. Ini bermaksud bukan semua perkara boleh disiarkan dalam akhbar atau televisyen mahupun dalam internet kerana bimbang isu yang dikeluarkan boleh mendatangkan pelbagai masalah dan mengugat keharmonian dan keselamatan negara. Di Malaysia, media komunikasi diberi kebebasan namun masih lagi dalam lingkungan undang-undang dan akta yang telah ditetapkan bagi mengekalkan kestabilan, keharmonian dan ketenteraman negara. Dalam media massa soal undangundang, akta dan etika kewartawanan sangat penting bagi melindungi hak semua pihak dan menjaga institusi kewartawanan di Malaysia.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sekatan yang dikenakan oleh undang-undang dan akta adalah wajar walaupun ada sesetengah pihak tidak bersetuju. Walaupun ada sekatan dalam mengeluarkan sesuatu isu namun tidak menghalang wartawan dalam menjalankan tugas menyebarkan dan menyampaikan maklumat dan berita kepada masyarakat. Dalam membuat sesuatu tugasan wartawan perlu memikirkan tentang sensitiviti masyarakat kerana negara Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa maka wajarlah kita menjaga keharmonian dan menghormati hak orang lain walaupun wartawan bebas menulis sesuatu isu. Perkara yang perlu dititikberatkan dan diberi perhatian adalah keselamatan dan kestabilan negara. Oleh itu, media massa yang berperanan menjadi wadah kepada masyarakat perlu lebih telus dan jujur dalam menyampaikan maklumat dan berita.
16

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

Wartawan yang menjadi perantaraan antara rakyat dan kerajaan perlu sentiasa peka dan jujur supaya mampu meraih kepercayaan rakyat untuk terus membaca akhbar dan media lain.

Rumusan

Kebebasan media di Malaysia lebih terbatas dan ketinggalan berbanding media luar negara terutama dari segi penyampaian maklumat dan informasi. Oleh sebab itu masyarakat sukar mendapatkan berita yang benar dan sahih kerana kebanyakan organisasi media dikawal oleh sesetengah pihak samada pro kerajaan atau anti kerajaan. Media massa perlu bebas dari unsur-unsur berat sebelah, fitnah, laporan palsu, hasutan dan sebagainya. Sepatutnya ketua dalam sesebuah organisasi media harus membentuk etika kerja yang telus dan menjadikan warga kerja berintegriti serta tidak mudah dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Pembaca pula perlu bijak menilai dan tidak menerima berita yang disiarkan membuta tuli. Sebaliknya pembaca perlu membaca lebih dari satu sumber dan menilai sendiri kesahihan berita tersebut.

17

Siti Nasiha bt Yusoff, 22 May 2012

RUJUKAN

Aminudin Basir @ Ahmad, and Mohamad Sabri Haron, and Nik Yusri Musa. (2009) Kebebasan media komunikasi menurut perspektif Islam. Jurnal Hadhari, 1 (2). pp. 65-82. ISSN 1985 6830. http://journalarticle.ukm.my/242

Utusan Malaysia Online-Rencana http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1016&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

drmsafar.com http://drmsafar.com/category/articles/

Leading The Change ganpeinei.wordpress.com/2011/05/03/kebebasan-media-malaysia-setarafdengan-anggola

Malaysiakini.com www.malaysiakini.com/opinions/21443

Wartawan dan Etika www.wartawan-etika.blogspot.com/spot/2010/03/definisi kewartawanan.html http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/141/3/azlee3.pdf

18

You might also like