You are on page 1of 18

Cabaran Kewartawanan di Malaysia

Nor Farhana Binti Ahmad

Pengenalan

Pada masa kini, maklumat dan pengetahuan merupakan sumber penting yang akan menyumbang ke arah pembangunan sesebuah negara. Kemajuan taraf pendidikan menunjukkan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, pada era ini maklumat dan pengetahuan sangat penting. Media merupakan sumber yang menyampaikan maklumat di negara kita. Tidak kiralah media massa ataupun media cetak. Media terbahagi kepada tiga iaitu media cetak, media elektronik dan media baru. Media cetak termasuklah suratkhabar, majalah, brosur, buku, keratan dan sebagainya. Media elektronik pula seperti televisyen dan radio manakala media baru seperti blog,internet tv, email, website dan sebagainya. Media disifatkan sebagai agen sosialisasi menerusi laporan dan berita yang disiarkan kepada masyarakat umum (Samsudin, 1997).

Kewartawanan ialah amalan siasatan dan melaporkan isu-isu, tren-tren bagi satu penonton yang ramai. Walaupun terdapat banyak variasi dalam kewartawanan, ia lebih kepada memberitahu atau memaklumkan kepada orang ramai. Selain membuat liputan tentang organisasi dan institusi seperti kerajaan dan perniagaan, wartawan juga membuat liputan tentang aspek budaya dalam masyarakat seperti seni dan hiburan. Bidang kerja kewartawanan termasuklah penyuntingan, kewartawanan foto dan dokumentari. Wartawan adalah orang yang mengumpul, menulis dan mengedit pelbagai jenis artikel untuk satu
1

organisasi media. Tugas wartawan adalah selaras dengan ahli-ahli sejarah-untuk mencari kebenaran, di atas semua benda dan untuk dibentangkan kepada semua pembacanya bukan kebenaran sebagai tataurus negara yang mahu mereka tahu, tetapi kebenaran sehampir yang boleh.(disebut dalam William1957:8)(Frost,Crist,(2001:4). Bidang kerja wartawan terbahagi kepada tiga iaitu mengumpul bahan-bahan bagi memenuhi keperluan pelbagai bentuk penulisan kewartawanan, mampu menulis cerita selepas mengumpulkan semua maklumat yang relevan dan mampu menyunting semua jenis tulisan-tulisan kewartawanan termasuk berita, rencana, analisis dalaman dan komentor.

Kewartawanan terbahagi kepada tiga iaitu kewartawanan cetak, kewartawanan elektronik dan kewartawanan media baru. Kewartawanan cetak meliputi penulisan suratkhabar, buku, majalah, brosur dan sebagainya manakala kewartawanan elektronik meliputi kewartawanan televisyen dan radio. Kewartawanan media baru pula meliputi telefon bimbit komputer dan internet seringkali dirujuk sebagai media baru. Contohnya seperti email, laman web, berita dalam talian, blog dan sebagainya.

Sungguhpun terdapat pelbagai media pada masa kini, wartawan mempunyai pelbagai cabaran dalam menyampaikan maklumat. Antara cabaran yang bakal diterima oleh para wartawan ialah kreadibili, kebebasan media, undang-undang, teknologi baru dan sebagainya. Namun begitu, kredibiliti media kini menjadi topik hangat apabila masyarakat

memperkatakan bahawa kredibiliti media kini sudah diragui. Schweiger (2000:2) menegaskan bahawa kredibiliti menjadi satu faktor penentu penting dalam pemilihan isi kandungan yang terdapat dalam media. Media yang berkredibiliti pasti akan menyajikan
2

kandungan berita yang berkualiti. Malahan kredibiliti juga mempengaruhi kejayaan pemberitaan dan nilai komersil sesebuah media.

Kredibiliti media

Secara umumnya, kredibiliti didefinisikan sebagai kualiti sumber informasi yang menyebabkan apa yang diucapkan dipercayai melebihi sebarang bukti perbahasan (West 1994:2). Kredibiliti terbahagi kepada dua iaitu kredibiliti sumber dan kredibiliti media atau saluran. Kredibiliti sumber dimana melimatkan kajian mengenai ciri komunikator yang berlainan boleh mempengaruhi pemprosesan mesej di kalangan penerima. Manakala kajian kredibiliti media atau saluran pula memfokus kepada saluran yang menghantar kandungan berbanding penghantar kandungan tersebut. Kredibiliti sumber dan sesebuah media atau saluran sangat penting kerana tahap kepercayaan pembaca bergantung kepada apa yang disampaikan oleh sesebuah organisasi berita. Kredibiliti media juga akan membuatkan jatuh atau bangunnya sesebuah organisasi media. Sebagai contoh akhbar Utusan Malaysia pernah diboikot oleh pembaca kerana tidak menyampaikan maklumat berita dengan betul. Ini adalah salah satu cabaran wartawan dan organisasi media dalam menyampaikan maklumat kepada umum. Mereka haruslah berhati-hati dalam menyampaikan maklumat. Malah kajian kredibiliti
akhbar menunjukkan dua pertiga daripada publik percaya surat khabar cenderung untuk memihak kepada sesuatu pihak apabila berkaitan dalam hal-hal sosial dan isu politik (Miyamoto's Public

Relations Resource, 1996:10).

Banyak isu mengenai kredibiliti media cetak, media elektronik dan media baru yang diperkatakan oleh masyarakat pada masa ini. Berita yang dipaparkan oleh organisasi media
3

perlulah betul dan tidak memihak kepada mana-mana pihak tertentu. Berdasarkan pemahaman secara tradisi, kredibiliti berita dikonsepsualisasikan sebagai berita yang boleh dipercayai, tepat, diyakini, tidak bias dan lengkap(Flanagin & Metzger, 2000, 3). Sesuatu berita yang ditulis mestilah boleh dipercayai, tepat, adil dan tidak bias kepada pihak-pihak yang tertentu. Menurut kajian ke atas berita oleh Howard & Martha (2000) mendapati tiga perkara utama yang menjadi fokus pembaca tentang kredibiliti iaitu ketepatan maklumat, maklumat yang lengkap dan ketelusan berita tersebut. Oleh itu, wartawan mestilah telus dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca kerana pembaca hari ini telah terbuka minda untuk mencari inisiatif lain dalam mendapatkan sesuatu berita. Pembaca kini tidak lagi percaya seratus peratus kepada pembacaan satu media sahaja. Mereka akan mencari beberapa sumber lain sehinggalah kebolehpercayaan berita itu dikenalpasti.

Pada masa ini, media baru seperti internet telah muncul dan mengatasi media-media tradisional. Sejak berkembang teknologi komunikasi digital, pelbagai fenomena seperti fitnah, laporan palsu, berita yang negatif, pergaduhan di laman-laman sosial dan sebagainya telah berlaku. Seperti yang dinyatakan oleh oleh Johnson dan Kaye(1998: 3), ciri asas internet yakni berkeupayaan capaian bebas untuk menyebar dan memperolehi maklumat tanpa sebarang saringan boleh membantu kredibiliti terhadapnya sebagai sumber maklumat. Sebagaimana kita tahu, penulis didalam sesuatu blog atau berita dalam talian bukanlah seorang wartawan yang sebenar. Blog contohnya, sesiapapun boleh memiliki blog dan boleh menulis mengikut pendapat masing-masing tanpa ada sekatan oleh mana-mana pihak seperti suratkhabar. Berita di dalam blog tidak kita ketahui kesahihan sumber yang didapati olehnya. Hal ini demikian kerana tidak seperti media cetak atau elektronik yang lain, internet

kekurangan dari segi editorial dan gatekeeping. Penulis hanya menulis mengikut perasaannya
4

tanpa ada tapisan dari editorial. Pendedahan kehidupan peribadi seseorang yang kerap dipaparkan dalam internet dan kebimbangan tentang ketepatan maklumat juga menjadikan kredibiliti media baru ini sering dipersoalkan.

Isu keadilan dan kredibiliti media mula hangat apabila tercetusnya isu politik tentang penyingkiran timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak 2 September 1998. Pelbagai reaksi dan pihak media masing-masing kerap mengeluarkan isu ini, dan kebanyakan berpihak pada kerajaan dan bersikap berat sebelah. Ini menimbulkan keraguan tentang kredibiliti media bagi pihak masyarakat. Malah menurut Rustam A. Sani, "I have never accused the Malaysian Government of exercising stark media censorship. But through a complex network of corporate control of media companies by political parties and through manipulative selection of editorial executives, the media has been subjected not so much to direct control but more to self and subtle censorship. During times of normal political calm, the control and manipulation of the media for the most part is hardly discernible!" (Harakah, 1999). Ini menunjukkan ada sesetengah media yang bersikap berat sebelah apabila menyentuh tentang isu Anwar Ibrahim. Akibat dari isu penyingkiran Dato' Seri Anwar Ibrahim, berbagai tekanan dan tuduhan dilemparkan ke atas media khususnya akhbar-akhbar utama negara. Hal ini telah menunjukkan bahawa pembaca pada masa kini telah mula membuat penilaian berdasarkan berita yang ditulis. Mereka tidak lagi mempercayai seratus peratus berita yang terbitkan oleh media kerajaan semata dan mereka juga telah membaca media pro pembangkang supaya dapat mengetahui sesuatu isu dengan lebih jelas dan terperinci.

Gaziano dan McGrath(1986, 4) telah mengenal pasti 12 dimensi kredibiliti berita akhbar dan televisyen iaitu amanah (trustworthiness), semasa (currency), tidak berat sebelah (unbiased), adil (fairness), lengkap (completeness), objektif (objectivity), jujur (honesty), upto-date (terkini), believability (percaya/yakin), seimbang (balance), ketepatan (accuracy) dan tepat pada masa (timeliness). Dalam menyampaikan maklumat, pihak media haruslah telus mempunyai 12 dimensi kredibiliti ini supaya kecemerlangan sesebuah organisasi media dapat bertahan.mereka haruslah mempunyai etika dalam menyampaikan maklumat. Etika bermaksud falsafah moral (moral philosophy). Ianya merupakan satu displin bersangkutan dengan nilai moral baik atau jahat, betul atau salah.

Istilah ini digunakan untuk pelbagai sistem ataupun teori dalam prinsip ataupun nilai moral sendiri. Istilah etika dan moral berkait rapat dari segi pengertian dan pemahaman seseorang. Oleh itu mereka haruslah memenuhi etika dan garis panduan kewartawanan Kesatuan Kewartawanan Kebangsaan(NUJ) yang meliputi lapan garis panduan yang harus diikuti. Antara garis panduannya ialah laporan berita berdasarkan kebenaran,

Mempertahankan kebebasan mencari dan mencetak secara jujur, laporan berdasarkan fakta dan sumber yang jelas dan sah, cara jujur mendapatkan berita, gambar dan dokumen, sanggup menyiarkan kembali kenyataan benar jika berlaku kesilapan, mempertahankan hak sumber jika enggan mendedahkan diri, elak daripada laporan berbentuk tiruan, fitnah, tohmah, tuduhan tidak berasas, dan menyembunyikan sesuatu untuk kepentingan diri dan akhir sekali tidak tunduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman.

Para wartawan dan media haruslah memenuhi etika ini supaya tidak diancam untuk mendapat saman dari mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan berita yang
6

dikeluarkan. Oleh sebab itu, sesuatu berita disunting terlebih dahulu oleh editor supaya kes saman-menyaman tidak berlaku. Jika hal ini berlaku, imej dan reputasi sesebuah organisasi itu akan tercemar dan merosot. Tahap kebolehpercayaan sesebuat organisasi media juga akan menurun. Para pembaca atau penonton mungkin akan bertukar kepada sesuatu akhbar atau stesen televisyen yang lain. Contohnya yang berlaku pada akhbar Utusan Malaysia dimana akhbar ini telah mengedit gambar payung yang berlambang dacing dan telah menghapuskan lambang itu. Kesalahan ini dapat dikesan apabila semua akhbar lain telah memaparkan gambar itu dan melalui blog Tranung Kite. Dalam blog ini juga memaparkan perbezaan antara gambar yang dipaparkan antara akhbar Utusan Malaysia, The Star, Berita Harian dan Harian Metro. Berita ini telah dikeluarkan pada 9 November 2009 bersamaan dengan hari Isnin. Berita ini yang bertajuk warga emas dibunuh suami kerana minta cerai dimana warga emas ini telah meminta cerai dari suaminya dan telah menyebabkan suaminya berang lalu menikam mangsa dengan sebilah pisau. Disebabkan berita yang telah dikeluarkan ini, tahap kredibiliti akhbar ini telah dipersoalkan. Akhbar ini dilihat tidak memenuhi etika kewartawanan dimana telah bias,berita yang dipaparkan tidak betul dan berpihak kepada sebelah pihak. Para pembaca telah mempersoalkan ketepatan berita yang telah dikeluarkan oleh akhbar ini dan menyebabkan membaca beralih kepada akhbar lain. Hal ini telah menyebabkan penjualan akhbar ini semakin merosot dan tahap kepercayaan mereka semakin menurun.

Kredibiliti terhadap media ditafsirkan dengan pelbagai perspektif menurut pandangan pengkaji terlibat. Antara dimensi yang dikaji termasuklah cara penyampaian sesuatu berita, berita yang dilaporkan tidak ditokok tambah, ketepatan berita, berita tidak bersifat bias dan sebagainya(Beaudoin, Christopher, Thorson, Esther,2002:13). Media memainkan peranan
7

penting dalam membangunkan minda dan intelek di kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana maklumat adalah yang disampaikan adalah satu ilmu yang sangat berguna. Namun begitu, masyarakat hari ini semakin bijak menilai kesahihan berita yang dipaparkan melalui media seperti akhbar, radio, televisyen, dan online ataupun internet.

Menurut James Watt, Junho Choi dan Michael Lyneh (2003;14) kredibiliti berlandaskan kepada lima dimensi iaitu kredibiliti berita (believabiliti), ketepatan berita (accuracy), ketelusan berita (trustworthiness), bias dan berita yang lengkap (completeness). Para wartawan perlulah mengikut dimensi yang diberikan supaya tidak lari dari dari prinsip kewartawanan. Kredibiliti berita haruslah dititik beratkan supaya pembaca terus yakin dengan maklumat yang dipaparkan. Berita juga haruslah telus dalam menyampaikan maklumat kerana pembaca kini memilih untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja melalui akhbar dan televisyen tetapi melalui internet. Ketepatan berita adalah paling penting kerana jika sesuatu berita itu tidak tepat, para wartawan akan diancam oleh saman fitnah. Hal ini akan merugikan para wartawan dan juga organisasi media. Wartawan mungkin akan digantung kerja. Selain itu, berita mestilah lengkap dan tidak bias terhadap mana-mana pihak. Seperti contoh yang telah diberi di atas, berita itu tidak lengkap dan bias terhadap sesuatu pihak sahaja. Kita dapat lihat penurunan penjualan akhbar itu selepas menyiarkan berita yang dipaparkan.

Kebolehpercayaan

Bagi menghasilkan sesuatu berita yang baik, tahap kebolehpercayaan berita adalah penting kerana pembaca sekarang semakin bijak menilai sesuatu berita yang dipaparkan. Andaian asas kajian-kajian kebolehpercayaan media ialah kebolehpercayaan sesuatu media atau saluran akan mempengaruhi kesan terhadap mesej atau maklumat yang disampaikan (Lee, 1978: 11). Manakala Infante (1980) pula mengemukakan tiga dimensi untuk mengukur kredibiliti sumber iaitu kebolehpercayaan, kepakaran dan kedinamikan. Kebolehpercayaan merujuk kepada jujur tidak jujur, boleh dipercayai-tidak boleh dipercayai, dan ikhlas-tidak ikhlas. Organisasi media haruslah jujur dalam mengeluarkan sesuatu berita. Contohnya seperti berita yang dikeluarkan oleh Newmond Tibin pada 06/09/2001 yang bertajuk Kiulu nikmati limpahan merdeka. Berita yang dipaparkan ini adalah tidak jujur kerana gambar yang diletakkan bukanlah pembangunan yang terdapat di pekan Kiulu, Sabah. Kenyataan ini disangkal melalui blog PASPB yang dikeluarkan pada 7 September 2011. Melalui blog ini gambar itu sebenarnya diambil di Jln Gaya, Kota Kinabalu. Hal ini menunjukkan akhbar Utusan Malaysia tidak benar dalam menyampaikan maklumat. Mereka tidak ikhlas menyampaikan maklumat kerana memberi maklumat palsu kepada pembaca. Selain itu, institusi-institusi antarabangsa seperti World Press Freedom Committee dan juga institusiinstitusi domestik juga menerbitkan laporan yang menyatakan media massa di Malaysia bersifat bias, tidak telus dan dikongkong (Walden, 2001). Tahap kredibiliti kandungan berita akhbar juga dinilai berdasarkan kepercayaann pembaca akhbar terhadap wartawan dan syarikat akhbar tersebut (Folkerts & Stephen, 2001). Oleh itu, berita yang dilaporkan mestilah tidak bersifat bias atau prejudis dengan membuat pelbagai andaian atau spekulasi.

Menurut Seaton (1998/99), khalayak membuat penilaian terhadap kredibiliti berita melalui dua elemen utama iaitu fakta atau konteks berita dan berita yang bersifat neutral yakni tidak bias. Selain itu pengamal media seharusnya menerangkan polisi dan perundangan untuk meningkatkan tahap kredibiliti khalayak terhadap media (Mc Farlin,1998).

Persepsi khalayak

Sundar (1999: 4) pula mengemukakan empat kriteria persepsi khalayak terhadap kandungan berita iaitu kredibiliti, kesukaan (liking), kualiti dan representasi. Dimensi kredibiliti Sundar terdiri daripada berat sebelah (biased), adil (fair) dan objektif; kesukaan (liking) mengandungi ukuran bosan (boring), enjoyable, menarik, lively, pleasing; kualiti terdiri daripada tepat, boleh dipercayai, jelas, koheren, komprehensif, ringkas dan padat. Representasi pula terdiri daripada disturbing, penting, relevan, tepat pada masa, informatif dan sensasi. Skala kredibiliti Sundar ini boleh digunakan untuk mengukur persepsi khalayak terhadap berita akhbar cetak dan online. Beliau mendapati persamaan yang ketara antara struktur persepsi khalayak terhadap akhbar cetak dan online. Akibat persamaan ini, Sundar berpendapat bahawa skala yang sama boleh diguna pakai untuk mengkaji kredibiliti media lain.

Persepsi masyarakat terhadap media amatlah penting. Oleh itu pihak wartawan dan organisasi media haruslah mengikut empat kriteria yang dikemukakan oleh Sundar yang terdiri daripada kedibiliti, kesukaan, kualiti dan representasi untuk mendapatkan persepsi yang baik oleh pembaca atau penonton. Oleh itu sesuatu berita yang akan dikeluarkan dielakkan berlakunya banyak kesilapan fakta, ejaan dan tatabahasa. Semakin banyak
10

kesalahan yang berlaku akan menggugat kepercayaan khalayak. Menurut kajian yang dijalankan oleh American Society and Newspaper Editors (ASNE) mengkaji pandangan dua kelompok manusia iaitu masyarakat/pembaca akhbar dan wartawan yakni individu yang terlibat secara langsung dalam pelaporan berita. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kumpulan fokus yang mengetengahkan pendapat kumpulan yang secara jelas melabelkan pengamal media melakukan kesilapan demi kesilapan dalam melaporkan berita. Contohnya seperti dalam berita TV3 dimana salah seorang pembaca beritanya iaitu Nur Jamalina Jamali atau lebih dikenali sebagaii Jay telah salah menyebut nama Perdana Menteri dalam Buletin Utama. Beliau telah menyebut nama Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri iaitu bukan Dato Seri Najib Tun Razak yang telah mengadakan lawatan ke Johannesburg. Walaupun hanya kesalahan kecil dan ralat telah dikeluarkan, namun begitu isu ini telah diperbesarkan dan dihangat di blog-blog dan twitter. Insiden tersasul itu dikatakan berlaku memandangkan beliau sebelum itu telah berkali-kali menyebut nama Anwar pada laporanlaporan berita berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu yang akan diketahui keesokan harinya. Akhbar Sinar Harian telah mengeluarkan artikel berkenaan permohonan maaf pembaca berita itu. Dalam kenyaataan itu memohon maaf dan menyatakan bahawa perkara itu tidak disengajakan. Beliau juga telah memohon maaf dalam twitter. Namun begitu kredibilitinya sebagai pembaca berita sedikit tergugat kerana kesalahannya mendapat perhatian orang ramai. Beliau juga adalah calon bagi dua kategori iaitu Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita Radio Terbaik pada tahun 2010. Hal ini menunjukkan

kredibilitinya sebagai penyampai berita telah tergugat.

Menurut ASNE terdapat tiga puluh lima peratus khalayak membuat kesilapan ejaan dan tatabahasa lebih dari sekali dalam tempoh masa seminggu manakala dua puluh satu
11

peratus peratus khalayak kesalahan fakta, ejaan dan tatabahasa berlaku hampir setiap hari. Bahagian bilik berita mencari penyebab kesilapan yang dilakukan, antaranya termasuklah para wartawan kesuntukan masa untuk menghantar tugasan berdasarkan masa yang ditetapkan , wartawan juga dibebani tugasan yang banyak dan organisasi media mempunyai bilangan pekerja yang tidak mencukupi. Oleh itu para wartawan terkejar-kejar untuk mendapatkan berita. Selain itu, wartawan juga kurang memberi tumpuan terhadap berita, kecuaian, wartawan masih kurang pengalaman dan mempunyai pengetahuan yang rendah. Perbandingan antara akhbar dan televisyen mendapati akhbar memberikan keterangan yang lebih terperinci dalam melaporkan berita terkini berbanding televisyen. Akhbar juga mempunyai tahap ketetapan berita yang tinggi dan lebih cepat membuat pembetulan di atas kesilapan yang dilakukan (ASNE,1999:18)

Analisis

Kewartawanan adalah satu bidang yang mulia dimana ia menyebarkan maklumat kepada khalayak. Perbuatan ini adalah bagus kerana dengan maklumat yang diberikan khalayak dapat memangaatkannya. Oleh itu para wartawan dan organisasi media haruslah jujur dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak. Mereka haruslah mengikuti etika dan garis panduan kewartawanan Kesatuan Kewartawanan Kebangsaan (NUJ) yang telah ditetapkan meliputi lapan garis panduan yang harus diikuti. Antara garis panduannya ialah laporan berita berdasarkan kebenaran, Mempertahankan kebebasan mencari dan mencetak secara jujur, laporan berdasarkan fakta dan sumber yang jelas dan sah, cara jujur mendapatkan berita, gambar dan dokumen, sanggup menyiarkan kembali kenyataan benar jika berlaku kesilapan, mempertahankan hak sumber jika enggan mendedahkan diri, elak
12

daripada laporan berbentuk

tiruan, fitnah, tohmah, tuduhan tidak berasas, dan

menyembunyikan sesuatu untuk kepentingan diri dan akhir sekali tidak tunduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman.

Etika dan garis panduan ini digubal supaya untuk melahirkan para pengamal media yang beretika dan tidak bertuhankan wang semata-mata. Mereka juga ada garis panduan yang harus diikuti dan jika mereka melanggarnya akan menyebabkan dikenakan tindakan. Garis panduan ini juga harus diikuti untuk mengelakkan mereka dari dikenakan saman atau sebagainya. Terdapat pelbagai cabaran yang harus dipikul oleh pengamal media contohnya seperti tahap kredibiliti, kebolehpercayaan, persepsi dan sebagai. Cabaran-cabaran inilah yang menyekat para pengamal media dari terus untuk menyampaikan maklumat kepada semua.

Para wartawan dan pengamal media haruslah telus dan jujur dalam penyampaikan maklumat. Bagi pengamal media yang beragama Islam, mereka haruslah membuat sesuatu kerja dengan benar dan kerana Allah SWT. Pengamal kewartawanan Islam harus menyedari teori kewartawanan dan pendekatan mencari dan menyebarkan berita telah disimpulkan dalam salah satu ayat Quran.

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar- benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua- duanya. maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata)
13

atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Nisa : 135) . janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamu sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya) (Surah al-Baqarah: 42)

Oleh itu apa jua yang ingin ditulis oleh para wartawan haruslah berpaksi kepada pegangan Islam. Kita haruslah berpegang teguh supaya mendapat keberkatan dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Contohnya seperti jika para wartawan menulis mengikut etika dan garis panduan Islam, mereka akan dapat mengelakkan diri daripada dikenakan saman oleh individu atau organisasi-organisasi. Para wartawan tidak dapat lari dari pelbagai cabaran dalam dunia kewartawanan ini. Oleh itu, mereka haruslah meningkatkan kredibiliti mereka dari semasa ke semasa sebagai pengamal media supaya tahap kebolehpercayaan dan persepsi khalayak terhadap mereka semakin tinggi . Khalayak kini mementingkan kebolehpercayaan sumber dan persepsi mereka terhadap sesuatu organisasi media. Oleh itu organisasi media haruslah betul dalam menyampaikan maklumat supaya khalayak akan setia terhadap organisasi mereka.

14

Kesimpulan
Kredibiliti media adalah satu bentuk cabaran wartawan pada hari ini. Hal ini demikian kerana khalayak pada masa kini telah celik dalam mendapatkan maklumat. Mereka tidak lagi bergantung kepada satu-satu sumber sahaja. Mereka telah mempelbagaikan sumber untuk mendapatkan maklumat yang benar dan betul-betul sahih, contohnya seperti akhbar, televisyen, radio, dan pelbagai bentuk media baru yang semakin mendapat perhatian khalayak.

Khalayak semakin prihatin terhadap sumber maklumat dan mengharapkan agar sumber berita yang disiarkan boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti. Sesuatu berita haruslah tepat, padat, dan ringkas. Namun begitu banyak cabaran yang harus diterima oleh pengamal media bukan hanya cabaran dalam melakukan pekerjaan tetapi dalam menghadapi karenah khalayak

Kredibiliti seseorang pengamal media sering dipertikaikan oleh khalayak jika pemberitaan yang dikeluarkan oleh mereka tidak dapat memuaskan hati khalayak. Mereka haruslah mengikuti etika dan garis panduan yang telah ditetapkan. Oleh itu, tahap kebolehpercayaan dan persepsi khalayak terhadap mereka sentiasa tinggi. Khalayak memainkan peranan yang penting dalam memajukan organisasi media. Mereka haruslah meningkatkan prestasi masing-masing dari semasa ke semasa supaya kredibiliti mereka pengamal media di Malaysia semakin meningkat.

15

Rujukan
Normah Mustaffa, Faridah Ibrahim, Mus Chairil Samani & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2010). persepsi khalayak terhadap kredibiliti media di Malaysia, Volume 5, Number 2,153160. http://www.scribd.com/doc/53248858/Persepsi-Khalayak-Terhadap-Kredibiliti-MediaDi-Malaysia

Wan Maharuddin bin Hj. Wan Sulaiman. (1999). Kredibiliti Akhbar Tempatan:Satu Analisis Mengenai Isu Politik Semasa, http://psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf

Mohd Khairie Ahmad, Mohd Baharudin Hadza@Othman, Suhaini Muda, Mohd Hafidz Hussien. (2005), Kredibiliti Berita Akhbar, Televisyen, Radio dan Berita Dalam Talian,
www.psb1.uum.edu.my/.../kp.dll?f...

Majlis Media: Semak integriti, piawaian kewartawanan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia& sec=Rencana&pg=re_08.htm


PEKAN KIULU JADI BONEKA PROPAGANDA BN?

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8307:pekan-kiulujadi-boneka-propaganda-bn&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

KANTOI!!!Rakyat Sabah pasti termuntah baca penipuan Utusan http://paspb2.blogspot.com/2011/09/kantoirakyat-sabah-pasti-termuntah-baca.html

Mencari Gambar tersembunyi http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=206

16

17

18

You might also like