You are on page 1of 13

SEJARAH TUAN GURU SHEIKH ABDUL QOSIM

Almarhum Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim berasal dari Sumatera, Indonesia. Menurut cerita orang-orang tua, Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim ialah anak murid kepada pengamal tarikat yang dibawa oleh Sheikh Abdul Rauf Singkel,2 seorang ulama besar di tanah Acheh dan guru kepada Tuan Guru Sheikh Ahmad. Beliau pernah berjuang menentang penjajahan Belanda. Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim merupakan Raja yang dilantik menggantikan ayahandanya Sultan (Raja) Berumun yang meninggal dunia. Pemerintahan beliau ialah di Banan Dolok, Tapanuli Selatan, Sumatera. Pada saat ini, penulis sedang membuat penyelidikan untuk melengkapkan sejarah kedua-dua tuan guru. Nama sebenar, ahli keluarga pada masa itu dan yang masih hidup, tarikh perlantikan, tarikh menyerahkan kuasa kepada saudaranya belum dapat dipastikan dan masih dalam proses pencarian. Tidak terdapat catatan secara tepat yang ditemui menyatakan tentang tarikh kelahirannya, akan tetapi beliau telah dilahirkan sebelum kedatangan Belanda ke Indonesia, iaitu pada tahun 1826.3 Beliau sama-sama berperang menentang Belanda dan melihat sendiri penentangan rakyat terhadap Belanda dan raja-raja yang pro Belanda seperti Raja Huta Siantar. Melihatkan tindakan rakyat yang marah semasa dan selepas kematian raja-raja ini, beliau memilih untuk menuntut ilmu akhirat, menjadi rakyat biasa dan akhirnya berpindah ke Tanah Melayu. Perjalanan hidup beliau adalah semata-mata untuk menuntut ilmu dan menyebarkan Agama Islam. Beliau akan berguru ke mana sahaja tempat yang diketahuinya terdapat guru yang mursyid. Beliau akan berpindah daripada seorang guru kepada guru yang lain apabila guru yang mengajarnya tidak menyebutkan dalil yang diajarkan, sama ada daripada al-Quran ataupun Hadith. Sepanjang hayatnya, beliau dikhabarkan telah menuntut ilmu kepada tidak kurang daripada 100 orang guru di Tanah Arab dan kepulauan Melayu.4 Guru beliau yang terakhir ialah, murid kepada Sheikh Abdul Rauf Singkel di Negeri Acheh Darussalam.

Sebahagian besar maklumat sejarah tuan guru ini dirujuk kepada hasil tinggalan sejarah yang telah ditulis oleh anak murid beliau. Sebahagiannya pula daripada cerita orang-orang tua dan maklumat melalui internet. 2 Hidup pada abad ke-15 pada zaman keagungan Kesultanan Acheh. 3 Belanda memasuki Indonesia mulai pada 28 November 1833. Belanda memasuki Desa Tamiang, Negeri Mandailing pada tanggal 2.12.1833 dengan mendapat bantuan orang Padang. Belanda mudah menjajah seluruh Negeri Mandailing kerana bantuan beberapa orang raja Mandailing, iaitu Raja Gadombang di Huta Godang, Tuanku Natal, Sutan Malayu, raja dari Pakantan dan Patuan Gogar Tengah Hari, raja dari Muarasipongi. Gadombang mati di bunuh oleh tentera Imam Bonjol pada tahun 1839. 4 Kepulauan Melayu adalah termasuk Indochina, Filipina dan Nusantara.

Beliau juga mempunyai ramai rakan seperguruan dan dikhabarkan mempunyai enam orang rakan seperguruan. Selepas tamat pengajian, mereka bertujuh telah menyebarkan Islam di enam negara yang berlainan. Negara yang disebutkan ialah Patani (1 orang), Kemboja (1 orang), Makkah, Arab Saudi (1 orang), Selatan Filipina (1 orang), Sumatera (tuan guru), Pulau Jawa Indonesia (1 orang) dan Negeri Perak, Tanah Melayu (1 orang). Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim sendiri mengajar di Sumatera, kemudian berpindah ke Tanah Melayu. Seorang daripada sahabat beliau yang mengajar di Makkah,5 mempunyai seorang anak bernama Muhammad Shah (berumur 89 tahun pada 1999) yang turut mengajar, selepas bapanya meninggal dunia. Semasa hayatnya, beliau telah bertungkus lumus mengembangkan dan menyampaikan ajaran Islam di Sumatera, Patani 6 dan Semenanjung Tanah Melayu. Tempat terakhir Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim mengajar ialah di Madrasah Kg. Sungai Bil, Tanjong Malim, Perak selama kira-kira 8 tahun. Semasa di Sumatera dan di Tanah Melayu, ramai orang yang mengaku ulama menguji ilmu yang dimiliki oleh Tuan Guru. Lain pula halnya dengan guru-guru agama yang terpengaruh dengan fahaman Wahhabi dan yang menjisimkan Allah. Di Indonesia golongan ini dikenali sebagai Muhammadiyyah atau puak zahiriah iaitu yang berpegang kepada zahir ayat sematamata. Puak ini mendakwa bahawa, Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim membawa ajaran sesat.7 Sehingga sekarang, mereka menganggap bahawa, sifat 20, kaji diri, 8 hukum akal, amalan zikir beramai-ramai9 di madrasah selepas solat 5 waktu, amalan menyambut Maulidur Rasul, membaca Yasin pada malam Jumaat dan macam-macam lagi sebagai bidaah.10 Dalam setiap dialog, perbincangan dan perdebatan, kebenaran berpihak kepada Tuan Guru.

Rujuk surah 28 : 87. Sahabat beliau ini berasal dari Tanah Mandailing, Sumatera. Penulis banyak menggunakan perkataan rujuk atau sila rujuk yang bermaksud sila lihat dalilnya daripada. 6 Mengajar di Patani (Utara Semenanjung Malaysia) pada tempoh yang pendek. Tuan guru berpindah semula ke Sumatera sebelum Patani di jajah oleh Tentera Siam melalui perjanjian Bitish-Siam. 7 Dimana-mana seluruh dunia, beginilah sikap yang sering ditunjukkan oleh puak yang terpengaruh dengan fahaman Wahhabi. Dengan mudah menghukum orang yang tidak sealiran dengan mereka sebagai SESAT. Lihat kata-kata Sheikh Sayyid Ahmad Ibn Idris al-Hasani, Orang-orang yang miskin ilmunya menjadi beku dan hanya berpegang dengan zahir syara. Mereka hanya mengetahui sebahagian daripada ilmu dan menyesatkan orang yang tidak sependapat dengan mereka. Rujuk buku yang dikeluarkan oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin bertajuk Sayyid Ahmad Ibn Idris Al-Hasani halaman 355. 8 Ilmu yang bertujuan untuk mentahkiqkan bahawa diri sendiri adalah MAKHLUK YANG DIJADIKAN ALLAH. 9 Amalan berzikir beramai-ramai dilakukan sebagai satu kaedah mendidik masyarakat agar melakukan perkara yang sama di rumah masing-masing. Ini adalah kerana, berzikir selepas solat 5 waktu, adalah amalan yang menyempurnakan solat. Justeru, alim ulama telah merancang pengisian sedemikian, sebagai kaedah mendidik masyarakat. Lihat dalilnya dalam surah an-Nisa : 103. 10 Yang peliknya, tindakan mereka mengisi masa yang terluang, dengan aktiviti yang TIDAK pernah dibuat oleh Nabi, seperti mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan mereka, tidak dianggap sebagai bidaah. Punca mereka bersikap sedemikian, sememangnya memerlukan penyelidikan khusus. Penulis tidak menerangkan jawapan Tuan Guru dalam persoalan itu. Semua tuduhan itu, telah dijawab oleh pihak yang berwajib.

Sehingga kini, penulis belum menjumpai sebarang teks, yang direkodkan oleh anak-anak muridnya, hasil perdebatan antara Tuan Guru dengan semua pihak yang terlibat termasuk puak yang terpengaruh dengan fahaman Wahhabi. Pada peringkat awal mengajar di Perak, situasi yang sama berulang. Terdapat guru-guru agama yang dikenali sebagai Faham Kaum Muda (pengikut Wahhabiyyah) membuat laporan kepada Kerajaan British bahawa, Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim membawa ajaran sesat.11 Pihak British telah bertindak segera membuat siasatan atas aduan tersebut. Mufti Perak yang pertama (juga berasal dari Sumatera) telah diarahkan menyiasat ajaran tuan guru dan kitab-kitab yang beliau tulis. Setelah siasatan menyeluruh dijalankan, Mufti Perak mengesahkan bahawa ajaran berkenaan dan kitab yang ditulis adalah BENAR dan tuan guru dibenarkan mengajar tanpa sebarang halangan. Sejak daripada itu, Mufti Perak dan tuan guru sering membincangkan semua cabang ilmu dalam Islam di Madrasah Kg. Sungai Bil, Tanjong Malim. Setelah tuan guru meninggal dunia pada tahun 1917 pada usia kira-kira 91 tahun, beliau telah dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam Slim River, Tanjong Malim, Perak. Beliau telah digantikan oleh muridnya yang paling bijaksana yang beliau anggap sebagai anak, iaitu Tuan Guru Sheikh Ahmad. Tuan Guru Sheikh Ahmad berasal dari Sibaruang Julu, Sumatera. Beliau meninggal dunia pada tahun 1930 ketika berusia 60 tahun dan dimakamkan di sebelah madrasah Kg. Kerangai Jelebu, Negeri Sembilan. Tuan Guru Sheikh Ahmad telah meneruskan sistem pendidikan dan pengajaran di samping membuka penempatan baru iaitu di Sg. Daro, Batang Kali, Selangor, Kg. Tengah, Kg. Pang Lang dan Kg. Langkap, Negeri Sembilan. Di Kg. Langkap, Negeri Sembilan, Tuan Guru Sheikh Ahmad telah mengajar kira-kira 8 tahun. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Tuanku Muhammad (ayahanda Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Agong pertama). Tuan guru dan murid-muridnya sering dijemput ke Istana dan Baginda pula sering berkunjung ke Madrasah Kg. Langkap dan Madrasah Kg. Kerangai bersama rombongan serta sering pula mendapatkan nasihat agama daripada Tuan Guru Sheikh Ahmad. Selain Tuan Guru Sheikh Ahmad, Tuan Guru Abdul Qosim juga mempunyai dua orang anak murid yang bijaksana dan membuka kawasan baru untuk mengajar (selepas beliau meninggal dunia), iaitu Tuan Lebai Jasayur Tanjung dan Tuan Lebai Bahuddin. Tuan Lebai Jasayur Tanjung pulang semula ke Indonesia dan mengajar di

11

Istilah lain yang digunakan oleh golongan Wahhabiyyah di Malaysia ini ialah Faham Sunnah, Manhaj Sunnah, Ittiba Sunnah, Ansar Sunnah dan berbagai-bagai lagi. Penjenamaan semula oleh golongan ini ialah Golongan Salafiyyah Moden.

Kampung Aik Tapus, Sihepeng, Sumatera manakala Tuan Lebai Bahuddin mengajar di Kg. Trolak, Perak.12 Cabaran yang dihadapi oleh Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim dan murid-murid beliau amatlah besar. Sejarah membuktikan bahawa orang Mandailing ataupun Batak adalah etnik yang suka berperang dan amat kuat berpegang kepada adat atau budaya lama. Justeru, tidak hairanlah Islam lebih lambat berkembang di kalangan orang Mandailing Batak. Sejarah juga telah membuktikan bahawa Islam telah sampai ke Nusantara atau kepulauan Melayu lebih awal daripada abad ke-14,13 namun hanya sampai ke tanah Mandailing Batak sekitar abad ke-17.14 Islam lambat berkembang sehinggalah kedatangan Tengku Imam Bonjol yang menyebarkannya keseluruh Tanah Batak.15 Pada zaman itulah, seluruh keluarga Raja Barumun dan rakyat Mandailing memeluk Agama Islam. Antara punca Islam lambat berkembang ialah faktor geografi dan budaya serta fahaman yang kuat pada memuja begu atau sipala begu.16 Tanah Mandailing Batak terletak di antara Tanah Acheh di Sumatera Utara dan Tanah Minangkabau di Selatan. Penjajah Belanda sedaya upaya menyekat perkembangan Islam di kalangan orang Batak sebagai strategi memisahkan umat Islam di utara dan selatan Sumatera. Hal ini adalah strategi penjajah dalam perjanjian Belanda-Inggeris,17 untuk memisahkan seterusnya melemahkan umat Islam di Sumatera Utara (Acheh) dan umat Islam di bahagian selatan (Minangkabau). Penjajah mahu apabila mereka telah angkat kaki dari negara yang dijajah, penduduk kepulauan Melayu, Islam dan bukan Islam, akan berperang dan bolehlah mereka melakukan penjajahan dalam bentuk yang baru.

12

Pada saat buku ini ditulis, tidak terdapat anak cucu kedua-dua anak murid beliau yang meneruskan sistem pendidikan berkenaan. 13 Menurut Prof. Madya Dr. Ali Mohammad, pensyarah di Jabatan Sejarah & Tamadun Islam Universiti Malaya (rujuk Dimensi halaman 11 dalam Berita Minggu bertarikh 30.9.2007) bahawa Islam telah sampai ke Nusantara seawal abad ke-7 bukannya abad ke-15 seperti yang didakwa oleh orientalis Barat. 14 Orang Minangkabau di Selatan Tapanuli dan Acheh di Utara telah memeluk Islam kira-kira 600 tahun lebih awal, iaitu sejak abad ke-12. Belanda juga meletakkan Etnik Mandailing sebagai tergolong dalam Etnik Batak berdasarkan persamaan sejarah, adat, tulisan, agama dan bahasa. 15 Agama Islam dibawa oleh orang Minangkabau ke Mandailing oleh Imam Bonjol sebelum kedatangan Belanda. Rujuk : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam 16 Sipala begu ialah kepercayaan memuja orang yang telah mati. Inilah agama asal orang Mandailing Batak sebelum kedatangan Islam. Kedatangan tentera Imam Bonjol membawa 1001 rahmat kepada saudara baru di kalangan orang Mandailing Batak. Amalan jahiliah seperti memuja orang mati, telah dibanteras hingga ke akar umbi. Banyak tradisi yang melibatkan ilmu sihir dihapuskan. Tindakan ini telah diakui sendiri oleh mubalighmubaligh Kristian dari Belanda dan Jerman bernama Herman Neubronner dan Meerwaldt pada tahun 1852. Maklumat tambahan oleh seorang penulis Jerman, bernama Uli Kozok berjudul Warisan Leluhur, Sastera Lama Dan Aksara Batak, 90% buku sejarah lama orang-orang Batak adalah dalam dunia maya. Sila akses melalui alamat www.arts.auckland.ac.nz/indo/naskah.html 17 Thomas Raffles, Jeneral Inggeris, berkata, "Tanah Batak mesti dikristiankan. Sila rujuk : http://bonapasogit2020.blogspot.com/

Perancangan, pengalaman dan kejayaan penjajah British dalam perkara ini telah terbukti di Indochina.18 Oleh itu, Belanda telah berusaha mengkristiankan etnik Batak sepertimana di daerah-daerah lain dan membiarkan pengaruh ajaran sesat daripada Timur Tengah termasuk ilmu hitam bercambah. Justeru, salah faham pada ajaran Islam atau pengaruh ajaran sesat di kalangan orang Mandailing Batak yang baru memeluk Islam amat kuat pada masa itu. Sebagai usaha menyebarkan ajaran Islam yang sebenar, membasmi amalan jahiliah dan kepercayaan bercampur khurafat dalam masyarakat,19 Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim telah berhijrah ke Tanah Melayu bersama ahli keluarga dan muridmuridnya yang setia. Sebelum berhijrah, beliau telah mengarahkan anak-anak muridnya mencari tempat baru di Tanah Melayu. Setelah pencarian dilakukan oleh murid-murid beliau seperti Tuan Pandito Tukang, Lebai Deraman, Lebai Sadin dan lainlain lagi, mereka telah mencadangkan Kg. Sungai Bil, Tanjung Malim, Perak sebagai tempat yang sesuai. Setelah bermesyuarat dengan semua anak murid beliau, Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim sepakat untuk membuka perkampungan baru di Kg. Sungai Bil, Tanjong Malim, Perak pada tahun 1909. Sepanjang mengajar Agama Islam, beliau telah menulis 14 buah kitab. Kebanyakan kitab ini bertunjangkan iImu Tauhid dan huraian perbezaan hukum syara, hukum akal dan hukum adat 20 sesuai dengan keadaan masyarakat pada masa itu yang amat-amat cetek pengetahuannya tentang konsep keTuhanan Yang Maha Esa dan kesukaran mendapatkan kitab tauhid dan kitab yang menerangkan ketiga-tiga hukum berbanding kitab-kitab fekah. Tuan Guru tidak menyatakan surah bagi setiap ayat al-Quran yang dibacakan atau dituliskan. Begitu juga dengan hadith Nabi, perawi hadith tidak dinyatakan. Ini adalah kerana semua dalil tersebut telah terpahat di dalam hati beliau dan menjadi tugas anak-anak murid untuk membuat semakan sehingga nyata dan mentahkiqkannya.

18

Indochina ialah negara-negara di selatan Negeri China meliputi Vietnam, Burma, Thailand, Kemboja dan Laos. Pada suatu ketika, negara-negara ini kecuali Burma di bawah jajahan British, Perancis dan Belanda. Kemboja adalah sebahagian daripada Thailand. Akibat dasar pecah dan perintah oleh penjajah, selepas merdeka, penduduk di Burma, Thailand, Kemboja dan Laos berpecah belah dan saling berperang kerana perbezaan pegangan agama dan etnik seperti mana yang dirancang penjajah. Lihat pertelingkahan antara Thailand dengan Kemboja, tentang kuil Hindu berusia lebih 900 tahun milik kerajaan Siam yang telah diserahkan oleh British kepada Kemboja. 19 Bukan bermaksud amalan membunuh anak perempuan. Tetapi lebih kepada amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana jahil. Rujuk surah 68 : 8 9 20 Lihat Bab 3 http://www.siapaallah.blogspot.com

Tuan Guru pernah berkata, fitnah akan timbul jika tuntutan fardu ain tidak diselesaikan. Ia adalah umpama seorang wanita yang bertudung tetapi berseluar ketat dan memakai baju-T lengan pendek yang nipis. Jika budaya yang berleluasa seperti ini tidak dibanteras, sudah pasti kanak-kanak Islam, umat yang jahil dan orang bukan Islam mengangggap cara berpakaian seperti itu sebagai ajaran Islam. Inilah satu bentuk fitnah yang amat besar tetapi dipandang ringan oleh semua pihak. Itulah dalil yang menunjukkan bahawasanya jika umat memahami hukum adat dan hukum syara tetapi meninggalkan tuntutan untuk memahami hukum akal, maka akan timbul fitnah yang sangat besar. Menurut Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim, antara fitnah yang akan timbul ialah lahirnya manusia yang petah berkata-kata tentang Islam tetapi sebenarnya bercanggah dengan al-Quran. Mereka berkata itu dan ini daripada Allah dan Rasul tetapi sebenarnya tiada di dalam al-Quran atau hadith. Mereka menulis buku tentang Islam tetapi tidak menunjukkan dalilnya daripada 3 hukum dan sebagainya. Hasil tulisan beliau yang paling penting ialah, Dhiddul Batil atau Kitab Godang yang merangkumi kesimpulan dalam kesemua kitab yang lain. Antara ajaran yang beliau sampaikan kepada murid-muridnya serta masih diajarkan sehingga kini ialah mengenal DIRI supaya YAKIN bahawa kita adalah makhluk yang dijadikan Allah dan mengenal Allah melalui 20 sifat yang wajib bagi manusia yang menjadi dalil akal kepada 20 sifat yang wajib bagi Allah (disebut sifat 20). Pada zaman Tuan Guru, zikir Asma al-Husna akan dibaca beramai-ramai di madrasah tidak kurang 8 kali sehari, iaitu selepas solat 5 waktu, selepas tamat 3 sesi pengajian fardu ain,21 sehari semalam (al-Quran dan hadith) iaitu sebelum tengahari, sebelum maghrib dan pada setiap malam. Pengajian pada waktu malam, dikhususkan untuk murid-murid yang terpilih sahaja. Tuan Guru berada di satu bilik khas, beribadah dan murid-murid terpilih akan meneruskan pengajian tanpa Tuan Guru. Setiap persoalan yang tidak dapat dirungkaikan, akan dikemukakan kepada Tuan Guru pada keesokan harinya. Tradisi membaca Asma al-Husna telahpun diamalkan oleh murid-murid beliau sejak lebih 100 tahun dahulu,22 iaitu ketika mengajar di Sumatera pada zaman penjajahan Belanda dan di Tanah Melayu (di Kg. Sungai Bil, Perak) pada zaman penjajahan British. Berbeza sedikit dengan Asma al-Husna yang diamalkan sekarang, terdapat 3 lagi nama Allah,23 sebagai tambahan kepada 99 nama Allah 24 yang sering dibacakan sekarang. Allah ialah nama zat yang menjadikan alam semesta. 99 nama
21

Tuan Guru menggunakan kaedah imla iaitu seseorang murid mendengar sesuatu ilmu dari lafaz seorang guru, dan kemudian murid menuliskannya. 22 Amalan membaca Asma al-Husna hanya diperkenalkan melalui media massa di Malaysia pada akhir tahun 1970an oleh jemaah al-Arqam yang telah diharamkan oleh kerajaan kerana menyeleweng dalam hal akidah. 23 Iaitu no. 65 (al-Ahad/ Yang Amat Esa Pada KetuhananNya), 79 (al-Munim/ Yang Menganugerahkan Nikmat) dan 89 (al-Muti/ Yang Memberi Segala Sesuatu). Lihat Asma al-Husna pada Lampiran 15 24 Nama-nama Allah tidak terhad banyaknya. Hanya Allah yang tahu.

Allah itu pula diistilahkan sebagai makna nama yakni makna Allah. Ar-Rahman dan ar-Rohim diistilahkan sebagai makna nama yang mengandungi maksud 99 nama Allah. Kaedah mengenal Allah melalui 20 sifat bagi manusia, sifat 20, pengenal kepada diri 14 perkara dan Asma al-Husna telah diamalkan dan dihuraikannya secara panjang lebar di dalam kitab-kitab beliau. Pengenal kepada diri yang 14 perkara dan sifat dua puluh, telah ditulis semula daripada kitab asal dalam Bahasa Mandailing dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

MANHAJ DAKWAHNYA
Pertama : Adab Kepada Allah

25

Jika engkau turuti kebanyakkan orang yang di bumi, nescaya mereka itu menyesatkan engkau dari jalan Allah. Mereka tiadalah mengikut selain dugaan (ikutikutan) sahaja dan mereka tidak lain hanyalah mengira-ngira (agak-agakan) sahaja.26 Al-Anam 6 : 116 Setiap mukallaf yang ingin menyelamatkan dirinya daripada kebinasaan hendaklah memasukkan dirinya kedalam jalan ahli muqarrobin 27 dalam segala urusan hidup. Setiap perkataan, perbuatan dan iktikad, mencerminkan bahawa, dirinya mentauhidkan Allah.28 Setiap tindakan itu hendaklah dilihat dalilnya daripada al-Quran, hadith atau dalil akal. Jika dalilnya telah dijumpai, difahami dan sah diizinkan Allah, maka bolehlah diperkatakan, diperbuat atau diiktikadkan. Pintu rahmat daripada Allah akan terbuka kepada orang yang mengamalkan disiplin ilmu seperti ini. Justeru, ilmu-ilmu Allah janganlah sekali-kali dianggap sebagai satu perkataan yang baru-baru atau ganjilganjil.

25 26

Maksud terhampir bagi manhaj ialah silibus atau sukatan pelajaran. Kebanyakan umat Islam melaksanakan ibadah dan perintah Allah sekadar ikut-ikutan. Begitulah juga dengan perkataan dan iktikad. Kebanyakan umat melakukannya, tanpa mencari asas kebenaran daripada al-Quran atau hadith. Ayat ini menjadi dalil bahawa, sebelum dilakukan, setiap perkataan, perbuatan dan iktikad WAJIB diketahui benar atau salah daripada al-Quran ataupun hadith. 27 Orang yang hampir kepada Allah. 28 Ulama sepakat mengatakan bahawa, orang yang mentauhidkan Allah ialah orang yang mengenal Allah sehingga sempurna. Akasnya, orang yang melakukan ibadah dan perintah Allah secara ikut-ikutan, bukanlah orang yang sebenar-benarnya mentauhidkan Allah.

Petunjuk Allah pula, jangan sekali-kali dianggap, mesti muncul sebagai kejadian yang aneh-aneh atau luar biasa. Hanya orang yang dapat memahami dan menghargai anugerah Allah yang dipandang kecil mampu menghargai anugerah Allah yang BESAR. Rahmat Allah itu adalah seperti, mudah memahami dan mengamalkan alQuran dalam kehidupan sehari-hari. Sesungguhnya, sabar mengerjakan perintah dan sabar menjauhi tegah Allah, akan membawa insan ke makam yang lebih tinggi. 29 Seandainya dalilnya tidak dijumpai, JANGAN dilakukan dahulu dan teruskanlah pencarian. Jika dalilnya TIDAK ditemui atau TIDAK diredhai Allah, maka segeralah dijauhi. Jika dilakukan juga, ianya hanya membawa manusia itu semakin jauh daripada Allah dan menjerumuskan dirinya kepada lembah syirik. Kaedah ini merupakan asas kepada perkembangan ilmu yang diridhai Allah.

Kedua : Adab Kepada Nabi Dan Makhluk


Sesungguhnya Allah Taala mempunyai 3 kehormatan, sesiapa yang menjaganya nescaya Allah menjaga urusan agama dan dunianya. Sesiapa yang tidak menjaganya, nescaya Allah tidak memberikan apa-apa (penjagaan) untuknya, iaitu kehormatan Islam, kehormatanku (Rasullullah s.a.w.) dan kehormatan keluargaku. Dengan kaedah ini, setiap orang Islam diwajibkan menjaga adab kepada Nabi dan ahlinya, beradab kepada gurunya, bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga, saudara-maranya, orang bawahan, jiran-jiran dan umat manusia seluruhnya. Untuk tujuan itu, setiap orang amat dituntut supaya mengamalkan 11 sifat terpuji iaitu,30 1. Taubat yakni kembali kepada Allah. 2. Khauf yakni takut akan Allah. 3. Zahid yakni benci akan dunia. 4. Sabar yakni menahan marah akan yang dibenci kerana menuntut ibadah akan Allah. 5. Syukur yakni mengerjakan perintah semata-mata kerana Allah. 6. Ikhlas yakni mengikut firman dan hadith semata-mata. 7. Tawakkal yakni berpegang akan Allah yakni firman-Nya. 8. Muhibbah yakni kasih akan Allah.
29

Ilmu Laduni dan ilmu Kasyaf adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang sempurna makrifat, sabar mengamalkan perintah dan menjauhi tegah-Nya serta mengamalkan semua sifat yang ada pada Nabi. Tidak ada usaha manusia sama sekali untuk memperolehi ilmu seperti itu. 30 Semua 11 sifat terpuji itu adalah perkara yang membawa, sempurna sembahyang. Sila rujuk keterangannya satu persatu dalam kitab Tuan Guru halaman 205. Sila rujuk dalilnya dalam surah an-Nisa : 103.

9. Ridha yakni menyukakan hati kedatangan bala kerana ingat akan janji balasan sabar dengan syurga. 10. Zikril maut yakni ingat akan mati. 11. Maiyah atau "beserta Allah yakni seolah-olah dirinya melihat Allah kerana telah sempurna makrifatnya.31 Apabila hati seseorang hamba sentiasa menyedari bahawa Allah sentiasa memerhatikannya, kesedaran itu pula menjadi suatu kelaziman, maka akan timbullah perasaan malunya kepada Allah, untuk melakukan perkara-perkara yang ditegah. Malu melakukan dosa walaupun sedang bersendirian adalah tanda kesempurnaan makrifatnya. Firman Allah : (Allah) sentiasa bersama kamu, dimana sahaja kamu berada.32

Ketiga : Mengharapkan Rahmat Allah


Dan tidaklah kami mengutus kamu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam Al-Anbiyaa : 107 Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjuang pada jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Al-Baqarah 2 : 218

31

Maiyah dijelmakan dengan cara mengerjakan perintah Allah secara istiqomah sehingga mati. Lihat dalilnya yang berkaitan di dalam al-Quran. 32 Al-Hadid : 4

Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim menerangkan hakikat solat yang wajib diterjemahkan dalam kehidupan seharian iaitu seperti berikut : Bil Rukun Sembahyang 33 Perbuatan hati ( 2 perkara ) : Perbuatan Diluar Sembahyang Hati sentiasa tetap

Tetap hanya pada niat sembahyang mengingat Allah. Jangan dan segala yang dimaksudkan oleh luput dari mengingat Allah bacaan atau perkataan sembahyang. walaupun 1 detik kerana

Hati tidak tergelincir walaupun 1 saat firman Allah yang bermaksud kepada perkara yang halal diluar sembahyang yang boleh JANGAN kamu mati melainkan dalam Islam Setiap perkataan manusia 2 Perbuatan lidah ( 5 perkara ) : Tetap hanya pada ayat-ayat sembahyang atau ayat al-Quran dan tidak terkeluar daripadanya walaupun 1 huruf seperti membaca hadith Nabi s.a.w. yang boleh membatalkan solat. Perbuatan anggota ( 6 perkara) : 3 wajib ada dalil yang

membatalkan sembahyang.

membenarkannya

daripada

ayat-ayat Allah kerana setiap perkataan dicatat manusia dua akan orang

oleh

malaikat, Rokib dan Atit. 34 Angota mata, telinga serta tubuh

Tetap hanya pada rukun sembahyang keseluruhan kulit

dan tidak ditambah walaupun dengan hanya meyentuh yang halal 1 perbuatan anggota yang besar atau dan akhlak Nabi s.a.w. sebagai

dikurangkan yang boleh membatalkan sahaja sembahyang.

dijadikan

contoh pembentuk peribadi.

33

Wirid selepas solat yang diamalkan oleh pengikut Tuan Guru Sheikh Abdul Kasim didapati hampir sama dengan wirid yang diamalkan oleh Sheikh Ahmad al-Qusysyasyi iaitu guru kepada Sheikh Abdul Rauf Singkel. Wirid ini diamalkan oleh penduduk Madinah. Perbezaannya hanya pada bacaan asma al-Husna. Asma al-Husna dibaca oleh pengikut Tuan Guru setiap kali selesai mengerjakan solat 5 waktu iaitu selepas wirid. 34 Lihat dan bacalah kisah seorang perempuan tua yang mengajar dan mendidik Abdullah al-Mubarak dalam perjalanan ke Makkah menggunakan 100% ayat-ayat al-Quran.

Sesungguhnya rahmat Allah itu terhijab daripada sampai kepada manusia kerana mengikutkan kehendak nafsu.35 Untuk mencapai kemenangan di dunia dan akhirat, nafsu perlu ditawan.36 Untuk tujuan itu, setiap orang, amat dituntut supaya menjauhi 11 sifat tercela iaitu : 1. Gemar membanyakkan makan. 2. Gemar membanyakkan perkataan yang tiada disuruh syara. 3. Marah yang tiada disuruh Allah. 4. Hasad yakni dengki. 5. Kikir sebab kasih akan harta. 6. Kasih akan kemegahan dunia. 7. Kasih akan dunia. 8. Membesarkan diri. 9. Ajib yakni hairan akan kelebihan diri. 10. Riya yakni memperlihatkan kebaikan kepada orang. 11. Meminta-minta dengan membuang malu.37

IV.

KAROMAH TUAN GURU

Banyak karomah dan anugerah Allah berbentuk peristiwa-peristiwa luar biasa berlaku pada masa hidup dan juga selepas pemergian kedua-dua tuan guru . Ada yang berlaku di hadapan orang ramai, ada yang berlaku pada orang-orang tertentu, ada yang berlaku di dalam kampung dan ada yang berlaku di luar kampung. Antaranya : Tuan Guru (kedua-duanya) kerap memaklumkan perkara yang akan berlaku terlebih dahulu kepada murid-murid beliau dan terbukti benar. Contohnya mereka memaklumkan ciri-ciri fizikal dan asal usul murid-murid baru yang akan datang berguru sedangkan tiada seorangpun yang pernah berjumpa atau mendengarnya atau mengenalinya termasuklah Tuan Guru. Apabila murid yang dimaklumkan sampai ke madrasah, murid-murid Tuan Guru akan menyiasat dan melihat sendiri kekuasaan Allah, semua yang dikhabarkan itu benar 100% TANPA sebarang keraguan. Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim telah ditangkap oleh tentera Belanda semasa di Indonesia. Beliau hanya dipenjarakan dalam tempoh yang sangat singkat, manakala pegawai Belanda yang bertugas terpaksa dipindahkan, kerana Kontelir

35

Apakah maksud mengikut kehendak nafsu? Dalil, bahaya mengikut nafsu, surah Shaad : 26. Lihat maksud mengikut hawa nafsu menurut 3 hukum pada Bab 8.8. 36 Kaedah ini merupakan tarbiyah untuk mencapai kemanisan iman. 37 Lihat keterangannya satu persatu dalam kitab Tuan Guru.

Belanda mendapat laporan yang sangat mengejutkan.38 Pegawai Belanda yang bertugas, ingin memeluk Islam kerana melihat kekuasaan Allah. Semua rantai yang mengikat kaki dan tangan Tuan Guru akan terbuka secara automatik apabila masuk solat 5 waktu. Pintu penjara juga akan terbuka secara automatik dan Tuan Guru secara bebas keluar daripada penjara untuk solat berjemaah di surau atau masjid yang berhampiran. Apabila balik dari menunaikan solat subuh, Tuan Guru akan membangunkan semua penghuni penjara, supaya menunaikan solat subuh, termasuk polis yang tertidor semasa berkawal. Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim memaklumkan bahawa ada polis British yang diupah oleh golongan mujassimah dan Wahhabi (termasuk tali barut penjajah) untuk menangkap beliau dan murid-muridnya semasa mengajar, tetapi mereka tidak akan berjaya, kerana mendapat perlindungan Allah. Semua anak murid Tuan Guru melihat ramai polis masuk dan naik turun ke dalam madrasah, semasa Tuan Guru mengajar. Tanpa berhenti mengajar dan belajar, tanpa cuba bersembunyi dan tanpa sepatah kata, polis British telah meninggalkan Madrasah tanpa menangkap sesiapa. Tuan Guru Sheikh Ahmad memaklumkan bahawa pada saat beliau meninggal dunia kelak, tiada seorangpun anak cucu atau isteri beliau berada disisinya. Yang ada disebelah beliau, pada saat meninggal dunia itu hanyalah orang-orang jauh. Semua yang diperkatakan oleh tuan guru terbukti benar. Beliau meninggal dunia pada saat semua anak, cucu, isteri dan anak-anak muridnya sedang solat maghrib berjemaah. Pada saat itu, yang ada disisi Tuan Guru hanyalah tetamu-tetamu yang baru sampai dari tempat yang jauh (Sumatera). Setiap kali selepas seekor kambing, lembu atau kerbau,39 disembelih untuk sedekah kepada orang ramai, kambing/ lembu/ kerbau yang tidak ada tandatanda bunting akan melahirkan 2 ekor anak pada keesokan harinya. (Kedua-dua Tuan Guru akan bersedekah daging lembu/kerbau tidak kurang 2 kali seminggu). Tuan Guru Sheikh Abdul Qosim memaklumkan bahawa selepas beliau meninggal dunia, anak-anak muridnya akan berpecah kerana wabak penyakit wahan,40 dan hanya sebahagian kecil yang benar-benar mengikut ajarannya. Tidak lama selepas beliau meninggal dunia, murid-muridnya telah berpecah kepada 3 kumpulan. Satu kumpulan balik semula ke Sumatera, satu kumpulan

38

Kontelir ialah wakil kerajaan Belanda. Kontelir pertama Belanda di Mandailing ialah Kontelir Bonnet iaitu pada 19.4.1835. Rujuk tulisan Drs. Pengaduan Lubis dalam www.mandailing.org 39 Kedua-dua Tuan Guru banyak memelihara binatang ternakan terutama kambing. Tuan guru mengupah orang yang dikhaskan untuk memelihara ternakan beliau. 40 yakni terpikat kepada dunia dan takut mati

berpindah ke Trolak, Perak dan bakinya 7 keluarga meneruskan pengajian di madrasah Kg. Sungai Bil dibawah didikan Tuan Guru Sheikh Ahmad. Tuan Guru Sheikh Ahmad pernah menyebut ketika Tuanku Abdul Rahman 41 menyertai ayahanda baginda Tuanku Muhammad Shah ibni Tuanku Antah, ziarah ke Madrasah Kg. Langkap, bahawa Tuanku Abdul Rahman akan menjadi Raja kepada segala Raja. Kata-kata itu terbukti benar apabila baginda telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong pertama pada 2.9.1957, iaitu selepas 27 tahun Tuan Guru Sheikh Ahmad meninggal dunia. Setiap kali Tuan Guru (kedua-duanya) melahirkan niat hendak makan buahbuahan atau haiwan peliharaan, secara tiba-tiba walaupun bukan musimnya, pokok buah-buahan yang dimaksudkan akan mengeluarkan bunga, seterusnya menjadi buah yang segera masak. Pokok durian yang tidak berbuah pada masa itu tiba-tiba sudah mengeluarkan bunga, berbuah dan masak hinggalah menggugurkan buah. Haiwan peliharaan seperti ayam pula akan datang ke pangkal tangga menyerahkan diri untuk disembelih tanpa melawan atau lari. Tuan Guru Sheikh Ahmad memaklumkan bahawa perigi tempat jemaah mengambil wuduk di pangkal tangga madrasah akan kering apabila beliau meninggal dunia. Kata-kata beliau terbukti benar, tidak lama selepas pemergian beliau, perigi telah kering sama sekali. Pada masa ini, bekas perigi berkenaan telah hilang sepenuhnya. Kayu tiang madrasah yang terlebih potong (pendek) telah menjadi cukup panjang selepas solat hajat beramai-ramai. Wallohualam

41

Tuanku Muhammad Shah diputerakan pada 8.00pm 25.4.1865 dan mangkat pada 2.45pm 1.8.1933. Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad Shah diputerakan pada 24.8.1895 dan mangkat pada 1.4.1960.

You might also like