You are on page 1of 1

[Type the document title]

Apakah itu teknologi maklumat? Definisi umum teknologi maklumat ialah merujuk kepada proses, aplikasi (perisian) dan perkakasan yang digunakan oleh kita untuk mencapai, mencipta, menyusun, menganalisa, mempersembah dan mengkomunikasikan maklumat dalam pelbagai keperluan-keperluan maklumat, mencari, memilih, menganalisa, menyusun dan
[Year]

format termasuklah teks, imej dan bunyi. Proses ialah keupayaan untuk menterjemahkan

mempersembahkan maklumat bagi memenuhi keperluan-keperluan serta keupayaan untuk menilai keberkesanan proses. Ianya turut meliputi teknik-teknik dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan pengurusan sistem dan struktur IT. Aplikasi (perisian) adalah alat-alat perisian. Perisian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu di antaranya adalah perisian kurikulum. Perisian ini direkabentuk untuk mengajar pelajar tentang kemahiran dan konsep. Objektif pembelajaran ditentukan oleh perisian. Perisian Bebas Kandungan (perisian generik) merupakan perisian yang digunakan untuk mencapai pelbagai objektif pembelajaran yang ditentukan oleh pemilik. Contoh perisian ini ialah perisian pemprosesan kata, pengkalan data dan multimedia. Sistem-sitem maklumat pula menyediakan sumber-sumber maklumat kepada pengguna, contoh ensiklopedia CD-ROM, pengkalan data elektronik dan Internet. Akhir sekali adalah perkakasan. Ia merujuk kepada pelbagai perkakasan teknologi maklumat termasuklah computer dan alat-alat lain yang berkaitan seperti pengimbas, modem dan pencetak (Universiti Utara Malaysia, 2002). Sains ialah satu pandangan atau sikap terhadap dunia, dan satu cara hidup. (Waddington, 1941). Teknologi pula boleh ditakrifkan sebagai penggunaan bersistem akan pengetahuanpengetahuan sains untuk tujuan-tujuan amali (Galbraith, 1978:31). Maka bolehlah dikatakan bahawa di antara tujuan utama teknologi ialah memudahkan kerja yang dilakukan oleh manusia. (Schumacher, 1974: 144). Galbraith, J.K. (1978), The New Industrial State, Pelican Book, England. Schumacher, E.F. (1974). Small is Beautiful, Abacus, London. Waddington, C.H. (1941), The Scientific Attitude, Pelican Books, London. Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan (2002), U.U.M., Sintok, Kedah.

You might also like