You are on page 1of 7

UNIT 1 BAB 3

Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains

BAB 3 Model-Model Perkembangan dan Reka Bentuk Kurikulum Dalam Pendidikan Sains
Pengenalan
Mengembangkan dan merancangkan kurikulum dalam pendidikan sains yang sesuai dengan isu atau masalah yang ingin diselesaikan memerlukan anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran memilih model reka bentuk kurikulum dalam pendidikan sains yang sesuai. Bab ini akan mendedahkan anda kepada jenis-jenis model perkembangan dan reka bentuk kurikulum dalam pendidikan sains yang telah dan sedang digunakan dalam dunia pendidikan sains.

Objektif
Di akhir bab ini anda dapat: 1. Menamakan, menerangkan dan membandingkan model-model perkembangan kurikulum dalam pendidikan sains 2. Menamakan, menerangkan dan membandingkan model-model reka bentuk kurikulum dalam pendidikan sains 3. Menerangkan pengaruh falsafah hidup seseorang terhadap proses perkembangan dan reka bentuk kurikulum 4. Menerangkan jenis model perkembangan dan reka bentuk kurikulum Sains KBSM

3.1 Model Perkembangan Pendidikan Sains

Kurikulum

Dalam

Analisis sejarah menunjukkan bahawa perkembangan kurikulum dalam pendidikan sains banyak menuruti pendekatan teknikal-saintifik. Idea Anda: Berdasarkan pemahaman anda daripada Bab 2 gariskan ciri-ciri model perkembangan kurikulum mengikut pendekatan teknikal-saintifik.

UNIT 1 BAB 3

Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains

3.2 Model-Model Reka Bentuk Kurikulum Dalam Pendidikan Sains


Berdasarkan reka bentuk kurikulum yang dihuraikan dalam Bab 2 unit ini, reka bentuk kurikulum dalam pendidikan sains dapat dikelompokkan kepada reka bentuk berpusatkan subjek, reka bentuk berpusatkan pelajar dan reka bentuk berpusatkan masalah.

3.2.1 Reka Bentuk berpusatkan subjek


Reka bentuk berpusatkan subjek terdiri daripada reka bentuk berpusatkan isi kandungan, reka bentuk berpusatkan struktur sesuatu disiplin sains, reka bentuk berpusatkan proses sains dan reka bentuk berdasarkan penyatuan beberapa subjek sains. Reka Bentuk Berpusatkan Isi kandungan Sejarah pendidikan sains tradisional di England, Amerika Syarikat dan Malaysia, sama-sama menunjukkan bahawa kurikulum sains tradisi hanya menekankan penyampaian isi kandungan. Sains yang disampaikan kepada pelajar merupakan sains yang terdiri daripada himpunan ilmu sains yang telah dijumpai oleh para saintis. Pelajar hanya perlu mempelajari, memahami dan mengingatkan kembali fakta sains itu sebagaimana mereka mengingatkan fakta sejarah. Amali sains merupakan gerak kerja yang bertujuan membuat pengesahan terhadap teori-teori, prinsip-prinsip atau konsep-konsep yang telah ditemukan oleh para saintis sebelum mereka. Amali sains juga hanya menekankan penguasaan kemahiran manipulatif dan tidak kepada kemahiran proses sains. Reka Bentuk Berpusatkan Struktur Sesuatu Disiplin Sains Struktur sesuatu disiplin menurut Bruner (Tisher 1972: 24) merujuk kepada konsep abstrak yang diterima akal dan terdiri daripada dua komponen asas. Komponen pertama terdiri daripada prinsip-prinsip, konsep-konsep dan penyeluruhan yang asas untuk sesuatu disiplin itu. Dengan kata lain, komponen pertama ini merupakan komponen isi kandungan disiplin itu dan telah dilabelkan oleh Bruner (1972: 24) sebagai komponen substantive. Komponen yang kedua terdiri daripada kaedah, prosedur, model dan sebagainya dengan mana para ilmuan dalam disiplin itu mengembangkan dan menjana konsep asas untuk disiplin tersebut. Dengan kata lain, komponen yang kedua ini mengambil 2

UNIT 1 BAB 3

Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains

berat tentang aspek kaedah disiplin itu dan telah dinamakan sebagai komponen syntactical.. Contoh kurikulum sains yang direka bentuk berpusatkan struktur sesuatu disiplin sains ialah BSCS (Biological Science Curriculum Study), PSSC (Physical Science Study Committee) dan CHEM Study (Chemical Education Materials). Kesemua kurikulum ini mempunyai konsep-konsep asas dan tematema yang menyatukan kesemua isi kandungan dalam disiplin-disiplin mereka yang tersendiri (Tisher 19722: 25). Satu contoh kurikulum yang mempunyai skema konsepsual dan proses adalah kurikulum sains yang telah diusulkan oleh Natioanal Science Teachers Association (NSTA) di Amerika Syarikat pada tahun 1964. Skema konsepsual yang diusulkan mereka ditunjukkan dalam Jadual 1. Perkara-perkara asas yang diusulkan untuk proses sains pula ditunjukkan dalam Jadual 2 (Jadual diadaptasi daripada Tisher 1972: 25-26) Jadual 1; Skema Konsepsual

Jadual 2: Proses Sains

UNIT 1 BAB 3

Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains

Reka Bentuk Berpusatkan Proses Sains American Association for the Advancement of Science (AAAS) pula telah menggariskan kurikulum yang berlawanan daripada kurikulum sains dalam BSCS, PSSC dan CHEM Study dan juga yang diusulkan oleh NSTA. AAAS telah menggariskan kurikulum sains yang hanya menekankan proses sains sahaja. Andaian asas dalam kurikulum yang mengikut pelan AAAS adalah sains boleh difahami dan diajar secara mudah dengan menggunakan kaedah inkuiri. Andaian ini telah menjadi asas kepada kurikulum sains sekolah rendah dan jarang digunakan untuk sekolah menengah. AAAS telah juga menggariskan tema-tema yang menjadi penyusun dan petunjuk kepada proses-proses sains. Konsep tidak diabaikan dalam kurikulum ini sebaliknya konsep-konsep yang dapat menonjolkan proses-proses sains akan dibina ke dalam kurikulum itu. Kurikulum Sains Nuffield Sekolah Menengah dan Rampaian Sains Nuffield yang diggariskan oleh Nuffield Foundation di England juga memberi penekanan yang lebih kepada proses sains berbanding isi kandungan sains. Melalui kurrikulum Nuffield ini pelajar akan melakukan proses sains dengan panduan guru bagi menemukan konsep atau prinsip sains. Prinsip atau konsep sains itu tidak disampaikan oleh guru sebalinya guru memandu mereka melaksakan amali yang membawa mereka kepada penemuan prinsip atau konsep tersebut. Para guru kurikulum sains Nuffield di England mempunyai kebebasan yang lebih berbanding dengan para guru sains yang mengajarkan program BSCS, PSSC dan CHEM Study di Amerika. Para guru Sains Nuffield boleh membuat keputusan secara pragmatik atau istimewa untuk sesuatu tujuan ketika amali sedang dijalankan. Berbanding dengan para guru di Amerika yang mempunyai kurikulum yang telah disediakan terlebih dahulu (Tisher 1972: 43). Reka Bentuk Berdasarkan Penyatuan Beberapa Subjek Sains Sesetengah pendidik sains beranggapan adalah baik untuk menggubal kurikulum sains yang menyatukan beberapa disiplin sains. Penyatuan ini dianggapkan dapat memberikan kefahaman pelajar tentang sains dan memudahkan proses pengajaran sains. Mereka beranggapan sains akan mudah difahami jika kurikulumnya menyatukan pelbagai disiplin sains yang disatukan dengan konsep-konsep yang menyatukan (unifying concepts). Contoh skema konsep yang digariskan oleh NSTA dapat bertindak sebagai konsep-konsep yang menyatukan sains daripada pelbagai disiplin sains. Selain itu Paduan PSSC-CHEM Study yang dilaksanakan di Oregon, Amerika Syarikat telah juga menyatukan disiplin fizik dan kimia. Contoh skema konsep yang digariskan oleh NSTA 4

UNIT 1 BAB 3

Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains

3.2.2 Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar


Australian Science Education Project (ASEP) yang dilancarkan pada tahun 1969 merupakan kurikulum sains yang memberi penekanan terhadap pembangunan diri pelajar. ASEP menyakini bahawa pendekatan inkuiri merupakan pendekatan yang mempengaruhi proses pembangunan itu dengan banyaknya. Kurikulum ini juga menekankan bahawa pendidikan guru dan penilaian kurikulum berperanan sebagai bahagian utama yang boleh membawa kejayaan kepada program ini. Pengaruh yang diberikan oleh kedua-duanya tidak boleh diperkecilkan (Tisher 1972: 40). Pendekatan yang digunakan oleh ASEP adalah pendekatan alam sekitar. ASEP berkeyakinan sebelum insan dapat membawa perubahan kepada alam sekitarnya, ia perlu terlebih dahulu mengenali dirinya; bagaimana ia berfungsi dan beroperasi dalam alam sekitarnya. Skema alam sekitar ASEP terdiri daripada lima cara bagaimana insan berfungsi. 1. Pelajar akan diajar untuk memahami bagaimana mereka berfungsi sebagai satu individu berbanding dengan bagaimana makhluk hidup yang lain berfungsi. 2. Pelajar akan diajar untuk menjadi ahli dalam masyarakat. Kebanyakkan usaha manusia untuk mengubah persekitarannya dan sistem nilai dengan mana tingkah lakunya didasarkan, bermula dengan interaksi antara insan dan bukannya terhasil daripada keperluan kendiri. Pelajar digalakkan belajar menurut kemampuan mereka dan juga memilih pilihan yang mereka mahukan daripada idea utama yang diberikan. Pilihan direka bentuk dengan mengambil kira perbezaan pelajar dari segi kepantasan bacaan, kepantasan bekerja atau belajar, tahap kecerdasan minda (IQ) dan minat. 5

UNIT 1 BAB 3

Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains

Kesimpulannya, ASEP merupakan kurikulum yang menekankan pendekatan penyelesaian masalah, menjalankan ekperimen oleh pelajar dan pendekatan pengajaran sains yang bersifat keinsanan.

3.2.3 Reka Bentuk Berpusatkan Masalah


Masalah-masalah sosial seperti pencemaran alam sekitar, penagihan dadah, penyakit, kelaparan dan letusan penduduk dikaitkan sebagai masalah yang disebabkan oleh sains. Penyelesaian kepada masalah ini menuntut perubahan kepada reka bentuk kurikulum sains agar ia lebih bercorak kepada penghasilan pelajar yang dapat menyelesai masalah sosial tadi (Tisher 1972: 29). Untuk membentuk kurikulum sains yang sedemikian, terdapat pandangan yang mengusulkan agar kurikulum sains digubal berdasarkan perkara-perkara berikut. 1. Isi kandungan sains dipilih berdasarkan masalah-masalah manusia dan bukan konsep-konsep asas dalam sains. 2. Kurikulum sains mestilah mengambil pendekatan pelbagai disiplin dan tidak berdasarkan kepada disiplin-disiplin sains malah daripada sains sosial juga. 3. Kurikulum sains mengandungi unit di mana perkaitan antara sains dengan politik, ekonomi, sosiologi, komunikasi dan aspek-aspek lain dalam sesuatu budaya itu dapat diselidiki; dan 4. Walaupun penekanan diberikan kepada kemahiran inkuiri, penekanan juga harus diberikan kepada pemupukan kemahiran membuat keputusan. Satu contoh kurikulum yang berpusatkan masalah ialah kurikulum kimia yang dinamakan sebagai Chemistry: an Approach to Understanding Science in Society (CAUSS). Kurikulum ini telah dilaksanakan di Amerika Syarikat dengan tujuan untuk menghasilkan pelajar yang benar-benar memahami dan menghargai semangat sains dan peranannya dalam proses pembangunan (Tisher 1972: 48).

3.3 Model Perkembangan Sains KBSM

3.4 Model Reka Bentuk Sains KBSM


.

UNIT 1 BAB 3

Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum Sains

1. 2. 3. 5. 5.

Latihan Uji diri Akses ke CD-ROM Akses ke Laman Web Rujukan ke Buku Teks

You might also like