You are on page 1of 21

1.0 PENGENALAN Matematik merupakan salah satu alat dalam kehidupan seharian kita untuk meyelesaikan masalah.

Menurut buku pengajian matematik untuk kursus perguruan, matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial rekreasi manusia. Matematik mempunyai perkaitan yang kuat dalam hidup kita. Melalui matematik, kita boleh mengetahui kuantiti atau nilai sesuatu benda. Penyelesaian masalah dalam matematik merupakan masalah dalam bentuk struktur, melibatkan lebih dari satu operasi atau menggunakan kemahiran matematik dalam situasi yang sebenar. Penyelesaian masalah juga dikaitkan dengan strategi dan perancangan yang sesuai untuk menyelesaikannya. Selain itu, kebolehan penyelesaian masalah adalah berkaitan dengan perkembangan berfikir atau kognitif yang bersesuaian. Pada tahun 1957, seorang tokoh dalam bidang matematik iaitu George Polya, telah berjaya mencipta satu model permasalahan matematik yang dikenali sebagai Model Polya. Menurut beliau, penyelesaian masalah dalam matematik boleh dihuraikan dalam empat kategori iaitu memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan strategi dan menyemak semula.

memahami masalah

merancang strategi

melaksanakan strategi

menyemak semula

1) Memahami masalah Langkah awal dalam penyelesaian masalah ialah murid perlu memahami dahulu masalah yang diberi. Murid-murid akan dibimbing untuk mengenalpasti : (i) Apa yang diberi, Apakah entiti-entiti, nombor-nombor, bentuk-bentuk, perkaitan-perkaitan dan nilai-nilai yang terlibat? (ii) Apa yang perlu dicari? Guru boleh membantu pelajarmemahami masalah dengan menyoal beberapa soalan yang telah disediakan. Berikut adalah
1

beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan untuk menolong murid memahami masalah yang kompleks. Tanya soalan Terangkan masalah dengan perkataan sendiri Kaitkan dengan masalah lain yang hampir sama Fokus pada bahagian yang penting Buat model Lukis rajah

2) Merancang Strategi (i) (ii) Mengenalpasti operasi Mengenalpasti strategi

Dalam merancang strategi cuba kaitkan dengan pengalaman yang telah murid alami dalam menyelesaikan masalah sebelum ini. Operasi matematik apakah yang terlibat? Strategi-strategi penyelesaian masalah berikut itu perlu di dikembangkan: Teka dan uji Membina model Menggunakan gambarajah Memudahkan masalah Mencari pola Melakonkan masalah Menyiasat semua kemungkinan Membina jadual Mengenalpasti subgoal Kerja secara songsang Operasi algebra Menggantikan dengan nombor Pemberian masalah yang berbagai-bagai pada murid akan membina keyakinan

mereka dalam pengendalian pelbagai strategi penyelesaian masalah. Oleh itu dalam merancang strategi kita perlu: (i) (ii) Pertimbangkan beberapa strategi Bandingkan dengan masalah yang hampir sama
2

3) Melaksanakan strategi Untuk melaksanakan strategi, buat penyesuaian berdasarkan kepada perancangan yang telah kita rancangkan pada awalnya, iaitu, (i) (ii) Terjemahkan maklumat yang diberi itu kepada bentuk matematik, Laksanakan semua proses yang terlibat

4) Menyemak semula Ketika menyemak semula beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian supaya cara penyelesaian masalah yang dilaksanakan oleh murid adalah logik walaupun berbeza-beza strateginya. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut: Semak semua maklumat penting yang telah dikenal pasti Semak pengiraan Pertimbangkan penyelesaian yang logik Lihat penyelesaian yang lain Baca semula soalan dan tanya diri sendiri sama ada kita benar-benar telah menjawab soalan.

2.0 MASALAH 1 Harga beras, tepung dan gula masing-masing ialah RM 1.90, RM 1.50 dan RM 1.40 setiap kg. Siti ada sekeping wang RM50 dan 4 keping RM1. Dia membeli 20kg beras dan 6kg tepung. Berapakah wang yang Siti perlukan jika dia ingin membeli 8kg gula lagi? Langkah 1 : Memahami Masalah Siti ada sejumlah wang. Jika dia ingin membeli beras, tepung dan gula berapa lagi wang yang harus Siti ada? i) ii) Berapakah jumlah harga barang yang Siti beli? Berapakah jumlah keseluruhan wang yang Siti ada?

Langkah 2 : Merancang Strategi Merancang strategi yang sistematik dan berkesan bagi menyelesaikan masalah. Strategi yang dipilih ialah : I. Mengenalpasti Subgoal Mengenalpasti dan menggunakan maklumat yang diberi untuk mencari jawapan. II. Membuat Jadual Keluarkan maklumat-maklumat yang diberi dan kumpulkannya mengikut jadual.

Langkah 3 : Melaksanakan Strategi Strategi 1 Mengenalpasti Subgoal

1) Berapa jumlah wang yang Siti ada? Siti ada sekeping wang RM50 dan 4 keping RM1 RM 50+RM1+RM1+RM1+RM1 = RM54.00

2) Apakah yang dibeli oleh Siti? 20kg beras, 6kg tepung, 8kg gula

3) Berapa harga keseluruhan barang yang Siti beli? 1kg beras = RM1.90 RM1.90 x 20 = RM 38.00 1kg tepung = RM 1.50 RM 1.50 x 6 = RM9.00 1kg gula = RM1.40 RM 1.40 x 8 = RM 11.20 Jumlah keseluruhan : RM38+RM9+RM11.20 RM 58.00 4) Jumlah wang yang Siti perlukan : RM 58.20 RM 54.00 = RM 4.20

Strategi 2 Membuat jadual

Barang Beras

Harga/kg RM1.90

Kuantiti (kg) 20

Harga beli RM1.90 x 20 = RM 38.00 RM 1.50 x 6 = RM 9.00 RM 1.40 x 8 = RM 11.20 RM 38.00 RM 9.00

Tepung

RM1.50

Gula

RM1.40

Jumlah Keseluruhan

+ RM 11.20 RM 58.20

Jumlah wang Siti : Wang Kuantiti 1 2 3 4 5 RM 50 Jumlah keseluruhan RM 4 RM 50 RM1

RM 54.00

Jumlah keseluruhan harga barang- Jumlah keseluruhan wang Siti : RM 58.20 RM 54.00 = RM4.20

Siti memerlukan tambahan RM 4.20 untuk membeli 20kg beras, 6kg tepung dan 8kg gula.

Langkah 4 : Menyemak Semula Adakah penyelesaian itu betul? Adakah cara yang lebih mudah untuk mendapatkan penyelesaian? Cara yang manakah lebih pantas dan tepat? Untuk menyemak semula, satu lagi strategi digunakan, iaitu strategi menggunakan gambarajah.

mewakili 1 kg beras (RM1.90)

mewakili 1kg tepung (RM1.50)

mewakili 1kg gula (RM1.40)

Barang-barang yang ingin dibeli oleh Siti :

RM 1.90 x 20 kg = RM 38.00

RM 1.50 x 6 kg = RM 9.00

RM 1.40 x 8 kg = RM 11.20

= RM 58.20
RM 11.20

RM 38.00

RM 9.00

Jumlah wang yang Siti ada :

= RM 54.00

RM 58.20 RM 54.00 = RM 4.20

Siti perlukan RM 4.20 lagi untuk membeli 20kg beras, 6kg tepung dan 8kg gula.

3.0 MASALAH 2 Harga bagi 6 biji epal dan 10 biji oren ialah RM 13.00. Jika harga bagi setiap 2 biji epal itu ialah RM 1.50, berapakah harga bagi 3 biji oren itu ? Langkah 1 : Memahami Masalah Maklumat yang diberi ialah: Harga 6 biji epal dan 10 biji oren RM 13.00 2 biji epal RM 1.50 Berapakah harga bagi 3 biji oren itu? Langkah 2 : Merancang Strategi Merancang stategi yang sistematik dan berkesan bagi menyelesaikan masalah. Strategi yang dipilih ialah : i) Operasi Algebra Menggunakan kaedah algebra degan menggunakan anun yang terdiri daripada simbol, pemboleh ubah, atau unsur set. ii) Teka dan Uji membuat tekaan tentang penyelesaian terlebih dahulu dan kemudian menguji untuk melihat sama ada betul atau tidak.

Langkah 3 : Melaksanakan Strategi Strategi 3 Operasi Algebra 2 biji epal 1 biji epal RM 1.50 ?

Anggarkan jumlah sebiji epal ialah 2 RM 1.50

RM 0. 75 (Harga sebiji epal) 6 epal 6 6 (0.75) RM 4.50 Harga 6 epal + 10 oren RM 4.50 + 10 oren 10 oren 10 oren RM 13.00

RM 13.00 RM 13.00 RM 4.50 RM 8.50

Anggarkan jumlah sebiji oren ialah y 10 y RM 8.50

RM 0 .85 ( Harga sebiji oren )

Harga bagi 3 biji oren 3y 0.85 x 3 RM 2.55

10

Strategi 2 Teka dan Uji 2 epal 1 epal RM 1.50 RM 1.50 RM 0.75 6 epal RM 0.75 x 6 RM 4.50 Jumlah semua oren + epal RM 13.00 RM 4.50 RM 13.00 2

RM 8.50 (Harga 10 biji oren) 1 oren ?

Cubaan 1 : Jika 1 oren 10 oren RM 0.50

Cubaan 2 : Jika 1 oren 10 oren RM 0.60

Cubaan 3 : Jika 1 oren 10 oren RM 0.70

RM 0.50 x 10 RM 5.00

RM 0.60 x 10 RM 6.00

RM 0.70 x 10 RM 7.00

(RM 6.00

RM 8.50)

(RM 6.00

RM 8.50)

(RM 7.00

RM 8.50)

Cubaan 4 : Jika 1 oren 10 oren RM 0.80

Cubaan 5 : Jika 1 oren 10 oren RM 0.85 Harga 3 biji oren ialah RM 8.50 RM 8.00 (RM 8.50 RM 8.50) RM 0.85 x 3 RM 2.55

RM 0.80 x

RM 0.85 x 10

(RM 8.00

RM 8.50)

11

Langkah 4 : Menyemak Semula Adakah penyelesaian itu betul? Adakah cara yang lebih mudah untuk mendapatkan penyelesaian ? Cara yang manakah lebih pantas dan tepat? Untuk menyemak semula , satu lagi strategi digunakan , iaitu strategi menggunakan gambarajah.

+
6 biji epal 10 biji oren

RM 13.00

12

RM 1.50

RM 1.50 RM 0.75

RM 8.50

Sebiji RM 0.75 RM 13.00 RM 4.50 RM 8.50 (Harga 10 biji oren)

?
6 biji epal

10 biji oren

RM 8.50 RM 0.85

10

13

+ +

+ +

+ +

+ +

RM 8.50

Sebiji RM 0.85 Harga 3 biji oren :

RM 2.55

Sebiji RM 0.85

14

ULASAN STRATEGI ULASAN SOALAN 1: Berdasarkan dua strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik ini, kami sekumpulan berpendapat jalan kira ataupun strategi yang paling tepat digunakan bagi soalan ini ialah strategi membuat jadual. Hal ini kerana, jalan kiranya lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Berbanding strategi mengenalpasti subgoal yang mana memerlukan pemahaman tinggi dan

sukar dijalankan.

ULASAN SOALAN 2: Berdasarkan dua strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ini iaitu strategi operasi algebra dan strategi teka dan uji, kami sekumpulan berpendapat bahawa strategi terbaik untuk masalah ini ialah dengan menggunakan operasi algebra. Hal ini kerana, jalan kiranya lebih mudah dan cepat. Malah,strategi ini tidak memerlukan pengiraan yang panjang seperti yang diperlukan oleh strategi teka dan uji.

15

4.0 REFLEKSI TUGASAN Nama : Noor Syazwani binti Sabri 931025-05-5506

No. Kad Pengenalan : Kumpulan

: J2.6

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama-tama saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya sempurnakan tugasan ini bersama-sama rakan sepasukan saya iaitu Nurul Nadwah binti Khalid, dengan jayanya. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai pengalaman dan pengajaran telah banyak saya pelajari. Antaranya ialah mengenai kepentingan dan kaitan matematik dalam kehidupan serta aktiviti seharian. Seluruh masyarakat seyogiyanya tidak memandang ringan dan mengambil mudah untuk tidak mahu mempelajari ilmu matematik dan perkiraan kerana ianya sangat penting dalam hidup kita. Disamping itu, saya percaya bahawa perancangan dan pemilihan soalan

serta strategi penyelesaian masalah yang betul sangat membantu kami dalam proses penyediaan tugasan ini. Setiap maklumat yang dipilih haruslah mempunyai sebab-sebab yang menarik disamping menepati kehendak soalan. Persefahaman antara pasangan rakan juga amatlah penting untuk memilih sesuatu maklumat atau data. Selain itu, saya telah mempelajari bahawa, sebagai seorang yang bakal digelar pendidik, kita mestilah tahu cara untuk mengajar murid dengan lebih berkesan. Pendekatan strategi penyelesaian masalah yang berbeza diperlukan, bagi seseorang murid itu mampu menyelesaikan masalahnya. Ini kerana setiap murid mempunyai kelebihan atau kecenderungan sesetengah murid yang mahir yang berbeza. Buktinya, terdapat nombor mempunyai strategi

menggunakan

penyelesaian masalah yang berbeza berbanding dengan murid yang hanya akan memahami masalah melalui gambarajah.
16

Selain itu juga, elemen penting yang telah saya pelajari sepanjang penyediaan tugasan ini adalah kerjasama dan toleransi. Sesebuah pasukan memerlukan kerjasama dan toleransi yang efisyen dan berkesan untuk memasikan tugasan berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Pembahaian tugasan dan proses pelaksanaan strategi penyelesaian masalah haruslah dititikberatkan supaya tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan efisyen. Saya harap agar segala pembelajaran yang telah saya pelajari sepanjang penyediaan tugasan ini secara lansung mahupun tidak dapat saya aplikasikan

dalam kehidupan seharian saya secara berterusan pada masa akan datang dan menjadikan saya seorang yang lebih berdedikasi dan berjaya. Akhir sekali, sekalung aprisiasi saya hadiahkan kepada pensyarah, Pn Aminah binti Hj Samsudin kerana telah bertungkus lumus membantu kumpulan saya sepanjang penyediaan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan kelas J2.6 yang telah banyak membantu walaupun mereka masingmasing sibuk dan berhempas pulas untuk menyediakan dan menyempurnakan tugasan dengan baik.

17

Nama No K/P Kelas

: Nurul Nadwah Binti Khalid : 931017-08-6548 : J2.6

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya, saya dan rakan sekumpulan Noor Syazwani Binti Sabri berjaya menyiapkan kerja kursus pendek ini degan bantuan daripada pensayarah kami, Puan Aminah Binti Hj Samsudin ternyata amat membantu kami dalam melengkapkan tugasan ini. Saya berpendapat, pada mulanya tugasan yang diberikan kali ini kelihatan mudah namun, apabila saya melakukannya, secara peribadi saya menyedari tugas ini amat mencabar kerana memerlukan saya memahami teknik penyelesaian masalah yang diperkenalkan Model Polya serta strategi-strategi menyelesaikan masalah dengan baik. Sebelum ini, saya hanya mengangap bahawa menyelesaikan masalah

matematik hanyalah sekadar menyelesaikan masalah dengan hanya sekadar mencari apakah jawapan dan penyelesaian bagi sesuatu soalan itu. Saya tidak pernah saya terfikir bahawa menyelesaikan masalah mempunyai langkah-langkah dalam menganalisis maklumat dan merancang strategi. Semasa menjalankan tugasan ini pula, saya mula mengetahui dan mempelajari langkah-langkah penyelesaian masalah Model Polya dengan lebih lanjut. Melalui tugasan ini juga saya mula belajar menggunakan strategi-strategi yang ternyata memudahkan lagi langkah penyelesaian masalah. Selain itu juga, dari apa yang telah saya pelajari dalam menyelesaikan kerja kursus ini ialah saya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang matapelajaran ini, yang sememangnya sangat memberi manfaat dan faedah kepada diri saya, dalam persediaan untuk menjadi seorang guru kelak. Ini menambahkan lagi minat saya untuk mendalami ilmu matematik. Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini saya dapat rumuskan bahawa tajuk menyelesaikan masalah amat menarik dan mencabar. Saya mula belajar dari mula bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Jalan kerja yang lebih teratur dapat dilihat dengan Model Polya kerana Model Polya memberikan saya cara yang lebih berkesan dan efisien untuk menyelesaikan masalah kerana seperti
18

diketahui umum ianya mempunyai empat fasa penyelesaian. Saya juga dapat simpulkan bahawa untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik, wujud berbagai cara dan jalan. Kerja kursus secara tidak langsung mengajar saya untuk berfikiran lebih kreatif dan tidak hanya menggunakan jalan pegiraan yang menjadi kebiasaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan ini juga telah membuatkan

hubungan silaturrahim antara saya dan rakan sekelas bertambah erat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah, dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak kebaikan kepada saya dan membuatkan saya lebih mendalami profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti .

19

5.0 RUJUKAN

Mok Soon Sang (1993) Pengajian Matematik untuk Kursus Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Lim Kim Leong (2007) Bengkel Inovasi Pedagogi : Penyelesaian Masalah Matematik SR dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah, dilayari di laman sesawang http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/bengkel/laibengkelIPBL fp.pdf pada 5 Mac 2012. Kemahiran Penyelesaian Masalah dalam Kurikulum Matematik dilayari di laman sesawang http://www.oocities.org/gardner02_6/p.ilmiah.htm pada 5 Mac 2012. Nor Afizah Mohd Noor (2011) Model Penyelesaian Masalah Polya dilayari di laman sesawang http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/02/modelpenyelesaian-masalah-polya.html pada 6 Mac 2012. Ahmad Fadzli Muhammad (2010) Strategi Penyelesaian Masalah di Sekolah Rendah, dilayari di laman sesawang http://ahmadfadzli1979.blogspot.com/2010/10/startegi-penyelesaian-masalah-di.html pada 7 Mac 2012. Albayuni (2009) Pengajian Am STPM : Contoh Soalan Popular Penyelesaian Masalah dilayari di laman sesawang http://albayuni.wordpress.com/2009/09/26/pengajian-am-stpm-contoh-soalanpopular-penyelesaian-masalah/ pada 8 Mac 2012

20

6.0 LAMPIRAN

21

You might also like