You are on page 1of 11

KONSEP PENGAYAAN

NORSHILA ROSLIN NUREZATUL NAAIN MUHD JAMIL NASIRATULASMA CHE PA NUR KHALIDAH MOHD ADAM

PENGAYAAN
- aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktivitiaktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar darjah.

- diberi kepada kumpulan murid yang telah


mencapai taraf yang memuaskan/telah

menguasai kemahiran asas.

- dilakukan semasa murid-murid lain masih


berada dalam proses pembelajaran ke taraf yang diperlukan/menguasai kemahiran asas.

- Mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan


pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

- Memberi peluang kepada murid mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta

melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk


diri, kumpulan dan masyarakat.

Objektif Aktiviti Pengayaan


- Membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka. - Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh

membantu ke arah perkembangan diri dan bakat


mereka.

- Menggunakan masa lapang yang berfaedah


mengikut keperluan, minat dan bakat mereka.

- Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan pelbagai bahan / sumber. - Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat

berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan


pembelajaran seumur hidup. - Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri. - Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan

ke peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan


kemampuan mereka.

Prinsip-prinsip Penting Untuk Menyediakan Aktiviti Pengayaan


- Bercorak belajar sendiri, mengandungi arahan yang jelas supaya murid boleh melakukannya sendiri. Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan. - Menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza. - Boleh berbentuk program harian atau projek.

- Diletak atau disimpan di tempat yang mudah


digunakan oleh murid-murid.

- Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan


sama ada dibuat sendiri atau diperoleh dari

pasaran. Seelok-eloknya bahan-bahan itu


mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan

kemahiran yang telah dipelajari sama ada


secara langsung atau tidak langsung.

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan


1. Pilihan Murid - murid-murid jalankan sendiri aktiviti yang telah disediakan.

- lebih berbentuk belajar sendiri.


- bahan-bahan yang dihasilkan dipamerkan 2. Pilihan Guru - ditentukan oleh guru selepas murid menguasai kemahiran asas. Tujuan untuk memperkukuhkan

kemahiran yang sedang dipelajari.

Masa Melaksanakan Pengayaan


Dalam masa yang dipilih khas pada setiap hari - waktu Bahasa Melayu/Matematik Selepas menguasai sesuatu /sekumpulan kemahiran Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.

Aktiviti Pengayaan
Ada 3 bahagian: Bacaan tambahan/latihan tambahan

Kerja projek
Permainan dan rekreasi.

You might also like