You are on page 1of 14

UNIT 13

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


DALAM PENGAJARAN PENGAJARAN
KEBOLEHAN ISTEMAWA
Nama :NUR IFTIKHAR BINTI CHE SAPERIZ
(L20212012573)
WAN AMIRUL IRFAN BIN WAN MARZUKI
(L20212012639)
AHMAD FAWWAZ NAIM BIN MOHAMAD NASER
(L20212012591)
Group: DPLI KUMPULAN B

PENSYARAH
ABU BAKAR YUSUF
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

SINOPSIS

Pendidikan pemulihan dan pengayaan amat penting dalam mengatasi masalah


pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid. Pendidkan pemulihan dan pengayaan
diwujudkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan
perkembangan potensi diri dalam individu.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan tentang pelaksanaan pengayaan dalam pengajaran.
2. Menerangakan tentang program pemulihan dan pelaksanaannya dalam
pengajaran.

KANDUNGAN
Halaman
1. Pengenalan
2. Pemetaan Ringkasan kandungan
3. Pengertian
4 Pemulihan Dalam Pengajaran
5 Isi atau Masalah dalam Pelaksanaan
6 Penutup
7 Glosari

13.0 Pengenalan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

(KSSR) kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan
minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian
atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti
boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang
ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Manakala bagi program
pemulihan pula ia disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang
belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri
daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan
program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

2
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

13.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

Analisis Pengayaan dan Pemulihan

- Konsep dan Pengertian

- Prinsip

- Katogeri pelajar

- Peranan

- Jenis-jenis

- Aktiviti-aktiviti

13.2 Konsep & Pengertian: Pengayaan

Pengayaan adalah aktiviti aktiviti tambahan kepada aktiviti aktiviti asas pembelajaran yang
dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. la, mengandungi unsur unsur
untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang
sedang dipelajari. Melalui aktiviti aktiviti ini murid akan mendapat peluang tambahan untuk
mengembangkan lagi minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat
kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri,
kumpulan dan masyarakat.

Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam
atau di luar waktu sekolah
Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.


1. perlu dilakukan sebab murid-murid tidak sama kebolehan
2 murid-murid tidak diasingkan – pelbagai kebolehan

13.2.1 Prinsip Program Pengayaan

1. Penekanan kepada aktiviti – kreatif dan eksperimental


2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri
3. Menggunakan daya usaha sendiri
4. Memberi peluang mengembangkan sifat kepimpinan sosial
5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
6. Melibatkan pembacaan luas

3
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

13.2.2 Kategori Pelajar Pengayaan

Terdapat 3 kategori pelajar pengayaan iaitu


1. Pelajar cerdas
2. Pelajar sederhana
3. Pelajar lambat

13.2.2 Peranan Pengayaan

1. Memupuk kepimpinan di kalangan pelajar, murid cedas membantu atau membimbing


murid yang lemah atau sederhana.
2. Merangsang pemikiran luas
3. Mengembangkan daya kreativiti
4. Melatih berdikari dan bertanggungjawab
5. Meluaskan pengetahuan dan pengalaman
6. Memupuk/mengembangkan minat dan bakat

13.2.3 Kumpulan Pelajar Pengayaan

Seperti yang telah dinyatakan, pada umumnya dalam satu satu situasi pengajaran dan
pembelajaran, murid murid dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu:

1. Kumpulan cerdas

Murid murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang dapat menguasai
pelajaran lebib awal dari jangka masa yang ditetapkan.

2. Kumpulan sederhana

Murid murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang dapat menguasai
pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan.

3. Kumpulan lambat

Murid murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang tidak dapat menguasai
pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan.
Dalam hubungan ini murid murid dalam kumpulan cerdas akan mendapat
lebih banyak aktiviti pengayaan jika dibandingkan dengan murid murid lain.
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

13.2.4 Jenis-Jenis Pengayaan

1. Pengayaan Menegak
2. Pengayaan Mendatar

Pengayaan Menegak Pengayaan Mendatar


1. Bagi murid sederhana 1. Bagi murid cerdas

2. Dirancang – kumpulan mengikut kebolehan 2. Kumpulan cerdas sahaja

3. Kadar kesukaran aktiviti pengayaan berlainan 3. Kadar kesukaran adalah sama

di antara kumpulan 4.Jenis aktiviti – kertas projek, permainan, r

4
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4. Jenis pengayaan – lembaran kerja rekreasi

5.Tujuan pengayaan – memperkukuhkan 5. Aktiviti diberi lebih daripada unit kemahiran

kemahiran yang telah dikuasai diajar

6. Setiap kumpulan akan menjalanakan aktiviti 6. Mewujudkan kegembiraan, mencungkil bakat

pengayaan – kemahiran yang sama dan kerjasama

7. Menjalan aktiviti mencabar- kumpulan

sederhana aktiviti pengukuhan dan pemulihan

13.2.5 Aktiviti-aktiviti Pengayaan

Terdapat tiga kaedah pelakasanaan aktiviti pengayaan


1. Aktiviti pengayaan melalui Kumpulan Murid mengikut kebolehan
2. Aktiviti pengayaan serentak dengan aktiviti pemulihan
3. Aktiviti melalui Kumpulan pelbagai kebolehan

13.2.6 Aktiviti Pengayaan Dalam Pembelajaran

Rancang pengajaran pengayaan berdasarkan jadual dibawah.

Pengajaran Pengayaan
Kategori Pelajar Pelajar Cerdas
Tahun 4
Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Tajuk 1. Al-Quran
Standard Membaca dan mengamalkan surah Al-takasur dengan betul dan
Kandungan bertajwid dalam kehidupan seharian secara veradap dan istiqamah
Standard 1. Murid dapat membaca surah dengan betul dan bertajwid.
Pembelajaran 2. Membaca surah Al-takasur dan mengamalkan dalam kehidupan
seharian secara beradap dan istiqamah
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Hasil 1.Pelajar menguasai cara bacaan surah al-takasur dengan betul dan
Pembelajaran bertajwid.
2. Pelajar mengetahui hukum tajwid pada surah al-takasur
3. Pelajar mengamalkan bacaan surah al-takasur dalam kehidupan
seharian.

Aktiviti Pengajaran Pengayaan

Murid cerdas dilatih membantu murid lemah mengikut aktiviti


pengayaan yang disediakan oleh guru

Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada masa yang sama mengikut tahap


murid.

5
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Contoh aktiviti: kerja projek, permainan dan rekreasi, bacaan


tambahan, tasmik dan seumpamanya

13.3 Pemulihan Dalam Pengajaran

13.3.1 Pengertian Pemulihan

Pendidikan pemulihan adalah langkah langkah khas untuk membantu murid murid
menghadapi masalah pembelajaran di sekolah sekolah. Kegiatan kegiatan pemulihan ini
biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus kepada
usaha mengatasi kelemahan mereka.

Mereka yang memerlukan pendidikan tersebut biasanya adalah murid murid yang dikatakan
kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Pada umumnya mereka itu
tidaklah mempunyai kecacatan akal atau terencat akal, tetapi mereka adalah murid murid
yang sering memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran
mereka berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan rakan sebaya mereka. Mereka ini
selalu sahaja ketinggalan atau gagal menghadapi kerja kerja normal sekolah mereka.

13.3.2 Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan

1. Tidak tekun membuat kerja


2 Kelemahan pengamatan (pendengaran, penglihatan)
3. Masalah bahasa
4. Konsep diri yang negetif
5. Lambat memahami konsep
6. Keciciran sejak awal lagi
7. Masalah Kurang zat makanan
8. Tingkah laku (ponteng
9. Suka benda maujud
10. Dorongan tidak memuaskan
11. Tidak dapat mengaitkan dengan pelajaran lain

13.3.3 Prinsip Pengajaran pemulihan

Prinsip prinsip pendidikan pemulihan merangkumi aspek psikologi dan kognitif. Di antaranya
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

ialah

1. membangkitkan semangat keyakinan kepada murid murid yang berkenaan. Ini dapat
dilakukan dengan cara:

(a) Menjalankan hubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid-dengan murid
(b) Memberi mereka perhatian secara. Individu
(c) Melibatkan mereka dalam aktiviti kelas
(d) Mengkaji latar belakang murid dan mencari punca masalahnya
(e) Menunjukkan penghargaan terhadap sesuatu kejayaan yang dicapainya
(f) Mewujudkan situasi yang membolehkan murid itu mendapatkan pelajarannya

2. Melibatkan deria rasa, penglihatan dan pendengaran dalam aktiviti-aktiviti


pengajaran mereka termasuklah beberapa langkah seperti berikut:

6
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

a) Mendengar dan melatih tubi penyebutan sesuatu huruf, perkataan atau nombor.
b) Meneliti dan menganggarkan panjang pendek sesuatu perkataan atau sambil
menyebutnya.
c) Melarikan jari di bawah sesuatu huruf, perkataan nombor yang menjadi masalah,
sambil menyebutnya.
d) Membentuk sesuatu huruf, perkataan ayat atau nombor dengan bahan bahan
maujud supaya peluang merasa bentuk bentuk huruf dapat menajamkan
pengecamannya.
e) Menekap atau menyurih sesuatu huruf, perkataan atau nombor serta gambar sambil
menyebutnya.
f) Menulis sesuatu huruf, perkataan atau nombor mengikut urutan tatatingkat dan gerak
kerja menulis termasuklah:

13.3.4 Peranan Guru

Pengajaran pemulihan bukanlah satu pengajaran yang boleh dianggap mudah. la bertujuan
khusus untuk mengatasi kelemahan. Oleh itu guru guru sebagai pencari pemulih kelemahan
tersebut harus mempunyai kemahiran kemahiran tertentu dan keistimewaan mereka banyak
bergantung kepada:

(a) Kebolehan dan kecekapannya dalam menjalankan pengajaran pemulihan.


(b) Kemahuannya untuk mempelajari dan mencuba kegiatan kegiatan pemulihan.
(c) Bekerjasama dengan rakan rakan sejawat dan guru guru besar dalam mencuba
setengah setengah kegiatan pemulihan yang dipelajari.

13.3.5 Proses Pengajaran Pemulihan

Pengajaran Pemulihan merupakan satu proses berperingkat peringkat. Peringkat-peringkat


ini disusun secara berturutan iaitu satu peringkat mestilah dijalankan sebelum peringkat lain
menyusulinya. Peringkat peringkat ini pula saling berhubung antara satu dengan yang lain.

Oleh sebab peringkat peringkat ini dimulakan dengan aktiviti aktiviti pengesanan masalah
dan kemudian cuba pula mengatasinya, maka pendekatan mengatasi masalah (The
Problem-Solving Approach). harus diperkenalkan. Pendekatan ini melibatkan satu lingkaran
yang mengandungi 4 langkah seperti di bawah:

Peringkat 1: Penentuan murid murid lemah dan masalah pembelajaran mereka


Peringkat 2: Penentuan punca atau sebab sebab kelemahan
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Peringkat 3: Pilih ganti tindakan (aktiviti alternatif)


Peringkat 4: Penilaian kejayaan program pemulihan

Bil Peringkat Keterangan


1 Penentuan murid murid lemah
dan masalah pembelajaran Murid dikenalpasti melalui keputusan akademik semasa
mereka berada di dalam bilik darjah.

2 Penentuan punca atau sebab sebab


kelemahan Mengenal pasti punca atau sebab kelemahan yang
dihadapi pelajar

7
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

3 Pilih ganti tindakan (aktiviti alternatif)


Mencari alternatif lain dalam mempelbagaikan cara
pengajaran

4 Penilaian kejayaan program pemulihan Menilai keberkesanan dan keberjayaan program pemulihan
yang dijalankan.

13.3.6 Strategi pengajaran pemulihan


1. cara normal- murid menerima pengajaran pemulihan dan murid lain membuat latihan
2. Pemulihan dijalankan serta merta apabila ada masalah
3. Dijalankan secara perseorangan, kumpulan atau rakan sebaya untuk pengukuhan

13.3.7 Bila permulihan dijalankan


1. murid bermasalah- selepas pembelajaran
2. masalah dan punca dikesan
3. masa khas tidak ditentukan- murid lain membuat aktiviti
4. Aktiviti lain daripada murid normal
5. Sistem pengajaran berkumpulan
6. murid berkebolehan menolong murid yang lemah

13.3.8 Perlaksanaan Pemulihan Dalam Pengajaran


Rancang pengajaran pemulihan berdasarkan jadual dibawah.

Pengajaran Pemulihan
Masalah Lambat memahami konsep
Pembelajaran
Tahun 3 Anggerik
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Tajuk Kebersihan Alam Sekitar
Standard Menyusun semula huruf menjadi sebuah perkataan yang bermakna
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Kandungan dalam lembaran kerja 1.

Mengeja dengan betul sekurang-kurangnya lima perkataan KVKVK.


Standard
Pembelajaran Menyusun semula huruf menjadi sebuah perkataan yang bermakna
dalam lembaran kerja 2.

Menyalin semula petikan yang diberi dalam lembaran kerja 3 dengan


betul tanpa ada kesalahan tatabahasa.

Hasil Murid mampu Menyusun semula huruf menjadi sebuah perkataan


Pembelajaran yang bermakna.

Murid dapat menyalin semula petikan yang diberi dalam lembaran


kerja dengan tepat dan betul.

8
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Aktiviti Pengajaran Pemulihan

Set Induksi
5 minit Guru merangsang murid mengenai kebersihan alam sekitar.
Rangsangan guru:
1. Pernahkah kamu menyertai aktiviti gotong royong?
2. Apakah perasaan kamu sekiranya sekolah kotor?
3. Apakah yang perlu kamu lakukan untuk memastikan keadaan
sekitar menjadi bersih?

Jawapan jangkaan murid:


1. Kurang selesa, tidak seronok belajar.
2. Gotong royong bersihkan kawasan sekolah - Guru mengaitkan
aktiviti dengan isi pelajaran pada hari ini.

Langkah 1 Permainan
15 minit -Guru mengedarkan tiga jenis permainan kepada murid iaitu congkak,
dam haji dan jigsaw puzzle.
-Murid bebas memilih permainan yang diedarkan.
-Murid diingatkan supaya tidak menganggu sesi pembelajaran untuk
kumpulan Bakawali semasa bermain.

Pengajaran
-Guru mengedarkan kad perkataan KVKKV.
-Murid dibimbing secara berkumpulan untuk membentang perkataan.
-Murid pula diberi kad perkataan KVKKV yang berlainan.
-Murid dikehendaki membantang perkataan dengan sebutan yang
betul dan jelas.
-Guru menguji kefahaman murid.

Langkah 2 Pengajaran
20 minit -Guru menunjukkan kad perkataan KV+KVK kepada murid.
-Murid dibimbing untuk mengeja dan membatang perkataan dengan
betul.
-Guru menunjukkan pelbagai lagi kad perkataan.
-Murid melakukan aktiviti serupa.
-Guru menguji kefahaman murid dengan meminta murid mengeja
perkataan tanpa bantuan kad.
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Latihan
-Guru mengedarkan lembaran kerja 3 kepada murid
-Murid dikehendaki Menyusun semula huruf bagi membentuk
perkataan bermakna berdasarkan gambar dan rangsangan gambar
dan rangsangan jawapan yang diberi.
-Murid diminta membatang perkataan yang telah disusun dalam
lembaran kerja dengan sebutan yang betul dan jelas.
-Guru membimbing murid sekiranya terdapat kesalahan.

Langkah 3 Latihan
15 minit -Guru mengedarkan lembaran kerja 1 kepada murid.
-Murid dikehendaki Menyusun semula huruf bagi membentuk
perkataan bermakna berdasarkan gambar dan rangsangan jawapan
yang diberi.

9
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

-Murid diminta untuk mengeja dan menyebut perkataan yang telah


disusun dalam lembaran kerja dengan sebutan yang betul dan jelas.
-Guru membimbing murid sekiranya terdapat kesilapan.

Permainan
-Guru mengedarkan tiga jenis permainan kepada murid iaitu congkak,
dam haji dan jigsaw puzzle.
-Murid bebas memilih permainan yang diedarkan.
-Murid diingatkan supaya tidak menganggu sesi pembelajaran untuk
kumpulan Bakawali semasa bermain.
Penutup -Guru merangsang murid untuk merumus isi pelajaran pada hari ini.
5 minit -Beberapa orang murid dari kumpulan Anggerik diminta mengeja
beberapa perkataan KVKVK.
-Seorang murid dari kumpulan Bakawali diminta membatang beberapa
perkataan KVKKV.
-Guru memuji kerjasama yang diberikan oleh murid.

13.5 Penutup

Program pengayaan banyak membantu murid untuk cekap dan menguasai sesuatu
pembelajaran dengan lebih bermakna. Guru tidak boleh mengabaikan aktiviti pengayaan
Jika aktiviti pengayaan dijalankandengan berkesan murid-murid banyak mendapat manfaat
Mereka didedahkan dengan bahan dan aktiviti yang boleh mengukuhkan pengetahuan sedia
ada dengan pengetahuan yang baru dipelajari.

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

10
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

13.6 Glosari

Merupakan dasar Pendidikan yang telah dilaksanakan di negara


Falsafah
Malaysia. Ia berasaskan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
Pendidikan
Kebangsaan
Kurikulum
Standard KSSR diperkenalkan sebagai usaha Menyusun semula dan menambah
sekolah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
Rendah pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan.
(KSSR)
Potensi diri merupakan kemampuan atau kekuatan diri seseorang baik
yang belum wujud maupun yang telah terwujud, akan tetapi belum
Potensi diri sepenuhnya terlihat.

perbuatan memulihkan, pengembalian kpd keadaan yg semula,


pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~
Pemulihan
hubungan antara dua negara yg bersengketa

perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan: pelajaran kesusasteraan


secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~
Pengayaan
atau peluasan perbendaharaan kata

(ékspérimental) bkn (berasaskan, bersifat) eksperimen, bersifat


Eksperimental percubaan

1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); hanya ada satu ~ hanya


Alternatif ada satu pilihan (jalan) sahaja; 2. satu pilihan antara dua kemungkinan

(kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~


seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa; berkreativiti
Kreativiti
melaksanakan (menjalankan) kreativiti

1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2.


Lingkaran daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa

perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau


KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Pengukuhan syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan)

11
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

13.7 Bibliografi

Senaraikan Sekurang-kurangnya 5 rujukan buku dan 3 rujukan artikel mengikut format APA.

Izzati, Nurma. 2015, Pengaruh Penerapan Program Remedial Dan Pengayaan Melalui
Pembelajaran Tutor Sebaya Terhadap Hasil Belajar Matematika Siswa. Cirebon: IAIN Syekh
Nurjati Cirebon

Dwiretnowati, Evi. 2012, Pengelolaan Program Pengayaan Dalam Persiapan Menghadapi


Ujian Nasional Di Smp Negeri 1 Donorojo Pacitan. Surakarta: UMS

Zamri, Kamil, Fauzi. (2019) KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4. Retrieved Julai 1, 2022,
dari
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/DSKP-KSSR-SEMAKAN-2017-
PENDIDIKAN-ISLAM-TAHUN-4.pdf

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu:Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Haslinda Linda. 2014, Pengayaan Dan Pemulihan,Academia


https://www.academia.edu/14539381/Pemulihan_dan_Pengayaan

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

12
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

13.8 Latihan

Kemukakan 5 soalan objektif & 2 soalan esei berserta skema jawapan.

1.Apakah ciri-ciri kanak-kanak pemulihan?

a. Kelemahan pengamatan (pendengaran, penglihatan)


b. Tekun
c. Rajin belajar
d. Pandai membaca

2.Nyatakan maksud pengayaan.

a. Pengayaan adalah Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan


teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan, serta dapat memberikan respons.
b. Pengayaan adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
c. Pengayaan adalah merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan
dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila.
d. Pengayaan adalah aktiviti aktiviti tambahan kepada aktiviti aktiviti asas pembelajaran
yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah dengan mengandungi unsur
unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang
sedang dipelajari.

3.Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Pemulihan?

a. Aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama
ada di dalam atau di luar waktu sekolah
b. Langkah-langkah khas untuk membantu murid murid menghadapi masalah pembelajaran
di sekolah sekolah.
c. Meningkatkan penguasaan murid bagi kandungan kurikulum tahun semasa secara
optimum.
d. Memastikan murid-murid bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan 2022
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4. Prinsip prinsip pendidikan pemulihan merangkumi aspek psikologi dan kognitif. Di


antaranya ialah membangkitkan semangat keyakinan kepada murid murid yang berkenaan
dengan menjalankan hubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid-dengan
murid.

a. Betul
b. Salah

13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

5.Berikut ialah kelas pemulihan akan dijalankan kecuali

a. murid bermasalah- selepas pembelajaran


b. masalah dan punca dikesan
c. masa khas tidak ditentukan- murid lain membuat aktiviti
d. Murid pandai membaca

Soalan esei

1. Huraikan prinsip-prinsip pengajaran pemulihan.

• membangkitkan semangat keyakinan kepada murid murid yang berkenaan. Ini dapat
dilakukan dengan cara:
- Menjalankan hubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid-dengan murid
- Memberi mereka perhatian secara. Individu
- Melibatkan mereka dalam aktiviti kelas
- Mengkaji latar belakang murid dan mencari punca masalahnya
- Menunjukkan penghargaan terhadap sesuatu kejayaan yang dicapainya
- Mewujudkan situasi yang membolehkan murid itu mendapatkan pelajarannya

• Melibatkan deria rasa, penglihatan dan pendengaran dalam aktiviti-aktiviti


pengajaran mereka termasuklah beberapa langkah seperti berikut:
- Mendengar dan melatih tubi penyebutan sesuatu huruf, perkataan atau nombor.
- Meneliti dan menganggarkan panjang pendek sesuatu perkataan atau sambil
menyebutnya.
- Melarikan jari di bawah sesuatu huruf, perkataan nombor yang menjadi masalah,
sambil menyebutnya.
- Membentuk sesuatu huruf, perkataan ayat atau nombor dengan bahan bahan
maujud supaya peluang merasa bentuk bentuk huruf dapat menajamkan
pengecamannya.
- Menekap atau menyurih sesuatu huruf, perkataan atau nombor serta gambar sambil
menyebutnya.
- Menulis sesuatu huruf, perkataan atau nombor mengikut urutan tatatingkat dan gerak
kerja menulis.

2. Nyatakan proses pengajaran pemulihan.

- Pengajaran Pemulihan merupakan satu proses berperingkat peringkat.


KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

- Peringkat-peringkat ini disusun secara berturutan iaitu satu peringkat mestilah


dijalankan sebelum peringkat lain menyusulinya.
- Peringkat peringkat ini pula saling berhubung antara satu dengan yang lain.

- Oleh sebab peringkat peringkat ini dimulakan dengan aktiviti aktiviti pengesanan
masalah dan kemudian cuba pula mengatasinya, maka pendekatan mengatasi
masalah (The Problem-Solving Approach). harus diperkenalkan.
- Pendekatan ini melibatkan satu lingkaran yang mengandungi 4 langkah seperti di
bawah:

Peringkat 1: Penentuan murid murid lemah dan masalah pembelajaran mereka


Peringkat 2: Penentuan punca atau sebab sebab kelemahan
Peringkat 3: Pilih ganti tindakan (aktiviti alternatif)
Peringkat 4: Penilaian kejayaan program pemulihan

14

You might also like