You are on page 1of 3

1.

Jurang Perbezaan Sosio Ekonomi Jika dilihat jurang perbezaan sosio ekonomi secara lebih mendalam,

kaum Cina di Malaysia mendominasi ekonomi Malaysia berbanding kaum Melayu dan Kaum India serta beberapa masyarakat Bumiputra yang lain. Hal ini berkaitan dengan dasar penjajah semasa penjajahan British di mana kaum Cina tinggal di bandar, manakala kaum Melayu tinggal di kampung dan India tinggal di estet serta berlarutan sehingga kini. Maka, peluang pendidikan untuk kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Tambahan lagi, wujudnya sekolah rendah jenis kebangsaan cina juga mendorong kepada peningkatan peluang pendidikan masyarakat cina di bandar. Dasar ekonomi baru yang dirancang oleh kerajaan untuk memberi kelebihan kepada kaum melayu juga belum lagi mampu untuk menyamakan tahap sosio ekonomi antara kaum cina dan kaum melayu. Jurang perbezaan sosio ekonomi yang tercipta adalah hasil daripada ketaksamaan peluang pendidikan yang melibatkan sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Kesimpulannnya kesan ini terjadi kerana pada masa kini, pendidikan merupakan salah satu elemen penting dalam menentukan arah tuju hidup seseorang individu. Individu yang berpendidikan tinggi akan berevolusi daripada golongan bawahan kepada golongan yang lebih atas berpandukan kepada kelas sosial Max Weber. Peluang pendidikan di sekolah bandar yang lebih tinggi daripada sekolah luar bandar akan menyebabkan murid-murid bandar mendapat pendidikan yang mencukupi dan seterusnya berjaya dalam kehidupan serta berada dalam golongan atasan manakala murid di luar bandar adalah sukar untuk berevolusi daripada kelompok kelas sosial asalnya.

1.2

Kadar Kemiskinan Tidak Dapat Dikurangkan Sehingga tahun 2004, kadar kemiskinan di Malaysia adalah sebanyak

4.3 peratus. Jika dilihat dengan lebih terperinci, kemiskinan penduduk bandar adalah sebanyak 1,6 peratus manakala kemiskinan penduduk luar bandar pula adalah sebanyak 9.6 peratus (Yayasan Basmi Kemiskinan). Daripada stastistik tersebut, jelas bahawa penduduk luar bandar mempunyai peratusan kemiskinan yang lebih tinggi berbanding penduduk bandar dan jurang perbezaan peratusan tersebut adalah tinggi. Hal ini merupakan kesan daripada peluang pendidikan yang diperolehi oleh penduduk bandar dan luar bandar. Merujuk kepada Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan, matlamat utama dasar tersebut pada hakikatnya adalah

menyelesaikan masalah kemiskinan. Menurut Mizoguchi (1979) pula, dipetik daripada buku Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan karya Chamhuri Siwar dan Mohd. Haflah Piei, untuk menyelesaikan masalah kemiskinan, perkara utama yang perlu diteliti ialah dengan mengenal pasti dahulu punca berlakunya masalah kemiskinan. Daripada statistik yang diperolehi, masalah kemiskinan terjadi daripada ketaksamaan peluang pendidikan di mana penduduk yang menerima pendidikan lazimnya akan berjaya manakala penduduk yang kurang menerima pendidikan sentiasa berada jauh ke belakang.

1.3

Kemudahan Infranstruktur Senario pendidikan sekarang menujukkan perbezaan ketara antara

sekolah di luar bandar dan bandar, terutamanya dari segi infrastruktur. Didapati masih ada 300 sekolah di luar bandar tidak mempunyai kemudahan air ( dipetik bersih. daripada ).

http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index%20Lonjakan%20Perdana.htm

Selain itu, pelajar di luar bandar menghadapi masalah seperti kadar ketersampaian yang rendah. Ini disebabkan jarak yang jauh di antara

penempatan rumah kediaman dengan sekolah-sekolah begitu besar. Bagi pelajar yang menghadapi masalah tersebut terpaksa bangun dengan lebih awal untuk membuat persiapan serta untuk merebut untuk menunggu basbas untuk pergi ke sekolah untuk mendapat ilmu pengetahuan.

1.4

Kurang bermotivasi untuk ke sekolah. Masalah utama di sekolah-sekolah luar bandar disebabkan wujudnya

kelemahan dalam kaedah pembelajaran seterusnya mempengaruhi motivasi dan minat murid untuk ke sekolah. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang kurang berkesan serta kekurangan motivasi tenaga pengajar untuk pembangunan sistem pendidikan yang merupakan kesan yang menjurus kepada masalah keciciran pelajar. Selain itu, kelemahan pengurusan dan kurang dorongan. Kelemahan pengurusan dari segi memberi arahan, pengorganisasian serta melaksanakan program-program yang dirancang menyebabkan pihak ibu bapa tidak mengambil peduli tentang pendidikan anak mereka sendiri. Kaedah lama yang tidak berfungsi dan maklumbalas sedikit menyebabkan kurang pembaharuan dijalankan di sekolah dan menjadi penghalang pendidikan rendah di desa, serta tidak dapat memenuhi kehendak masyarakat itu sendiri. Lebih 70 peratus kanak-kanak belajar di sekolah desa. Lebih 80 peratus kanak-kanak tersebut memanfaatkan hidup sebagai petani atau buruh tidak mahir. Kanak-kanak diajar kemahiran asas dan bahasa asing yang utama sahaja dari segi hafalan dan pemahaman. Ini meyebabkan kurang penekanan teknik berfikir dan penyelesaian masalah di kalangan kanak-kanak di luar bandar. Tambahan pula, masalah kewangan dalam keluarga mengakibatkan pelajar di luar bandar akan bekerja awal dan kurang memberi penekanan untuk melanjutkan lagi pelajarannya. (dipetik dan diubahsuaikan daripada buku Teori dan konsep pentadbiran pembangunan, 2004, hlm 5-8,9).

You might also like