You are on page 1of 13

TERJEMAHAN & TAFSIR SURAH ATTAUBAH:AYAT 30

Tafsir al-Maraghiy Tafsir Ibnu Katsir Tafsir Fi Zilalil al- Quran

30. dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka Dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah

Tafsir al-Maraghiy: (Ahmad Mustafa AlMarashiy)

Uzair ialah pendeta Yahudi dan penulis terkenal yang menetap di Babylon sekitar tahun 457 SM. Beliau telah membina perpustakaan yang besar dan mengumpulkan bahagian-bahagian kitab suci (Taurat) dengan memasukkan huruf-huruf Caledonia lau menggantikan huruf Ibrani kuno serta menyusun kitab yang besar tentang urutan peristiwa.

Secara kasarnya zamannya merupakan musim berkembangnya agama Yahudi dan beliau layak dipanggil penyebar syariat yahudi. Ini kerana beliau telah menghidupkannya kembali setelah sekian lama dilupakan orang. Sebab inilah orang Yahudi pun menyucikannya sehingga sebahagian penduduk Yahudi Madinah menggelarnya dengan Ibnullah.

Dan orang-orang Nasrani berkata: "AlMasih ialah anak Allah"


Ini adalah perkataan orang terdahulu daripada mereka yang memaksudkan perkataan anak Allah dengan makna yang dicintai atau yang dimuliakan. Kemudian pengaruh Paganisme Hindu pula bersepakat bahawa al-Masih adalah anak Allah. Anak lelaki Allah pula bererti Allah itu sendiri dan juga roh Al-Quds kerana menurut mereka ketiga-tiganya adalah satu. Inilah adalah gereja yang telah diterapkan oleh institusi rasmi tiga abad selepas zaman al-Masih dan murid-muridnya.

Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri


Apa yang mereka katakana tentang Uzair dan al-Masih itu sebenarnya perkataan yang dibuatbuat bahkan tidak di kuatkan oleh sebarang keterangan dan hanya sekadar lisan sahaja. Sebenarnya keterangan itu menunjukkan hal yang sebaliknya kerana mustahil menetapkan anak bagi Tuhan.

Mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka
Dalam perkara ini, perkataan mereka menyerupai paerkataan orang kafir yang sebelum mereka iaitu kaum Musyrikin Arab yang menyatakan seperti ini Para malaikat adalah puteri Allah Allah S.W.T.

Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?


Ayat ini merupakan ungkapan rasa hairan terhadap perkataan buruk yang dilontarkan kepada mereka. Penggunaan ayat seperti ini banyak digunakan dalam perkara sedemikian, dan juga dalam pujian seperti qatalahullahu ma afsahhu, yang bererti Allah s.w.t. membunuhnya (aduhai), betapa fasihnya dia. Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ibn Abbas, iaitu yang di maksudkan dengan firman Allah s.w.t. itu ialah Allah s.w.t. mengutuk mereka.

Tafsir Ibnu Katsir: (Muhammad Nasib ArRifai)


Ayat ini merupakan dorongan dari Allah Taala kepada kaum mukminin untuk memerangi kaum kafir Yahudi dan Nasrani kerana mereka mengucapkan terhadap Allah perkataan yang hina dan menjijikkan. Mereka mengatakan tentang Uzair, sesungguhnya dia putra Allah. Maha tinggi Allah dari hal demikian dan Maha Tinggi lagi Agung. Kaum Nasrani yang sesat mengatakan tentang Almasih. Sesungguhnya dia Putra Allah, dia adalah Allah, dan dia adalah salah satu dari tiga Tuhan. Oleh kerana itu, Allah mendustakan kedua-dua golongan itu.

Dia berfirman, Demikian itulah ucapan mereka dengan mulutnya. Penyataan itu tidak memiliki sandaran kecuali sebagai perbuatan dusta dan menyalahi. Mereka meniru ucapan orang-orang kafir terdahulu. Yakni meniru umat-umat sebelum mereka yang sesat sebagaimana sesatnya mereka. Semoga Allah membunuh mereka.
Ibnu Abbas menafsirkan : Semoga Allah melaknat mereka. Bagaimana mungkin mereka berpaling. Yakni bagaimana mereka mungkin berpaling dari kebenaran padahal kebenaran itu nyata lalu berpindah kepada kebatilan?.

Tafsir Fi Zilalil Quran: (Asy-Syahid Sayyid Qutb. Rahimahullah) Di dalam ayat ini al-Quran menjelaskan tentang kesesatan aqidah kaum ahli kitab, iaitu aqidah mereka sama dengan aqidah kaum Musyrikin Arab dan aqidah kaum Pagonis bangsa Roman Purba kala dan lainya.

Ayat ini menyebut kaum Yahudi dan tanggapan mereka bahawa Uzayr itu putera Allah, sedangakan ayat-ayat ini membicarakan arahan dan persiapan untuk menghadapi angkatan tentera Roman dan sekutu-sekutunya dari orangorang Arab yang beragama Kristian.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like