You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT-UNIT BERUNIFORM SMK RAWANG 2011 1.

Pendahuluan Kawad kaki merupakan salah satu aktiviti wajib dalam pasukan unit-unit beruniform yang ditubuhkan di setiap sekolah. Aktiviti ini diharapkan dapat memupuk semangat berkerjasama, daya juang yang berterusan serta disiplin yang tinggi di kalangan pelajar yang terlibat. 2. Objektif i. ii. iii. Melahirkan semangat bekerjasama antara anggota dalam satu pasukan. Mencungkil kemahiran berkawad di kalangan anggota unit beruniform Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan yang mempunyai daya kepimpinan.

3. Cadangan Tarikh, Tempat dan Masa Tarikh Tempat Masa Perasmi : : Gelanggang Bola Keranjang, SMK Rawang : 8. 00 pagi hingga 2.00 petang : Pegawai Pelajaran Daerah Gombak

4. Bilangan Penyertaan Setiap pasukan unit beruniform dikehendaki menghantar 2 platun iaitu satu platun 1 lelaki dan 1 wanita. Setiap platun terdiri daripada 35 anggota . Pasukan yang tidak mempunyai ahli lelaki iaitu Puteri Islam dan Pandu Puteri, dikehendaki menghantar 2 platun juga. 5. Pakaian Setiap anggota kadet yang menyertai pertandingan kawad kaki dikehendaki memakai pakaian asas, iaitu : i. Uniform lengkap unit masing-masing ii. Tanda nama iii. Lencana kolar iv. Beret v. Kasut potong . vi. Mafla, anklet, jambul dan aksesori tambahan yang lain dibenarkan tapi tidak akan diambilkira dalam pemarkahan untuk pakaian

6. Penghakiman Jawatankuasa penganjur akan memilih hakim-hakim di kalangan guru-guru penasihat dari unit-unit beruniform SMK Rawang yang lain untuk menghakimi pertandingan tersebut. Keputusan adalah muktamad. 7. Masa Pertandingan Masa pertandingan keseluruhan ialah 12 minit. Masa dikira selepas ketua platun membuka barisan untuk melapor kepada ketua hakim dan masa tamat dikira selepas ketua platun bergerak meninggalkan padang kawad. 8. Format pertandingan Pertandingan akan diadili berdasarkan: i. ii. iii. iv. Pakaian Kawad statik Kawad dinamik Kawad formasi ( 4 Formasi )

9. Pemenang dan hadiah Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah markah yang diperolehi oleh setiap pasukan. i. ii. iii. iv. v. vi. Johan pasukan lelaki dan wanita akan menerima hadiah dan sijil pencapaian. Naib johan pasukan lelaki dan wanita akan menerima sijil penyertaan Tempat ketiga pasukan lelaki dan wanita akan menerima sijil pencapaian Johan keseluruhan, pasukan yang menang akan menerima sebuah piala pusingan. Ketua Platun Terbaik lelaki dan wanita akan menerima hadiah dan sijil pencapaian Pasukan-pasukan lain akan mendapat sijil penyertaan

10. Tentatif Program


.

8.00 pagi 8.30 pagi - 12.30tgh 1.00 tgh 2.00 ptg

- Taklimat Hakim dan Anggota - Pertandingan Kawad dilaksanakan - Majlis Perasmian Penutup Penyampaian Hadiah - Majlis Bersurai

11. Anggaran Perbelanjaan 1. Piala Johan (RM6 x 70 orang Platun L & W) Naib Johan (RM6 x 70 orang Platun L & W) Ketiga (RM6 x 70 orang Platun L & W) Ketua Platun Terbaik ( RM 20 x 2 orang L & W ) 2. Kain Rentang 3. Minuman untuk para peserta dan pelajar yang menjadi urusetia ( RM8 x 35 kotak air minuman ) JUMLAH 12. Sumber Kewangan Duit Ko-Kurikulum RM1680.00 RM 420.00 RM 420.00 RM 420.00 RM 40.00 RM 100.00 RM 280.00 RM1680.00

Disediakan oleh . (RAMLAH RAMLE) Penyelaras Unit Beruniform

Disemak oleh .. (En. C. RAVICHANDRAN) GPK Ko-Kurikulum

Diluluskan oleh (PN. HJH MAZLAH BTE HUSSIEN) Pengetua SMK Rawang

You might also like