You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) THAMBOOSAMY PILLAY,SENTUL.

LAPORAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM PBSM 2012


Aktiviti badan beruniform PBSM telah dimulakan pada 03 Februari

2012.Rancangan tahunan telahpun disediakan beberapa aktiviti yang menarik.aktiviti tersebut telah dijalankan mengikut rancangan tahunan. Seramai 63 orang ahli dan 4 orang guru pembimbing iaitu Pn.A.Thevanay, Cik.S.Rajeswary, Cik.Vijayaletchumi dan En.Tinagaran telah menyertai badan beruniform ini. Aktiviti pertama yang telah dirancang ialah Pemilihan AJK untuk melaksanakan persatuan ini sepanjang tahun 2012.Selain itu aktiviti seperi pengenalan lagu PBSM, lencana ,sejarah PBSM dan ikrar telah diperkenalkan kerana terdapat ahli baru.Nama dan bahagian-bahagian baju uniform juga telah diperkenalkan kepada para

ahli.Seterusnya,guru pembimbing teleh menberi taklimat tantang cara memakai dan mengendalikan uniform PBSM. BELAJAR IKATAN Murid-murid didedahkan dengan jenis-jenis ikatan dan cara-cara mengikatnya pada waktu kecemasan.Antara jenis ikatan yang telah diajar ialah tindih kasih,buku sila,dan ikatan pengakap.Para ahli telah diajar dengan menggunakan kain anduh dan juga tali.Kemudiannya mereka telah pun membuat demo dihadapan kelas. PENGGUNAAN PETI KECEMASAN Guru pembimbing telah memberitahu cara mengendalikan peti kecemasan, kandugannya dan penggunaanya.Ahli-ahli telah disuruh menyenaraikan nama-nama ubatan dan penggunaannya.Satu pertandingan kecil juga telah dijalankan.Ahli-ahlinya telah mengambil bahagian dengan penuh semangat.

JENIS-JENIS KEMALANGAN DAN PERTOLONGAN CEMAS YANG SESUAI Para ahli PBSM telah dipaparkan satu rakaman video mengenai jenis-jenis memberi pertolongan cemas.Seterusnya mereka telah

kemalangan dan cara-cara

disuruh melakonkan situasi tersebut dan pun diberi markah. Dengan ini tahap pemahaman murid telah dapat diketahui.Aktiviti ini amat menarik minat murid. Muridmurid telah menjadi amat seronok dan berminat bila menyelamatkan mangsa dan memberi rawatan. KAWAD KAKI Seterusnya aktiviti, kawad kaki telah dijalankan di tapak perhimpunan sekolah. Murid-murid telah dilatih untuk membuat kawad kaki mengikut arahan ketika melakukan kawad kaki. Didapati ramai ahli tidak dapat membuat kawad kaki dengan betul. Oleh itu, aktiviti ini dijalankan untuk beberapa minggu. Oleh itu seorang pegawai dari Kadet Askar telah diminta hadir dan mengajar murid kawad kaki. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik. Murid telah dapat pendedahan dan latihan yang sungguh baik daripada beliau. PERKHEMAHAN Aktiviti kemuncak dalam PBSM pada tahun ini ialah PERKHEMAHAN Badan Beruniform. Pelbagai pertandingan termasuk pertandingan memasak,pertandingan ikat gajet,pertandingan mengikat kain anduh dan juga pertandingan kawad kaki telah dijalankan. Kesemua ahli badan beruniform telah mengambil bahagian. Para ahli PBSM telah memenangi hadiah pertama untuk IKATAN GAJET.Keseluruhannya sepanjang tahun ini semua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar.Kehadiran para ahli juga memuaskan.Semua ahli telah memberi kerjasama yang baik untuk menjayakan aktiviti-aktiviti ini.Ini menjadi inspirasi untuk menjalankan aktiviti pada tahun hadapan. DISEDIAKAN OLEH, ,________________
CIK.S.RAJESWARY

DISEMAK

OLEH,

DISAHKAN __________________

OLEH,

_________________
PN.P.TANGAMALAR

PN.G.MARGARET TAMIL SELVI

(PENASIHAT PBSM)

GPK KOKurikulum

GURU BESAR

You might also like