You are on page 1of 3

Ajk Teknikal Sebelum Program 28 April 2012 Sebelum program Forum Usahawan Siswa dilaksanakan, bahagian Ahli Jawatan

Kuasa Teknikal telah melakukan tugasan bagi penempahan Bilik Mesyuarat Utama Sekolah Sains Sosial. Penempahan Bilik Mesyuarat Utama (BMU) bagi Forum ini telah ditempah di Pejabat Hal Ehwal Pelajar pada 28 April 2012 iaitu pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Dalam proses penempahan BMU ini, surat permohonan telah diserahkan kepada Dekan Sekolah Sains Sosial melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar Sekolah Sains Sosial. Dalam penempahan BMU untuk tujuan forum yang diadakan, terdapat kesulitan atau permasalahan yang timbul iaitu kesulitan mendapatkan kunci BMU. Hal ini kerana tarikh Forum Usahawan Siswa adalah merupakan cuti am iaitu pada hari sabtu. Namun begitu, selepas perbincangan dengan pegawai yang bertugas di Pejabat Hal Ehwal Pelajar tersebut, kumpulan telah mendapat kebenaran untuk menyimpan kunci BMU sebelum hari program dijalankan iaitu kunci telah diberikan pada hari Jumaat.

Semasa Program Ketika program dijalankan pada tarikh yang ditetapkan iaitu 28 April 2012, persediaan bahagian teknikal untuk forum lebih didahulukan, iaitu kumpulan kami telah tiba lebih awal bagi memastikan PA system tidak mempunyai masalah apabila program dijalankan. Persediaan dari segi penyusunan kerusi bagi pelajar, penyarah dan tetamu jemputan telah disusun dan dipastikan bahawa kerusi di dalam BMU tersebut adalah cukup untuk menampung jumlah pelajar dan tetamu yang mengikuti forum tersebut. Dalam pada masa yang sama juga PA system telah diaturkan seperti microfon dan spearker dalam bilik tersebut dapat digunakan dan berfungsi dengan baik. Terdapat juga kesulitan yang timbul semasa forum diadakan iaitu jumlah microfon tidak mencukupi iaitu hanya terdapat dua buah microfon sahaja yang berfungsi, manakala sebuah microfon lagi tidak berfungsi kerana tidak mempunyai bateri. Namun begitu, sebelum pelaksanaan program ini, pegawai bertugas telah memaklumkan kepada kumpulan kami berkenaan kekurangan mikrofon ini. Dengan itu, kumpulan kami telah bersedia dengan membeli bateri bagi mikrofon tersebut. Semasa program dilaksanakan ini juga dua buah laptop telah digunakan.

Pemeriksaan terhadap sistem lagu juga telah dilakukan iaitu tiga buah lagu yang akan dinyanyikan dengan diiringi muzik (lagu Negaraku, SabahTanah Airku, dan Bertekad

Cemerlang). Manakala bagi lagu latar belakang untuk perasmian dan Penutup pula lagu Malaysia Inovasi telah dipilih. Bagi sistem bunyi pula pada mulanya hanya menggunakan
mikrofon agar muzik lagu tersebut dapat didengar semasa lagu dinyayikan. Namun begitu, cara tersebut adalah tidak sistematik kerana ajk teknikal terpaksa memegang mikrofon dan menghalakannya ke laptop sepanjang tempoh nyanyian. Disamping itu juga, risiko bunyi muzik tidak didengar juga adalah tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, kumpulan kami telah dibantu oleh pelajar dalam kursus kami sendiri, dimana mereka telah membawa alat penyambung speaker yang boleh disambungkan ke laptop untuk menghasilkan bunyi lebih jelas. Semasa program diadakan, setiap upacara rasmi seperti upacara perasmian dan penutupan akan diiringi dengan lagu atau muzik tertentu yang telah dipilih. Namun begitu, apa yang lebih penting semasa forum ini dilaksanakan ialah Ajk Teknikal akan sentiasa memastikan PA System dalam bilik tersebut sentiasa dapat berfungsi dengan baik.

Selepas Program Program forum yang diadakan telah berakhir sekitar pukul 12.00 tengahari, selepas sahaja program ini selesai bahagian Ajk Teknikal bertanggungjawab memastikan semua peralatan yang dipinjam berada di tempat yang sepatutunya. Kerusi-kerusi yang telah digunakan disusun dengan kemas dan baik seperti sedia kala. Manakala suis PA System pula dimatikan, mikrofon yang telah digunakan di simpan di tempat asalnya. Selain daripada itu, wayar-wayar penyambung yang telah digunakan seperti wayar penyambung mikrofon dan

spearker telah disusun dan digulungkan dengan kemas dan baik. Namun begitu, selepas
sahaja program selesai, segala suis yang tidak digunakan telah ditutup seperti mikrofon, Speaker, Projektor, dan lain-lain yang telah digunakan. Selain daripada itu juga, bahagian Ajk Teknikal juga telah menjalankan pembersihan dengan mengutip sampah yang terdapat dalam BMU, dengan itu kebersihan juga salah satu tugas yang dilaksanakan oleh Ajk Teknikal. Apabila peralatan telah disimpan ditempat asal dan kebersihan bilik telah dipastikan barulah semua suis lampu dan penghawa dingin ditutup. Setelah itu, Ajk Teknikal juga memastikan Bilik Mesyuarat Utama telah dikunci dengan baik sebelum kumpulan kami beredar. Disebabkan kunci tersebut tidak dapat dikembalikan kepada pegawai yang bertugas kerana bukan waktu pejabat, kunci tersebut telah diamanahkan kepada Pengarah Program kumpulan kami, pada hari Isnin bersamaan 30 April 2012, Ajk Teknikal bertanggungjawab

untuk mengembalikan semula kunci BMU yang telah digunakan kepada pegawai yang bertugas di Pejabat Am Sekolah Sains Sosial.

You might also like