You are on page 1of 4

REFLEKTIF JURNAL NAMA NO K/P : MOHAMAD ZULKIFLI BIN MOHD NOR : 910603-03-5265

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya dan ahli kumpulan saya menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Childrens Learning in Science. Saya dan kumpulan saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Walaupun terdapat kekangankekangan yang mungkin melumpuhkan semangat kami untuk menyiapkan tugasan ini, namun kami mengaggap ia adalah salah satu cabaran kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini memerlukan kerjasama antara kumpulan yang mana setiap ahli kumpulan mestilah memainkan peranan masing-masing dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Bukan itu sahaja, setiap orang daripada ahli kumpulan juga mestilah duduk bersama-sama berbincang untuk menghasilkan tugasan yang baik. Kami diminta untuk menyiapkan dan menghantar tugasan ini bertarikh 14 april 2011. Semasa kami menerima tugasan ini, terdapat pelbagai perasaan yang bercampur baur. Contohnya sata dan kumpulan saya begitu teruja untuk membuta tugasan ini kerana saya dan kumpulan saya perlu melakukan tugasan ini di sekolah masing-masing. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Jelor, manakala tiga orang kawan saya lagi memili untuk melakukan tugasan di Sekolah Kebangsaan Pendek dan Sekolah Kebangsaan Balok. Bukan itu sahaja, sifat ingin tahu tiba-tiba terbit di dalam diri saya apabila menerima tugasan ini kerana tugasan ini memerlukan pembacaan yang teliti dari iaitu topic berkaitan dengan Childrens Learning in Science dan topic konstuktivisme. Justeru itu, sifat sama ada saya dapat melakukan tugasan ini ataupun tudak menjadi pembakar semangat untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau begitu tekun menunjukkan cara-cara untuk memudahkan tugasan ini. Kami begitu bersyukur dengan kerjasam yang telah diberikan oleh beliau terhadap kumpulan kami.

Setelah mendapat penerangan daripada Encik Azman Bin Omar, saya dan ahli kumpulan saya memulakan beberapa pembacaan daripada bahan-bahan ilmiah yang lain untuk mengukuhkan lagi kefahaman saya terhadap topic konstruktivis ini. Jadi apabila melakukan pembacaan yang teliti, tugasan yang kami lakukan tersebut tidak keluar daripada landasan yang sepatutnya. Apabila sudah membuat pembacaan yang teliti, kami diminta oleh pensyarah kami, Encik Azman Bin Omar untuk menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan tugasan bagi

menemuramah guru Sains sekolah rendah. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pembelajaran Sains oleh kanak-kanak sekolah rendah. Justeru itu, setiap orang daripada ahli kumpulan kami mestilah membina sebanyak tidak kurang daripada lima soalan untuk dikumpulkan bersama dengan ahli kumpulan lain. Tetapi sebelum itu, kami haruslah menunjukkan soalan-soalan kami kepada pensyarah kami. Setiap orang daripada kami menunjukkan soalansoalan yang dibina kepada Encik Azman Bin Omar untuk diluluskan ataupun tidak. Ini amat penting bagi memudahkan guru-guru tersebut dapat menjawab soalan ini dengan mudah. Setelah diluluskan, kami dapat mengumpulkan sebanyak sebelas soalan untuk ditanya kepadaa guru-guru apabila pergi ke sekolah nanti. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) diadakan selama lima iaitu bermula pada 20 Mac 2011 dan berakhir pada 24 Mac 2011. Saya telah memilih sekolah lama saya bagi melakukan PBS kerana bekas guru-guru saya masih terdapat di sana. Ini akan memudahkan saya untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada guru-guru sekolah terbabit. Sepanjang saya pergi ke sekolah, saya berasa bermotivasi untuk menjalankan tugasan ini. Ini kerana tugasan ini membabitkan kanak-kanak. Oleh kerana saya seorang yang sukakan kanak-kanak, maka tugasan ini membuatkan saya teruja untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebelum saya menemuramah guru, saya telah membuat temu janji dahulu dengan guru Sains tersebut supaya saya tidak mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran beliau. Jadi saya telah menemuramah beliau pada hari Rabu pada pukul 9 pagi. Sebelum saya beliau, saya memberitahu beliau supaya membuat persediaan dan mengigat kembali apa yang telah dipelajari. Beliau bersetuju untuk ditemuramah bagi tugasan ini. Guru yang telah ditemuramah oleh saya adalah Puan Susilawati Binti Ibrahim iaitu bekas guru saya dahulu. Puan Susilawati adalah seorang guru Sains. Beliau begitu tekun untuk menjawab semua soalan yang ditanya oleh saya. Durasi masa bagi temuramah tersebut adalah lebih kurang 15-20 minit. Sesi temu ramah berjalan dengan lancar. Namun saya agak terkilan kerana tidak dapat merakam sesi temuramah bersama Puan Susilawati binti Ibrahim kerana hanya saya seorang sahaja yang melakukan PBS dan saya melakukanya secar berseorangan. Jadi, rakaman semasa sesi temuramah tidak dapat dirakam. Setalah menamatkan sesi temuaramh, saya begitu tidak saba untuk menyiapkan tugsan ini. Namun pada masa yang sama, saya agak sedih kerana Pengalam Berasaskan Sekolah (PBS) hampir tamat. Saya merasakan banyak lagi maklumat-maklumat yang begitu berguna kepada saya tidak dapat diambil. Namun perkara ini tidak mematkan semangat untu menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik. Akhirnya, PBS telah tamat. Saya dan ahli kumpulan saya telah kembali semula ke kampus. Setelah kembali ke kampus, kami masing-masing berkumpul dan berbincang bagi menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali, setiap orang daripada kami akan mengeluarkan jawapan-jawapan yang telah dijawab oleh guru masingmasing. Setelah mengumpulkan semua jawapan, kami telah membuat scripting bagi mengumpulkan semua jawapan yang telah dikumpulkan. Scripting amat penting bagi melihat semua jawapan yang diberikan tersusun dengan teratur. Setiap orang daripada kami akan membacakan semua jawapan yang telah dijawab.

Setelah scriting disiapkan, kami telah pergi berkolaborasi dengan Encik Azman Bin Omar. Di sana, saya dan ahli kumpulan saya menunjukkan scripting yang telah dibuat oleh kumpulan kami. Beliau telah berpuas hati dengan scripting yang telah dibuat dan beliau meminta saya dan ahli kumpulan meneruskan proses seterusnya iaitu extracting key factors ataupun mencari kata kunci bagi setiap jawapan. Tanpa melengahkan masa, saya dan ahli kumpulan telah berkumpul bagi mencari setiap kata kunci yang terdapat di dalam jawapan. Kami dengan tekun duduk berkumpul untuk membincangkan tugasan ini. Setelah berbincang, kami begitu bersyukur ke hadrat Illahi kerana kata kunci bagi setiap jawapan dapat dijumpai. Tanpa melengahkan masa yang semakin suntuk ini, kami menaip kata kunci untuk dibentangkan pada hari kuliah. Kami bersyukur kerana dapat menyiapkan pembentangan tersebut. Secara keseluruhannya, pensyarah kami agak berpuas hati dengan pembentangan kami tetapi perlu membuat penambahbaikan. Setelah setiap perkara yang di dalam tugasan ini contohnya seperti perbincangan dan analisis data, saya berasa amat gembira kerana tugasan ini dapat juga di siapkan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, ukhuwah antara saya dan ahli kumpulan saya semakin rapat. Kerjasama antara ahli kumpulan saya begitu kuat sekali. Walaupun terdapat kekangan, namun semangat untuk menyiapkan ini begitu kuat. Kesimpulannya, tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) banyak membantu saya dan ahli kumpulan dalam membentuk sahsiah guru-guru sains yang kreatif dan kritis. Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

................................................................. (MOHAMAD ZULKIFLI BIN MOHD NOR)

You might also like