You are on page 1of 3

BAB 1 KONSEP MAKLUMAT

1.2 KONSEP MAKLUMAT

1.2.1 Data data merupakan fakta mentah yang mewakili peristiwa yang wujud dalam organisasi atau persekitaran fizikal sebelum ia diorganisasikan dan disusun kepada bentuk yang membolehkan manusia dapat memahami dan menggunakannya.

1.2.2 Maklumat Maklumat merupakan data yang disusun dalam bentuk yang bermakna dan boleh digunakan oleh manusia.

1.2.3 Perbezaan Data dan Maklumat Seperti yang telah diterangkan tadi, apabila fakta diorganisasikan atau disusun dalam bentuk yang bermakna, ia akan menjadi maklumat. Maklumat merupakan interaksi antara fakta-fakta yang disusun sebegitu rupa sehingga fakta tersebut mempunyai nilai tambahan menjangkau nilai fakta itu sendiri. Sebagai contoh, katakan anda diberi senarai nama rakanrakan anda, kemudiannya anda mendapati bahawa senarai nama tersebut merupakan senarai nama rakan-rakan yang akan melanjutkan bab mereka di luar negara pada penghujung tahun ini Maka anda akan dapat menghubungi mereka dan seterusnya mengucapkan tahniah kepada mereka

1.3 CIRI-CIRI MAKLUMAT BERNILAI 1.3.1 Tepat 1.3.2 Lengkap 1.3.3 Ekonomikal 1.3.4 Fleksibel 1.3.5 Boleh Dipercayai 1.3.6 Relevan 1.3.7 Ringkas 1.3.8 Tepat pada Masa 1.3.9 Sah

1.4 NILAI MAKLUMAT Nilai maklumat boleh diukur berdasarkan kepada masa yang diperlukan bagi membuat keputusan atau meningkatkan keuntungan kepada syarikat.

1.5 PENGURUSAN MAKLUMAT

1.5.1 Sumber Berharga

1.5.2 Pengurusan Sumber Sumber hendaklah sentiasa ada agar dapat digunakan pada bila-bila masa ia diperlukan. Untuk menguruskan pekerja, pengurus perlulah melayan pekerja dengan sebaiknya kerana ia menjadi aset yang berharga kepada

1.5.3 Cara Maklumat Diuruskan Dalam pengurusan maklumat, pengurus harus memastikan bahawa data mentah diperoleh dan kemudiannya diproses menjadi maklumat yang berguna

1.6 PENGGUNA MAKLUMAT Pengguna pertama output komputer ialah pekerja perkeranian dalam bidang perakaunan, iaitu tempat komputer menjalankan aplikasi seperti pembayaran gaji, inventori dan pembayaran perbelanjaan lain. Komputer digunakan sebagai alat pengurusan sumber maklumat (MIS) apabila pengurus memerlukannya sebagai maklumat untuk menyelesaikan masalah

You might also like