You are on page 1of 7

PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT paling menarik bagi pengakap. Peluang belajar ilmu perkhemahan.

. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari. Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap.
Aktiviti

GADJET-GADJET PERKHEMAHAN yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan. Buatlah gadjet-gadjet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan. Mengenal gadjet perkhemahan :

Peralatan

lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan. kedudukan gadjet. aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.

TUJUAN MEMBUAT GADJET


Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. Perekaan membuat gadjet disamakan dengan situasi di rumah. Dalam membina gadjet, hendaklah ia mempunyai fungsi. Dalam membina gadjet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru. Feeling of sense of achievement, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet. Meninggikan mutu perkhemahan. Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gadjet-gadjet yang berfaedah.

BAHAN UNTUK MEMBUAT GADJET

Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan. Diperbuat dari bahan semulajadi. Pergunakan dari semua bahagian pokok.

JENIS / CARA MEMBUAT GADJET Yang boleh dibeli. Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem. Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran.

JENIS-JENIS GADJET

Gadjet kawasan pintu. Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan. Gadjet kawasan tempat basuhan. Gadjet kawasan tempat tinggal. Gadjet kawasan pengeringan. Lain-lain gadjet.

GADJET KAWASAN PINTU

Gadjet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: Bahagian pintu hadapan Bahagian pagar Bahagian pintu belakang Variasi-Variasi pintu hadapan Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type). Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis. Bahagian Pagar Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.

GADJET-GADJET KAWASAN DAPUR


Buat dari bahan semulajadi Selain membuat gadjet-gadjet dapur buat juga gadjet sampingan di dapur seperti: Rak pinggan mangkuk Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak. Meja makan Penyangkut cawan / gelas. Rak menyimpan kayu api / tong gas. Gadjet gerobok (camp larder). Gadjet lubang basah dan kering.

GADJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH


Gadjet tempat meletak besen air. Gadjet tempat menyimpan alat pergigian. Gadjet tempat menyimpan sabun. Gadjet mengantung tuala mandi. Gadjet kawasan tempat basuhan.

GADJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL Semua gadjet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. Gadjet-gadjet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

GADJET TEMPAT MENJEMUR KAIN Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh. GADJET-GADJET LAIN Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti:

Tiang bendera Menara memerhati Gendang / Kantung kem Gadjet pembawa barang (Indian Travois) Gadjet pondok lalang (tempat berteduh)

PENEMPATAN GADJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering. Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gadjet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gadjet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas. Berhampiran pintu masuk dirikan gadjet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat.

PRINSIP MEMBUAT GADJET Gadjet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap.

Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh. Gunakan ikatan yang betul. Ikatan pada gadjet hendaklah betul. Gunakan bahan semulajadi. Gadjet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran. Gadjet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan. Gadjet yang baik ringkas tetapi praktikal. Mulakan dengan membuat gadjet yang ringkas dahulu. Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet. Gadjet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai. Buat gadjet ciptaan atau rekaan sendiri.

SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GADJET Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gadjet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya gadjetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat. Ikatan Seraya (Square lashing) mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat. Ikatan Serong (Diagonal lashing) mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gadjet yang berbentuk serong. Ikatan Silang Gunting mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar. Ikatan Figure of eight lashing mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi. Ikatan Ular (Snake lashing) mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar. Simpul Balak (Timber Hitch) memulakan ikatan serong. Simpul manuk memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya. Ikatan Pemukat ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali. Whipping mengemaskan tali yang berlebihan.

You might also like