You are on page 1of 15

LAYOUT TAPAK PERKHEMAHAN

Layout kawasan.
Kemahiran dan kreativiti layout sesuatu perkhemahan amat penting bagi keselesaan, keseronokan, dan mengurangkan tahap kemalangan peserta. Layout dan pintu gerbang merupakan daya penarik bagi pelawat meninjau ke sesuatu kontijen semasa jambori negeri, negara dan dunia. Penyusunan dan kedudukan sesuatu kawasan perkhemahan mestilah teratur, kemas dan bersesuaian dengan cara mengaturnya. Layout kawasan perkhemahan perlu mengambil kira keluasan kawasan dan ruangan yang tertentu.

Kawasan Tapak Perkhemahan


Khemah tidak boleh didirikan dibawah pokok yang tua dan mudah sekah. Besar kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah. Khemah hendaklah didirikan dikawasan yang rata. Ini sangat penting bagi mengekalkan kestabilan peredaran darah keseluruh tubuh badan. Kawasan perlu bersih daripada batu, lubang, sarang semut dan sebagainya.

Jangan dirikan khemah berhampiran dengan rumput dan lalang yang panjang serta pokok renek. Tempat ini berkemungkinan mempunyai binatang berbisa. Kita seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan angin. Seharusnya kita memilih tempat yang selesa dan teduh. Kedudukan khemah petrol seharusnya disusun secara teratur, kemas dan seimbang.

Pagar Kawasan
Apabila sesuatu kawasan telah dipagar, bermakna ia menjadi hak milik sesuatu kumpulan atau petrol itu sepanjang masa perkhemahan tersebut. Tujuannya untuk menjaga keselamatan daripada binatang buas dan orang jahat. Pagar sesuatu kawasan perkhemahan dibina untuk memastikan perkhemahan tersebut lebih kemas dan teratur. Pagar sesuatu kawasan boleh dibuat daripada pelbagai-bagai bahan seperti tali, ranting kayu dan sebagainya.

Dapur
Biasanya, kawasan dapur diletakkan di belakang kawasan perkhemahan kerana bagi mengelakkan asap masuk ke dalam khemah apabila angin bertiup.

Pintu
Setiap perkhemahan perlu mempunyai pintu hadapan dan pintu belakang. Pintu dibahagian belakang biasanya dibuat berhampiran dengan kawasan dapur Pintu hadapan berfungsi untuk mengawal keluar masuk peserta perkhemahan.

Tiang Bendera
Tiang bendera didirikan berhampiran dengan pintu pagar bagi membolehkan orang luar mengetahui kawasan tersebut milik sesuatu pasukan. Kawasan tapak perhimpunan haruslah luas bagi membolehkan peserta berkumpul atau membuat rool call.

Rak Kasut
Rak kasut diletakkan diluar khemah bagi memastikan tapak kemas dan teratur.

Lubang Sampah
Lubang kering

Sampah yang dan mudah dibakar boleh dimasukkan ke dalam lubang kering. Sampah sarap ini haruslah dibakar 2 kali sehari

Lubang basah

permukaan lubang basah perlu disusun batang-bantang kayu atau buluh kemudian ditutup dengan lalang, rumput atau daun kering dipermukaannya.

Lubang basah juga digunakan untuk membasuh. Sisa-sisa makanan akan tertapis dipermukaan atas oleh permukaan lalang rumput atau daun. Hanya air sahaja yang mengalir. Lalang rumput atau daun ini perlu dibakar atau diganti setiap hari.

Penyidai Kain
Didirikan berhampiran khemah bagi memudahkan peserta menyidai pakaian masing-masing.

Tempat Sembayang

Khemah Pemimpin

Peralatan Kerja

Tempat Membasuh

You might also like