You are on page 1of 29

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Abstrak

Usahawan merupakan individu yang melihat sesuatu peristiwa dari sudut yang berlainan dari kebanyakkan orang. Pada mereka, segala peristiwa yang berlaku samada baik atau buruk tetap mempunyai peluang ekonomi dan boleh diekplotasi untuk memperolehi keuntungan.

Hanya bermula dengan idea , usahawan mampu membangunkan produk, perkhidmatan atau proses yang boleh ditawarkan di pasaran. Seiring dengan perubahan persekitaran, seseorang usahawan akan berhadapi dengan pelbagai, risiko dan cuba mengubahsuai sistem syarikat mengikut permintaan semasa atau kehendak pasaran.

Perbincangan seterusnya akan menyentuh tentang keadaan semasa keusahawanan di Malaysia, peranan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam membangunkan keusahawanan dan faktor-faktor yang menyumbang kepada usahawan yang berjaya.

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Pengenalan Usahawan adalah seorang yang sanggup mengambil risiko untuk menceburi kerjaya di dalam bidang perniagaan. Mereka bukan sahaja mencipta kerjaya, tetapi mencipta kerjaya untuk orang lain. Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai: Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam bidang perniagaan. Usahawan juga merupakan pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, melakukan perancangan teliti dan membuat pertimbangan yang sesuai apabila membuat proses perniagaan. Dengan bersifat optimistik dan komited, seorang usahawan bekerja secara kreatif untuk memperolehi sumber baru atau memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru. Semua ini bertujuan untuk memperolehi keuntungan.

Usahawan merupakan pemangkin kepada kemajuan pesat ekonomi serantau. Usahawan berjaya meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan masyarakat setempat. Ini kerana usahawan merupakan golongan

manusia yang sering kali mencipta sesuatu produk, perkhidmatan atau proses baru demi untuk kebaikan manusia sejagat. Ini dapat dicapai kerana seorang usahawan sering kali berfikiran kreatif dan inovatif di dalam mencipta sesuatu agar dapat

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

menghasilkan sesuatu bukan sahaja mengikut kehendak pengguna malah mencipta sesuatu yang baru di dalam pasaran.

Keadaan keusahawanan di Malaysia Keusahawan di Malaysia telah lama bertapak, iaitu seawal pembukaan negeri Melaka pada tahun 1400. Ketika itu usahawan Melayu telah lama berdagang dengan usahawan dari negara lain seperti China dan India. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha pertama kerajaan yang baru dibentuk adalah dengan melaksanakan Rancangan Malaya Pertama dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua. Seterusnya apabila negara Malaysia dibentuk, Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan.

Dari kajian yang telah dilakukan oleh Jabatan Perangkaan dan Rekod, di dapati hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut: Pemilikan 1. Bumiputera perseorangan dan agensi amanah a) Bumiputera Perseorangan b) Agensi Amanah 2. Bukan Bumiputera 168.7 110.9 2,233.2 2.6 1.7 34.0 Jumlah Pemilikan (RM) 279.6 % 4.3

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Warganegara asing

4,051.3 Jumlah 6,564.1

61.7 100.0

Sumber: http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/0/b9e8dd3efcb0d838482 567350005a893?OpenDocument&Click

Dari perangkaan di atas, adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham/ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini. Dengan sasaran Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumipeutera dan 30% lagi terdiri dari pelabur-pelabur asing. Untuk mencapai hasrat ini, penyusunan Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan.

Sejarah pembangunan usahawan di Malaysia boleh diringkaskan kepada 3 peringkat seperti di bawah:

Tahun 1700-1800 1970 an Kini

Kumpulan Ahli Perniagaan Penjaja, Pengusaha tanah Ahli-Ahli korporat Usahawan-usahawan berinovasi

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Walaupun dibanggakan, membicarakan

pembangunan

usahawan amatlah

secara tidak

keseluruhannya mengalakkan DEB

boleh apabila telah

namun

pencapaian kejayaan

mengenai

usahawan

Bumiputera.

mensasarkan pada tahun 1990 Bumiputera akan mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus dari jumlah ekuiti syarikat-syarikat yang tersenaria di papan tanda Bursa Saha Kuala Lumpur. Tetapi pada hakikatnya, Bumiputera hanya mampu mencapai 20.6 peratus pada tahun 1995 dan peratus ini menurun kepada 19.1 peratus pada tahun 1999 akibat dari krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997. Sumber: Teks ucapan Dato Seri Abdul Rahman Maidin, Presiden DPMM Kertas yang dibentang di Muzakarah Pakar; Mengurus Kejayaan: Pengurusan Aset dan Tanggungan dari Perspektf Islam; pada 29-30 April 2003 (27-28 Safar 1424 Hijrah); di Dewan Besar, IKIM. Usahawan di Malaysia muncul melalui beberapa cara iaitu: 1. Penglibatan kerajaan melalui pelbagai galakan. 2. Usahawan mencari peluang dalam sesebuah organisasi. 3. Usahawan berusaha sendiri tanpa mendapat pertolongan daripada manamana pihak. 4. Kemunculan usahawan melalui pergaulan di kalangan peniaga.

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Kerajaan masih merupakan nadi utama dalam melahirkan usahawan Bumiputera melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan walaupun terdapat juga usahawan Bumiputera yang berjaya atas usaha dan inisiatif sendiri.

Ciri-ciri peribadi usahawan yang berjaya Secara amnya terdapat 16 ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya iaitu: 1) Inisiatif, jujur, amanah dan bertanggungjawab Usahawan perlulah mempunyai sifat jujur, amanah dan bertanggungjawab di dalam segala urusan yang mereka lakukan. Dengan mempunyai sifatsifat seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab akan dapat

menimbulkan rasa kepercayaan dikalangan pengguna. Selain dari itu usahawan perlulah mempunyai sikap inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang kebanyakkan orang tidak sanggup memikulnya. 2) Komitmen yang tinggi Kejayaan setiap pekerjaan banyak bergantung kepada komitmen kita kepada pekerjaan tersebut. Oleh itu, seorang usahawan perlulah mempunyai komitmen yang tinggi di dalam apa sahaja kerja yang dilakukan. Komitmen yang tinggi terhadap idea dan pelaburan akan menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan. 3) Orentasi kesempatan (peluang) Seorang usahawan mestilah berkebolehan untuk mengenal pasti sumbersumber yang ada dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Seorang usahawan haruslah mempunyai kebolehan melihat sesuatu peristiwa dari sudut yang berbeza dan melihat peluang yang ada pada setiap peristiwa. Sebagai contoh: Dengan kenaikan harga petrol yang naik secara mendadak, usahawan harusnya mencari peluang untuk mencipta produk, perkhidmatan atau proses baru yang dapat menjimatkan penggunaan minyak. 4) Mengambil risiko secara sederhana Usahawan yang berjaya tidak menjerumus diri mereka kepada sebarang risiko yang tidak pasti. Oleh itu, seorang usahawan perlulah mengambil kira sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk setiap pilihan yang mereka lakukan. Dengan mengambil kira risiko yang mungkin akan mereka alami, seorang usahawan boleh melakukan sesuatu untuk mengelak dari mengalami risiko tersebut atau setidaknya mengurangkan kesan impak dari risiko tersebut. 5) Berkeyakinan dan optimistik Seorang usahawan perlulah mempunyai keyakinan yang tinggi di atas segala usaha yang mereka lakukan. Sifat keyakinan yang tinggi seterusnya akan menghasilkan seorang usahawan yang optimistik terhadap kejayaan yang akan dicapai. Seorang yang optimistik tidak akan mengalah kepada kegagalan.

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

6) Kreatif dan Inovatif Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada setiap usahawan membolehkan mereka bersaing dipasaran. Melalui fikiran yang kreatif dan inovatif, usahawan boleh menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses yang dapat memenuhi kehendak pengguna dimasa kini dan dimasa hadapan. 7) Mencari maklumbalas Usahawan perlulah bersikap proaktif di dalam mencari dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi sebagai satu cara untuk membaiki prestasi mereka. Hasil dari maklumbalas yang diterima, usahawan boleh mengetahui kesilapan yang telah dilakukan dan turut juga mengetahui kehendak pengguna yang sebenar. 8) Menuju ke arah kejayaan Usahawan perlu mempunyai motivasi untuk menuju kepada kejayaan. Sebarang usaha yang dilakukan oleh usahawan perlulah mempunyai semangat untuk menyelesaikan segala usaha tersebut sehingga

memperolehi kejayaan. 9) Kebolehkan menentukan visi Setiap usahawan perlu mempunyai visi yang jelas tentang apa yang ingin dicapai. Visi merupakan suatu perkara yang penting pada sesebuah firma atau organisasi. Usahwan boleh menetapkan satu objektif yang realistik

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

untuk mereka menggunakan sumber-sumber yang ada dengan baik untuk merebut peluang yang terbuka. 10) Kemahiran mengatur Membina sebuah perniagaan bukan suatu perkara yang mudah. Ini kerana usahawan terpaksa memilih dan mengumpul para pekerja yang bersesuaian untuk menjayakan sesuatu tugas. Usahawan haruslah berkebolehan untuk mengurus sumber yang ada sebaik mungkin untuk menjadikan visi organisasi menjadi realiti. 11) Kawalan fokus dalaman Seorang haruslah mempunyai kepercayaan bahawa kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Oleh itu, usahawan perlu mempunyay kawalan fokus dalaman yang tinggi untuk memastikan segala usaha berada dalam kawalan mereka. 12) Toleransi terhadap kegagalan Usahawan haruslah tidak mudah kecewa, putus asa dan bersedih apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kegagalan merupakan satu pengajaran yang berguna kepada para usahawan agar membaiki segala kelemahan yang ada.

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

13) Lebih bertenaga Seorang usahawan perlulah mempunyai tenaga yang kuat kerana sebagai seorang usahawan, jangkamasa kerja adalah lama, beban dan tekanan yang besar harus mereka hadapi. 14) Semangat berpasukan Usahawan yang berjaya harus mempunyai kualiti yang tinggi serta bersemangat untuk membantu syarikat berjaya di dalam urusan perniagaan. 15) Berdikari Usahawan perlulah seorang yang berdikari dan berupaya menyelesaikan masalah mengikut cara mereka. Usahawan tidak membuat semua keputusan tetapi mereka mahu mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan penting. 16) Fleksibel Usahawan sangat fleksibel di dalam terhadap perniagaan dan boleh menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan semasa.

Kejayaan usahawan dari aspek pengurusan Selain dari mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas, aspek pengurusan juga memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan segala usaha yang

10

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

telah dilakukan oleh usahawan. Konsep pengurusan Islam telah mengariskan tiga perkara asas iaitu:

1. Perhubungan manusia dengan Allah S.W.T (HablumminAllah) 2. Perhubungan manusia dengan manusia (Hablumminannas) 3. Perhubungan manusia dengan kesemua kejadian alam, makluk dan persekitaran milik Allah S.W.T.

Bagi mencapai matlamat yang telah dinyatakan tadi, sistem pengurusan Islam mestilah mempunyai empat unsur yang utama seperti: 1. Sidik dan amanah Usahawan yang berjaya perlu mempunyai kejujuran dan amanah dalam apa jua urusan yang mereka lakukan agar kejayaan mudah dikecapi. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Tidak ada iman bagi sesiapa yang tiada ada amanah padanya (Ibn Hibban)

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya kepemimpinannya. (Muslim).

11

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

2. Taligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) Usahawan perlu mempunyai sifat tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) di dalam menguruskan pelaburan sama ada dari sudut sumber manusia, wang, aset dan sebagainya. Prinsip corporate governance merupakan suatu kaedah menyampaikan sesuatu perbuatan sama ada secara penulisan atau percakapan kepada yang sepatutnya dengan jelas tanpa melindungi sesiapa. Usahawan yang juga merupakan seorang pengurus haruslah bijaksana dan telus dalam mengurus aset dan liabiliti syarikat yang mereka terajui.

3. Daya intelek Usahawan perlu mempunyai daya intelek untuk menguasai ilmu tentang pasaran dan sentivitinya di dalam urusan perdagangan agar pengurusan sumber manusia, aset dan liabiliti dapat digunakan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim dan Bukhari yang bermaksud: Sesiapa yang menghendaki kejayaan di dunia, ia perlukan ilmu; sesiapa yang menghendaki kejayaan di akhirat, ia perlukan ilmu; sesiapa yang menghendaki kejayaan di dunia dan akhirat, ia perlukan ilmu.

12

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Malah Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud: Kami turunkan kepada engkau al-Zikr (al-Quran) supaya engkau dapat menjelaskan kepada manusia apa yang diwahyukan kepada mereka dan supaya mereka berfikir. (An-Nahl, 16:44). maka ambil iktibarlah hai orang-orang yang mempunyai pandangan. (Al-Hashr, 59:2).

4. Kecekapan Setinggi mana ilmu yang ada tidak akan membawa sebarang makna sekiranya kecekapan tidak dapat dicapai di dalam menggunakan ilmu tersebut. Kecekapan hanya akan diperolehi melalui latihan dan disiplin yang berpanjangan. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibn Taymiyyah yang bermaksud: Sebaik-baik amalan (pekerjaan) itu ialah yang konsisten sekalipun sedikit." Selain dari aspek konsistensi di dalam melakukan sebarang pekerjaan, usahawan sebagai seorang pengurus perlulah mempunyai kesungguhan, ketekunan dan komitment yang tinggi. Malah Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

13

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Allah

SWT mengasihi hambaNya yang apabila ia bekerja, ia akan bekerja

dengan penuh ketekunan dan kesungguhan. (Al-Bayhaqi). Apabila seseorang melakukan kerja Allah SWT menghendaki ia menjadikannya menarik dan sempurna." (Muslim).

Selain dari aspek pengurusan yang dinyatakan di atas, aspek perlaksanaan dan amalam pengurusan aset merupakan antara faktor yang penting untuk usahawan yang ingin berjaya. Terdapat tiga faktor yang perlu di tekankan oleh usahawan iaitu: 1. Budaya merancang

Usahawan perlu mempunyai perancangan dan tujuan di dalam setiap tugasan yang harus dilaksanakan. Dengan adanya idea, fikiran dan daya intelek yang mantap, usahawan boleh menentukan tujuan dan perancangan bagi menguruskan sumber-sumber yang ada. 2. Beramal dan beriman Usahawan perlulah mempunyai sifat beramal dan beriman. Ilmu yang tinggi kalau tidak diamalkan tidak memberi sebarang makna. Seterusnya usahawan perlulah beriman dan yakin apa jua keputusan yang akan diperolehi adalah di atas ketetapan Allah S.W.T. . Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

14

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Iman itu bukanlah dengan angan-angan dan perhiasan tetapi ia adalah apa yang tertanam teguh dalam hati dan dibuktikan melalui amalan (Ibn Najjar dan Ad-Daylami) 3. Adil dan Jujur Sifat adil dan jujur merupakan sifat yang penting apabila menguruskan sesuatu urusniaga, sumber, wang dan sebagainya. Ini terbukti dengan pecahnya monopoli ekonomi oleh pihak Yahudi apabila Rasulullah S.A.W. menampilkan sifatnya yang adil dan jujur di dalam urusniaga.

Kejayaan usahawan dari aspek keluarga dan masyarakat Kejayaan usahawan bukan dicapai secara bersendirian. Tanpa sokongan masyarakat, segala produk, perkhidmatan atau proses yang hasilkan tidak memberi sebarang makna. Ini kerana masyarakat memainkan peranan penting untuk merealisasikan impian usahawan. Sering kali juga kita melihat dari kaca tv dan membaca dari majalah mahupun akhbar bahawa setiap kejayaan yang dikecapi oleh usahawan pasti ada sokongan dari ahli keluarga mereka. Sebagai usahawan, usaha pertama tidak semestinya memperolehi kejayaan dan selalunya kaum keluargalah yang akan memberikan nasihat dan kekuatan untuk meneruskan usaha tersebut sehingga

15

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

berjaya. Sebagai contoh Pn Alina Aman iaitu pengarah bersama TNA Solutions pernah gagal sebanyak 7 kali. Namun di atas sokongan keluarga, beliau bangkit untuk memajukan perniagaaan tersebut. Di bawah adalah sedutan temuramah diantara Norshima Aziz dari Media Corp Radio dengan Pn Alina Aman. Q: Cik Alinah, anda telah menubuhkan TNA Solutions ini selama dua tahun tetapi sebelum TNA Solutions, anda pernah gagal dalam perniaagaan lain? Al: Saya pernah gagal 7 kalilah. Saya cuba dengan rakan niaga lain tetapi kerana tiada persefahaman, masalah kewangan dan berbagai masalah, jadi saya withdraw dan saya buat sendirilah.

Q: Selama 7 kali anda gagal itu, apakah pelajaran yang anda pelajari dari kegagalan itu? Al: Dalam setiap kegagalan itu, apa yang paling penting ialah kita mesti cekalkan hati , lebih penting ialah sikap positif atau daya pemikiran yang positif. Itu perlu kalau kita hendak hadapi cabaran dalam perniagaan. Jangan putusa asa dan kita mesti tahan lasak.

Q: Apa pandangan keluarga serta rakan-rakan anda apabila anda kembali kepada mereka dan kata, oh, saya gagal dan saya gagal lagi? A1: Mereka beri saya moral support. Mula-mula mereka cakap, kau pergi balik kerja, cari kerja lain sudahlah tetapi memandangkan usia saya sudah

16

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

lanjut dan saya ada anak kecil, jadi suami saya memberi saya dorongan, cuba jangan putus asa, mak saya pun sama. Emak saya, jaga anak saya bila saya ikut pelayaran. Jadi, alhamdulillah, semua beri saya dorongan dan nasihat. Sebagai contoh lain, hasil dari dorongan suami telah membantu Pn Rozita Ismail mencapai kejayaan di perniagaan jualan langsung. Ini dinyatakan kepada wartawan Rahana dari Utusan Malaysia semasa ditemuduga. Di bawah adalah sedutan dari kenyataan Pn Rozita: ``Suami saya yang banyak memberi dorongan dan atas kejayaan melantik wakil pengedar yang baru, kami telah berjaya melancong ke Indonesia dan menunaikan umrah beberapa tahun yang lalu. Sumber: http://utusan.com.my/utusan/content.asp?

y=2004&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

Kejayaan usahawan dari aspek Kerajaan dan agensi swasta

17

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Pihak kerajaan turut sama memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sebanyak mungkin usahawan yang berjaya dengan menyediakan persekitaran ekonomi yang mengalakkan. Dengan mempunyai ramai usahawan yang berjaya, peluang pekerjaan akan bertambah dan secara tidak langsung akan mengurangkan kadar pengangguran. Untuk berjaya di dalam perniagaan, modal merupakan satu sumber yang amat diperlukan. Oleh itu kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan yang memerlukannya.

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) telah menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan bagi menggalakkan penyertaan

Di antara bantuan kewangan yang disediakan adalah: 1. Skim-skim pinjaman khas 2. Skim-skim pinjaman mudah 3. Geran tertentu untuk perolehan peralatan, meningkatkan daya saing, penggalakkan export dan memodenkan operasi 4. Bimbingan teknikal seperti meningkatkan kualiti dan produktiviti, memperolehi pensijilan standard.

18

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Dalam usaha membantu usahawan kecil dan sederhana, kerajaan telah menyusun semula Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB) dan seterusnya kerajaan akan menubuhkan Bank Pembangunan IKS yang dijangkakan akan beroperasi Oktober 2005.

Selain bantuan kewangan, kerajaan juga turut memberikan bantuan dalam bentuk latihan dan kemahiran dengan menyediakan kursus seperti: 1. Kursus penyediaan menjadi usahawan 2. Kursus bagi mempertingkatkan lagi pengeluaran

Faktor-faktor kejayaan dan kegagalan dalam menjadi usahawan Kejayaan dan kegagalan usahawan dalam perniagaannya dipengaruhi oleh banyak faktor-faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman adalah seperti perwatakannya, pengetahuan, dan pengalaman; manakala faktor-faktor luaran adalah perkara-perkara yang merangkumi modal, risiko, kesesuaian dari segi aspek undang-undang, kestabilan politik dan ekonomi negara dan persaingan.

Perwatakan Untuk mencapai kejayaan dalam menjalankan perniagaan, seseorang usahawan itu perlu mempunyai daya ketahanan mental yang kuat untuk mengharungi segala cabaran dan halangan dalam dunia perniagaan. Usahawan itu

19

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

harus berani untuk mengambil apa-apa risiko yang dapat mendatangkan pulangan lumayan, berhati-hati dalam segala keputusan yang diambil dan amanah dalam menjalankan perniagaannya. Beliau juga harus komited dan dedikasi dalam tugasnya serta selalu merancang apa-apa tindakan yang akan dilakukan. Selain tu, usahawan juga harus bersifat rendah diri, sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik terhadap orang lain. Dia harus membuang jauh-jauh perasaan hasad dengki terhadap kejayaan orang lain, sebaliknya mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejayaan orang lain untuk menghasilkan kejayaan yang lebih besar untuk dirinya. Sifat dan attitude yang buruk akan membawa bencana kepada diri usahawan itu sendiri jika dia malas berusaha, selalu mengharapkan bantuan orang lain dan terlalu gopoh dalam membuat keputusan semata-mata untuk mendapat kekayaan dalam masa singkat.

Pengetahuan Usahawan yang ingin berjaya juga harus mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburinya. Ini adalah untuk mengelaknya daripada ditipu dan juga membantunya dalam membuat keputusan yang lebih tepat dalam pengurusan perniagaanya. Selain pengetahuan tentang bidang perniagaan yang diceburi, usahawan juga harus mempunyai pengetahuan dalam pengurusan organisasi perniagaan, pengurusan sumber manusia, urusan kewangan dan perakauanan serta kemahiran berkomunikasi yang mantap dengan

20

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

pelanggan dan pekerja. Pengalaman yang luas juga merupakan faktor yang dapat menyumbang kepada kejayaan seseorang kerana beliau telah mahir tentang selokbelok perniaagaan yang diceburi.

Persaingan Persaingan dalam perniagaan adalah faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. Setiap perniagaan pastinya akan berdepan dengan persaingan. Persaingan yang sihat dalam sesuatu industri itu bukan sahaja dapat menjadikan usahawan lebih kreatif dan inovatif untuk memajukan perniagaanya, malah akan memajukan ekonomi negara. Usahawan harus bijak untuk menangani persaingan sesama mereka. Mereka tidak harus rasa terancam atau tercabar dengan mana-mana persaingan. Sebaliknya, persaingan yang sihat dapat mengajar mereka untuk lebih proaktif dalam membangunkan dan meluaskan perniaagaan. Namun demikian, sekiranya tidak ditangani dengan betul, persaingan mungkin akan menjadi ancaman kepada perniaagaan mereka, yang seterusnya akan membawa kegagalan kepada usahawan.

Modal Dalam mengusahakan perniagaan, usahawan juga harus mempunyai modal yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan. Modal ini boleh diperoleh menerusi simpanan sendiri atau pinjaman daripada institusi kewangan, bank dan

21

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

badan-badan kerajaan seperti MARA dan MIDF. Bakal usahawan harus mengelakkan daripada berhutang daripada ceti-ceti haram untuk memulakan atau meluaskan perniagaan. Ini kerana, langkah ini akan menyebabkan hutang yang bertimbun dan akan mengganggu-gugat kewangan syarikat mereka; dan seterusnya akan menyebabkan kegagalan dalam perniagaan mereka.

Risiko Faktor risiko juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu perniaagaan. Usahawan harus mengenalpasti tahap risiko terhadap peluang perniaagaan yang ingin diceburi. Setiap risiko dan peluang harus dikaji keberangkalian kejayaan atau kegagalannya. Risiko perniaagaan meliputi aspek-aspek seperti jumlah modal yang dilaburkan dan keuntungan yang dijangkakan. kadar

Kepatuhan kepada undang-undang Selain itu, usahawan harus memastikan perniagaan yang diusahakan adalah mematuhi undang-undang dan tidak melanggar undang-undang negara. Perniagaan yang dijalankan harus mematuhi peruntukan dan undang-undang kerajaan seperti Akta Hak Cipta 1987, Akta Paten 1983, Akta Cap Dagang 1976, Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Kawalan Harga 1946 dan pelbagai akta-akta lain yang berkaitan. Sekiranya perniagaan

22

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

yang dijalankan adalah menyalahi undang-undang, lesen perniagaan akan ditarik dan ini semestinya merupakana kegagalan kepada usahawan.

Faktor persekitaran Kejayaan dan kegagalan perniagaan juga bergantung kepada faktor persekitaran perniaagaan itu. Keseimbangan politik dan ekonomi dapat membantu sesuatu perniagaan. Rakyat Malaysia bertuah kerana negara ini dilimpahi kedamaian dan kestabilan politik dan ekonomi. Usahawan dapat menjalankan perniaagaan dengan aman dan selamat. Selain itu, kerajaan juga menadakan pelbagai program, insentif dan galakan untuk rakyat menceburi bidang perniaagaan. Antara program yang dilaksanakan melalui Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah Skim Pemasaran Produk Usahawan Bumiputera di Hypermarket, Pembangunan Institut Latihan Peruncitan dan Program Latihan dan Bimbingan Usahawan. Sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan harus mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan ini.

Kejayaan dan kegagalan seseorang usahawan dalam perniagaannya dipengaruhi oleh banyak faktor. Namun demikian, usahawan harus bijak untuk mengambil peluang ke atas cabaran yang dihadapinya dan cuba memanipulasi cabaran tersebut untuk menjadikannya peluang kejayaan. Mereka harus belajar

23

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

tentang kejayaan dan kegagalan usahawan tempatan dan luar negara dan seterusnya mengaplikasi pengajaran tersebut dalam perniagaan mereka.

Tokoh-tokoh Usahawan Yang Telah Berjaya Tokoh Usahawan (1) : Ramly Mokni (Ramly Burger) Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa Dengan berbekalkan

mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan.

keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah

24

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada

prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas

menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .

25

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Tokoh Usahawan (2): Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim merupakan Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan. Beliau menceburi bidang perniagaan melalui penglibatannya dalam kumpulan pengurusan yang meningkat sehingga diamanahkan memimpin syarikat-syarikat besar serta berjaya memiliki pegangan saham dalam syarikat yang dipimpinnya. Bagi Tan Sri Dato' Abdul Khalid, tidak kira latar belakang seseorang usahawan itu, sekiranya mereka berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh mencapai ianya menjadi usahawan berjaya, nescaya akan berjaya juga suatu hari nanti.

Malah menyentuh pengalaman beliau sepanjang menjadi ahli usahawan, beliau menganggap dirinya adalah antara orang Melayu yang sangat bernasib baik kerana beliau mendapat kepercayaan untuk mengurus PNB semasa beliau bekerja di syarikat tersebut di samping diberi peluang mencuba menerapkan inovasiinovasi baru. Kejayaan beliau dalam PNB adalah berjaya menerapkan idea baru yang dapat diterima oleh masyarakat kemudian harinya melalui kewujudan ASN dan ASB.

26

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Tokoh Usahawan (3): Mohamed Fauzy Kumpulan Mofaz Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh Mohamed Fauzy yang dulunya hanya terlibat di dalam pengedaran kereta-kereta mewah serta barangan makanan kini turut membabitkan diri di dalam industri penerbangan dan marin yang memerlukan kepakaran pengurusan dan modal yang tinggi.

Melalui anak syarikatnya, Mofaz Air Sdn. Bhd., ia kini memberikan perkhidmatan udara tidak berjadual bagi penumpang dan kargo, perkhidmatan helikopter dan baru-baru ini melancarkan perkhidmatan amfibia yang mampu mendarat di darat dan di atas air. Menerusi perkembangan ini jelas menunjukkan Mohamed Fauzy berpandangan jauh dan berani menanggung risiko dan cabaran yang hebat dengan mengorak langkah yang lebih maju iaitu dari pengedaran kereta bertukar kepada perkhidmatan udara yang memang diakui berisiko tinggi namun ia dapat menjamin pulangan keuntungan yang tinggi juga.

27

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Kesimpulan Sebagai usahawan yang ingin mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, mereka haruslah mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya dan memegang teguh kepada semua kompetensi keusahawanan yang dinyatakan sebelum ini. Usahawan juga haruslah bersikap berani dan cekal dalam mengharungi segala rintangan dalam dunia keusahawanan.

Para usahawan di negara ini haruslah bersyukur kerana pihak kerajaan sentiasa memberikan bantuan dan galakan secara intensif dan setiap masa bagi menggalakkan usahawan untuk menceburi bidang keusahawanan yang boleh menjamin dan meningkatkan kualiti hidup mereka dan masyarakat. Namun,

bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menasihati dan menyarankan kepada usahawan supaya tidak lagi mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada kerajaan kerana jika ia terus diamalkan, mereka akan menjadi lemah dan sukar untuk berdikari atau dapat membuat keputusan bijak apabila menghadapi sesuatu masalah dalam perniagaan kelak. Maka,

seseorang usahawan yang tulen haruslah berdikari, berani menghadapi risiko dan tidak takut kepada kegagalan serta sanggup menjadikan kepayahan dalam perniagaan sebagai satu cabaran untuk mencapai matlamat hidup yang lebih baik bagi dirinya, perniagaannya dan keluarganya.

28

Rozaimy Baharuddin No Matrik: 690628035251001 OUMM2103 Entrepreneurship

Rujukan: 1. Kejayaan dan Halangan di dalam Perniagaan [Online]

http://www.pmn.gov.my/terengganu/artikel1.htm [2005, Jun 15] 2. Mengurus Kejayaan [Online]

http://www.dpmm.org.my/Ucapan_files/Dilema%20Melayu%20Kedua.htm [2005, Jun 15] 3. Utusan Malaysia Online Keluarga [Online]

http://utusan.com.my/utusan/content.asp? y=2004&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm[2 005, Jun 15] 4. RSI Melayu [Online]

http://www.rsi.com.sg/malay/cakapsalahtakcakapsalah/view/200408201621 46/1/.html [2005, Jun 15] 5. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal

Pengguna [Online] http://www.kpdnhep.gov.my [2005, Jun 20] 6. eMedia NSTP Online Portal (Malaysia) [Online]

http://www.emedia.com.my/a/archive.htm [2005, Jun 23] 7. 2005] OUMM2103 Entrepeneurship, Open Universiti Malaysia [May

29

You might also like