You are on page 1of 5

PERINGATAN MESYUARAT JAWATANKUASA KALI PERTAMA 2009 - 2011 GABUNGAN GENERASI MELAYU TERENGGANU (GENG TERENGGANU) Tarikh: 22 Mei

2009 (Jumaat) Masa: 5.00 Petang Tempat:Bilik Perhentian Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuala Terengganu. KEHADIRAN: 01)En. Husin bin Mohd Noor - Presiden 02)En. Harun bin Ghani - Timbalan Presiden 03)Tn. Hj. Muhammad Rozali bin Sulong - Naib Presiden I 04)Cik Salasiah binti Salleh - Naib Presiden II 05) Cik Rosmawati binti Mohammad - Ketua Penggerak 06)En. Alias bin Abdul Aziz - Ahli Jawatankuasa 07)En. Khairul Azlan bin Mohd @ Mamat - Ahli Jawatankuasa 08)En. Mohd Suhaimi bin Hj. Alias - Ahli Jawatankuasa 09)En. Azilan bin Arifin - Ahli Jawatankuasa 10)En. Azahari bin Ismail - Ahli Jawatankuasa 11)En. Rosaidi bin Mohamed - Ahli Jawatankuasa TURUT HADIR 01)Tn. Haji Ibrahim bin Jalil - Penasihat Geng Terengganu 02)En. M Rezal bin Abu Bakar 03)En. Salahuddin bin Abu Bakar 04)Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam 05)En. Md. Zahri bin Ismail 06)En. Raziei bin Md. Rahim TIDAK HADIR DENGAN MAAF: 01)En. Zaimin bin Endut - Ahli Jawatankuasa AGENDA 1 : ALUAN PENGERUSI

1.1.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Husin bin Mohd Noor, Presiden memulakan salam dan mengajak semua yang hadir membaca Al-Fatihah untuk memberkati mesyuarat pada petang ini. 1.2.Beliau seterusnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah bekerja keras menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan Kelapan pada petang ini. 1.3.Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya dan dipohon memberi komitmen untuk meningkatkan prestasi Geng Terengganu. AGENDA 2 : PERLANTIKAN SETIAUSAHA, PEN. SETIAUSAHA & BENDAHARI Pengerusi memohon persetujuan semua untuk membuat perlantikan ketiga-tiga jawatan penting dan telah dipersetujui oleh semua yang hadir. 2.1.Setiausaha Kehormat - En. M Rezal bin Abu Bakar 2.2.Pen. Setiausaha Kehormat - En. Salahuddin bin Abu Bakar 2.3.Bendahari Kehormat - Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam AGENDA 3 : AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN Majlis telah mendapat persetujuan semua yang hadir untuk melantik 3 ahli jawatankuasa tambahan seperti berikut: 3.1.En. Mohd Zahri bin Ismail 3.2.En. Raziei bin Md. Rahim 3.3.En. Ibrahim bin Mohd Taib AGENDA 4 : PERLANTIKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN Majlis telah bersetuju melantik 4.1.En. Husin bin Mohd Noor - Pengerusi 4.2.En. M Rezal bin Abu Bakar - Setiausaha 4.3.En. Salahuddin bin Abu Bakar - Ahli 4.4.Cik Salasiah binti Salleh - Ahli 4.5.Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam - Ahli 4.6.En. Khairul Azlan bin Mohd - Ahli 4.7.En. Mohd Zahri bin Ismail - Ahli AGENDA 5 : PERLANTIKAN PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN

Majlis bersetuju dengan cadangan Pengerusi untuk melantik En. Harun bin Ghani, Timbalan Presiden sebagai Pengerusi Lembaga Disipilin. AGENDA 6 : PERLANTIKAN PENGERUSI-PENGERUSI BIRO 6.1.Ekonomi, Kepimpinan & Pelancongan - Tn. Hj. Mohammad Rozali bin Sulong 6.2.Agama, Kebajikan & Masyarakat - En. Alias bin Abdul Aziz 6.3.Sukan, Rekreasi & Anti Dadah - En. Rosaidi bin Mohamed 6.4.Kebudayaan, Kesenian & Teater - En. Ibrahim bin Mohd Taib 6.5.Pendidikan, Keahlian & Kerjaya - En. Mohd Suhaimi bin Hj.Alias 6.6.HEW, Rakan Muda & Sukarelawan - Cik Rosmawati binti Mohammad AGENDA 7 : PERLANTIKAN PENASIHAT Majlis bersetuju sebulat suara untuk melantik Y.Bhg. Tuan Haji Ibrahim bin Jalil sebagai Penasihat Geng Terengganu. Surat rasmi pelantikan akan dihantar. Tindakan: Setiausaha Kehormat AGENDA 8 : PERANCANGAN PROGRAM JUN OGOS 2009 Pengerusi memaklumkan akan melaksanakan beberapa program untuk bulan Jun hingga Ogos 2009 dengan peruntukkan yang telah diperolehi antaranya: 8.1.Sukaneka Rakan Muda Bestari 8.2.Kejohanan Futsal Rakan Muda 8.3.Eksplorasi Rimba Tasik Kenyir 8.4.Program Patriotisme Rakan Muda 8.4.Pertandingan Boling Rakan Muda AGENDA 9 : HAL-HAL LAIN 9.1. En. Husin bin Mohd Noor (Presiden)

9.1.1. Memberi kebenaran kepada semua jawatankuasa mencari dana untuk mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun. 9.1.2. Bayaran elaun kehadiran mesyuarat sebanyak RM50.00 mengikut kedudukan kewangan. Majlis telah bersetuju dengan cadangan Pengerusi didalam perkara 9.1.1, dan 9.1.2. Tindakan: Presiden/Setiausaha Kehormat/Bendahari Kehormat

9.1.3. Pengerusi memaklumkan segala keputusan kecil (pengurusan pentadbiran, kewangan dan perancangan program akan diputuskan didalam Jawatankuasa Pengurusan). Segala keputusan yang diambil akan dibentangkan didalam Mesyuarat Jawatankuasa Negeri. Makluman 9.1.4. Perlantikan Jawatankuasa Lembaga Disiplin dan Jawatankuasa Biro telah diputuskan penyeragaman iaitu 1 (Setiausaha) dan 5-8 (Ahli Jawatankuasa) perlu dihantar ke Setiausaha Kehormat secepat mungkin. Tindakan: Semua Pengerusi Lembaga Disiplin / Biro 9.2. En. Harun bin Ghani (Timbalan Presiden) 9.2.1. Memohon semua ahli jawatankuasa menjaga disiplin dan hendaklah menepati masa didalam setiap pengurusan terutama kehadiran mesyuarat. Tindakan: Semua Jawatankuasa 9.3.Tuan Haji Muhammad Rozali bin Sulong (Naib Presiden 1) 9.3.1. Mencadangkan satu perjumpaan bersama ahli keluarga Geng Terengganu diadakan bagi menjalinkan semangat kekeluargaan supaya pengerakan organisasi ini akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

Tindakan: Presiden / Setiausaha Kehormat / Bendahari 9.4. Cik Salasiah binti Salleh (Naib Presiden 2)

9.4.1. Mengucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden dan semua Ahli Jawatankuasa yang telah diberi kepercayaan oleh Perwakilan untuk pemilihan kali ini, Beliau akan memberi sokongan padu kepada semua untuk memastikan Geng Terengganu terus cemerlang. 9.5. 9.5.1. En. M Rezal bin Abu Bakar (Setiausaha Kehormat) Mengucapkan terima kasih kepada Presiden dan Ahli Jawatankuasa yang memberi kepercayaan melantik beliau sebagai Setiausaha Kehormat. Beliau menjanji akan memberi komitmen terbaik didalam memastikan pergerakan Geng Terengganu terus aktif dan maju. Dipohon kerjasama dan sokongan semua supaya pengurusan pentadbiran dapat dijalankan dengan lancar. Tindakan: Semua jawatankuasa / Pengerusi & Setiausaha Kawasan 9.6. En. Azahari bin Ismail (Ahli Jawatankuasa)

9.5.2.

Beliau mencadangkan diadakan satu aktiviti berbentuk kecergasan untuk menghimpun seberapa ramai ahli dan masyarakat untuk sama-sama menyertai aktiviti nanti. Majlis telah bersetuju dan mengambil keputusan untuk mengadakan Program Ceria Senamrobik dengan memohon peruntukkan kewangan daripada Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu. Tindakan: Presiden / Setiausaha Kehormat / Bendahari PENUTUP Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan semua yang hadir dan berharap semua dapat meningkatkan kualiti kepimpinan diri sendiri sebagai role model kepada ahli mahupun organisasi lain diperingkat negeri, kawasan dan cawangan. Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 6.30 petang pada 22 Mei 2009. Disediakan Oleh:

(M REZAL BIN ABU BAKAR) Setiausaha Kehormat

Disahkan Oleh:

(HUSIN BIN MOHD NOOR) Presiden

You might also like