You are on page 1of 4

T3SN1 PISMP AMB.

JANUARI 2011, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG, BUKIT COOMBE, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG. Tarikh : 17 JANUARI 2013. Kepada, ............................................ Tuan/Puan, MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLAAN LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN BIL. 3/2013 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut: Tarikh Masa Tempat 3. : 24 Januari 2013 (Khamis) : 8.30 Malam : Kafeteria Institut

Agenda Mesyuarat: 3.1 Ucapan Pengerusi Lawatan 3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 3/2013 3.3 Perkara Berbangkit 3.4 Hal-hal Lain 3.5 Ucapan Penangguhan Perhatian dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

3.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (AHMAD FAZREEN BIN AZMI) Setiausaha, T3SN1, IPG Kampus Pulau Pinang. s.k : Fail

T3SN1 PISMP AMB. JANUARI 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG 2013 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLAAN LAWATAN PJM 3112 BIL. 3 TAHUN 2013 Tarikh : 24 Januari 2013 (Khamis) Masa : 8.30 Malam Tempat : Kafeteria Maktab Kehadiran :

1. Mohamad Hafiz Bin Shabullah 2. Ahmad Fazreen Bin Azmi 3. Nor Aisyah Bt. Abu Mansor 4 .Fahimah Husna Bt. Idris 5. Mohamad Zikrul Hakiem Bin Mohd Suhaimi 6. Muhammad Siddiq Aiman Bin Shari 7. Nurul Amira Bt. Ridzuan 8. Nurfarah Nadia Bt. Abd. Razak 9. Siti Nur Asmira Bt. Nor Shah 10 Tg. Mohamad Farhan Bin Tg. Rujhan

Agenda Mesyuarat: 1. Ucapan Pengerusi Lawatan 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2/2013 3. Perkara Berbangkit 4. Hal-hal lain 5. Ucapan Penangguhan 1. Ucapan Pengerusi Lawatan 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa lawatan ilmiah ke agensi sukan. Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat 2/2013 2.1 Siti Nur Asmira Bt. Nor Shah mencadangkan minit mesyuarat bil.2/2013 dan disokong oleh Muhammad Siddiq Aiman Bin Shari. 3. Perkara berbangkit 3.1 Pihak jawatankuasa lawatan ilmiah ke agensi sukan telah mencadangkan tarikh lawatan pada 10 Mac 2013 atau 17 Mac 2013 bergantung kepada kata putus daripada mesyuarat lembaga M3P. Jawatankuasa perhubungan telah mengusulkan cadangan pelan susulan sekiranya lawatan ke Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah tidak dapat dijalankan akan ditukar ke venue lain iaitu Escape Park, 828 Jln. Teluk Bahang 11050, Pulau Pinang. Pengerusi mengingatkan kepada semua ahli jawatankuasa supaya kertas kerja lawatan perlu disiapkan dengan kadar segera untuk disemak dan diluluskan oleh pensyarah dan Unit Pendidikan Jasmani. Pengerusi lawatan memaklumkan bahawa setiap kemajuan proses kerja program lawatan ini perlu dibentangkan kepada pensyarah dari semasa ke semasa. Maklumat tambahan yang diutarakan oleh pengerusi adalah berkenaan dengan kolaborasi bersama pelajar guru kelas T3KS1 dan T3MT3. Bagi kelas T3KS1 mereka akan menguruskan soal pengangkutan dan ahli jawatankuasa pengangkutan perlu merujuk mereka bagi mendapatkan sebarang informasi terkini. Bagi kelas T3SN1, akan mengurusakan hal-hal berkaitan dengan perhubungan dan makanan semasa di tempat lawatan. Setiausaha lawatan telah memaklumkan bahawa setiap kelas yang telah mengikuti lawatan ini perlu menyediakan satu brosure lawatan ilmiah ini dan dihantar kepada En. Khoo Tiang Oon pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

Makluman

4. Hal-hal lain 4.1 Pengerusi lawatan menjelaskan bahawa program lawatan ini masih lagi di dalam perbincangan pihak pengurusan IPG kampus Pulau Pinang dan sebarang maklumat tambahan atau pindaan akan diberitahu dari semasa ke semasa Makluman

5. Ucapan penangguhan 5.1 5.2 Pengerusi lawatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 Malam

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(AHMAD FAZREEN BIN AZMI) Setiausaha Lawatan Ilmiah

.. (MOHAMAD HAFIZ BIN SHABULLAH) Pengerusi Lawatan Ilmiah

You might also like