You are on page 1of 7

Tarikh: 23 / 2 / 2012 Tajuk: Enzim dan penghadaman Objektif: 1. Mengkaji tindakan enzim amilase ke atas kanji 2.

Mengkaji julat suhu yang sesuai untuk enzim bertindak Hipotesis: Julat suhu yang sesuai untuk enzim bertindak ialah pada 35 Pengenalan / teori: Enzim diperbuat daripada protein yang telah disintesiskan oleh organisma hidup. Tugas enzim adalah untuk menjadi pemangkin, ianya akan mempercepatkan kadar bagi sesuatu tindak balas kimia. Enzim tidak akan berubah bentuk sebelum, semasa, atau selepas, menjadi pemangkin bagi sesuatu tindak balas kimia. Enzim pemangkin adalah satu tindak balas yang berbalik dan ianya hanya diperlukan d dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Enzim amat sensitif kepada suhu persekitarannya, enzim bergerak aktif pada suhu optimum di antara 30 hingga 40 . Enzim juga turut sensitif kepada nilai - 40

pH persekitarannya. Enzim yang berbeza mempunyai nilai pH optimum yang berbeza, sebagai contoh enzim amilase aktif pada nilai pH 7.0 manakala enzim pepsin aktif pada nilai pH 2.0. kadangkala enzim memerlukan sebatian atau molekul lain untuk terikat dengan enzim bagi menjalankan tindak balas mangkin. Ia dipanggil cofactors ataupun coenzyme contohnya seperti kuprum, vitamin B dan ferum . Aktiviti mangkin yang dijalankan oleh enzim dapat dihentikan atau diperlahankan dengan menggunakan perencat seperti plumbum dan merkuri.

Bahan / alat radas: 1. Bikar 2. Silinder penyukat 3. Termometer 4. Tabung uji 5. Penitis 6. 1% larutan kanji 7. Ketulan ais 8. Penunu Bunsen 9. Air suling 10. Air liur

Prosedur / kaedah: 1. Lapan tabung uji telah dilabelkan sebagai A1, A2, B1, B2, C1, C2, D1, dan D2. 2. 5 3. 3 larutan kanji dimasukkan ke dalam tabung uji A1, B1, C1, dan D1 air suling dimasukkan ke dalam D2, dan 3 air liur ke dalam tabung uji

A2, B2, dan C2 4. Tabung uji A dimasukkan di dalam bikar yang dipenuhi ketulan ais yang bersuhu 0 , tabung uji B dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air yang bersuhu 37 , tabung uji C dimasukkan kedalam bikar yang berisi air yang bersuhu 100 , dan tabung uji D dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air yang bersuhu 37 5. Tabung uji dibiarkan selama 5 minit supaya suhu tabung uji menjadi sama dengan suhu rendaman 6. Tabung uji yang mengandungi air liur dituangkan ke dalam tabung uji yang mengandungi larutan kanji, selepas 20 minit setiap tabung uji di uji dengan larutan iodin. 7. Segala pemerhatian dicatatkan.

Kemahiran Manupulatif: 1. menggunakan radas makmal dengan cara yang betul 2. berhati-hati semasa mengendalikan radas makmal, supaya ia tidak rosak dan tidak mendatangkan kecederaan kepada orang lain 3. memastikan kawasan eksperimen tidak berselerak 4. menggunakan bahan kimia dalam jumlah yang diingini sahaja, supaya pembaziran tidak berlaku. 5. Untuk mengelakkan kehadiran mikroorganisma di dalam air liur, mulut mestilah di cuci dahulu sebelum dikumpulkan

Pemerhatian / keputusan : Tabung uji A1 B1 C1 suhu 0 37 100 Ujian iodin Perubahan warna dari perang ke biru tua Tiada perubahan warna Perubahan warna dari perang ke biru tua Perubahan warna dari perang ke biru tua

D1

37

Perbincangan:

Dari pemerhatian yang telah dilakukan dari hasil eksperimen ini, kesemua tabung uji menunjukkan keputusan positif terhadap ujian iodin kecuali tabung uji B1. Hasil uji kaji ini menunjukkan kehadiran kanji di dalam tabung uji A1, C1, dan D2. Secara teorinya kehadiran kanji sepatutnya tiada dengan kehadiran air liur. Hal ini demikian kerana di dalam air liur terdapat enzim yang dikenali sebagai enzim amilase yang dapat menguraikan kanji kepada bentuk yang lebih mudah, iaitu maltosa. Dengan ini, tiada lagi kanji yang ada di dalam larutan itu. Kejadian ini dapat diterangkan dengan penerangan yang berikut. Pada tabung uji A1, masih terdapat kehadiran kanji kerana enzim di dalam air liur tidak aktif, maka kanji tidak diuraikan kepada maltosa. Hal ini demikian kerana enzim memerlukan suhu yang tertentu untuk ia menjadi aktif dan menjalankan tugasnya. Suhu yang optimum untuk enzim mula aktif ialah pada suhu 30 hingga 40 . Pada suhu yang rendah, aktiviti

enzim akan berada pada tahap yang rendah dan menjadi tidak aktif. Oleh kerana suhu tabung uji A1 ialah pada 0 , enzim yang terdapat di dalam air liur tidak dapat menguraikan kanji, kerana enzim pada ketika itu berada di dalam keadaan pasif. Pada tabung uji C1, kanji juga tidak dapat diuraikan oleh enzim amilase. Ini dapat diterangkan dengan berbalik kepada suhu aktif enzim di antara 30 hingga 40 .

Suhu tabung uji C1 ialah pada 100 . Jika suhu yang rendah menjadikan enzim itu pasif, maka suhu yang terlampau tinggi pula akan membuatkan enzim itu mengalami denaturasi. Denaturasi bagi enzim adalah satu proses di mana protein ataupun enzim itu kehilangan strukturnya disebabkan rangsangan daripada luar seperti kepanasan. Suhu yang terlampau panas membuatkan enzim di denaturasi maka kanji tidak terurai kepada maltosa. Untuk tabung uji D1 pula, kanji tidak terurai walaupun suhu tabung uji itu berada pada suhu optimum enzim iaitu pada 37 . Ini kerana larutan kanji itu telah dicampurkan dengan air suling. Air suling tidak mengandungi apa-apa enzim ia hanya merupakan ujian kawalan bagi eksperimen ini. Oleh itu ia positif bagi ujian iodin

Tabung uji B1 tidak positif bagi ujian iodin kerana tiada kanji di dalamnya, kesemua kanji telah ditukarkan kepada bentuk yang lebih mudah iaitu maltosa. Ini kerana terdapat enzim amilase di dalam air liur dan suhu tabung uji adalah pada 37 , ia merupakan suhu optimum bagi enzim amilase di dalam air liur untuk bertindak menjadi pemangkin bagi menguraikan bentuk kanji kepada maltosa. Tindak balas enzim adalah tindak balas spesifik. Tindak balas enzim boleh dijelaskan dengan menggunakan hipotesis mangga dan kunci. Enzim mempunyai tapak aktif yang mempunyai bentuk yang unik dan istimewa, biasanya bentuk itu akan sesuai untuk dilengkapi oleh substrat. Disebabkan inilah enzim mempunyai tindak balas yang spesifik. Bile dikaitkan dengan hipotesis mangga dan kunci, secara analoginya enzim dianggap sebagai mangga dan substrat dianggap sebagai kunci. Molekul substrat akan pergi ke tapak aktif enzim dan mengikat dirinya di tapak itu untuk membentuk enzimsubstrat kompleks. Selepas itu enzim akan memangkin substrat dan menukarkannya kepada produk. Dengan ini molekul enzim bebas untuk membentuk ikatan dengan molekul substrat yang lain. Tindak balas enzim inilah yang dipanggil hipotesis mangga dan kunci.

Kesimpulan: Julat suhu yang sesuai untuk enzim bertindak ialah pada 35 - 40 , ia

bertindak sebagai pemangkin bagi sesuatu tindak balas kimia, enzim amat sensitif kepada suhu dan nilai pH. Enzim adalah tindak balas spesifik, ia menggunakan hipotesis mangga dan kunci untuk menjalankan tindak balas enzim.

Rujukan: 1. Mazinah Muda, Radziah Ali, Haslinda Hamzah, Ruslina Mohammad, Rohana Mat, Latifah Yusof Hafisah Hassan, Abidah Taib, Omar Daud. (2007) Bio Score Form 4.(cetakan kelima)Penerbitan dan percetakan J.M, Kota Bharu, Kelantan 2. http://www.scribd.com/doc/52801794/Praktikal-5-sce-3101. diakses pada 28 Februari 2012 3. Mustahib.(2011) http://biologi.blogsome.com/2011/08/16/enzim/. Diakses pada 29 Februari 2012

You might also like