You are on page 1of 5

ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU

1.

Pengenalan

Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dibahagikan kepada :

o o o o o

Alat menanda dan merancang tanda. Alat mengapit dan menyangga. Alat memotong. Alat memukul dan memutar. Alat menajam.

2. Alat menanda dan merancang tanda.

Pembaris keluli.

o o o o o

Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras. Ditanda dengan ukuran sentimeter(cm) dan milimeter(mm). Bersaiz 300mm dan 1000mm. Digunakan untuk mengukur, memindahkan garisan dan membina garisan lurus. Juga digunakan untuk menguji kerataan permukaan.

Sesiku L

o o o o o

Bahagian mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan. Bahagian badannya diperbuat daripada kayu. Biasanya bersaiz 20cm. Pada mata ditandai dengan ukuran sentimeter dan inci. Digunakan untuk menguji permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu.

Pita Pengukur

o o o

Diperbuat daripada plastik dan keluli. Panjang pita bisanya 2.0 meter hingga 8.0 meter. Digunakan untuk mengukur jarak yang pendek atau panjang.

Pisau Penanda

o o

Merupakan sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli khas. Digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat.

Pensil Tukang

o o o

Mata dan badan pensil ini lebar dan besar. Permukaannya berbentuk segiempat tepat. Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja.

Pensil Tukang

Pembaris Lipat

o o o o

Diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh dilipat. Hujung pembaris diperbuat daripada loyang. Terdapat pelbagai saiz. Berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran.

Aras Spirit

o o o o

Alat untuk menentukan aras dan kepugakkan. Ia diperbuat daripada logam atau kayu yang lurus dan rata pada kedua-dua mukanya. Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spriit atau air untuk mendapatkan aras. Panjang aras spirit biasanya diantara 200 milimeter hingga 1.5 meter.

Sesiku Serong Boleh Laras.

o o

Bentuknya serupa dengan sesiku L melainkan matanya tidak dipasang tetap. Digunakan untuk menguji dan menandakan sesuatu garisan yang sudutnya lain daripada 45 90 .

dan

Sesiku Serong Boleh Laras

You might also like