You are on page 1of 27

KALENDAR CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (MALAYSIA) 2013

KALENDAR CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (MALAYSIA) 2013


Date Holiday Applicable to

1 Jan (Tue)

New Year

All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

14 Jan (Mon)

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilans Birthday

Negeri Sembilan only

20 Jan (Sun)

Sultan of Kedahs Birthday

Kedah only

24 Jan (Thu)

Prophet Muhammads Birthday (Maulidur Rasul)

National

Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri 27 Jan (Sun) Thaipusam Sembilan, Perak, Penang & Selangor only

1 Feb (Fri)

Federal Territory Day

Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only

10 Feb (Sun)

Chinese New Year

National

11 Feb (Mon)

Chinese New Year (2nd Day)

National except Kelantan and Terengganu

4 Mar (Mon)

Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu

Terengganu only

29 Mar (Fri)

Good Friday

Sabah & Sarawak only

15 Apr (Mon)

Declaration of Malacca as a Historical City

Malacca only

19 Apr (Fri)

Sultan of Peraks Birthday

Perak only

1 May (Wed)

Labour Day

National

7 May (Tue)

Hari Hol Pahang

Pahang only

17 May (Fri)

Raja Perlis Birthday

Perlis only

24 May (Fri)

Vesak Day

National

30 May (Thu)

Harvest Festival

Sabah & Labuan only

31 May (Fri)

Harvest Festival

Sabah & Labuan only

1 Jun (Sat)

Agongs Birthday

National

1 Jun (Sat)

Hari Gawai

Sarawak only

2 Jun (Sun)

Hari Gawai

Sarawak only

6 Jun (Thu)

Israk & Mikraj

Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only

7 Jul (Sun)

Georgetown World Heritage City Day

Penang only

10 Jul (Wed)

Awal Ramadan *

Johor, Kedah & Malacca only

13 Jul (Sat)

Penang Governors Birthday

Penang only

20 Jul (Sat)

Sultan of Terengganus Birthday

Terengganu only

26 Jul (Fri)

Nuzul Al-Quran

Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only

8 Aug (Thu)

Hari Raya Puasa *

National

9 Aug (Fri)

Hari Raya Puasa *

National

31 Aug (Sat)

National Day

National

8 Sep (Sun)

Sarawak Governors Birthday

Sarawak only

16 Sep (Mon)

Malaysia Day

National

5 Oct (Sat)

Sabah Governors Birthday

Sabah only

12 Oct (Sat)

Malacca Governors Birthday

Malacca only

15 Oct (Tue)

Hari Raya Haji *

National

16 Oct (Wed)

Hari Raya Haji (2nd Day) *

Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only

24 Oct (Thu)

Sultan of Pahangs Birthday

Pahang only

3 Nov (Sun)

Deepavali

National except Sarawak & Labuan

5 Nov (Tue)

Awal Muharram (Maal Hijrah)

National

11 Nov (Mon)

Sultan of Kelantans Birthday

Kelantan only

12 Nov (Tue)

Sultan of Kelantans Birthday

Kelantan only

22 Nov (Fri)

Sultan of Johors Birthday

Johor only

10 Dec (Tue)

Hari Hol Almarhum Sultan Johor

Johor only

11 Dec (Wed)

Sultan of Selangors Birthday

Selangor only

25 Dec (Wed)

Christmas

National

* Perkara Yang Bertanda Mungkin Berubah Mengikut Semasa

CUTI SEKOLAH MALAYSIA 2013

* Maklumat Mungkin Berubah Mengikut Semasa Untuk makluman juga, Kalendar Cuti Persekolahan 2013 sudah dikeluarkan. Bagaimanapun ia tertakluk pada sebarang perubahan yang ditetapkan pihak kementerian. Harap maklum

KALENDAR 2013

KALENDAR 2012

MK TAMAN MEGAH RIA MINIT TAKLIMAT GURU BIL: 4 TAHUN: 2011 TARIKH : 23 Mac 2011 HARI : Rabu MASA : 7.30 8.10 pagi TEMPAT : Makmal Bahasa SMK Taman Megah Ria PENGERUSI : Pn. Kasmawati Binti Cha KEHADIRAN (BILANGAN) : 9 orang NAMA YANG HADIR : Pn. Norleha Norhayati Abdullah Kasmawati Cha Malyanah Marzaini Siti Fatimah bte Abd Razak Nurul Aimi Mohd Shah Nur Atiqah Mohamad Moharam Siti Nora Md Sharif Nurul Ain Binti Mahizan 1. Kata-kata aluan Pengerusi 1.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Cik Siti Fatimah Binti Abd Razak telah mencadangkan bahawa minit mesyuarat paniti Bahasa Melayu kali ke-3 diterima dan disokong oleh Cik Nurul Ain Binti Mahizan. Tiada Bantahan oleh mana-mana pihak. 3. Perkara berbangkit -Tiada4.0 Laporan Unit 1 4.1 Berdasarkan kepada Ujian 1, jumlah calon yang bakal menduduki peperiksaan PMR adalah seramai 134 orang pelajar. 4.2 Berdasarkan kepada analisa keputusan ujian 1: 4.2.1 TOV pada akhir tahun 2010 adalah seramai 137 orang pelajar bagi calon PMR dan penetapan ETR bagi tahun 2011 adalah seramai 136 orang pelajar. 4.2.2 peratus pelajar menguasai adalah sebanyak 47.41 pada peperiksaan akhir tahun 2010 manakala pada di dalam ujian 1, peratus pelajar menguasaia adalah sebanyak 72.73. Maka, ETR telah ditetapkan kepada 99. 4.2.3 Gred purata matapelajaran pada akhir tahun 2010 adalah 4.11 manakala keputusan ujian 1 menunjukkan peningkatan kepada 3.37. Dengan itu, ETR bagi gred purata mata pelajaran telah ditetapkan kepada 2.54. 4.2.4 TOV pada peperiksaan akhir tahun 2010 menunjukkan bilangan pelajar yang sepatutnya mendapat gred A adalah seramai 1/136 orang pelajar. Namun begitu, di dalam ujian 1 menunjukkan bahawa seramai 20 orang pelajar telah mendapat gred

A. Maka dengan itu, ETR pada tahun 2011 ini telah meningkat menjadi seramai 25 orang pelajar yang sepatutnya mendapat gred A. 4.2.5 Senarai nama calon mengikut gred ada di dalam lampiran. 4.3 Antara sebab peningkatan nilai ETR adalah kerana: 4.3.1 Pelajar berkemahiran menjawab soalan ringkasan. 4.3.2 Kebanyakan pelajar sudah menunjukkan kemahiran menjawab soalan pemahaman dengan baik. 4.4 Antara program yang akan dijalankan pada tahun 2011 adalah: 4.4.1 Jejak Jendela (untuk pelaja-pelajar dalam kategori halus) bermula pada bulan Mac hingga bulan Oktober. 4.4.2 Permata Hatiku (untuk pelajar-pelajar dalam kategori cemerlang iaitu bagi caloncalon yang bakal mendapat gred A) bermula pada bulan Mac hingga bulan Oktober. 4.4.3 Latih tubi terancang adalah untuk semua kategori pelajar iaitu bermula pada bulan April hingga bulan Oktober. 4.5 Berdasarkan kepada keptutusan peperiksaan SPM 2010, jumlah calon yang telah menduduki peperiksaan SPMadalah seramai 108 orang pelajar. 4.6 Berdasarkan kepada analisa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysian 2010: 4.6.1 Calon yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2010adalah seramai 108 orang pelajar dan calon pada tahun 2011 adalah seramai 144 orang pelajar. 4.6.2 ETR bagi peratus pelajar menguasai pada tahun 2010 adalah sebanyak 90% dan pada peperiksaan sebenar, peratus pelajar menguasai telah mencatatkan penurunan iaitu 77.78%. Perbandingan dengan tahun terbaik iaitu tahun 2007, pada tahun itu, peratus pelajar menguasai adalah sebanyak 85.50%. Maka, keputusan peepriksaan sebenar SPM 2010 telah mencatatkan penurunan. Setelah dibuat analisa, ETR bagi tahun 2011 telah ditetapkan sebnayak 90%. 4.6.3 ETR bagi gred purata matapelajaran yang pada tahun 2010 adalah 5.4 tetapi keptutusan peperiksaan sebenar telah mencatatkan penurunan iaitu 5.58 tetapi ia lebih baik berbanding dengan tahun terbaik iaitu sebanyak 5.86. Setelah dibuat perbandingan, ETR pada tahun 2011 telah ditetapkan kepada 5.28. 4.6.4 Pada tahun terbaik SPM, pelajar yang mencatat bilangan A seramai 9 orang pelajar. Pada tahun 2010, ETR yang telah ditetapkan adalah seramai 20 orang pelajar dan pada peperiksaan sebenar, bilangan pelajar yang mendapat A adalah seramai 20 orang iaitu 18.52%. Maka, ETR pada tahun 2011 telah ditetapkan kepada 33/22.75%. 4.6.5 Secara keseluruhannya, keptutusan SPM tahun 2010 telah mencatatkan penurunan. 4.7 Antara sebab penurunan adalah: 4.7.1 Kurang diadakan pelaksanaan latihtubi berfokus. Ini menyebabkan pelajar kurang mahir dalam menjawab soalan. 4.7.2 Pengajaran berfokus kurang dijalankan secara menyeluruh. 4.8 Oleh yang demikian, antara program yang bakal dijalankan pada tahun 2011 untuk meningkatkan semula keputusan SPM adalah: 4.8.1 Program MAS iaitu akan dijalankan pada bulan Julai hingga bulan November. 4.8.2 Proram Pemata Hatiku iaitu untuk pelajar-pelajar dalam kategori cemerlang dan akan dijalankan pada bulan Mac hingga bulan November. 4.8.3 program Pengajaran Berfokus iaitu akan dijalankan pada bulan Julai hingga bulan November.

4.8.4 Senarai nama calon mengikut gred ada di dalam lampiran. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ............ .......................................................... (NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD MOHARAM) (PN. KASMAWATI BINTI CHA) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK Taman Megah Ria. SMK Taman Megah Ria

SMK KULAI BESAR MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA / 2012 Tarikh : 09 Februari 2012 (Khamis) Masa : 1.20 - 3.25 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Kulai Besar Pengerusi : Pn.Tan Moi Yan Kehadiran : 66/75 orang Kehadiran : 1. En. Azman Bin Safii GPK Pentadbiran 2. En. Masaud Bin Baharom GPK HEM 3. En. Mohd Tahir Bin Hj Ismail GPK Ko-Kurikulum 4. Pn. Chua Chai Lian KB Bahasa 5. Pn. Jaemah Binti Ali KB Sains & Masy 6. Pn. Norintan Binti Mohamad KB Vok & Tek 7. Pn. Nor Aznain Binti Mahyudin KB Sains & Mate 8. Pn. Komalah A/P Nadarajan Guru Media 9. En. Sukor Bin Salleh 10. Pn. Wan Noorlela Binti Wan Ab.Rahman 11. En. Aminnul Hafidz Bin Mohamad 12. En. Arshad Bin A.Razak 13. Pn. Che Wan Saadah Binti C.W. Ahmad Tajudin 14. Pn. Chong Kwee Chin 15. Pn. Dayang Asmah Binti Abang Ariffin 16. Pn. Fadzlon Binti Hasan 17. Pn. Farah Binti Rashid 18. En. Harun Bin Idris 19. En. Hasbullah 20. Pn. Herneyane Binti Jasman 21. En. Hilman Bin Muhamad 22. Pn. Khoo Peik Ing 23. Pn. Mahyon Binti Mahat 24. Pn. Malarkodi a/p Subramaniam 25. Pn. Mardiana binti Tuan Kamaludin 26. En. Mohd Faizal Bin Othman 27. En. Mohd Fuad Bin Rahim 28. En. Mohd Hafizi Bin Ibrahim 29. En. Mohd Nizam Bin Jamsari 30. En. Mohd Zainudin Bin Mohamad Dom 31. En. Mohamad Nur Ashiq Bin Mohd Julin 32. En. Nizarudin bin Marsom 33. Cik Noorul Idayu Binti Mohd Nor

34. Pn. Nor Baizura Binti Abdul Wahab 35. Pn. Norazila Bt Mat Yasin 36. Pn. Norfahizah Binti Fadzil 37. Pn. Norhaniza Bt Saad 38. Pn. Norhazlinah Binti Md.Basri 2 39. Pn. Norizan Binti Mohamed 40. Pn. Normaisarah Binti Abd Talib 41. Pn. Norsuhaila Bt Awang 42. Pn. Norziati Binti Mat Salleh 43. Pn. Nurul Azilah Binti Ibrahim 44. Pn. Nurul Aziana Binti Abd.Rahman 45. Cik Ooi Liew See 46. Pn. Radhiah Binti Mohd Dom 47. Pn. Rafizah Binti Abdul Rahman 48. Pn. Roha Bt Yatin 49. En. Roslee Bin Jarkasi 50. Pn. Roshasma binti Maktar 51. Pn. Rosmawati binti Zukni 52. Pn. Ruzaini Binti Parimin 53. En. Shahrizal Bin Shaari 54. Pn. Sharifah Binti Ariffin 55. Pn. Sharina Binti Sairan 56. Pn. Siti Hajjar Binti Nordin 57. Pn. Siti Khadijah Bt Anis 58. Pn. Siti Raudah Binti Mohamad 59. Cik Suheibah Bt Sobaki 60. Tn. Hj. Misran bin Ali 61. Pn. Yong Mee Choo 62. Pn. Hjh Zaini Binti Hassan 63. Cik.Zakiah Nurliana Binti Shokhaimi 64. Pn. Zuraini Binti Marion 65. Pn. Zarina Binti Juki 66. Pn. Zuriati Binti Mohd Salleh Tidak Hadir : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. En.Mohamad Amirudin Bin Jusoh MSSD-Hoki En. Muslim Bin Ismail MSSD-Bola Tampar Pn. Nora Bt Abdullah Kursus Koperasi Pn. Chai Sze Lei MSSD-Bola Tampar En. Mohammad Zaki Bin Md Uda MSSD-Hoki Pn.Zaharah Bt Latif Cuti Sakit Pn. Siti Zarina binti Adam Cuti Sakit Pn.Norhaisarah Bt. Suboh Mesyuarat 9. Pn. Saripah Faridah binti Saiyed Mohd Ke Klinik 3 Agenda 1.0 : Kata alu-aluan 1.1 Pengerusi mengucapkan selamat sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran guruguru ke mesyuarat guru kali kedua. Tindakan : Makluman Agenda 2.0 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Pencadang : Pn. Rafizah Binti Abd Rahman Penyokong : En. Mohamad Nur Ashiq Bin Julin Agenda 3.0 : Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 3.1 Pengerusi memaklumkan enrolmen jumlah guru seramai 128 orang dan pelajar seramai 2099 orang yang terkini bagi tahun 2012. Tindakan : Makluman 3.2 Pengerusi mengulas tentang pemantauan sekolah oleh pihak Nazir. Ulasan pemantauan

dari pihak Nazir , adalah agak baik dan beliau meminta supaya sesi perhimpunan dan keadaan di bengkel perlu dibuat penambahbaikkan. Tindakan : Makluman 3.3 Pengerusi memaklumkan waktu balik bagi guru sesi pagi adalah pada pukul 1.45 petang. Tindakan : Makluman 3.4 Pengerusi meminta supaya semua guru perlu menepati masa masuk ke kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Manakala, selepas perhimpunan tidak rasmi semua guru yang mengajar pada waktu pertama perlu masuk ke kelas bersamasama dengan murid. Tindakan : Semua guru 3.5 Pengerusi meminta guru tingkatan memantau kehadiran murid yang tidak hadir ke sekolah supaya dapat diambil tindakan. Tindakan : Guru tingkatan 3.5 Pengerusi meminta supaya semua guru perlu memastikan buku latihan murid telah disemak. Guru juga perlu memastikan alat bantu mengajar yang digunakan sesuai dan menarik ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan untuk dicerap oleh pihak pentadbir. Sukatan mata pelajaran diminta dihabiskan pada bulan Julai. Tindakan : Semua guru 3.6 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru sekiranya terdapat murid yang menggunakan telefon awam ketika waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan, sebarang tindakan boleh dikenakan ke atas murid tersebut. Tindakan : Semua Guru 3.7 En.Azman memaklumkan pencerapan guru-guru akan berakhir pada bulan oktober di mana setiap guru akan dicerap sebanyak 2 kali setahun. Tindakan : Pengetua, GPK, Guru-guru bidang dan Ketua Panitia 4 4.0 Pengurusan HEM 4.1 Pengerusi meminta supaya guru-guru tingkatan perlu memastikan kelas sentiasa ceria dan bersih. Kelas yang mempunyai papan kenyataan perlu dilengkapkan dan bagi kelas yang tiada papan kenyataan guru perlu mempunyai inisiatif lain untuk menghias kelas. Tindakan : Guru Tingkatan 4.2 En.Masaud mengingatkan guru-guru tingkatan supaya melengkapkan segala butiran murid yang terdapat dalam buku kedatangan murid. Buku kedatangan murid perlu ditutup setiap akhir bulan. Semua nama murid baru sudah boleh didaftarkan di dalam buku pendaftaran murid. Tindakan : Guru Tingkatan 4.3 Pengerusi memaklumkan surat-surat amaran murid bagi guru sesi pagi perlu diisu dan ditandatangani oleh En.Masaud manakala bagi kes gantung dan buang sekolah perlu ditandatangani oleh Pengetua. Guru perlu menyimpan surat-surat tersebut di dalam fail khas. Tindakan : Guru Tingkatan 4.4 Pengerusi meminta kepada semua guru bertugas perlu menjalankan tugas seperti mana yang telah ditetapkan. Seorang guru bertugas perlu menjaga di hadapan pondok pengawal keselamatan untuk memantau murid supaya kes pergaduhan di kalangan murid tidak berulang lagi. Seorang kaunselor perlu berada di hadapan pintu pagar sekolah pada waktu pagi. Tindakan : Semua Guru 4.5 Pengerusi memaklumkan bahawa profil pelajar perlu diisi dan disiapkan oleh guru tingkatan sebelum 20 Februari 2012 dan untuk sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pn. Azilah. Tindakan : Guru Tingkatan 4.6 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru tingkatan supaya melengkapkan fail peribadi murid dan sekiranya fail murid tidak mencukupi,beliau meminta supaya fail tersebut perlu diwujudkan sesuai dengan bilangan murid di dalam kelas. Tindakan : Guru Tingkatan

4.7 En.Masaud memaklumkan bahawa mulai 10 Februari 2012 bersamaan hari jumaat ketika waktu perhimpunan, murid yang tidak diambil oleh guru akan tunggu di tapak perhimpunan. Murid perlu disusun dalam keadaan RIMUP di dalam kelas. Tindakan : Semua Guru 4.8 En.Masaud mengingatkan kepada semua guru agar mencatatkan nama guru di dalam buku pengurusan kelas ketika waktu relief. Tindakan : Semua Guru 4.9 Pengerusi mencadangkan agar guru kaunselor perlu masuk ke kelas yang mempunyai peratusan kehadiran murid yang rendah untuk memberi motivasi kepada murid. Tindakan : Guru Kaunselor 5 5.0 Pengurusan Kokurikulum 5.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru agar melibatkan diri ketika latihan sukan dijalankan. Guru perlu berada bersama-sama dengan murid sepanjang latihan sukan dijalankan untuk memantau keselamatan murid di padang. Tindakan : Semua Guru 5.2 Pengerusi mengingatkan guru supaya murid-murid perlu menjalani latihan sebelum menyertai sebarang pertandingan untuk mendapat tempat yang terbaik. Tindakan : Makluman 5.3 Makluman Pn.Choo Siew Yoon dilantik sebagai Penolong Setiausaha Sukan. Tindakan : Makluman 5.4 En.Tahir memaklumkan setiap guru perlu memegang empat portfolio iaitu Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, 1 Murid 1 Sukan dan latihan rumah sukan. Tindakan : Semua Guru 5.5 En.Tahir mengingatkan kepada semua guru agar datang awal ketika kegiatan kokurikulum dijalankan. Guru-guru perlu mengisi kehadiran di dalam buku kehadiran yang telah disediakan. Guru-guru perlu hadir seawal pada pukul 7.30 pagi. Ini bertujuan untuk memantau keselamatan murid. Pengerusi menyarankan agar GPK HEM dan guru disiplin perlu bekerjasama untuk memantau murid. Tindakan : Semua Guru 5.6 Pengerusi memaklumkan terdapat aduan dari ibu bapa tentang markah ko-kurikulum anak mereka. Semua murid yang terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum perlu diberikan sijil. Jawatan ketua tingkatan juga perlu diberikan sijil untuk markah ko-kurikulum. Guru perlu memberi satu salinan nama murid kepada GPK HEM sekiranya murid tersebut mewakili sekolah dalam sesuatu pertandingan. Tindakan : Guru Tingkatan 5.7 Senarai nama murid untuk rumah sukan telah disiapkan oleh En.Faizal dan perlu diisi di dalam buku kedatangan murid oleh guru tingkatan. Tindakan : Guru Tingkatan 5.8 Pengerusi mencadangkan agar kad ko-kurikulum murid perlu dilengkapkan dengan mengadakan bengkel untuk guru tingkatan. Tindakan : Guru Tingkatan 5.9 En.Tahir memaklumkan kepada semua guru tingkatan agar merujuk buku panduan kokurikulum sekiranya ingin mengisi markah ko-kurikulum murid-murid di dalam kad biru. Tindakan : Guru Tingkatan 6 Agenda 6.0 : Hal-hal Lain 6.1 Pn.Mardiana memaklumkan tentang Program Sambutan Maulidur Rasul yang akan berlangsung pada hari Sabtu. Pembahagian tugas-tugas guru dalam program tersebut. Tindakan : Makluman 6.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada En.Azman kerana dapat menjalani kursus NPQEL di Institut Aminuddin Baki selama 6 bulan sehingga Jun tahun ini. Tugas-tugas beliau akan diambil alih oleh guru-guru kanan mata pelajaran. Tindakan : Makluman 6.3 Pn.Fadzlon memaklumkan mengenai pinjaman buku teks. Semua guru diberi tempoh sehingga bulan Mei untuk memulangkan buku teks yang telah dipinjam, ini kerana buku

teks hanya boleh dipinjam oleh murid sahaja. Tindakan : Semua Guru 6.4 Makluman kepada semua guru-guru baru boleh mendaftar untuk menjalani kursus induksi SMM bagi tujuan tranformasi minda dengan secepat mungkin. Tindakan : Makluman 6.5 Pertukaran no faks sekolah yang baru iaitu 07-6623210. Tindakan : Makluman 6.6 En.Azman memaklumkan ketua panitia perlu melengkapkan fail panitia. Headcount PMR boleh di muat turun dari internet. ETR untuk pemantauan dikekalkan data 2011 hanya ubahsuai bilangan murid. Kad prestasi diri murid perlu ditempah untuk ditunjukkan kepada ibu bapa. Tindakan : Ketua Panitia & Semua Guru 6.7 En.Azman mengulas tentang program kecemerlangan PMR dan SPM iaitu GPMS, Hikmah, Elit, Perkasa, Jejak Gemilang dan Sentuhan Gemilang dengan guru-guru yang terlibat. Tindakan : Makluman 6.8 Pn.Norhazlinah mengingatkan Ujian 1 akan diadakan pada bulan Mac dan tarikh hantar kertas ujian adalah sebelum cuti pertengahan semester oleh setiap guru-guru. Tindakan : Semua Guru Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.25 petang dan dengan iringan ucapan terima kasih. Disediakan oleh, Disemak oleh, ................................................ ............................................... (Asmahani Mohd Husin) (Tan Moi Yan) Setiausaha Minit Mesyuarat Pengetua SMKKB

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA TAHUN 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH JASIN, MELAKA

Tarikh : 18 Januari 2011 (Selasa) Masa : 2.50 petang Tempat: Bilik Tayang
Kehadiran:

1. Pn. Norul Akmar bte Alang (GKMP Bahasa) 2. En. Sabar bin Hj. Mohd (Ketua Panitia Bahasa Melayu) 3. Pn. Suriyani bte Mahyuddin 4. En. Khiruddin bin Keling 5. En. Wan Khairuizwan 6. Pn. Tay Siew Yong 7. Pn. Kalthom bte Abu Bakar 8. Pn. Maimunah bte Jamil 9. Pn. Zunairah bte Md. Noh 10. Cik Salbiah bte Ahmad 11. Cik Hadijah bte Sebah 12. En. Nasharuddin bin Nasib 13. En. Khairul Anwar bin Yahya 14. En. Shukri bin Sharif 15. Pn. Zamrah bte Pai 16. Cik Nafsiah bte Ab. Manap
1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru Bahasa Melayu dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu, SMK Iskandar Shah, Kali Pertama, sesi persekolahan 2011. 1.2 Pengerusi telah membentangkan senarai Berikut guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu Tahun 2011 mengikut kelas:
Senarai Nama Gu 2. Pengesahan Minit Mesyuarat

Pn. Maimunah bte Jamil mencadangkan Minit Mesyuarat Panitia Kali Ke Empat Tahun 2010 yang telah diadakan pada 8 November 2010 disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh En. Khairul Anwar bin Yahya.
3. Bangkitan Minit

Tiada.
4. Taklimat GKMP

4.1 Pn. Norul Akmar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru kerana hadir mesyuarat kali pertama ini. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Guru Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 yang menyumbang kepada keputusan A dan B Peperiksaan PMR 2010 dan meminta supaya usaha ini dapat diterus dan dikekalkan. 4.2 Menurut beliau, terdapat beberapa beberapa yang perlu diambil perhatian: 4.2.1 Surat pelantikan PLBS dan ULBS akan diserahkan selepas penentuan guru mengikut kelas ditetapkan. Beliau meminta supaya keputusan PLBS dan ULBS untuk tahun 2010 dikemaskini sebelum diambil alih oleh guru-guru seterusnya. 4.2.2 Guru-guru perlu berbincang untuk menentukan peratusan markah yang perlu diambil untuk self access learning(SAL). 4.2.3 Beliau turut menyarankan supaya guru baru dapat dibimbing dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian. 4.2.4 Panitia Bahasa Melayu diminta menentukan Perancangan Strategik dan guru penasihat Pertandingan Ko-Akademik. 4.2.5 Beliau mencadangkan in- house training boleh dilaksanakan semasa mesyuarat panitia diadakan. 4.2.6 CD pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS akan diedarkan Kepada semua guru selepas kursus KOMSAS peringkat JPM diadakan pada 26 dan 27 JANUARI 2010 NANTI.

4.2.7 Beliau meminta supaya Ketua Panitia mengedarkan borang profil peribadi guru dan perlu dilengkapkan serta difailkan. 4.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ketua panitia kerana telah menyiapkan target PMR. 2011.
5. Analisis Peperiksaan PMR 2010

5.1 Keputusan Peperisaan PMR 2010, murid yang mendapat A telah meningkat iaitu seramai 179 calon (82.87%) berbanding tahun 2009 seramai 182 calon memperoleh A (73.68%). manakala calon yang memperoleh B seramai 37 calon (17.1%) berbanding tahun 2009 seramai 65 calon (26.3%). 5.2 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua guru menengah rendah atas komitmen yang diberi sehingga mencapai kejayaan tersebut. Menurut pengerusi, peranan guru-guru bahasa Melayu tingkatan satu dan tingkatan dua yang memberikan ilmu dan kemahiran berbahasa secukupnya kepada pelajar-pelajar telah memudahkan guru-guru tingkatan tiga menggilapkan kebolehan mereka sehingga berjaya. 5.3 Target bagi Peperiksaan PMR tahun 2011 telah ditentukan. Walaubagaimanapun, terdapat perubahan guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu Tingkatan 3 pada tahun 2011 ini.
Target Pencapaian PMR 2011

TING

BIL CALON 29 29 21 22 33 33 33 200 29 29 17 17 28 27 23 170

A BIL %

B BIL %

C BIL %

LULUS BIL % 29 29 21 22 33 36 34 200 100 100 100 100 100 100 100 100

3RK1 3RK2 3RK3 3RK4 3KW1 3KW2 3KW3 JUM

100 100 80.95 77.27 84.85 81.82 69.7 85

4 5 5 6 10 30

19.05 22.73 15.15 18.18 30.3 15

5.4 Pengerusi mengingatkan semua ahli panitia bahasa Melayu supaya sentiasa peka dengan kelemahan pelajar supaya tindakan segera dapat diambil bagi memastikan target 2011 dapat dicapai dengan jayanya.
6. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran serta Perancangan Tahun 2011

BIL 1.

AKTIVITI Mengemaskini Rancangan Pengajaran Tahunan /Mingguan

SASARAN Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

PELAKSANAAN Semua guru bahasa Melayu

TARIKH Minggu pertama sesi persekolahan 2011 Januari 2011

2.

Mesyuarat Panitia Pertama

Semua guru Bahasa Melayu Semua Guru Bahasa Melayu Semua Guru yang berkaitan

Perancangan P&P dan aktiviti panitia Melengkapkan butir-butir pelajar Disampaikan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu/Pemeriksa Kertas

3.

Menyediakan/Mengemaskini Fail PLBS/ULBS Peningkatan Profesionalisme 1 : Penyelarasan pemeriksaan buku latihan/ujian dan cara pemarkahan PMR/SPM Folio Karangan

Januari 2011

4.

Febuari 2011

5.

Tingkatan 1-5

Penulisan karangan terbaik pelbagai format/aspek PertandinganDeklamasi Sajak, Syair, Bahas, Pidato, Pantun dan Forum Kuiz Peribahasa: -simpulan bahasa -perumpamaan -bidalan Ketua Panitia memastikan soalansoalan yang disediakan oleh guru adalah berkualiti dan menepati format. Ceramah oleh Munsyi Dewan: Kesalahan Umum Tatabahasa

Januari-Jun 2011

6.

Minggu Bahasa Melayu

Semua Pelajar SMKIS

Mac 2011

7.

Program Munsyi

Semua Pelajar SMKIS

April 2011

8.

Ujian Pengesanan 1

Semua Pelajar SMKIS

Mac 2011

9.

Peningkatan Profesionalisme 2:

Semua guru Bahasa Melayu SKMIS Guru-guru

Mei 2011

Bahasa Melayu daerah Jasin 10. Menyertai Pertandingan koakademik anjuran JPM Pelajar SMKIS Guru-guru terlibat perlu membimbing, melatih, mengurus dan mengiringi pelajar Ketika pertandingan. Guru-guru terlibat perlu menyediakan bahan dan melaksanakan P&P Post Mortem Ujian Pengesanan 1 Dilaksanakan oleh Guru B.Melayu kelas berkenaan. Januari 2011 hinggaOktober 2011

11.

Kelas Tambahan PMR dan SPM

Kelas PMR dan SPM

Sepanjang Tahun

12.

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali ke 2/2011 Pelaksanaan ULBS dan PLBS

Semua Guru Bahasa Melayu Tingkatan 1-5

April 2011

13.

Mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh LPM Mei 2011

14.

Peperiksaan Pertengahan Tahun/ Ujian Selaras

Tingkatan 1-5

Panitia memastikan semua bahan peperiksaan disediakan dengan lengkap. Disampaikan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMKIS : En.Sabar bin HJ.Mohd Disampaikan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMKIS: En.Khiruddin bin Keling Panitia memastikan semua bahan yang diperlukan disediakan dengan lengkap Guru-guru merekodkan bacaan murid pada setiap bulan

15.

Ceramah/Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan PMR

Tingkatan 3

Jun 2011

16.

Ceramah/Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM

Tingkatan 5

Julai 2011

17.

Ujian Pengesanan 3/ Ujian Selaras

Tingkatan 1-5

Julai 2011

18.

Program NILAM

Tingkatan 1-5

Jan 2011 hingga November 2011

Mengadakan aktiviti kemahiranberbahasa 19. Peperiksaan Percubaan PMR 2011 Tingkatan 3 Guru-guru berkenaan menyemak kertas dan menyediakan markah mengikut jadual Membuat post mortem terhadap pencapaian pelajar Post mortem Peperiksaan Percubaan PMR 2011 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Ting.1,2 dan 4 Guru-guru berkenaan menyemak kertas dan menyediakan markah mengikut jadual Membuat post mortem terhadap pencapaian pelajar September 2011

20.

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali ke 3/2011

Semua guru bahasa Melayu

September 2011

21.

Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Tingkatan 5

Oktober 2011

7. Format penulisan buku rekod mengajar adalah seperti berikut:

Tingkatan : Satu Masa : 80 minit Tajuk : Pantun Dua Kerat Genre : Puisi Melayu Tradisional Fokus Utama : 10.3 Menyatakan bentuk dan nada puisi Aras 1 (IV) Menyatakan jenis,ciri dan bentuk puisi Fokus Sampingan : 12.1 Menghasilkan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan bahasa yang tepat, indah dan menarik. Aras 1(III) Memilih diksi yang sesuai untuk membina baris pantun dua kerat. Objektif : Pada akhir pelajaran,murid dapat: i.Menyatakan empat ciri atau bentuk pantun dua kerat. ii. Menyatakan maksud pantun iii.Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga Kata Nama Am dan Kata Nama Khas daripada petikan tersebut. Aktiviti : i. Penerangan guru ii. Perbincangan dalam kumpulan iii. Pembentangan dapatan iv. Ulasan dan penilaian v. Pengukuhan Kemahiran Bahasa : Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata Nama Kosa Kata : Umum belanga, ikan, durian Pengisian Kurikulum : Ilmu moral Nilai : kerajinan, keberanian Tindakan : Semua guru
8. Penggunaan Buku Latihan

Jumlah buku latihan yang perlu digunakan untuk sesi persekolahan 2011 ialah sebanyak 5 buah. Buku-buku tersebut ialah ; a. Buku 1 : Aspek bahasa / Tatabahasa b. Buku 2 : Karangan Respon Terbuka c. Buku 3 : Karangan Bahan Rangsangan d. Buku 4 : Meringkaskan Karangan dan Pemahaman e. Buku 5 : Komsas Tindakan : Semua guru
9. Penetapan KPI Panitia Bahasa Melayu 2011 9.1 KPI Menengah Rendah

LATIHAN Karangan Respon Terbuka Bahan Ransangan Ringkasan Pemahaman Aspek Bahasa Komsas

JAN

FEB

MAC

APRIL

MEI

JUN

JUL

JUM

2 2 3 3 5 2

2 2 3 3 5 2

2 2 3 3 5 2

2 2 3 3 5 2

2 3 3 3 4 2

2 2 2 2 3 2

3 2 3 3 3 3

15 15 20 20 30 15

Rumusan KPI Menengah Rendah :

Karangan Respon Terbuka : 15 Bahan rangsangan : 15 Ringkasan Karangan : 20 Pemahaman : 20 Tatabahasa : 30 Komsas : 15 _______________________________________ JUMLAH LATIHAN : 115 _____________________________________
9.2 KPI Menengah Atas

Latihan Karangan Bhn. Ransangan Rumusan Pemahaman Aspek Bahasa Komsas

JAN 1 2 3 3 5 2

FEB 2 2 3 3 5 2

MAC 2 2 2 2 5 2

APRIL 2 2 4 4 5 2

MEI 2 2 4 4 4 2

JUN 1 2 2 2 3 2

JULAI 2 3 2 2 3 2

JUM 12 15 20 20 30 15

Rumusan KPI Menengah Atas : Karangan Respon Terbuka : 12 Karangan Bahan Rangsangan : 15 Rumusan : 20 Kefahaman : 20 Tatabahasa : 30 Komsas : 15 _____________________________________ JUMLAH LATIHAN : 112 _____________________________________ 9.1.1 Semua guru diharap dapat mencapai sasaran KPI sehingga hujung bulan Julai 2011, merangkumi seluruh sukatan pelajaran tahunan. 9.1.2 Bermula
bulan Ogos, guru-guru akan menjalankan latih tubi dengan menggunakan soalan-soalan

peperiksaan percubaan dari negeri-negeri lain.

9.1.3 Pn. Norul Akmar mencadangkan jumlah karangan pada bulan Mac, Mei dan Jun perlu dikurangkan kerana pada bulan tersebut ujian pengesanan sedang berlangsung dan terdapat cuti penggal. 9.1.4 Pengerusi menerangkan jadual pelaksanaan sasaran KPI tersebut hanyalah merupakan satu cadangan, tetapi guru-guru boleh menggunakan kebijaksanaan masing-masing bagi mencapai KPI tersebut mengikut kesesuaian kelas masing-masing.
10 Penggunaan Buku Kerja/Bahan Bantu Mengajar

Buku kerja dan bahan-bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum. Semua guru perlu memastiakan bahan-bahan tersebut disimpan semula di tempat yang telah disediakan dan mencatat buku rekod pinjaman bahan.
11. Program Nilam

Pengerusi mengingatkan semua guru supaya memberikan kerjasama kepada En. Hashim untuk menjayakan Program NILAM. Program ini bukan sahaja boleh dilaksanakan di sekolah tetapi pelajar-pelajar juga boleh membuatnya di rumah. Menurut pengerusi, guru-guru harus kreatif ketika menjalankan program NILAM di perpustakaan. Pelajar-pelajar bukan sahaja diarahkan membaca dan membuat catatan, sebaliknya mereka diberikan pelbagai gerak kerja atau aktiviti berbahasa seperti mencari makna kosa kata, menyenaraikan peribahasa dan sebagainya.
12. Guru Pembimbing Pertandingan Ko-Akademik Tahun 2011

Guru pembimbing telah ditetapkan untuk melatih dan mengiringi pelajar ketika menyertai Pertandingan Ko-Akademik Tahun 2011, seperti jadual di bawah: a. Pidato Hasil Dalam Negeri : Pn.Maimunah bte Jamil Cik Salbiah bte Ahmad b. Pidato BPR : En.Khairul Anuar bin Yahya c. Forum Remaja : En.Rosman bin Md.Kaus Pn.Zamrah bte Pai d. Pidato Piala Diraja : Pn.Suriani bte Mahyudin Cik Nafsiah bte Abd.Manap e. Bahas Ala Parlimen : En.Khiruddin bin Keling Cik Hadijah bte Sebah

f. Pertandingan Menulis : En.Wan Khairuazwan (Men.Atas) Cerpen/Esei/Sajak Pn.Zunairah (Men.Rendah) g. Sahibah : En.Yazid bin Abu Pn.Tay Siew Yong H. Puisi dan Lagu : En.Sabar bin Hj.Mohd En.Nasharuddin bin Nasib I. Ulasan Buku : Pn.Kalthom bin Abu Bakar Pengerusi berharap guru-guru menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan dan melatih serta membimbing pelajar-pelajar sepenuhnya agar mereka dapat membuat persembahan yang terbaik semasa pertandingan. Beliau percaya, sekiranya pelajar-pelajar kitaa mendapat bimbingan secukupnya, mereka mampu meraih kemenangan dan mengharumkan nama sekolah. Tindakan : Semua Guru Pembimbing
13. Hal-hal lain

a. Guru-guru perlu mematuhi jadual penghantaran buku latihan murid kepada pentadbir. b. Guru-guru perlu menanda buku-buku latihan secara bersistematik. Setiap pemeriksaan latihan perlu diberi markah supaya murid-murid dapat mengetahui tahap pencapaian mereka. c. Pn. Zamrah memohon kerjasama semua guru supaya dapat mewajibkan pelajar yang diajar menulis artike-artikel berupa cerpen, rencana, sajak dan lain-lain.l. Artikel tersebut perlu dihantar kepada Guru Bahasa Melayu mengikut kelas masing-masing dan guru perlu memilih artikel yang terbaik. Guru juga digalakkan untuk menyertainya. Artikel yang terpilih akan dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tindakan : Semua guru Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang. Disediakan oleh, (CIK NAFSIAH AB. MANAP) Setiausaha Panitia B. Melayu Disemak dan dan disahkan oleh, . ( SABAR BIN HJ.MOHD ) Ketua Panitia Bahasa Melayu,

You might also like