You are on page 1of 1

Baca petikan di bawah. Alat alat Permainan Tradisional Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa.

Terdapat kaum Melayu, Cina, dan India yang menghuni tanah bertuah ini. Walaupun memiliki kaum yang pelbagai, Malaysia masih mampu berdiri gah dengan keamanan dan kedamaian yang sejak dulu berjaya dicapai. Tiada sebarang pergolakan atau pertumpahan darah yang melibatkan perkuaman berlaku di Malaysia sehingga ke hari ini. Hal inilah yang menjadikan Malaysia kian dijulang tinggi oleh negara-negara luar. Mereka menjadikan Malaysia sebagai penanda aras tentang keamanan dan perpaduan. Di Malaysia, terdapat pelbagai permainan tradisonal mengikut kaum seperti rebana, gamelan, seruling, gendang, dan sebagainya bagi kaum Melayu. Untuk kaum Cina pula, terdapat alat muzik tradisonal guzheng, erhu, dan ruan yang lazimnya dimainkan ketika majlis atau menyambut perayaan. Bagi kaum India pula, alat muzik tradisional mereka ialah kanjiri, tabla, dan tempura. Alat muzik ini sangat popular dalam masyarakat India dan dimainkan dalam upacara kegamaan. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Keunikan sesuatu alat muzik itu terletak pada bahan, jenis alat, dan nilai estetika yang terdapat pada alat muzik tradisonal tersebut. Alat-alat ini akan dijual pada harga tertentu mengikut nilai seni yang terdapat pada sesuatu alat itu. Jika tinggi nilai kualiti dan nilai estetik yang terdapat pada alat muzik tersebut, maka semakin tinggilah nilainya.

You might also like