You are on page 1of 18

SEJARAH ASIA TIMUR ABAD KE-20 (HSE 3023)

TAJUK TUGASAN 2: SOALAN 2: JELASKAN PERKEMBANGAN DASAR IMPERIALISME JEPUN SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA NAMA PENSYARAH: PN. FAIRISA BT. OTHMAN DISEDIAKAN OLEH: NOR AKHMA BINTI MOHD SHAFIAI NOMBOR MATRIK:

D040374
NOMBOR KAD PENGENALAN: 660225-08-5548 SEMESTER: IJAZAH SARJANA MUDA-SEMESTER 2 SESI 2012/2013 A122PJJ

PENDAHULUAN

Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai keadaan semula jadi yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu dikenali sebagai suatu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat kepulauan.1 Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sifat kedewaan.2 Misalnya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun. Hal ini demikian kerana secara lagendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu sendiri. Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna Nihon (Nippon)3 dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu matahari terbit4 atau dalam bahasa Inggeris the sourse of the rising sun.5

Manakala secara geografinya, Jepun merupakan sebuah negara yang terletak sebahagian daripada Zon Asia Timur yang kedudukannya berdekatan dengan China, Korea, Taiwan dan Vietnam. 6 Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu). 7 Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi ( 145,834 batu persegi). 8 Kepulauan Jepun ini terdiri daripada empat pulau utama iaitu Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Honshu merupakan pulau terbesar mempunyai beberapa buah bandar-bandar terbesar di Jepun seperti Tokyo,
1

W. Scott Morton, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros). 2006. Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hal. 1. 2 Ibid. 3 Istilah Nihon telah diterima secara amnya sebagai nama untuk Jepun dan pertama kali digunakan oleh para cendiakawan Korean yang telah ramai datang ke Jepun semasa awal abad ke-7. Manakala penggunaan istilah Nippon secara meluas adalah semasa era pemerintahan Meiji (1868-1912) dan Taisho (1912-1926). Lihat, M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.. Hal. 1. 4 Ibid. 5 The Eccyclopedia Americana,Volume 15. Hal .694. 6 Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros). 2006. Jepun: Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hal. 2. 7 The Japan of Japan Today, The International Society for Education Information Incorporation . 1989.Tokyo. Hal .6 8 Ibid.

Osaka, Kyoto, Nagoya dan Yokohama, dan secara tidak langsung kebanyakan penduduk Jepun tinggal di pulau Honshu ini.9 Pulau Honshu mempunyai perkembangan perbandaran yang pesat berbanding pulau-pulau lain kerana pulau ini mempunyai satu per lima dataran lanar berbanding empat per lima daripada tanah yang lain di Jepun adalah diliputi oleh pergunungan. Misalnya, tiga dataran yang subur di Honshu adalah seperti Kanto di Teluk Tokyo, Kinai di Teluk Osaka dan Teluk Ise. 10 Oleh itu, keadaan tanah yang subur ini menyebabkan kawasan tersebut mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi berbanding kawasan-kawasan lain.

Kedudukan geografi Jepun yang terpisah dan terasing ini sememangnya memainkan peranan yang penting dalam membentuk Jepun menjadi sebuah negara yang bercirikan pemencilan, di samping menjadikan masyarakat Jepun sebagai sebuah masyarakat yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan sentiasa berhati-hati terhadap masyarakat luar.11 Hal ini demikian kerana hubungan antarabangsa Jepun dan perasaan kurang senang yang dihadapinya mengenai kedudukan mereka di mata dunia amat berkait rapat dengan pemencilan ini. Walau bagaimanapun, sifat pemencilan Jepun inilah yang telah mendorong mereka untuk berusaha membentuk tamadun dan budaya yang istimewa dan setanding dengan tamadun dunia yang lain. Misalnya, masalah jarak bukan lagi menjadi faktor penghalang kepada Jepun untuk muncul sebagai antara negara yang unggul dalam perdagangan global.12 Sehingga ke hari ini, Jepun merupakan antara negara dari benua Asia yang berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju dari Barat seperti Amerika Syarikat, England, dan Russia sama ada dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial.

Asia Tenggara telah menyaksikan berbagai kuasa besar yang bersaing dalam menguasai sesebuah negara lain. Dimana persaingan dalam menguasai koloni-koloni

memperlihatkan Jerman, Belanda, British, Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Jepun. Jepun adalah antara kuasa imperialisme di Asia yang banyak mempengaruhi dasar-dasar imperialis yang lainnya. Pada tahun 1868 apabila Maharaja Meiji memegang tampuk

pemerintahan, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran dan ekonomi gaya Barat. Pemodenan yang dilaksanakan oleh Meiji menjadikan Jepun lebih
9

M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Hal. 1. Ibid. Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros). 2006. Jepun: Sejarah Sebuah Negara. Hal. 4. 12 Ibid., hlm. 2.
10

dihormati di Barat. Zaman Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di Asia. Pemodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya di rantau Asia Timur. Seperti yang diketahui Jepun telah menjajah Filipina, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan China sebagai negara pertama yang ditakluki. 13 Tanah Melayu atau Malaya pula memperlihatkan kuasa Jepun dan British bersaing dengan hebat dan Perang Dunia Kedua menjadi klimaks dalam persaingan tersebut.

DEFINISI IMPERILISME

Imperialisme boleh ditakrifkan sebagai penguasaan secara langsung atau tidak langsung sebuah negara perindustrian atas wilayah penjajah atau negara lain. Secara bahasa kata imperialisme yang bersal dari kata Imperare yang artinya adalah usaha suatu Negara untuk menguasi Negara lain demi kepentingan ekonomi, politik dan budaya agar mencapai kemakmuran dan kesejahteraan bagi negaranya.Imperator yaitu sebutan untuk orang yang berkuasa atas suatu wilayah. sedangkan wilayah kekuasaan disebut dengan Imperium.14

Banyak takrifan imperialisme telah dikemukakan oleh para sarjana. Secara umum, imperialisme bererti fahaman atau kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau negara meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain.15 Kecenderungan itu boleh timbul disebabkan faktor ekonomi, politik, kebanggaan bangsa, tamadun, agama, kekuatan tentera atau persaingan dengan kuasa yang lain. 16 Hal ini bermaksud, dalam kegiatan imperialisme terdapat satu unsur penonjolan sifat keunggulan oleh sesuatu bangsa terhadap bangsa-bangsa lain.

Konsep imperialisme digunakan bagi merangkumi gerak perluasan masyarakat atau negara bangsa tertentu untuk membina empayar.17 Bentuk empayar itu boleh sahaja bersifat tanah jajahan rasmi ataupun memperoleh kedudukan istimewa dalam kegiatan pasaran, 18 penguasaan bahan-bahan yang terkawal dan peluang yang luas untuk mengaut keuntungan
13

Perang Dunia Kedua. Dimuat turun di http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-4.pdf pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm. 14 Pengertian Imperialisme dan Kolonialisme. Dimuat turun di http://fluh5ni.blogspot.com/2009/11/pengertianimperialisme-dan.html pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm. 15 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 285. 16 Ibid. 17 Ibid. 18 Ibid.

daripada penggunaan buruh. Oleh itu konsep imperialisme mempunyai hubungan ekonomi tidak seimbang antara negara.

J.A. Hobson menyatakan bahawa dasar imperialisme adalah untuk menjadi modal lebihan dalam negara mencari pelaburan yang menguntungkan dalam pasaran asing. 19 Keuntungan yang diperoleh oleh sebilangan kecil kapitalis kaya dalam pasaran rumah menyebabkan lebihan pemyimpanan yang kronik, kerana mereka mempunyai kecenderungan yang lebih rendah mengguna marginal daripada pekerja miskin dengan gaji yang berdasarkan kos hidup bukannya kecekapan buruh mereka.20 Lenin pula menyatakan pandangan Marxsis imperialisme sebagai "peringkat monopoli kapitalisme," peringkat tertinggi dan akhir kapitalisme sebelum revolusi sosial proletariat.21 Menurut Joseph Schumpeter imperialisme dianggap menjadi "pelupusan tanpa sasaran pada bahagian negeri untuk pengembangan secara paksa tanpa had."22

Secara umum imperialisme adalah tindakan suatu negara atau bangsa yang ingin menaklukkan bangsa lain dengan tujuan untuk menguasai daerah tersebut agar dapat menunjuk aspek kehidupan dari negara penakluk tersebut dalam sejarah imperialisme yang dilakukan oleh ngara-negara kuat dibedakan menjadi dua macam iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru. Imperialisme lama mendukung cita-cita internasionalisme kerana kuasa atau kerajaan yang mengembangkan kawalan dan pengaruhnya cuba mewujudkan satu persekutuan dan keperibadian yang sama bagi bangsa-bangsa atau negeri-negeri yang berjaya diletakkan di bawah keunggulannya. Cita-cita tersebut bermula dari nasionalisme atau kebanggaan rupa bangsa yang berkembang dalam kerajaan tersebut.23

Manakala

imperialisme

baru

tidak

berteraskan

cita-cita

nasionalisme

dan

internasionalisme, malah cita-cita nasionalisme menentang imperialisme. Serangan dan penindasan terhadap bangsa yang lemah di samping wujudnya persaingan antara empayar menjadi fenomena imperialisme baru. Selain itu, wujud peranan golongan berkepentingan ekonomi dan agama mendorong kerajaan mereka melakukan pencerobohan politik terhadap
19 20

J.A. Hobson. 2005. Imperialism: AStudy. New York: Casimo. Hal. 80-81. Ibid. Hal. 83-84. 21 Lenin V.I. 1939. Imperialism: The Highest Stage of Capitalism. New York: International Publisher. Hal. 88. 22 Schumpeter, Joseph. 1951. The Sociology of Imperialism, dalam Imperialism and Social Classes. New York: Meridian Books. Hal. 6. 23 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hal. 286.

bangsa atau kerajaan asing. Setelah terbentuk kawasan pengaruh empayar di luar negeri, maka wujud pula soal maruah politik yang perlu dipertahankan daripada ancaman luar dan dalam.
24

Faktor-faktor kepentingan dan persaingan itulah yang menjadi ciri utama

imperialisme baru.

PEMBANGUNAN IMPERIALISME JEPUN

Terdapat beberapa sebab untuk pembangunan imperialisme Jepun. Pertama adalah kebimbangan untuk keselamatan. 25 Jepun memerlukan keselamatan untuk mengiktiraf pemimpin kerajaan bagi mengukuhkan pertahanan Jepun terhadap Rusia dan kuasa-kuasa barat yang lain. Pencapaian teknologi yang maju dan keunggulan ketenteraan Barat menyebabkan Jepun mempunyai kebimbangan serangan dari negara-negara Barat seperti Rusia. Selain itu, China yang mempunyai ketenteraan dan ekonomi lemah turut membimbangkan Jepun sekiranya China akan runtuh di bawah penindasan kuasa-kuasa Barat, yang mana akan memberikan kesan negatif yang mendalam ke atas keselamatan Jepun. Yamagata Aritomo, bapa kepada tentera moden Jepun, menjelaskan bahawa Jepun memerlukan pengembangan lebih daripada sebab keselamatan daripada sebab penaklukan. Hal ini kerana Jepun bukan sahaja melindungi kedaulatan sendiri tetapi juga barisan kepentingan, yang bermakna bahawa Jepun bukan sahaja perlu memastikan keselamatan di tanah air, tetapi juga perlu untuk melanjutkan pengaruh dan kawalan ke benua untuk memastikan keselamatan, terutamanya benua Asia. Kawalan ke atas Korea itu elemen penting dalam melindungi Jepun terhadap negara-negara Barat kerana keakraban geografi kedua-dua negara dan Korea yang bersempadan dengan kedua-dua China dan Rusia.26

Sebab kedua bahawa Jepun memulakan imperialisme adalah aspirasi dari kuasa-kuasa Barat.27 Jepun telah memerhati dan belajar daripada persaingan sengit kuasa-kuasa Barat dan pengambilalihan imperialis. Dari pengalaman pahit itu, Jepun belajar bahawa imperialisme yang akan membantu mengeksploitasi lebih banyak sumber-sumber yang boleh memudahkan negara untuk membangun dengan lebih cepat. Jepun kemudian memohon apa yang dia

24 25

Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hal. 286-287. Lihat Why did Korea fall victim to Japanese imperialism? Dimuat turun dari http://www.ukessays.co.uk/essays/history/fall-of-korea-to-japanese-imperialism.php pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm. 26 Ibid. 27 Ibid.

belajar daripada kuasa-kuasa Barat ke Korea dalam format bahawa dia telah dirawat oleh kuasa-kuasa Barat.28

Sebab ketiga yang menimbulkan imperialisme Jepun adalah kepercayaan Jepun dalam peranan kepimpinan bagi negara-negara Asia. 29 Ramai pemimpin Jepun datang kepada kepercayaan bahawa Jepun mempunyai "takdir yang nyata" untuk membebaskan negaranegara Asia dari imperialis kuasa-kuasa Barat dan untuk membawa mereka kepada kekuatan kolektif dan kemakmuran. Beberapa kumpulan seperti Black Dragon Society serta beberapa penulis yang berpengaruh, menjadi semakin popular. Kumpulan-kumpulan ini dan penulis memegang pandangan bahawa Jepun perlu mengambil peranan kepimpinan di Asia untuk mengusir kuasa-kuasa asing. Pada tahun 1905, kemenangan Jepun ke atas Rusia dalam perang Rusia-Jepun menjadikan Jepun negara Asia pertama yang mengalahkan kuasa Barat.30 Status ini terus meransang kepercayaan Jepun dalam peranan untuk memimpin Asia dan cuba untuk meyakinkan negara-negara Asia yang lain bahawa hanya di bawah kepimpinan Jepun, mereka akan berpeluang untuk mengusir imperialisme Barat.

KESAN DASAR IMPERIALISME JEPUN

Pentadbiran Berkerajaan Sendiri Sepanjang pemerintahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1945, pihak Jepun telah melakukan banyak perubahan terhadap sistem politik dan pentadbiran di negara-negara Asia Tenggara. Salah satu kesan positif dalam aspek politik ialah pengenalan ke arah pentadbiran berkerajaan sendiri. Contohnya, pentadbiran yang berlaku di Myanmar semasa pendudukan Jepun. Pihak Jepun telah berjaya menyatukan hampir ke semua wilayah Myanmar dan meletakkannya di bawah satu pentadbiran pusat. Ekoran itu, kawasan pinggir tidak lagi tersisih dalam arus permodenan dan perkembangan politik seperti yang berlaku di Yangon dan Mandalay. Kesan positif ini sekaligus mendedahkan mereka terhadap konsep-konsep seperti kesamarataan, nasionalisme dan ideologi Marx yang boleh menggugat kedudukan golongan pemimpin tradisional seperti yang berlaku pada tahun 1945.31

28 29

Ibid. Ibid. 30 Ibid. 31 Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 243.

Kewujudan Gerakan dan Persatuan Perubahan positif yang dibawa oleh Jepun dalam aspek politik juga dapat dianalisis melalui kewujudan beberapa persatuan dan gerakan untuk mencapai kemajuan. Antaranya ialah penubuhan Gerakan Belia Shan di bawah pemerintahan Dr. Ba Nyan di Myanmar. Ahli-ahli persatuan ini telah diajar bahasa Jepun, Shan dan juga Burman. Ahli-ahli persatuan ini juga telah diajar berkawad serta didedahkan dengan pelbagai slogan yang kebanyakannya adalah pro-Jepun. Di samping itu, mereka juga turut diajar menyanyikan lagu-lagu kawad Jepun yang diubah seni katanya dalam bahasa tempatan.32 Pembelajaran pelbagai perkara baru ini telah berjaya menyatukan mereka dalam persatuan untuk memperkenalkan perubahan baru ke arah kemajuan.

Manakala di Indonesia pula, pada tahun 1943, sebuah pertubuhan iaitu Poestat Tenaga Rakyat (POETERA) di bawah pimpinan Soekarno telah ditubuhkan di bawah pengawasan pejabat Jepun. Pertubuhan ini bertujuan untuk menyuntik semangat kebangkitan rakyat Jawa agar berani berkorban, sekaligus memberi bantuan yang diperlukan dalam perang melawan sekutu. POETERA mempunyai pimpinan dari sistem pusat dan daerah yang masing-

masingnya dibahagikan antara jabatan seperti jabatan Susunan dan Pembangunan, Jabatan Usaha dan Budaya serta Jabatan Propaganda.33 Jepun juga mendirikan organisasi semi militer dengan nama Seinendan (Barisan Pemuda) bagi pemuda yang berumur antara 14 hingga 22 tahun. Usaha Jepun yang melibatkan pemimpin dan rakyat Indonesia adalah semata-mata untuk memperoleh sokongan dalam perang Asia Timur Raya. Justeru, usaha Jepun semasa era pendudukannya telah memberikan kesan positif terhadap Indonesia selepas pendudukan Jepun. Pertubuhan ini telah berjaya menyatukan mereka dalam usaha untuk mencapai kemajuan.

Penubuhan Jabatan Kerajaan Kesan positif pendudukan dan imperialisme Jepun ke atas Asia Tenggara juga dapat dibuktikan apabila wujudnya usaha mengemaskini pentadbiran dengan penubuhan pelbagai jabatan kerajaan. Penubuhan jabatan-jabatan tersebut adalah bertujuan memastikan segala urusan pentadbiran negara-negara di Asia Tenggara sistematik dan berjalan lancar. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Jepun di Asia Tenggara ialah telah membenarkan
32 33

Chao Tzang Yawnghewe. 1987. The Shan of Burma: Memoirs of A Shan Exile. Singapura: ISEAS. Hal 143. Marwati Djoened Poesponegoro et.al. Sejarah Nasional Indonesia VI. Jakarta: Penerbitan Balai Pustaka. Hal. 20

penubuhan sembilan buah jabatan seperti jabatan kewangan, jabatan pertanian, jabatan perhutanan dan jabatan perlombongan dalam negeri, jabatan perhubungan, jabatan buruh dan jabatan pengangkutan, jabatan kehakiman, jabatan kerja raya dan pembangunan semula jabatan kesihatan serta kerajaan tempatan.34 Situasi ini dapat dibuktikan menerusi kesannya di negara Myanmar yang merupakan salah satu negara yang pernah dijajah oleh Jepun. Kesemua jabatan yang ditubuhkan ini merupakan satu kesinambungan daripada sistem yang pernah dilaksanakan oleh British selama ini.

Seterusnya, semasa pendudukan Jepun juga, kuasa ini telah memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk bekerjasama dengan pihak tentera Jepun memerintah negara mereka. Manakala, golongan terpelajar pula telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sistem pentadbiran. Contohnya, di peringkat daerah dalam pentadbiran di Myanmar, orang tempatan khususnya bangsa Burman mengambil alih jawatan Timbalan Pesuruhjaya. 35 Impak positif pendudukan Jepun di Myanmar dalam aspek politik berterusan setelah ia mencapai kemerdekaan. Impak positif ini dapat dibuktikan apabila Myanmar diberikan satu perlembagaan baharu yang mirip dengan Perlembagaan Meiji. Hasilnya, Dr. Ba Maw dilantik sebagai ketua negara, Perdana Menteri dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Myanmar. 36 Pentadbiran Myanmar yang baharu ini juga telah memberi peluang kepada pemimpin tempatan berkuasa untuk memerintah secara bebas. Buktinya, Dr. Ba Maw menguasai hampir keseluruhan Myanmar kecuali beberapa kawasan strategik seperti Shan dan persisiran Tenasserim. Dari segi campur tangan Jepun pula, laporan perisikan British mendapati bahawa pegawai Jepun tidak lagi membuat lawatan mengejut ke daerah untuk menyemak surat-menyurat, fail jabatan, disiplin kakitangan ataupun mengarahkan pertukaran pegawai dengan sewenang-wenangnya.

Situasi yang sama juga turut berlaku di Indonesia apabila Jepun turut memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran. Hal ini demikian kerana, Jepun menghadapi masalah kekurangan kakitangan untuk mengendalikan pentadbiran. Masalah ini timbul kerana terdapat ramai orang Belanda telah dipecat jawatan semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya banyak kekosongan jawatan dalam pentadbiran. Justeru, ia telah
34 35

Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal. 244. Ibid. Hal. 244. 36 Ibid. Hal. 246.

membuka

peluang

kepada

golongan

terpelajar

dan

intelektual

Indonesia

untuk

mengendalikan pentadbiran di negara mereka. Antara jawatan yang dipegang oleh mereka ialah jawatan pentadbiran dan teknikal. Di samping itu, golongan belia dan pelajar juga terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan seperti Seinendan Gakutotai, Barisan Pelopor dan Angkatan Muda. Tindakan ini telah memberi keyakinan dan pengalaman kepada orang-orang Indonesia untuk mentadbir negara sendiri. Antara jawatan yang dipegang oleh mereka ialah Pegawai Daerah dan Kempetai yang juga dikenali sebagai Polis Rahsia Jepun.37

Manakala di Vietnam pula, Jepun turut memberi kesan positif terhadap corak politik masyarakat tempatan. Jepun telah membentuk satu pentadbiran tempatan yang diketuai oleh Tran Trong Kim selepas Ngo Dinh Diem enggan bekerjasama dengan pihak Jepun. Corak pentadbiran yang dibentuk Jepun ini telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah dalaman negara seperti rasuah, sistem cukai, kebuluran dan sebagainya. Jepun telah memberi peluang kepada penduduk tempatan di negara ini untuk mentadbir negara mereka sendiri. Hal ini telah memberi manfaat dan faedah yang besar kepada masyarakat tempatan.

Kebangkitan Semangat Nasionalisme Kesan positif imperialisme Jepun di Asia Tenggara dalam konteks politik juga dapat diperjelaskan melalui semangat nasionalisme 38 dalam kalangan penduduk tempatan di negara-negara Asia Tenggara. Misalnya, di Myanmar semangat nasionalisme timbul akibat pengaruh faktor-faktor pemangkin seperti dasar-dasar sosioekonomi penjajah seperti pendidikan, serta perkembangan sistem perhubungan yang memudahkan rakyat menerima pengaruh daripada luar seperti Eropah mahupun Asia.39

Situasi nasionalisme turut berlaku di negara-negara Asia Tenggara yang lain ekoran imperialisme Jepun ini. Contohnya, gerakan nasionalisme di Indonesia oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Sukarno dan Hatta. Mereka telah menjalankan dasar bekerjasama dengan Jepun manakala Sjahrir dan Sjarifoeddin telah membentuk dan mengasaskan gerakan

37

Joginder Singh Jessy. 1985. History of South-East Asia (1824-1965). Kedah: Penerbitan Darul Aman. Hal. 420. 38 Nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan rakyat kepada negara bangsa itu, tidak kiralah jika konsep negara itu hanyalah sebuah masyarakat politik yang diimiginasikan. Lihat. Benedict Anderson. 1987. Imagined Communities: Reflections on The Origins and Spread of Nationalism . London: Verso. Hal. 34. 39 Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal. 280.

10

pembaharuan dan nasionalisme bawah tanah. Setelah Jeneral Tojo melawat Jawa, beliau telah menjanjikan kemerdekaan dan usaha berkerajaan sendiri kepada pemimpin tempatan Indonesia. Hasilnya, pada akhir tahun 1943, Majlis Penasihat Pusat telah ditubuhkan dan diketuai oleh Sukarno dan juga Hatta. Penubuhan majlis ini akhirnya memacu penubuhan beberapa parti lain seperti PETA (Tentera Sukarela Pembela Tanah Air), ANGKATAN MUDA, MASJUMI (Majlis Sijuro Muslim di Indonesia), LASIKAN RAKYAT dan juga P.K.I iaitu Parti Komunis Indonesia.40 Kemunculan parti-parti ini akhirnya membawa kepada kemerdekaan Indonesia pada tanggal 20 Ogos 1945.

Selain itu, kebangkitan semangat nasionalisme ini juga dapat dibuktikan di Filipina hasil daripada kesan positif imperialisme Jepun di Asia Tenggara. Secara amnya, Jepun menyerang negara itu pada 8 Disember 1941 dan ini telah mendorong Amerika Syarikat mengisytiharkan Manila sebagai open city bagi mengelakkan kemusnahan dan menyelamatkan populasi masyarakat tempatan. 41 Jepun diterima baik oleh kebanyakan pemimpin Filipina atas sebab-sebab tertentu. Antaranya kerana kepercayaan pada slogan Asia Untuk Asia dan juga Rancangan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Akhirnya, wujud beberapa usaha dan parti tempatan yang menggerakkan nasionalisme Filipina. Antara persatuan atau parti yang ditubuhkan ialah Persatuan Untuk Berkhidmat Kepada Filipina Baru atau Kalibapi, Persatuan Bantuan Wanita, Institusi Kepimpinan Kalibapi, Kalibapi Belian dan Institusi Kalibapi.

Bahasa Imperialisme Jepun di Asia Tenggara ini turut memberikan kesan yang positif pada perkembangan bahasa di Asia Tenggara. Hal ini dapat dilihat di Indonesia apabila Jepun telah mengiktiraf dan mempertingkat taraf bahasa Indonesia untuk menyingkirkan pengaruh Belanda. Usaha ini dilakukan dengan mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dan Belanda. Penggunaan bahasa Jepun turut digalakkan supaya rakyat Indonesia dapat mempelajari bahasa Jepun bagi memudahkan mereka menjawat jawatan awam dan hal-hal pentadbiran. Walaupun pihak Jepun menggalakkan rakyat Indonesia untuk mempelajari bahasa Jepun, namun bahasa Indonesia tetap menjadi bahasa kebangsaan yang menjadi identiti dalam kalangan rakyat Indonesia. Hal inilah yang menjadi pemangkin kepada
40

Joginder Singh Jessy. 1985. History of South-East Asia (1824-1965). Hal. 432. 41 Ibid. Hal. 430.

11

semangat nasionalisme rakyat tempatan diamalkan oleh mereka.

dan menghapuskan sifat-sifat kedaerahan yang

Selain itu,

pengekalan bahasa tempatan juga dapat dilihat di Burma dengan

penubuhan Gerakan Belia Shan di bawah pemerintahan seorang Shan bernama Dr. Ba Nyan. Melalui penubuhan gerakan ini, bahasa tempatan tidak dipinggirkan walaupun penyerapan bahasa asing seperti bahasa Jepun giat berlaku. Buktinya, seperti usaha menterjemahkan serta mengubah lirik lagu Jepun ke dalam bahasa tempatan. Kesannya, identiti kebangsaan masih lagi terpelihara walaupun adanya pengaruh bahasa Jepun dalam kehidupan mereka.

Pendidikan Pendidikan juga merupakan salah satu aspek yang menerima kesan positif rentetan daripada imperialisme Jepun di Asia Tenggara. Sistem pendidikan penjajah kerap mendapat kritikan daripada nasionalis tempatan kerana sifat elitisnya 42 . Contohnya dapat dikenalpasti di Myanmar iaitu pada zaman penjajahan British, hanya dua peratus sahaja penduduk mendapat pendidikan.43 Situasi ini berlaku kerana pihak British hanya memberikan pendidikan kepada golongan atasan dengan meminggirkan golongan bawahan. Hal ini amat berbeza dengan era pendudukan dan imperialisme Jepun di Asia Tenggara khususnya Myanmar. Ahli-ahli Persatuan Myanmar-Jepun yang ditubuhkan pada bulan April 1939 seperti Dr.Thein Maung dan U Ba Yin menerima Jepun sebagai contoh untuk semua aspek kehidupan dan pembangunan, malah mereka mahukan bantuan Jepun sekiranya usaha itu boleh memperbaiki kedudukan ekonomi penduduk peribumi yang ditindas oleh orang Cina, India dan juga Eropah.44

Pendidikan sememangnya menerima impak positif apabila ahli-ahli persatuan ini beminat menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di Jepun dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut merangkumi bidang tekstil, bidang kejuruteraan, kimia, getah, perdagangan dan percetakan. Selain itu, penjajahan dasar yang dilakukan Jepun dalam bidang pendidikan juga telah menanamkan semangat dalam diri pelajar tentang konsep Negara Asia Baharu. Kewujudan konsep Negara Asia Baharu ini dapat dilihat menerusi
42

Elitis dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada bukan golongan elit ataupun dengan kata lain sistem pendidikan Jepun diberi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira status. Lihat Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 332. 43 Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal 237. 44 Ibid. Hal 237.

12

penubuhan persatuan pakaian beruniform seperti persatuan pembantu polis, payung terjun dan tentera Negara.45 Melalui persatuan ini, belia telah didedahkan dengan kemahiran dan teknik dalam peperangan. Tumpuan lebih diberikan kepada golongan belia dengan menawarkan pangkat yang dikhaskan untuk golongan yang berpendidikan. Hal ini bertujuan mempengaruhi serta menjadikan belia sebagai golongan yang setia menurut perintah terhadap pihak pemerintah.

Jepun turut memberikan pendidikan kepada penduduk tempatan di negara yang diduduki. Penyediaan perkhidmatan pendidikan ini bertujuan mendapatkan sokongan daripada rakyat tempatan. Hal ini ternyata berbeza semasa penjajahan British kerana aspek pendidikan pada ketika itu tidak dititikberatkan kerana ingin mengelak golongan terpelajar menentang mereka. Situasi ini juga dapat dilihat di Vietnam apabila aspek pendidikan turut menerima kesan positif hasil pendudukan dan imperialisme Jepun. Bagi menghadapi ancaman baru, pihak pemerintah telah melancarkan dasar-dasar seperti menggalakkan pekembangan sukan dan pendidikan. Hasilnya, jumlah pelajar di sekolah telah meningkat daripada 45 000 pada tahun 1939 kepada 700 000 pada tahun 1944.

Kesan positif dalam bidang pendidikan juga dapat ditonjolkan di Indonesia. Seperti yang diketahui, kuasa Barat telah mendominasi kekuasaan di Indonesia sebelum pendudukan Jepun. Oleh yang demikian, Jepun sememangnya bercita-cita untuk menghapuskan pengaruh kekuasaan Barat yang telah menguasai Indonesia. Penggunaan bahasa asing dalam aspek pendidikan dan komunikasi telah disekat penggunaannya oleh pihak Jepun dalam kalangan pelajar. Propaganda yang disebarkan oleh pihak Jepun bertujuan meyakinkan masyarakat Indonesia bahawa Indonesia dan Jepun merupakan saudara seperjuangan dalam peperangan dan mempunyai pengaruh yang kuat di Asia Tenggara. Hasilnya, propaganda ini telah berjaya mempengaruhi pemikiran masyarakat Indonesia untuk menerima kekuasaan Jepun. Jepun juga berjaya menghapuskan elemen diskriminasi yang berleluasa dalam bidang pendidikan. Dasar lima tahun yang dijalankan di sekolah telah membawa kepada penyeragaman dalam sistem pendidikan khususnya dalam memudahkan pengawasan dan penyelenggaraan pentadbiran sekolah-sekolah.

Ketenteraan
45

Persatuan-persatuan yang ditubuhkan di sekolah ini menjadi asas kepada penglibatan belia dalam perkhidmatan tentera. Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal. 170-171.

13

Kesan positif pendudukan Jepun di Asia Tenggara juga dapat dikenal pasti dalam ketenteraan. Pada peringkat awal, rakyat tempatan di Asia Tenggara telah dikerah oleh Jepun dalam aspek pertahanan ini. Sebenarnya, tujuan Jepun berbuat demikian bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa mereka di tanah jajahan Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, tindakan Jepun itu telah memberi faedah secara tidak langsung kepada rakyat tempatan kerana mereka mula bangkit menentang penjajah menggunakan asas pertahanan ketenteraan ini.

Pemberian latihan ketenteraan oleh Jepun kepada rakyat tempatan yang berminat menyertai bidang ketenteraan telah mencetuskan semangat nasionalisme dalam kalangan para nasionalis. Contohnya di Myanmar, Minami Kikan46 telah melatih Komrad 3047 dan B.I.A (Burma Independent Army). Sebelum peperangan meletus di Asia, Jepun telah melatih dan cmembantu menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma (B.I.A) di bawah pimpinan Aung San dan Ne Win. Ia ditubuhkan pada 27 Disember 1941 di Bangkok yang merupakan satu kumpulan belia Myanmar yang mendapat latihan ketenteraan daripada Jepun. 48 Jepun juga telah berjaya mempengaruhi B.I.A untuk membantu tenteranya menewaskan tentera British. Walaupun pasukan B.I.A mengandungi ahli seramai 30 ribu orang namun mereka tidak memiliki kekuatan yang kukuh. Hal ini kerana mereka kurang berdisiplin. Oleh itu, pada Julai 1942 pasukan ini telah ditukar kpd Tentera Pertahanan Burma dan akhirnya, Tentera Kebangsaan Burma pada 16 September 1943. Latihan ketenteraan yang diberi oleh Jepun telah menambahkan lagi semangat perjuangan orang-orang Burma. Apabila Jepun menunjukkan tanda-tanda kekalahan dengan tentera Berikat, Tentera Kebangsan Burma telah berpaling tadah dengan memberi bantuan kepada British untuk menewaskan Jepun. Pengalaman ini digunapakai untuk memperoleh kemerdekaan.

Situasi yang sama juga berlaku di Indonesia. Organisasi semi-tentera telah ditubuhkan untuk menyelamatkan empayar Jepun yang bersifat tentera penuh. Organisasi semi-tentera yang dimaksudkan tersebut adalah dikenali sebagai Korps Pemuda (Seinendan) dan Korps Kewaspadaan (Keibodan) yang dianggotai oleh pemuda Indonesia. Kedua-dua organisasi ini

46

Minami Kikan merupakan satu organisasi selatan yang bertanggungjawab melatih belia-belia Myanmar dan kemudiannya menubuhkan satu angkatan tentera yang dinamakan BIA iaitu tentera Pembebasan Burma pada bulan Disember 1941 di Bangkok. Lihat Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal 221. 47 Komrad 30 merupakan satu kumpulan belia Myanmar yang mendapat latihan ketenteraan daripada pegawai Jepun sejak awal tahun 1941 di Hainan, Taiwan dan Jepun. Lihat Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal 221. 48 Won. Z. Yoon. 1973. Japans Scheme for the Liberation of Burma: The Role of the Minami and the Thirty Comrades. New York: Ohio University. Hal. 44-46.

14

seperti telah ditubuhkan pada 29 April 1943. 49 Perbezaan di antara kedua-dua organisasi tersebut adalah dari segi fungsi dan umur ahli yang menyertainya. Korps Pemuda (Seinendan) ialah organisasi semi-tentera yang diberi latihan tanpa senjata dan berperanan sebagai tulang belakang untuk menyokong tentera Jepun. Ahli yang terlibat dalam organisasi ini pula adalah berumur di antara 14 hingga 25 tahun. Organisasi ini mempunyai beberapa cawangan di kampung-kampung besar tetapi lebih bergiat aktif apabila berada di kawasan kota. Manakala Korps Kewaspadaan (Keibodan) pula dijadikan sebagai pembantu polis yang berperanan mengawal ketenteraman dalam negara. Selain peranan dalam mengawal ketenteraman awam, organisasi ini juga bertanggungjawab dalam hal-hal lain seperti kebakaran dan bantuan dalam serangan udara. Kebanyakan pemuda dalam organisasi ini berumur di antara 25 hingga 35 tahun.

Pada pertengahan 1943, Heino (Pasukan Pembantu) telah dibentuk sebagai sebahagian daripada tentera darat dan laut Jepun. Seramai 25 ribu pemuda Indonesia telah menyertai pertubuhan ini. 50 Dalam pertubuhan ini juga, mereka yang menyertainya akan diberikan latihan asas ketenteraan yang sama dengan askar Jepun. Latihan dan pengalaman ini digunakan sebaiknya oleh mereka untuk mengusir penjajah dan tidak terkecuali Jepun pada akhirnya. Sementara, Pembela Tanah Air (PETA) ditubuhkan di Jawa pada 1944 yang bertujuan menentang serangan tentera Berikat.51 Oleh itu, kesan latihan ketenteraan daripada Jepun ini juga dapat memberi semangat kepada golongan muda rakyat Indonesia yang mempercayai bahawa mereka boleh menjadi tentera yang kuat dan berdisplin untuk mengalahkan penjajah dari Barat.

Perubahan Struktur Sosial Semasa imperialisme Jepun berlaku di Asia Tenggara, terdapat juga perubahan struktur sosial yang berlaku sebagai impak positif. Sejarah mencatatkan bahawa Jepun telah melaksanakan kerahan tenaga yang dikenali sebagai sistem tanaman paksa. Kesan daripada kerahan tenaga buruh ini menyebabkan berlakunya perubahan dalam struktur sosial di Indonesia. Hal ini telah menyebabkan berlakunya penghijrahan masyarakat daripada kampung ke bandar. Buktinya dapat akan diambil sebagai buruh paksa. Situasi ini berlaku ekoran daripada

kekejaman pihak Jepun mula bertindak zalim. Namun demikan, terdapat juga sesetengah
49

H.C.Ricklefs Terjemahan Dharmono Hardjowidjono. 1991. Sejarah Indonesia Moden. Yogjakarta: Gadjah Mada University Press. Hal. 305. 50 Ibid. Hal. 305. 51 Mary Somers Heidhues. 2000. Southeast Asia: A Concise History. London: Thames & Hudson. Hal.135.

15

golongan yang masih menetap di kampung seperti golongan wanita, kanak-kanak dan golongan kurang upaya.

Namun, setelah berakhirnya pemerintahan Jepun di Indonesia, golongan buruh ini telah kembali semula ke kampung dengan pengalaman yang begitu banyak sehingga menyebabkan perubahan isolasi. Institusi desa juga mengalami perubahan menerusi pembentukan tonarigumi (rukun tetangga). Matlamat pembentukannya adalah untuk meningkatkan pengeluaran hasil bumi dan pembangunan negara. Penyertaan pemuda desa dalam organisasi seperti Seinendan dan Keibodan serta menjadi parajurit Peta atau Heiho, yang menyebabkan mereka keluar kota, mendedahkan pandangan baru kepada mereka tentang dunia luar. Disamping menjawat status yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Kesimpulan Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Asia Tenggara telah banyak memberikan kesan terhadap penduduk tempatan sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Jepun datang ke Asia Tenggara untuk kepentingan peribadi mereka sendiri di Asia Tenggara. Pada dasarnya, Jepun telah memperkenalkan pelbagai idea, gagasan dan infrastruktur untuk mencapai matlamat mereka. Namun, lama-kelamaan ia menjadi asas kepada penduduk tempatan di Asia Tenggara dalam membangkitkan semangat dan kesedaran mereka. Pendudukan dan proses imperialisme ini telah menyedarkan semua penduduk di Asia Tenggara terutamanya golongan nasionalis untuk menentang penjajahan bagi memerintah sendiri negara masingmasing tanpa bantuan dan campur tangan pihak luar sekaligus mencapai kemerdekaan. Oleh itu, imperialisme Jepun di Asia Tenggara telah memberikan impak positif terhadap penduduk tempatan di Asia Tenggara terutamanya dalam gerakan nasionalisme.

16

BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Benedict Anderson. 1987. Imagined Communities: Reflections on The Origins and Spread of Nationalism. London: Verso. Chao Tzang Yawnghewe. 1987. The Shan of Burma: Memoirs of A Shan Exile. Singapura: ISEAS. Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros). 2006. Jepun: Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. H.C.Ricklefs Terjemahan Dharmono Hardjowidjono. 1991. Sejarah Indonesia Moden. Yogjakarta: Gadjah Mada University Press. J.A. Hobson. 2005. Imperialism: AStudy. New York: Casimo.

Joginder Singh Jessy. 1985. History of South-East Asia (1824-1965). Kedah: Penerbitan Darul Aman. Lenin V.I. 1939. Imperialism: The Highest Stage of Capitalism. New York: International Publisher. M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd..

Marwati Djoened Poesponegoro et.al. Sejarah Nasional Indonesia VI. Jakarta: Penerbitan Balai Pustaka. Mary Somers Heidhues. 2000. Southeast Asia: A Concise History. London: Thames & Hudson. Schumpeter, Joseph. 1951. The Sociology of Imperialism, dalam Imperialism and Social Classes. New York: Meridian Books. W. Scott Morton, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros). 2006. Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

17

Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Won. Z. Yoon. 1973. Japans Scheme for the Liberation of Burma: The Role of the Minami and the Thirty Comrades. New York: Ohio University. Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

The Japan of Japan Today, The International Society for Education Information Incorporation. 1989.Tokyo. Perang Dunia Kedua. Dimuat turun di http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-4.pdf pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm. Pengertian Imperialisme dan Kolonialisme. Dimuat turun di http://fluh5ni.blogspot.com/2009/11/pengertian-imperialisme-dan.html pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm. Why did Korea fall victim to Japanese imperialism? Dimuat turun dari http://www.ukessays.co.uk/essays/history/fall-of-korea-to-japanese-imperialism.php pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm.

18

You might also like