You are on page 1of 1

MEMO Tarikh: 11 Mei 2010 Semua Sekolah Zon PKG Setiu.

Tuan, PENGISIAN MAKLUMAT ASAS PERALATAN ICT SEKOLAH TERKINI. Sukacita merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan terdapat kekurangan maklumat di dalam pungutan data SPPICTS terutamanya adalah Bilangan Peralatan ICT yang sebenarnya terdapat di sekolah. SPPICTS hanya merangkumi peralatan ICT di Makmal Komputer dan juga Pusat Akses Sekolah sahaja sedangkan masih banyak peralatan ICT disekolah yang tidak tersenarai. Kekurangan dan ketidak tepatan data ini menyukarkan pihak BTP,KPM untuk melakukan penyenggaraan terhadap peralatan ICT ini. 3. Sehubungan itu dipohon kerjasama daripada Guru ICT/Guru Penyelaras Bestari/Makmal sekolah tuan supaya melengkapkan maklumat yang dilampirkan ini dan mengembalikannya dalam bentuk Softcopy kepada PKG sekolah ahli selewat-lewatnya pada 16 Mei 2011 (Isnin ). PKG LANGKAP : pkg_langkap_trg@moe.edu.my PKG PERMAISURI : pkg_permaisuri@moe.edu.my 4. Segala kesulitan amat dikesali. Kami pohon agar kutipan data ini dapat disempurnakan pada tarikh yang berkenaan. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG" KETUA PEGAWAI PKG DAERAH SETIU.

You might also like