You are on page 1of 1

_______________________________________________________________________________

Ruj: XBA4122/600-5/07
Tarikh: 6 Oktober 2017
Kepada,
Semua Ibu Bapa/Penjaga
Murid Tahun 6 SK Tombovo.

Tuan,

SURAT EDARAN KEBENARAN MEMBAWA KOMPUTER MUDAH ALIH UNTUK


PENGAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI TAHUN 6

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah membenarkan anak encik/puan untuk


membawa komputer mudah alih ke sekolah untuk digunakan dalam pengajaran &
pembelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi pada ketetapan berikut:-

HARI PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN TEKNOLOGI
KELAS MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Tahun 6 Adil Rabu
Tahun 6 Arif Khamis
Tahun 6 Amanah Rabu

3. Makluman ini ditujukan khas kepada murid yang mempunyai komputer mudah alih
sahaja. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan komputer
mudah alih anak encik/puan.

4 Oleh itu, murid digalakkan menyerahkan komputer pada hari tersebut kepada Cikgu
Haikal Arif Bin Kasin bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Haikal Arif Bin Kasin selaku
Guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
(EN.NILIUS DAUD BAKTIAN)
Guru Besar,
SK Tombovo,

You might also like