You are on page 1of 8

AHLI KUMP.

3 Celvineshter Johnny Neena Esther Kalon Hezianna Juan Lymie Micheol

oKehendak manusia yang tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad mewujudkan masalah asas ekonomi. oTerdapat 3 masalah asas ekonomi iaitu:

a) Apa dan berapa hendak dikeluarkan b) Bagaimana hendak dikeluarkan c) Untuk siapa dikeluarkan

Masalah apa yang hendak dikeluarkan merujuk jenis barang yang hendak dikeluarkan dalam

ekonomi.Oleh sebab faktor pengeluaran dalam ekonomi adalah terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad,manusia terpaksa menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan dan jenis barang yang terpaksa dilepaskan.

Jenis barang yang dikeluarkan akan menentukan corak peruntukan sumber dalam ekonomi bagi memastikan barang yang dikeluarkan dapat memaksimumkan kepuasan pengguna Masalah berapa yang hendak dikeluarkan merujuk kuantiti barang yang hendak dikeluarkan dalam ekonomi,semakin kurang barang lain yang dapat dikeluarkan disebabkan masalah kekurangan faktor pengeluaran dalam ekonomi.

Masalah bagaimana hendak dikeluarkan merujuk teknik atau kaedah pengeluaran sesuatu barang.Terdapat 2 teknik pengeluaran yang biasanya digunakan oleh sebuah ekonomi,iaitu teknik berintensifkan buruh atau teknik berintensifkan modal.

Sebuah ekonomi harus bijak menggabungkan sumber ekonomi yang ada untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran supaya tidak berlaku pembaziran. Oleh itu,sebuah ekonomi akan memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran bagi memastikan keuntungan maksimum diperoleh.

Masalah untuk siapa dikeluarkan merujuk pengagihan barang dan perkhidmatan kepada pelbagai golongan masyarakat dalam ekonomi.Biasanya,penentuan untuk siapa sesuatu barang atau perkhidmatan dikeluarkan bergantung

pada corak agihan pendapatan dalam ekonomi berkenaan.


Golongan berpendapatan tinggi berupaya mendapat lebih banyak barangan atau perkhidmatan berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.

You might also like