You are on page 1of 1

1. Mengapakah masalah asas ekonomi berlaku?

( 1 markah )
Masalah asas ekonomi berlaku kerana sumber ekonomi yang terhad
Berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad.

2. Huraikan tiga masalah asas ekonomi ( 9 markah

Terdapat tiga masalah asas ekonomi iaitu apa dan berapa barangan hendak dikeluarkan,

Bagaimana barangan hendak dikeluarkan dan untuk siapa barangan dikeluarkan.

a) Apa dan berapa barangan hendak dikeluarkan

Apa yang hendak dikeluarkan merujuk kepada jenis barang yang

hendak dikeluarkan.

Apa yang dikeluarkan akan menentukan corak peruntukan sumber dalam ekonomi

Berapa yang hendak dikeluarkan merujuk kepada kuantiti barang yang dikeluarkan

eko.

b) Bagaimana barangan hendak dikeluarkan

Merujuk kpd teknik atau kaedah pengeluaran barang iaitu berintensif buruh atau

Berintesif modal

Eko akan memilih teknik pengeluaran yanf dapat meminimumkan kos pengeluaran bagi

Memaksimumkan keuntungan

c) Untuk Siapa dikeluarkan


Merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan kepada pelbagai golongan
masyarakat dalam ekonomi
Bergantung kepada corak agihan pendapatab dalam ekonomi
Golongan berpendapatan tinggi berupaya mendapatkan lebih banyak barang atau
Perkhidmatan berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.

You might also like