You are on page 1of 11

BAHAGIAN A [ 50 markah ]

Jawab semua soalan

1. Jelaskan dua faktor pengeluaran [4]

2. Huraikan tahap perniagaan primer, sekunder dan tertiar [6]

3. Jelaskan jenis susun atur yang sesuai;


a) Pembinaan jambatan [2]
b) Pengeluaran minuman segera [2]

4. Huraikan pendekatan kawalan kualiti yang boleh digunakan oleh


sebuah syarikat pengeluaran makanan segera [6]

5. Jelaskan tiga langkah pertama proses pembelian produk baharu [6]

6. Jelaskan dua pengantara dalam saluran agihan [4]

7. Huraikan tiga sumber dana jangka pendek [6]

8. Jelaskan dua jenis risiko [4]

9. Jelaskan tiga kaedah menentukan keperluan sumber manusia [6]

10. Senaraikan empat faedah kewangan dan bukan kewangan yang


boleh diberikan oleh majikan kepada pekerja [4]

BAHAGIAN B [ 50 markah ]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.


GINTELL
11. GINTELL telah ditubuhkan pada 1996, adalah pengeluar yang terkemuka
dalam pasaran produk penjagaan kesihatan di Malaysia. GINTELL mempunyai
lebih daripada 100 cawangan di seluruh negara dan dianugerahkan 'Rangkaian
Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar' oleh Malaysia Book of Records. GINTELL
telah mengukuhkan penjenamaan di pasaran selama 20 tahun dengan prinsip
utamanya yang menggalakkan kesihatan, kasih sayang serta kehidupan.
GINTELL berusaha untuk membina kehidupan rakyat Malaysia yang lebih sihat
melalui empat kategori produk penjagaan kesihatan iaitu Relaxation,
Reflexology, Beauty and Slimming dan Fitness. Kategori produk yang paling
popular ialah Relaxation yang menawarkan pelbagai rangkaian sofa dan kerusi
urutan.
Pemasaran rangkaian sofa urutan GINTELL De'Vano S, GINTELL
memperkenalkan duta terbarunya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda
Jebat. Pemilihan artis berkenaan adalah inisiatif dan langkah strategik GINTELL
untuk mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. Ayda yang
memegang watak utama drama 'M.A.I.D' dan drama baharu 'Awak Sangat
Nakal', memaklumkan moto 'Health Love Life' memang serasi dengan dirinya
yang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang keluarganya dan dirinya.
Bagi Ayda, kesihatan adalah penting untuk menikmati rasa cinta yang indah
dan bermakna dalam kehidupan. Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta juga
dilihat mampu membantu memperkenalkan rangkaian sofa urutan GINTELL
De'Vano S yang lebih bercita rasa muda.
Menurut Ayda, kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi menuntut
masa yang tidak menentu, ini memberinya tekanan dan kadang kala
menjejaskan kesihatan. Bagaimanapun, dengan adanya sofa urutan GINTELL
De'Vano S di rumah, Ayda dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja
pada bila-bila masa sahaja. Beliau kagum dengan lanjutan Trek V yang
berukuran 105cm panjang dalam reka bentuk sofa itu yang dapat melegakan
kesakitan dan tekanan melalui urutan yang selesa pada bahagian leher dan
pelvic. Dengan meluangkan sedikit masa setiap hari bersama GINTELL De'Vano
S, Ayda dapat menenangkan diri dan berehat dengan sepenuhnya. Ayda juga
yakin ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini yang terdapat pada GINTELL
De'Vano S dapat membentuk dan membetulkan pinggul dan paha, agar terus
tampil anggun dan segar. Beliau turut memuji rupa bentuk sofa urutan ini yang
bergaya moden dan ergonomik serta diperkemaskan dengan fabrik yang
berwarna ceria dan cerah. Sofa urutan itu mempunyai 4 sistem kawalan
mudah dan mesra pengguna. GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa yang ringan
dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan sempurna untuk kediaman
dan juga pejabat kerana sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja.
Sebagai duta terbaru GINTELL, Ayda membuat penampilan khas di AEON
Mall Bandaraya Melaka, untuk sesi temu salam dengan peminat dan pelanggan
GINTELL semasa Program SIHAT bersama GINTELL 2017. Pada hari berkenaan,
Ayda berpeluang untuk membuat persembahan nyanyian dan beramah mesra
dengan orang ramai, sekali gus mengeratkan lagi hubungan dengan peminat
dan pelanggan GINTELL. Bagi pelanggan yang hadir pada hari berkenaan juga,
GINTELL menawarkan kombo pakej terhebat bagi kedua-dua GINTELL De'Vano
S dan mesin urut kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3,988. GINTELL turut
membuka kiosk yang dikendalikan oleh pakar kesihatan agar pelanggan dapat
menjalankan pemeriksaan sendi-sendi dan urat di badan mereka dan
mendapat khidmat nasihat tentang produk yang paling sesuai untuk mereka.

(Disesuaikan daripada http://galaksi-media.com.my yang dicapai pada 25


Januari 2021)

Berdasarkan kes pada petikan GINTELL,


(a) terangkan campuran promosi yang dilaksanakan oleh GINTELL dan, [ 18 ]
(b) jelaskan atribut produk GINTELL De'Vano S. yang dikeluarkan oleh GINTELL.
[12]

Jawab satu soalan sahaja

12. Huraikan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran [ 20 ]

13. “Kekosongan jawatan terbanyak ialah dalam bidang pemasaran, teknikal


dan
hospitaliti”. Terangkan proses pengambilan sumber manusia bagi mengisi
jawatan kosong tersebut. [ 20 ]
SKEMA CADANGAN

1. Dua faktor pengeluaran ialah;


a) Bahan mentah – sumber semulajadi
b) Teknologi – peralatan/kaedah – jimat kos, cepat, banyak berkualiti
c) Keusahawanan – orang yang bentuk perniagaan dan gabung FP,
risiko, kreatif
d) Modal – mesin/pelaburan, wang – pulangan
e) Modal insan – keupayaan tenaga fizikal dan mental, tenaga kerja –
mahir/xmahir
( F=1, H=1, 2X2=4M)
2. Tahap perniagaan primer, sekunder dan tertiar
a) Primer
 Pengeluaran sumber semula jadi/bahan mentah dari alam semula
jadi
 Contoh aktiviti pembalakan
b) Sekunder
 Aktiviti pembinaan/pemprosesan bahan mentah yang didapatii
daripada sumber primer
 Contoh aktiviti pengeluaran persbot daripada kayu getah
c) Tertier
 Perniagaan berbentuk perkhidmatan
 Contoh doctor
( H=1, C=1, 2 X3= 6M)

3. Jenis susun atur yang sesuai untuk


a) Jambatan
 Susun atur secara tetap
 Proses pengeluaran kekal di satu lokasi di mana semua input
pengeluaran seperti bahan mentah/tenaga kerja/mesin/peralatan
dibawa ke lokasi tersebut
b) Pengeluaran minuman segera
 Susun atur produk
 Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan
mentah, peralatan disusun khusus mengikut urutan penghasilan
sesuatu produk
( F=1, H=1, 2X2=4 )

4. Pendekatan kawalan kualiti yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat


pengeluaran makanan segera
a) Kawalan input
 Kawalan awalan
 Kawalan ke atas sumber input seperti bahan mentah, tenaga
kerja, peralatan, kaedah oleh pengurus
b) Kawalan proses
 Kawalan ke atas transformasi
 Pengurus memeriksa perubahan input kepada output untuk
mengeluarkan barang yang cacat
c) Kawalan output
 Kawalan selepas proses pengeluaran
 Contoh pengurus akan memantau kualiti produk secara pelan
persampelan atau kaedah menyeluruh sebelum produk dijial
kepada pelanggan
( F=1, H=1, 2X3=6M )

5. Tiga langkah pertama proses pembelian produk baharu


a) Menyedari
 Pengguna sedar tentang produk baharu tetapi kurang maklumat
 Pengeluar hebahkan kepada pengguna melalui pelbagai promosi
b) Meminati
 Pengguna mula mengumpul maklumat kerana menunjukkan
minat terhadap barang tersebut
 Sumber maklumat internet/media massa
c) Menilai
 Pengguna akan membuat pertimbangan sama ada ingin mencuba
atau tidak
 Pertimbangan berasaskan maklumat yang diperoleh
( F=1, H=1, 2X3=6M )

6. Dua pengantara dalam saluran agihan


a) Pemborong
 Pihak yang beli secara pukal daripada pengeluar dan jual dalam
kuantiti yang kecil kepada peruncit
b) Peruncit
 Pihak yang menjual kepada pengguna dalam kuantiti yang kecil
c) Ejen
 Orang tengah yang menemukan pengeluar/penjual dan pembeli
(mana-mana 2, F=1, H=1, 2X2=4)
7. Tiga sumber dana jangka pendek ialah
a) Overdraf
 Kemudahan kredit yang disediakan oleh bank kepada pemegang
akaun semasa yang membenarkannya mengeluarkan wang
melebihi baki yang terdapat dalam akaun semasa setakat had
yang ditetapkan.
b) Pemfaktoran
 Kemudahan pembelian invois atau akaun penghutang perniagaan
kepada syarikat pemfaktoran daripada pelanggannya.
 Akaun penghutang perniagaan akan dijual pada nilai kurang
daripada nilai muka apabila tunai diperlukan dengan segera.
c) Penerimaan jurubank
 Merupakan bil dagangan yang dikeluarkan oleh pengimport atau
pengeksport dan diterima atau disahkan oleh bank. -Apabila
menerima bil tersebut, bank mempunyai komitmen untuk
membayar jumlah yang dinyatakan pada satu tarikh masa depan.
 Kaedah pembiayaan jangka pendek yang disediakan oleh bank
kepada pelanggan yang melakukan kegiatan eksport dan import.
d) Resit Amanah
 Satu bentuk kemudahan jangka pendek yang diperoleh daripada
pihak bank oleh pengimport bagi membiayai inventori yang
diimport.
 Pengimport akan memberikan Resit Amanah kepada bank dan
bank akan menjelaskan bayaran terlebih dahulu bagi pihak
pengimport.
e) Kredit dagangan
 Kemudahan kredit yang diberikan oleh penjual kepada pembeli
bertujuan melariskan jualan.
 Pembeli boleh membeli secara hutang dan membayar pada masa
akan datang biasanya dalam tempoh 30 hingga 60 hari.
f) Pinjaman berjangka
 Peniaga kecil menggunakan wang daripada pinjaman berjangka
untuk membeli 3 aset bukan semasa bagi keperluan perniagaan.
 Pinjaman adalah dalam tempoh kurang daripada setahun dan
bayaran balik adalah secara ansuran beserta kadar faedah.

(mana-mana 3 pertama, F=1, H=1, 2X3=6M

8. Dua jenis risiko


a) Risiko yang boleh diinsuranskan
 Lazim dan kerap berlaku
 Dapat dijangka dan diramal
 Mempunyai statistik untuk panduan pengiraan nilai premium
insurans
 Contoh kebakaran, kecurian, kemalangan
b) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan
 Tidak dapat dijangka
 Tiada statistik khusus untuk meramal kemungkinan berlaku risiko
dan menentukan nilai premium insurans
 Contoh bencana alam seperti banjir, gempa bumi, peperangan
( F=1, H=1, 2X2=4M )

9. Tiga kaedah menentukan keperluan sumber manusia


a) Meramal sumber dalaman dan luaran
 Anggaran bilangan dan jenis pekerja yang diperlukan oleh
organisasi pada masa depan
 Sumber dalaman terdiri daripada pekerja organisasi yang sedia
ada dan boleh dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat atau
dipindahkan ke bahagian lain untuk memenuhi kekosongan
jawatan yang ada
 Sumber luaran terdiri daripada individu di luar organisasi seperti
penganggur dan pekerja organisasi lain
b) Inventori kemahiran
 Senarai pemegang jawatan semasa dan mereka yang
berkemungkinan boleh menggantikan tempat jika jawatan
tersebut dikosongkan
c) Carta penggantian
 Fail peribadi pekerja yang mengandungi maklumat tentang
Pendidikan, pengalaman, minat dan kemahiran yang
membolehkan pengurus memadankan dengan cepat jawatan
yang sesuai dengan latar belakang pekerja
(F=1, H=1, 2X3=6M)
10 Faedah kewangan dan bukan kewangan
. a) Insurans pekerja
b) Pencen
c) Caruman KWSP
d) Caruman PERKESO
e) Cuti
f) Pinjaman perumahan/kenderaan
g) Pakej percutian
h) Pusat penjagaan anak
i) Keahlian kelab
j) Perubatan anugerah khidmat cemerlang/sijil kepujian
k) Rumah/kenderaan
l) Peluang melanjutkan pelajaran
(mana-mana 4 pertama, 4M)

11 Campuran promosi yang dilaksanakan ialah


. Fakta Huraian Kaitan kes
Perhubungan Langkah syarikat K1: GINTELL memperkenalkan duta terbarunya
awam menjalin iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat.
hubungan baik K2: Ayda yang memegang watak utama drama
Atau dengan 'M.A.I.D' dan drama baharu 'Awak Sangat Nakal',
masyarakat K3: Ayda memaklumkan moto 'Health Love Life'
Publisiti umum termasuk memang serasi dengan dirinya yang
( 1) pihak mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang
berkepentingan keluarganya dan dirinya.
Komunikasi yang K4: Bagi Ayda, kesihatan adalah penting untuk
disampaikan menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna
melalui cerita dan dalam kehidupan.
berita berkait K5: Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta juga dilihat
dengan produk mampu membantu memperkenalkan rangkaian
syarikat ( 1 ) sofa urutan GINTELL De'Vano S yang lebih bercita
rasa muda.

Promosi Jualan Memberi insentif K6: GINTELL menawarkan kombo pakej terhebat
(1) kepada pengguna bagi kedua-dua GINTELL De'Vano S dan mesin urut
dan mendorong kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3,988.
membuat
keputusan
pembelian dalam
jangka masa
pendek ( 1 )
Jualan Satu promosi K7:Ayda membuat penampilan khas di AEON Mall
Bersemuka yang melibatkan Bandaraya Melaka,
(1) hubungan K8: Sesi temu salam dengan peminat dan
peribadi antara pelanggan GINTELL semasa Program SIHAT
pembeli dengan bersama GINTELL 2017.
penjual untuk K9: Ayda berpeluang untuk membuat persembahan
melakukan jualan nyanyian dan beramah mesra dengan orang ramai
dan membentuk K10: Sekali gus mengeratkan lagi hubungan dengan
hubungan ( 1 ) peminat dan pelanggan GINTELL 7
K11: GINTELL turut membuka kiosk yang
dikendalikan oleh pakar kesihatan agar pelanggan
dapat menjalankan pemeriksaan sendi-sendi dan
urat di badan mereka
K12:mendapat khidmat nasihat tentang produk
yang paling sesuai untuk mereka.
[3F+3H+12KK = 18M]
Jelaskan atribut produk GINTELL De'Vano S. yang dikeluarkan oleh syarikat GINTELL. [12]
Atribut Produk Keputusan utama K1: Ayda dapat menghilangkan tekanan dan
yang perlu dibuat kepenatan kerja pada bilabila masa sahaja
dalam K2: Trek V yang berukuran 105cm panjang dalam
pembangunan reka bentuk sofa.
sesebuah produk K3: Trek V dapat melegakan tekanan dengan
yang melibatkan urutan yang selesa pada bahagian leher dan pelvic
faedah dari segi K4: dapat menenangkan diri dan berehat dengan
kualiti, ciri, gaya sepenuhnya
dan rekabentuk K5: ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini
(1) yang terdapat pada GINTELL De'Vano S
K6: dapat membentuk dan membetulkan pinggul
dan paha, agar terus tampil anggun dan segar
K7: rupa bentuk sofa urutan ini yang bergaya
moden dan ergonomic
K8: serta diperkemas dengan fabrik yang berwarna
ceria dan cerah.
K9: Sofa urutan itu mempunyai 4 sistem kawalan
mudah dan mesra pengguna.
K10: GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa yang ringan
dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan
sempurna untuk kediaman dan juga pejabat
K11: sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana
sahaja
[1H+11KK = 12M]

12 Aktiviti perniagaan yang berasaskan pengeluaran ialah:-


. 1. Ekstraktif
H1: Aktiviti mendapatkan bahan mentah
H2: Bahan mentah diperoleh dari sumber alam semula jadi
C: Bijih timah, petroleum, perlombongan, perikanan dll

2. Barangan pengguna/konsumer
H1: produk yang boleh digunakan oleh pengguna akhir
H2: terdiri daripada barangan siap dan dijual dalam pasaran
C: Kereta, motor, kek

3. Barangan Industri
H1: bahan yang digunakan oleh pengguna industri
H2: bahan untuk diproses dan dijual semula
C: Komponen kereta dijual kepada kilang pemasangan kereta

4. Pembuatan
H1: Memproses bahan mentah untuk dijadikan barangan siap/
separuh siap
H2: tujuannya untuk dipasarkan kepada pengguna industri dan
pengguna akhir
C: Getah dijadi penebat dalam sistem aliran elektirk / tenaga Besi /
logam diproses membuat rangka dan enjin kereta
5. Pemasangan
H1: Aktiviti memasang komponen untuk menghasilkan produk siap
H2: inputnya/ bahan terdiri daripada barangan separuh siap
C: pemasangan komponen kereta seperti pintu, tayar dll
[1F+2H+1C, 5 x 4m = 20m

13 Proses pengambilan sumber manusia


. 1. Menarik minat(1)
 Proses mencari dan menarik minat individu memohon kerja.(1)
 Sumber dalaman
- Mengambil pekerja sedia ada dalam organisasi(1)
- Menggunakan kaedah pengrekrutan dalaman di papan
kenyataan, buletin, hebahan dalaman atau carta
penggantian(1)
 Sumber luaran
- Mengambil pekerja dari pelbagai sumber luar organisasi
bagi mengisi jawatan(1)
 Menggunakan kaedah :
- Iklan, hebahan umum, head hunting dan temu duga
terbuka(1)
2. Pemilihan(1)
 Proses menilai individu yang paling layak untuk mengisi
kekosongan jawatan.(1)
 Proses pemilihan bermula dengan
i. Borang permohonan(1)
- Dengan mengisi borang permohonan, pihak majikan boleh
mengetahui maklumat berkaitan kelayakan calon,
pendidikan, kemahiran, butir-butir peribadi, pengalaman
kerja dan minat.(1)
ii. Semakan rujukan(1)
- Majikan akan menghubungi perujuk yang telah diberikan
oleh calon bagi mengesahkan maklumat dan mendapatkan
maklumat tambahan berkaitan calon.(1)
iii. Temu duga(1)
- Proses menilai kemahiran berinteraksi, penampilan diri,
keyakinan diri, tahap pengetahuan dan mendapatkan
maklumat tambahan lain berkaitan calon.(1)
- Memberi peluang kepada majikan mengenali calon dengan
lebih dekat.(1)
iv. Ujian(1)
- Proses saringan dan penilaian calon bagi mengenal pasti
calon yang benar-benar memiliki kemahiran, pengetahuan
dan keupayaan yang diperlukan untuk mengisi sesuatu
jawatan.(1)
(pastikan jawapan pelajar ikut urutan baru dapat markah.
Jika pelajar tidak beri fakta, hanya beri huraian pun
diterima asal mengikut urutan )
3. Penawaran Kerja(1)
 Tawaran kerja akan diberikan kepada calon yang layak atau telah
berjaya melalui sesi pemilihan yang ditetapkan.(1)
 Calon perlu membuat pengesahan penerimaan atau menolak
tawaran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.(1)
Lima maklumat yang terdapat dalam syarat perkhidmatan:
 Nama jawatan(1)
 Tarikh percubaan dan pengesahan jawatan(1)
 Faedah dan ganjaran diberikan(1)
 Cuti tahunan dan cuti lain-lain(1)
 Jumlah gaji dan elaun yang bakal diterima(1)
 Tempat kerja dan waktu bekerja(1)
 Senarai tugas yang dipertanggungjawabkan(1)
 Rahsia-rahsia syarikat(1)
 Pemberhentian dan persaraan (1)
4. Induksi(1)
 Program yang dibentuk untuk memberi pendedahan awal
kepada pekerja baharu(1)
 supaya mereka memahami dan menyesuaikan diri dengan
persekitaran kerja baharu dalam organisasi.(1)
Kandungan program
 Maklumat umum organisasi seperti VMO(1)
 Dasar dan peraturan (1)
 Ganjaran(1)
 Persekitaran fizikal tempat kerja(1)
 Tugas-tugas(1)
 Kawasan fizikal organisasi(1)
( 4 fakta dan mana-mana 5 huraian =4 x 5 = 20 markah )

You might also like