You are on page 1of 20

1.0 PENGENALAN Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd.

(AHP) telah ditubuhkan pada tahun 1989 khususnya dalam bidang ketepatan pengacuan suntikan plastik dan pemasangan komponen untuk Industri Automotif. Pada masa ini, ia beroperasi di 3 buah kilang di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak. Selama bertahun-tahun, ia telah berkembang malah menjadi lebih daripada hanya Pencetakan Suntikan Plastik bahagian pembekal. Ia telah menjadi sebuah pusat sehenti yang dilengkapi dengan pelbagai Mesin Pencetakan Suntikan sehingga mampu mengeluarkan 2500 tan, produk Penyelidikan & Pembangunan keupayaan, fabrikasi acuan dan kapasiti pembaikan, ultrasonik & getaran kimpalan, pemotongan laser, dan kemudahan lukisan. Pada masa ini, ia menghasilkan lebih daripada 400 produk yang berbeza untuk aplikasi dalaman, luaran dan enjin untuk pemasang kenderaan utama motor dan pengilang di Malaysia. Dengannya pelbagai jentera-jentera berat yang mana dari 60 tan naik kepada 2500 tan, keizinan dan alatan, AHP dapat menghasilkan lebih daripada 400 jenis produk-produk termasuk pedalaman dan komponen Plastik luar dan komponen Plastik Kubik Kapasiti Ruang Duduk dan pertukaran rantau Kubik Kapasiti Ruang Duduk. Dan dengan ini AHP terbaru Fasa pencapaian dalam rumah mencorakkan kemudahan, pelanggan telah ditawarkan dengan lebih harga saingan untuk rangkaian produk. Lebih dengan kemudahan membuat LUKISAN AHP Bab Berdiri asing dari pesaingnya kerana yang lengkap menghentikan pusat.

Satu peningkatan dalam melunaskan Hutang modal telah menyebabkan pengembangan AHP yang mana sejajar dengan satu peningkatkan Keupayaan perniagaan dan menuntut bahawa telah didewasakan cepat, bagi Pendanaan Pemasangan Garis pengeluaran baru. Oleh itu, menguruskan agro pelancongan dalam satu cara persekitaran pasaran itu yang ialah keduadua praktikal dan estetik yang tidak terhingga. Pelanggan utama AHP ialah Proton, Produa, MTB dan pengeluar automatif dan vendor-vendor lain. AHP ialah satu daripada Tahap 1 vendor kepada Proton dan bertanggungjawab dalam membekalkan change-change model lengkap. Bilangan AHP ialah sentiasa berharap untuk bekalan bagi satu tapak lebih luas pelanggan baru rantau dan secara global.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan member kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian (picking the right person for the right job). Di samping itu pihak pengurusan atasan harus memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam organisasi dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Gatewood dan Feild (1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003) mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai proses mengumpul dan menilai maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan.

Pengambilan adalah proses menarik minat seberapa ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi (Flynn, 1994; Farnham & Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al., 2003; Fish & Macklin, 2004). Pengambilan pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Pada kebiasaannya proses pengambilan bermula apabila seseorang pengurus mengisi borang khas untuk memohon pekerja. Ia adalah satu dokumen lengkap yang mengandungi nama jawatan, jabatan yang memohon, tarikh pekerja diperlukan dan pengesahan daripada pengurus besar syarikat. Berdasarkan maklumat tersebut, seseorang pengurus sumber manusia akan merujuk kepada diskripsi tugas untuk mengenal pasti kelayakan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pengambilan organisasi. Pemilihan pekerja pula adalah proses mengenal pasti dan memilih pekerja yang terbaik untuk organisasi. Pemilihan pekerja amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-duanya melibatkan proses menempatkan individu dalam organisasi. Pemilihan pekerja amat dipengaruhi oleh strategi pengambilan yang digunakan. Ini bermakna strategi pengambilan yang baik dapat menarik seberapa ramai calon untuk memohon jawatan tersebut dan pemilihan pekerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Perbelanjaan dan usaha yang tinggi dalam pengambilan dapat menghasilkan calon terbaik untuk sesuatu jawatan. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada kumpulan pemohon yang memohon sesuatu jawatan dan memilih mereka yang paling layak untuk jawatan tersebut. Torrington dan Hall (1991) berpendapat pemilihan pekerja yang dilakukan dengan berhati-hati dan mengikut prosedur yang ditetapkan boleh memberikan keadilan kepada semua pihak dan dapat mengelakkan kesilapan dalam pemilihan calon semasa temuduga. Ini bermakna sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang terbaik dapat meminimumkan diskriminasi dan memberi peluang kepada firma untuk membuat keputusan pemilihan pekerja yang tepat.

3.0 PENYATAAN MASALAH Tidak dinafikan bahawa setiap organisasi yang ada akan mengalami masalah, namun yang membezakan adalah jenis masalah yang dihadapi oleh organisasi masing- masing. Begitu juga dengan Azman Hamzah Plastik (AHP) yang mengalami masalah pengambilan dan pemilihan pekerja yang tepat serta berbakat untuk bekerja dalam syarikat tersebut. Mencari pekerja yang sesuai tidaklah semudah yang disangka. Azman Hamzah Plastik (AHP) mengalami kesukaran mencari pekerja yang tepat bagi mengisi kekosongan dalam syarikat tersebut. Sememangnya AHP tidak mempunyai ramai pekerja iaitu sebanyak 250 pekerja, 36 pekerja terdiri daripada pekerja asing iaitu warga Nepal yang diperoleh melalui ejen manakala selebihnya adalah pekerja tempatan. Pengambilan pekerja asing menyukarkan pengurus sumber manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak AHP telah menggunakan kaedah visual (bergambar) dan menggunakan khidmat orang tengah kepada pekerja tersebut bagi melancarkan pengeluaran dalam syarikat. Bilangan pengurus dalam AHP hanya 26 orang termasuk pengurus operasi. Sudah jelas lagi nyata bahawa AHP kekurangan pekerja dalam mengeluarkan komponen untuk industri automotif kepada syarikat tertentu seperti PROTON. Oleh kerana kekurangan pekerja, maka AHP beroperasi selama 24 jam sehari dan hanya bercuti pada hari ahad sahaja. Bukan itu sahaja, AHP menggunakan amalan 3 syif dan 2 syif kepada para pekerja bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dan

mempercepatkan proses pengeluaran yang diminta oleh industri automotif terutamanya syarikat PROTON. 3 syif di mana pekerja akan bekerja sebanyak tiga kali dalam sehari iaitu bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 4.30 petang, seterusnya bermula pada jam 4.30 sehingga 12 malam, dan yang terakhir bermula pada jam 12 malam sehingga 8.30 pagi. Manakala dua syif pula bermaksud pekerja akan bekerja sebanyak dua kali dalam sehari

iaitu bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam dan 8 malam sehingga 8 pagi. Peringkat pengurusan pula akan memulakan kerja pada jam 8 pagi hingga 5 petang. AHP mencari pekerja melalui karnival, pameran di Universiti seperti UPM dan UITM dan peluang ini terbuka juga kepada pelajar yang menjalankan praktikal. Bukan itu saja, AHP juga mengiklankan pencarian pekerja melalui Job Straight dan banner yang diletakkan di simpang jalan sekitar Tanjung Malim bagi mencari pekerja bagi mengisi kekosongan yang terdapat dalam syarikat Azman Hamzah Plastik. Pemohon yang memohon pekerjaan di Azman Hamzah Plastik perlu melalui beberapa proses sebelum diterima bekerja di syarikat tersebut. Proses pengambilan dan pemilihan mengambil masa yang panjang kerana proses tersebut perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat Azman Hamzah Plastik. Pemohon perlu mengisi borang permohonan pekerjaan terlebih dahulu. Borang tersebut terbahagi kepada dua iaitu borang pertama untuk permohonan yang mempunyai kelayakan diploma dan ke atas. Manakala borang kedua perlu diisi oleh pemohon yang mempunyai kelayakan bawah daripada diploma seperti SPM dan STPM. Untuk peringkat pengurusan, mereka perlu menduduki peperiksaan seperti pengujian IQ, ujian peribadi dan ujian teknikal. Setelah mengisi borang tersebut, pemohon akan dipanggil temu duga. Dalam temu duga tersebut, pengurus sumber manusia akan bertanya pemohon tentang pengalaman bekerja, mengapa memilih bidang tersebut dan sebagainya. Pemohon yang berjaya dalam temu duga tersebut akan dipanggil untuk melaporkan diri tanda pemohon tersebut telah dipilih bekerja dalam syarikat AHP. Semasa mereka lapor diri pada tarikh yang ditetapkan,

mereka akan didedahkan dengan polisi dan peraturan syarikat, tugasan yang perlu dibuat, pertanyaan gaji dan sebagainya sebelum mereka bermula bekerja dalam syarikat AHP.

4.0 OBJEKTIF

1) Untuk mengetahui syarat yang perlu dipenuhi semasa pengambilan pekerja oleh syarikat. 2) Untuk mengetahui cara yang dilakukan dalam pemilihan pekerja oleh syarikat 3) Untuk mengetahui proses yang perlu dilalui oleh seseorang pekerja sebelum terpilih untuk bekerja oleh syarikat. 4) Untuk mengetahui ujian yang perlu dilalui oleh pekerja semasa proses pemilihan

5.0 TEORI SUPER Teori ini lebih mementingkan konsep kendiri dalam menentukan arah tuju individu dalam bidang pekerjaan. Menurut Super, (Isaaacson & Brown, 1993), konsep kendiri ini berkembang melalui pertumbuhan fizikal dan mental, pemerhatian terhadap pekerjaan, hubungan dengan orang dewasa yang bekerja, persekitaran dan pengalaman. Dimensidimensi ini mewujudkan perbezaan dan persamaan antara individu dan dapat membantu seseorang memilih kerjaya yang sesuai. Selain itu, Super turut menjelaskan bahawa dalam perkembangan kerjaya, individu mengambil kira faktor-faktor seperti keperluannya, kebijaksanaan, minat, nilai, sikap, keluarga, rakan sebaya, masyarakat, ekonomi negara, pasaran buruh dan sekolah.

6.0 METHODOLOGI 6.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kualitatif kerana menggunakan kaedah temu bual dalam mengkaji masalah yang di hadapi oleh syarikat AHP dalam pengambilan dan pemilihan pekerja dan membuat kesimpulan daripada hasil temu bual yang dilakukan. Kajian ini dilakukan terhadap 3 orang kakitangan yang mewakili syarikat AHP Tanjung Malim, Perak.

6.2 POPULASI Semua pekerja di syarikat AHP Tanjung Malim, Perak.

6.3 SAMPEL Persampelan kajian ini melibatkan tiga orang pekerja di syarikat AHP. Pekerja- pekerja ini terdiri daripada pengurus sumber manusia sendiri iaitu Puan Haslinda, pembantu sumber manusia, Cik Lily dan seorang pekerja kilang iaitu Puan Winelouse.

6.4 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual. Sesi temu bual ini merupakan alat untuk mengumpul data bagi penyelidik. Antara soalan yang dikemukakan kepada responden ialah syarat yang perlu di penuhi untuk bekerja di syarikat AHP, cara yang dilakukan untuk memilih pekerja dan proses yang perlu dilalui dalam pemilihan kerja.

7.0 DAPATAN KAJIAN 1) Syarat yang perlu di penuhi untuk bekerja di syarikat AHP? Bagi pekerja bahagian operasi, mereka tidak memerlukan kelulusan yang tinggi. Bagi pekerja tempatan mereka tidak memerlukan sebarang kelulusan manakala bagi pekerja luar mereka memerlukan permit masuk yang sah ke negara ini. Bagi pekerja bahagian pengurusan pula mereka perlu memiliki kelulusan akademik seperti diploma ijazah dan yang setaraf dengannya.

2) Cara yang dilakukan untuk memilih pekerja? Pengambilan pekerja merupakan salah satu bahagian dalam proses mendapatkan sumber manusia sebagai asset sesebuah organisasi. Ianya adalah satu daripada kaedah yang perlu ada dalam Pengurusan Sumber Manusia. Oleh itu, Flippo telah mendefinisikan sebagai Pengambilan kakitangan merupakan proses mencari bakal calon-calon pekerja yang di tawarkan oleh organisasi. Manakala Hellriegil & Slocum pula mendefinisikan pengambilan kakitangan sebagai pencarian pekerja-pekerja sama ada dari dalam atau luar organisasi untuk memenuhi kekosongan jawatan. Objektif utamanya ialah untuk mendapatkan pekerja-pekerja yang berkelayakan tinggi dengan kos yang paling rendah. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang cara yang digunakan oleh Syarikat Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd dalam pemilihan pekerja baru, kami telah menemu bual Pengurus Sumber Manusia dan beberapa orang kakitangan syarikat tersebut. Hasil daripada temu bual kami adalah seperti berikut:

Terdapat beberapa cara yang digunakan oleh syarikat ini dalam mengumumkan kekosongan jawatan yang ditawarkan, antaranya ialah: 1. Sumber dalaman organisasi Terdapat banyak kelebihan sekiranya syarikat mengambil pekerja di dalam organisasi kerana majikan dapat menjamin kecekapan , semangat dan prestasi syarikat dapat di tingkatkan dalam masa yang lebih singkat. Disebabkan pekerja mempunyai pengalaman yang lama bekerja di dalam syarikat maka calon dalaman lebih komited kepada

matlamat syarikat dan lebih selamat kerana dapat menilai kemahiran pekerja dengan lebih tepat berbanding mereka yang di ambil daripada luar. Calon dalaman mungkin memerlukan kurang orientasi dan latihan berbanding calon yang diambil daripada luar .

Syarikat Azman Plastik mengambil pekerja dalam syarikat yang mempunyai potensi ,pengalaman dan pekerja yang sudah lama bekerja di dalam syarikat untuk dinaikkan pangkat mereka. Selain itu, pengurus sumber manusia juga akan menilai prestasi pekerja sebelum diberi kenaikan pangkat. Syarikat juga melatih pekerja-pekerja untuk menggantikan dan mengisi kekosongan kerja di dalam syarikat.

2. Sumber luaran organisasi Kaedah pengambilan luaran amat popular di kalangan syarikat yang mahukan variasi, idea baru dan perubahan dalam organisasi mereka. Ia juga di gunakan apabila kaedah pengambilan dalaman tidak mendapat sambutan ataupun kekosongan jawatan adalah banyak dan memerlukan pengkhususan seperti jawatan pegawai keselamatan, bidang kejurulatihan ataupun jawatan professional yang memerlukan kelulusan dalam bidangbidang tertentu. Antara kaedah yang digunakan oleh syarikat Azman Plastik untuk memilih pekerja daripada luar ialah :

Pengiklanan Pengiklanan adalah satu cara yang paling sesuai dalam kaedah pengambilan luaran. Cara ini adalah dengan mengiklankan jawatan kosong di dalam akhbar-akhbar, media massa dan internet. Butiran atau maklumat berkaitan jawatan tersebut akan di paparkan sekali. Syarikat juga akan menggunakan kain banting dan pelekat sebagai tujuan pengiklanan. Dengan cara ini secara tidak langsung ianya akan menarik minat dan mempengaruhi calon-calon untuk memohon jawatan tersebut. Cara ini memberikan pemilihan yang luas kepada pengurusan bagi mendapatkan banyak variasi baru. Pengurusan juga dapat mengambil calon yang benar-benar sesuai dengan kelayakan mereka. 9

Syarikat Azman Plastik menggunakan kaedah pengiklanan melalui internet iaitu dengan menawarkan jawatan kosong di dalam laman Job Malaysia yang berfungsi memperkenalkan kekosongan jawatan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan. Selain itu, syarikat juga mengiklankan jawatan kosong dengan menggantung banting dan menyebarkan melalui pamplet di kawasan laluan ramai orang seperti di traffic light.

Syarikat atau agensi pekerjaan Agensi pekerjaan adalah mencakupi agensi kerajaan, agensi swasta dan firma pengurusan pekerjaan. Fungsi ketiga-tiga agensi atau firma ini adalah untuk membantu membekalkan tenaga buruh untuk syarikat untuk syarikat atau organisasi yang memerlukan sumber manusia. Syarikat Azman Plastik menggunakan Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan pekerja yang berkelayakan. Kebiasaannya agensi ini akan melakukan temu duga dan data para pemohon atau tenaga kerja akan disimpan dalam fail yang mana akan di rujuk kembali apabila mana-mana syarikat memerlukan tenaga kerja manusia.

Latihan pusat pengajian Kebanyakan pusat pengajian ada menjalankan operasi penyediaan pelajar yang berkelayakan kepada syarikat yang memerlukan. Kaedah ini juga digunakan bagi mendapatkan tenaga kerja yang bersesuaian

dengan kelayakan pembelajaran mereka. Syarikat Azman Plastik mendapatkan tenaga kerja daripada Pusat Giat mara, politeknik dan

10

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang sesuai dengan jawatan yang perlu diisi kekosongannya.

Rujukan pekerja Kaedah ini juga di gunakan oleh syarikat Azman Plastik untuk mencari pekerja. Kaedah ini juga tergolong dalam kaedah pengambilan luaran di mana pemohon telah dahulunya datang untuk memohon jawatan.

Rujukan mereka akan di simpan untuk di gunakan sekiranya ada jawatan yang sesuai bagi mereka. Kaedah ini biasanya digunakan dalam menggantikan beberapa calon yang telah di terima bekerja namun tidak dapat menghadirkan diri untuk lantikan bertugas. Maka kekosongan jawatan dapat di atasi segera dengan kaedah ini.

3) Proses yang perlu dilalui dalam pemilihan pekerja? Pemilihan merupakan proses untuk memilih calon yang terbaik daripada sejumlah caloncalon yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan pada sesuatu masa yang tertentu. Antara prosedur pemilihan pekerja yang di lakukan oleh Syarikat Azman

Plastik adalah seperti berikut:

1. Mengisi borang permohonan Calon-calon yang berminat akan mengisi borang permohonan kerja yang mengandungi maklumat peribadi, mengemukakan resume dan salinan sijil-sil berkaitan yang disahkan. Borang ini akan memudahkan organisasi memperoleh maklumat yang berkaitan dengan calon tersebut. Borang yang lengkap di isi dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, berpotensi untuk di panggil ke temu duga.

11

2. Ujian dan proses pemilihan Ujian-ujian tertentu seperti ujian kecerdasan, ujian bakat dan ujian personaliti dijalankan dalam proses pemilihan. Syarikat Azman Plastik akan melaksanakan ujian berdasarkan bidang jawatan yang di pohon atau di terima. Sebagai contoh, untuk pekerja di bahagian pejabat mereka akan di beri tiga jenis ujian iaitu ujian IQ, ujian tingkah laku/personaliti dan ujian menaip. Ujian IQ diambil kira kerana dengan ujian tersebut penemu duga akan menilai calon untuk memberikan jawatan yang sesuai dengan perwatakan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh calon semasa menjawab soalan yang dikemukakan. Begitu juga dilakukan pada pekerja di bahagian pengeluaran. Syarikat akan menguji dari segi pengetahuan, ujian kelakuan dan ujian secara teknikal. Ujian yang dijalankan semasa proses pemilihan memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti calon-calon yang benarbenar layak untuk sesuatu jawatan.

3. Temu duga Calon-calon yang berjaya melepasi dua prosedur pemilihan di atas akan dipanggil untuk ditemu duga supaya pihak pengurusan peroleh maklumat yang terperinci

mengenai kelayakan calon. Manakala calon pula akan peroleh maklumat berkaitan dengan syarikat. Temu duga ialah kaedah yang paling penting yang biasa di gunakan oleh kebanyakan organisasi di Malaysia. Ini kerana melalui temu duga, organisasi dapat mengenali perwatakan dan keupayaan calon yang sebenar bagi menentukan kesesuaian dengan pekerjaan yang di pohonnya. Soalan temu duga yang di lakukan oleh syarikat Azman Plastik adalah soalan tidak berstruktur untuk mengenal perbezaan ciri-ciri bagi setiap calon untuk memilih yang terbaik. Temu duga yang dijalankan juga adalah melalui walk in interview di mana calon akan

12

datang sendiri ke syarikat dan di temu duga oleh ahli panel. Kebiasaannya terdapat dua orang penemu duga yang akan menemu duga calon yang datang.

4. Semakan latar belakang. Setelah temu duga di lakukan, syarikat akan membuat keputusan pemilihan awal calon- calon yang berjaya melepasi temu duga, perlu melalui satu proses lagi sebelum keputusan akhir di buat. Proses tersebut ialah semakan latar belakang dan rujukan calon. Antara elemen yang disemak ialah pengalaman kerja, pendidikan, rekod jenayah dan laporan penilai. Pengurus akan mendapatkan maklumat tambahan calon daripada orang-orang yang tertentu yang dimaklumkan oleh calon dalam permohonan. Syarikat ini juga mengambil pekerja import daripada agensi yang berkaitan iaitu UMR dengan kontrak selama setahun yang mana terbuka pada bulan Mac, April dan Jun. Walau bagaimanapun, syarikat ini hanya memberikan gaji bulanan kepada pekerja dan agensi akan menyediakan tempat tinggal.

5. Keputusan pemilihan Calon yang Berjaya akan di hubungi melalui talian telefon atau surat. Antara perkara utama yang terdapat dalam surat tawaran ialah pampas an dan faedah, syaratsyarat tawaran, tarikh melaporkan diri dan tangga gaji. Syarikat Azman Plastik akan menyediakan cadangan gaji salary proposal di cawangan induk di Shah Alam untuk menetapkan gaji pekerja.

13

6. Lapor diri Calon yang berjaya, melepasi prosedur pemilihan di atas akan menerima surat tawaran pekerjaan. Calon akan melaporkan diri pada tarikh yang telah di tetapkan. Kebiasaannya pekerja baru akan menjalani kursus induksi yang dijalankan oleh organisasi. Induksi penting untuk memperkenalkan budaya kerja kepada pekerja baru. Antara perkara utama yang di perkenalkan ialah polisi syarikat, peraturan, matlamat, visi, pembangunan kerjaya dan tanggungjawab pekerja.

8.0 RINGKASAN Tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui amalan pengambilan dan pemilihan pekerja di Syarikat Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd di Perak. Kajian ini turut melihat kepentingan beberapa kriteria yang telah dikenal pasti dalam pemilihan pekerja peringkat pengurusan untuk mendapatkan pekerja yang berkualiti. Responden kajian terdiri daripada pengurus Sumber Manusia. Kerani dan juga pekerja di syarikat tersebut. Analisis data secara kualtitatif memberi gambaran ringkas tentang amalan pengambilan dan pemilihan pekerja di sektor perkilangan automotif. Penemuan tinjauan ini juga menunjukkan bahawa kriteria pengalaman merupakan perkara yang amat dipentingkan dalam pemilihan pekerja. Di samping itu, prosedur yang ditetapkan oleh syarikat perlu dilaksanakan dalam memilih pekerja yang sesuai.

14

9.0 CADANGAN

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat terhadap syarikat Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd. ( AHP ) ini, mereka sebenarnya tidak mempunyai pekerja yang ramai. Masalah ini seharusnya diselesaikan dengan segera agar syarikat mereka ini dapat membuat sesuatu tugasan dengan lebih cepat dan cekap. Hal ini adalah untuk membantu dalam menjaga nama baik syarikat juga di mana sekiranya mendapat tempahan mahupun pesanan daripada mana-mana syarikat PROTON tetapi tidak dapat keluarkan dengan kuantiti yang diinginkan ia akan menjejaskan nama baik syarikat itu sendiri.

Selain daripada itu, sekiranya keluasan kawasan kilang ditambah maka ini akan memudahkan lagi untuk melakukan segala kerja. Dengan itu, bilangan output juga dapat dikeluarkan dengan lebih banyak. Maka, syarikat tersebut tidak akan rasa kelam kabut sekiranya mendapat tempahan yang banyak, kita hanya perlu keluarkan stok yang telah kita siapkan itu. Ini lebih memudahkan urusan penghantaran barang. Ini juga adalah untuk mengelakkan daripada mendapat rungutan daripada pihak pelanggan dan juga untuk menjaga hubungan sesama pelanggan.

Pihak Pengurus Sumber Manusia juga turut

terlibat dalam pemilihan pekerja. Mereka

sepatutnya memilih para pekerja yang betul-betul boleh bekerja dan juga yang berpengalaman sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang akan berlaku. Sekiranya dalam tempoh percubaan bekerja itu mereka telah buat hal seperti selalu ponteng, selalu datang lambat ke tempat kerja dan juga tidak menghormati pihak atasan mereka walaupun telah diajar berulang kali mereka sepatutnya telah dibuang kerja. Pekerja seperti ini adalah tidak diperlukan dalam syarikat. Mereka ini tidak membantu syarikat dalam memajukan syarikat. 15

Dari segi keselamatan pekerja, pihak majikan perlu peka. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam membentuk program keselamatan pekerja adalah dengan membentuk sistem penyimpanan rekod, melantik individu yang sesuai untuk mengendalikan isu-isu keselamatan, memberi latihan, mengadakan kempen-kempen untuk meningkatkan kesedaran pekerja dan juga dengan membentuk sistem tindakan disiplin. Dengan adanya semua ini para pekerja akan melakukan kerja dengan selesa dan tidak risau akan keselamatan mereka semasa bekerja.

Sekiranya kita boleh bercakap dalam pelbagai bahasa, ia merupakan satu bonus untuk kita. Namun bagi Pengurus Sumber Manusia, mereka adalah digalakkan untuk menguasai pelbagai bahasa untuk memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan para pekerja asing mereka semasa sesi orientasi. Dengan itu, pihak syarikat tidak perlu lagi untuk mencari jurubahasa yang lain untuk menerangkan sebarang peraturan ataupun carta organisasi kepada mereka.

16

KESIMPULAN Daripada kajian yang telah dilakukan adalah jelas sekali bahawa terlalu banyak cabaran dan tanggungjawab yang terpaksa ditanggung oleh Pengurus Sumber Manusia ( PSM ) dalam melaksanakan tugas sehariannya. Pelbagai aspek dan faktor yang perlu diteliti dan diambil kira dalam memastikan kesemua aspek dan faktor tersebut dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat dan objektif syarikat khasnya dan dalam pencapaian matlamat negara amnya . Oleh sebab itu , pengetahuan dan kemahiran serta sikap yang kreatif sangat diperlukan oleh seseorang yang ingin memegang jawatan terutama yang melibatkan Sumber Manusia . Banyak aspek yang perlu difikirkan dan seterusnya tindakan yang sesuai dengan norma pelaksanaan yang biasa dan mengikut landasan yang betul dalam membawa syarikat kepada matlamat yang diingini seterusnya menjadikan syarikat yang mantap , berdaya saing , kreatif dan bertanggungjawab terhadap pesaing, kakitangan dan persekitaran .Seperti mana kajian yang telah dilakukan terhadap syarikat Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. ( AHP ) menggambarkan Pengurus Sumber Manusia adalah bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan dengan Sumber Manusia di syarikat tersebut . Aspek ini adalah termasuklah aspek sumber , latihan dan pembangunan pekerja , faedah dan ganjaran yang sepatutnya pekerja peroleh , penilaian prestasi pekerja , pengambilan dan pemilihan , serta perhubungan industri pekerja dalam Syarikat AHP. Semua aspek ini perlulah diambil perhatian oleh Pengurus Sumber Manusia . Hal ini demikian kerana , peranan Pengurus Sumber Manusia di sesebuah syarikat adalah sangat berat dan perlu diberikan penekanan yang lebih oleh pihak syarikat demi memastikan syarikat akan terus berdaya saing dan kompetitif untuk meneruskan perjalanan syarikat .

17

LAMPIRAN

Logo Syarikat Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd

Bersama Pengurus Sumber Manusia AHP

Pekerja tempatan melakukan kerja dalam kilang AHP

Keadaan dalam kilang AHP

18

Pekerja melakukan tugas yang ditetapkan

Bersama pembantu pengurus sumber manusia

Antara mesin dan bahan- bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk kilang.

19

RUJUKAN Ahmad, S., & Schroeder, R. G., (2002). The importance of recruitment and selection process for sustainability of Total Quality Management. International Journal of Total Quality Management, 19(5), 540-550.

Alfred, J., (1996). Attitude that is the core of any business success. In Aspirasi Graduan: The Career & Employment Resource for Malaysian Graduates (64). Selangor: Faris M. Marie

Arope, A., (1996). Creating a super executive. In. Aspirasi Graduan: The Career & Employment Resource for Malaysian Graduates (30). Selangor: Faris M. Marie

Azman Hamzah ( 2012 ). Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. Diperoleh pada Mac 21 2012 daripada http://www.ahpsb.com.my/

Azizi ( 2012 ). Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. Diperoleh pada Sept 13 2012 daripada http://www.jobstreet.com.my/jobs/2012/7/default/10/1688355.htm?fr=J

Azman Hamzah ( 2012 ) Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. Diperoleh pada Okt 15 2012 daripada http://sivmy.jobstreet.com

Azman Hamzah ( 2011 ). Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. Diperoleh pada Jun 14 2011 daripada http://www.midf.com.my/advertorial-2011/691-azman-hamzah-plastik-sdn-bhd

Dale, M., (1995). Successful recruitment and selection. London: Kogan Page Limited

20

You might also like