You are on page 1of 17

Perbezaan Prinsip-Prinsip Pembelajarana Ewell dengan Gagne

Ewell

Gagne

Ewell (1997) : Beliau telah embentuk satu model yang menggambarkan prinsip prinsip pembelajaran yang telah mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi papbila diaplikasikan dalam bilik darjah.

Gagne (1985) : Menurut Gagne pembelajaran ialah a change in human disposition or capability which persist ever period of time and which is not simply ascribe to processes of growth

Prinsip Prinsip Pembelajaran

Prinsip Pembelajaran Ewell


Penglibatan aktif Perkaitan dan corak/ Konstruktivisme Pembelajaran informal Pengalaman lansung Situasi mendesak (compelling situasion) Maklum balas berterusan Suasana yang menyeronokkkan Refleksi

Prinsip Pembelajaran Gagne Peringkat I - Motivasi Peringkat II - Memberikan Perhatian : Memastikan Perhatian Pelajar Peringkat III dan IV Perolehan dan Ingatan Peringkat V - Ingat Kembali dan Retrieval Peringkat VI - Generalisasi Peringkat VII - Prestasi Peringkat VIII - Maklum Balas dan Peneguhan

Prinsip Pembelajaran Gagne


(Peringkat I) Motivasi Motivasi begitu penting dalam mendorong pembelajaran. Yelon dan Weintein (1977 : 294) : motivasi merupakan satu motif yang menyebabkan seseorang bertindak dengan cara yang tertentu (Peringkat II) Memberikan Perhatian : Memastikan Perhatian Pelajar Pelajar hendaklah menumpukan perhatian semasa proses pengajaran berlaku. Guru hendaklah memastikan cara atau strategi pengajaran menarik dengan menggunakan bahan pengajaran yang meransang naluri ingin tahu pelajar. (Peringkat II dan IV) Perolehan dan Ingatan Memori penting dalam proses pembelajaran. Guru hendaklah menyediakan bahan pengajaran yang memudahkan pemahaman pelajar seperti pengurusan grafik, video atau klip video

(Peringkat V) Ingat Kembali dan Retrieval Maklumat yang disimpan akan diingat kembali dan digunakan. Retrieval proses pengesanan maklumat yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar (Yelon dan weinstein, 1977). Guru hendaklah menyediakan bahan pengajaran yang bermakna dan yang mudah difahami kepada pelajar. Pengalaman pelajar yang tersedia ada dan yang baru diperolehi harus diambil kira. (Peringkat VI) Generalisasi Maklumat yang diingati akan digunakan kembali dalam situasisituasi baru. (Peringkat VII) Prestasi Indikator seperti aktiviti dan respon pelajar menetukan sama ada pembelajran telah berlaku ataupun tidak. Guru boleh mengajukan soaln-soaln kepada pelajar untuk mengetahui sejauh mana pemahaman pelajar terhadap pembelajaran.

(Peringkat VIII) Maklum Balas dan Peneguhan Berdasarkan respons pelajar terhadap soalan-soalan, guru perlu memberi maklum balas tentang prestasi mereka. Maklum balas bertujuan untuk memaklumkan tentang prestasi pelajar serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Maklum balas perlu diberikan serta merta untuk memperoleh kesan terhadap pembelajaran pelajar.

Prinsip Pembelajaran Ewell


1 Penglibatan aktif Pembelajaran aktif merupakan keadaan di mana pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta dapat mengingat kembali maklumat dengan berkesan. Contoh aktiviti pembelajaran aktif : (a)Perbincangan secara kelas atau online (b)Pembelajaran koperatif think-pair-share (c)Latihan bertulis one minute paper (d)Aktiviti seperti mengkaji mengkaji proses semula jadi 2- Perkaitan dan Corak Pelajar mempunyai peluang menentu, menguji dan membina corak serta perkaitannya apabila mereka membina makna daripada situasi pembelajaran. Prinsip kedua ini merujuk kepada adaptasi terhadap konteks pembelajaran baru dan tugasan dengan mengait, mengorginasasi dan menggunakan pengetahuan serta kemahiran yang telah dipelajari ke dalam strukutr-struktur baharu.

Woolfolk (2004) Pelajar membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan pelajar juga membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa hadapan. Jika diberikan satu konteks pembelajaran yang spesifik, pelajar boleh menggunakan corak-corak yang diketahui dan diorganisasi semula agar lebih bermakna dalam situasi baru 3 Pembelajaran Informal Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari di mana-mana sahaja serta pada bila-bila masa. Merupakan pembelajaran implisit iaitu memperoleh pengetahuan akibat interaksi secara lansung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya dan fasilitator, selain daripada apa-apa yang diajar secara eksplisit. Contoh : lawatan sambil belajar, program sistem buddy

4 Pengalaman Lansung Merujuk kepada learning-by-doing iaitu pelajar akan belajar jika mereka melakukan aktiviti secara lansung. Pengalaman lansung dapat membantu pelajar memperoleh pemahaman dan mencipta, mengubah atau memurnikan sesuatu idea jika mempunyai kekeliruan dalam topik tertentu. Contoh : lawatan ke zoo, permainan hopscotch 5 Situasi Mendesak Situasi yang kompleks dan mendesak dapat memotivasikan pelajar untuk mencari penyelesaian. Guru boleh menyediakan pembelajaran yang kompleks dan mendesak untuk mengajak mereka meneroka pelbagai penyelesaian yang boleh diguna pakai serta inovatif. Antara cara guru boleh mewujudkan situasi mendesak ialah : a)Menyediakan standard tinggi terhadap tingkah laku pelajar di dalam atau di luar bilik darjah.

b)Memberi pelajar tanggungjawab yang lebih dalam kepimpinan. c)Mewujudkan persekitaran dan jadual yang menggalakkan aktiviti secara intensif selain peluang untuk berfikir dan muhasabah secara kendiri. d)Menyediakan pembelajaran berasaskan kontekstual
6 Maklum Balas Berterusan Maklum balas dalam proses pembelajaran berperanan bukan sematamata pemprosesan maklumat tetapi seharusnya mempengaruhi prosesproses afektif dan motivasi pelajar. Maklum balas ialah maklumat yang membolahkan pelajar menyemak kesesuian prestasi serta memantau kemajuan pelajar. Maklum balas positif digunakan untuk memberikan maklumat kepada pelajar tentang aspek pembelajaran atau perlakuan yang sesuai. Maklum balas negatif diberikan untuk memaklumkan perlakuan yang salah tetapi tidak boleh digunakan secara kerap. Maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan atau insentif perlu untuk sepanjang proses pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan.

7 Suasana yang Menyeronokkan Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan seperti konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan banyak interaksi, pelbagai tahap sokongan peribadi dan mewujudkan banyak peluang pembelajaran. Persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi suara guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran di dalam bilik darjah.
8 Refleksi Refleksi ialah proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri. Prinsip ini merupakan subkomponen situasi mendesak kerana apabila seseorang pelajar menemukan perkaitan-perkaitan baru dalam situasi mendesak, refleksi diperlukan untuk mencapai pembelajaran mendalam bagi kegunaan dalam situasi lain. Amalan refleksi dapat meransang kemahiran penilaian kendiri yang memberikan hala tuju tentang apa yang telah dicapai dan apa yang perlu ditambah baik.

Perbezaan Ewell dan Gagne

Prinsip pembelajaran Gagne


Perbezaan Matlamat pembelajaran Guru menerangkan objektif atau matlamat pembelajaran pada hari tersebut supaya pelajar sedar tentang matlamat pembelajaran pada hari tersebut. Pengajaran menjadi agak pasif kerana murid banyak melihat bahan yang dibuat oleh guru tanpa melakukannya sendiri.

Prinsip pembelajaran Ewell

Pelajar akan mengetahui matlamat pembelajaran semasa atau selepas p&p.

Penglibatan murid

Pelajar menjadi aktif ketika waktu p&p dengan aktiviti bercorak berkumpulan dan lisan.

Prinsip pembelajaran Gagne

Prinsip pembelajaran Ewell

Penilaian akhir

Pembelajaran diakhiri dengan penilaian prestasi; iaitu seperti penilaian sumatif bagi menilai penguasaan pelajar tentang apa yang telah diajar.
Pengajaran banyak berpusatkan guru.

Menggunakan kaedah refleksi terhadap topik yang diajar.

Pemusatan pengajaran

Pengajaran lebih banyak berpusatkan pelajar kerana penglibatan aktif pelajar amat ditekankan di dalam teori ini.

Jenis pembelajaran

Merupakan pembelajaran Merupakan pembelajaran yang formal. informal

Prinsip pembelajaran Gagne Kaedah mencapai penyelesaian Tiada sebarang motivasi bagi mencapai penyelesaian namun latihan dalam pembelajaran menjadikan guru dapat mengesan kefahaman melalui latihan yang diberikan.

Prinsip pembelajaran Ewell Menggunakan situasi mendesak bagi memotivasikan pelajar untuk mencapai penyelesaian.

Prinsip pembelajaran Gagne


Prinsip 7 prinsip 1. Motivasi 2. Memastikan perhatian pelajar 3. Memperoleh pengetahuan dan mengingat 4. Ingat kembali & retrieve 5. Generalisasi 6. Prestasi 7. Maklum balas dan pengukuhan

Prinsip pembelajaran Ewell


8 Prinsip 1. Penglibatan aktif 2. Perkaitan dan corak perkaitan 3. Pembelajaran informal 4. Pengalaman langsung 5. Situasi mendesak 6. Maklum balas berterusan 7. Suasana yang menyeronokkan 8. refleksi

You might also like