You are on page 1of 12

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

PENGENALAN

[1]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

PENGENALAN

Dulu sehingga kini, muzik sudah menjadi elemen penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Contoh yang paling mudah dapat dilihat ialah seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atapun di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada kanak-kanak sejak usia bayi lagi.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi. Walaubagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana hal ini boleh memberikan akibat negatif.

Tuntasnya, tidak perlu lagi ada segelintir masyarakat yang masih berfikiran sempit dengan memandang muzik hanya memberi kesan yang negatif kepada anakanak. Malah kajian dari golongan cerdik pandai telah berjaya membuktikan bahawa muzik mampu membangunkan sel-sel otak seseorang menjadi lebih aktif.

[2]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

MENGAPLIKASI KONSEP MUZIK MELALUI AKTIVITI PERGERAKAN

[3]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

Mengaplikasikan Konsep Muzik Melalui Aktiviti Pergerakan

Konsep muzik dalam Pergerakan

Definisi Muzik

Definisi Pergerakan

Unsur-Unsur Pergerakan Tujuh Elemen Muzik

Jenis-Jenis Pergerakan

Jenis Pergerakan berdasarkan Konsep

[4]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

Definisi Muzik : Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.

Tujuh Elemen Muzik Irama, Melodi, Warna, Ton, bentuk, harmoni, tekstur, ekspresi

[5]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013 Tujuh Elemen Muzik
Melodi Melodi ialah rangkaian turun naik bunyi yang boleh disiulkan, dimainkan dan dinyanyikan seperti Pic tinggi DO, RE, MI, FA, SO, LA, TI, DO Pic rendah DO, TI, LA, SO, FA, MI, RE,DO

Warna Ton Warna Ton ialah keaslian sesuatu bunyi yang terhasil melalui pelbagai cara seperti bunyi manusia, alam, persekitaran dan binatang.

Irama Irama terbentuk dari sesuatu susunan bunyi yang merangkumi faktor detik, meter, tekanan, nilai, corak irama, tempo dan rentak.

Jalinan atau Tekstur Jalinan ditentukan oleh pelbagai gabungan bunyi yang dihasilkan.

Harmoni 2 atau lebih pic dibunyikan serentak secara menegak 2 atau lebih melodi dibunyikan serentak secara menegak

Ekspresi Perasaan dan idea yang ditonjolkan oleh seseorang mengenai karya muzik sepert perasaan takut, riang, sedih, gembira, bersemangat, tenang dan sebagainya.

Bentuk Bentuk ialah ssatu susunan idea atau corak melodi karya yang mempunyai ciri - ciri khusus. bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik yang terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. segmen - segmen muzik ini dipelbagaikan dan diulang untuk membentuk sebuah karya. bentuk - bentuk seperti A B ( Binari ) dan bentuk Teneri ( ABA).

[6]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

Definisi Pergerakan
Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara Automatis Spontan Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan.

Jenis-Jenis Pergerakan
Pergerakan Lokomotor Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan dari satu tempat ke satu tempat lain. Contoh pergerakan ialah berlari, berjalan, melompat dan gallop.

Pergerakan bukan lokomotor Pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan static dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Contonya ialah duduk, gusti tangan, tepuk amai-amai, duduk dan berlari setempat.

[7]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

Unsur-Unsur Pergerakan
1. Imbangan Berat Badan berkaitan dengan tenaga apabila bergerak, tegang dalam otot, dan pegangan. bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) => tenaga kekuatan dan bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) => keringanan

2. Ruang Lingkungan pergerakan : dari satu tempat yang tetap, boleh gerak badan ke merata-rata arah dan aras, dari jauh menuju ke pusat badan, bergerak mengikut arus. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah.

3. Masa Pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa manakala pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa. Kecerdasan pergerakan atau penurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu pergerakan serta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan.

4. Aliran Pergerakan terkawal : pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa saja. Pergerakan bebas : susah hendak diberhentikan serta merta. Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan sesuatu gerakan.

[8]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

Jenis Pergerakan berdasarkan Konsep

Irama
menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama lagu yang mudah sambil menyanyi.

Meter dan tekanan


Gunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian meter triple.

Skip, bergalop dan hayun untuk compung meter (6) 8

Melodi
Guna pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila masanya bunyi pic lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan yang sama.

Bentuk
pergerakan tangan yang berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa Murid boleh skip dalam buatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu.

[9]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

Harmoni
Dua atau lebih pic dibunyikan untuk menjadi lagu pusingan yang dapat dilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.

Ekspresi
Pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit, bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan badan atau mimik muka menunjukkan mud

Warna Ton
Pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola.

Jalinan
Pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk atau formasi.

[10]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

RUMUSAN

[11]

Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah (PRM3102) January 1, 2013

RUMUSAN

Muzik bukan hanya sekadar notasi dan ritma tetapi ia lebih kepada pembangunan manusia secara menyeluruh. Ia juga berkaitan dengan pembangunan domain afektif yang merangkumi muzik aprisasi dan kepekaan. Setiap kanak-kanak memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan sekelilng dan mood pada wktu itu. Jadi mereka perlu didedahkan kepada pelbagai bunyi muzik dari peringkat awal lagi. Malah mengikut kajian Brigham Young University, muzik dapat membantu bayi pramatang menjadi lebih kuat. Masyarakat Malaysia perlu memandang positif terhadap pendedahan pendidikan muzik pada peringkat awal kanak-kanak lagi agar mereka memperolehi minda yang cergas, kesihatan yang sempurna dan juga kemahiran mendengar yang tinggi.

[12]

You might also like