You are on page 1of 2

Juwairiyah bt Muhamed

911222-11-5418

Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat Illahi kerana Kejohanan Olahraga
Tahunan bagi tahun 2014 telah berlansung dengan jayanya. Jutaan terima kasih
kepada pensyarah-pensyarah jabatan Gerko yang telah banyak memberi nasihat,
tunjuk ajar dan kritikan bagi membantu kami guru pelatih semester 5 menghasilkan
KOT yang meriah dan berjalan lancar.

KOT merupakan salah satu tugasan wajib bagi saya dan guru-guru pelatih
semester 5 yang lain. Saya telah diberi amanah untuk memegang tugas sebagai
salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) teknikal. Pengalaman sebagai ajk teknikal
merupakan pengalaman baru dan sangat bernilai kepada diri saya. Saya percaya
tanpa KOT, pengalaman ini tidak mampu saya miliki dalam perjalanan hidup saya.
Saya dan ajk teknikal yang lain telah mula menjalankan tugas sebulan sebelum KOT
bermula. Saya telah belajar cara menghasilkan trek acara balapan serta bagi cara
padang seperti lontar peluru dan lompat jauh. Baru saya sedar bahawa bukan
mudah mengahasilkan sesebuah trek balapan kerana ia memerlukan ukuran yang
betul yang telah disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Sememangnya menjadi
rutin saya dan rakan-rakan untuk turun kepadang pada waktu petang untuk
menyiapkan trek balapan dan acara padang ini sebelum iai digunakan bagi acara
sukantara. Sekalipun bekerja dalam keadaan panas, keadaan ini banyak mengajar
saya erti bersabar dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan.
Alhamdulillah berkat kerjasama kami ajk teknikal, semua tugas telah selesai
sebelum acara KOT berlansung. Perjalanan saya diteruskan pada hari kemuncak
KOT iaitu mempersiapkan trek sebelum setiap acara larian bermula. Pengalaman
pertama dan menyeronokkan bagi saya walaupun sangat penat.

Kelemahan sudah pasti ada dalam setiap pengurusan dan perancangan.
Saya melihat aspek masa sebagai kekurangan pada KOT kali ini. Latihan sering
bermula lambat rentetan daripada adik-adik guru pelatih serta penganjur sendiri
tidak menepati masa. Namun harapan agar pada KOT akan datang aspek masa
dapat dipertingkatkan lagi. Segalam kekangan dan kelemahan tidak berlaku lagi
pada masa akan datang.

Akhir kata semoga KOT Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan
sengaja atau tidak sengaja yang telah dilakukan. Pengalaman sebagai penganjur
KOT sangat bermakna buat diri saya.

Sekian..

You might also like