You are on page 1of 3

PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL - Merujuk kepada cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam

kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.

1. INTERAKSI RAKAN SEBAYA Merupakan salah satu proses bersosial yang penting bagi kanak-kanak Rakan sebaya bukan sahaja menawarkan peluang untuk bermain, tetapi kanakkanak belajar tingkah laku sosial dan interaksi sosial melalui rakan sebaya. Pada peringkat awal kanak-kanak ialah masa yang sesuai untuk mereka mewujudkan kemahiran sosial dengan rakan sebaya. Kanak-kanak suka bermain dengan rakan sebaya yang seusia dengan mereka. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kecekapan mereka melalui interaksi dengan rakan sebaya Kejadian atau peristiwa seharian yang berlaku dalam kehidupan kanak-kanak membolehkan mereka menunjukan rasa simpati, tolong menolong, berbincang atau menyelesaikan masalah yang mereka alami bersama rakan sebaya. Kanak-kanak yang baru memasuki alam perhubungan rakan sebaya pada mulanya memerlukan tunjuk ajar serta campur tangan daripada orang dewasa. Namun ia semakin tidak diperlukan apabila umur mereka semakin meningkat.

2. PERSAHABATAN Merupakan salah satu jenis perhubungan rakan sebaya.

Konsep persahabatan bagi kanak-kanak adalah terbatas. Ia wujud pada situasi yang berlaku pada masa itu sahaja.Namun ia menjadi semakin erat apabila umur kanakkanak itu meningkat. Kanak-kanak prasekolah melihat rakan mereka dari segi kecekapan, kemahiran fizikal dan sikap, bukan dari segi personaliti. Dengan kata lain kawan ialah seseorang yang bermain dengan kita Kanak-kanak menganggap sahabat mereka sebagai sahabat sepermainan sahaja dan tidak mementingkan nilai persahabatan. Kanak-kanak mengenali persahabatan dengan bertanya adakah awak kawan saya? yang mana maksudnya ialah adakah awak hendak bermain dengan saya? Kanak-kanak prasekolah mengharapkan melalui persahabatan, akan memberikan mereka sesuatu yang menyeronokkan, hiburan, dan kepuasan dalam bermain. Terdapat pelbagai teori tentang pandangan kanak-kanak tentang persahabatan dan boleh dibahagikan kepada 3 tahap: Tahap 1: Sahabat sebagai rakan sepermainan. apabila umur kanak-kanak antara 5-7 tahun. Sahabat dianggap sebagau rakan sepermainan. Persahabatan dieratkan dengan pemberian dan perkongsian barangbarang mainan.

Tahap 2: Persahabatan berdasarkan saling membantu dan saling mempercayai antara satu sama lain apabila umur kanak-kanak antara 8-10 tahun. Persahabatan pada peringkat ini merupakan satu hubungan dua hala iaitu saling membantu dan mempercayai antara satu sama lain. Tahap 3: Persahabatan berdasarkan saling memahami dan lebih bersifat intimasi

- apabila kanak-kanak berumur antara 11-15 tahun dan ke atas. Mula mementingkan nilai persahabatan. Pada masa ini sahabat ialah orang yang memahami segala tingkah laku, personaliti dan emosi mereka.

3. PENGARUH JANTINA Menurut kajian, salah satu faktor yang penting dalam interaksi rakan sebaya dan persahabatan ialah jantina Kebanyakkan kanak-kanak lebih suka bersahabat dan bermain dengan kawan yang menpunyai jantina yang sama dengan mereka Menurut kajian, didapati kanak-kanak perempuan mengelak daripada bersahabat atau bermain dengan kanak-kanak lelaki. Ini kerana mereka mendapati kanak-kanak lelaki kurang memberikan respon yang baik kepada mereka sama ada melalui hubungan persahabatan atau semasa bermain. Kanak-kanak perempuan juga tidak suka bersahabat atau bermain dengan kanakkanak lelaki kerana bagi mereka kanak-kanak lelaki mempunyai cara bermain yang agak kasar dan yang paling penting mereka kurang berpengaruh berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak lelaki lebih suka bermain dalam kumpulan yang lebih besar berbanding kanak-kanak perempuan yang selalunya terdiri daripada 2-3 orang sahaja. Kanak-kanak lelaki lebih suka bermain jauh daripada ibu bapa dan di tempat-tempat awam berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang suka bermain tidak jauh daripada ibu bapa mereka.

You might also like