You are on page 1of 7

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di waktu petang Kami mengucapkan selamat datang Ke majlis penutup Karnival Pembestarian Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan dif-dif kehormat, RADZIAH para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit dan bersedia untuk berdiri menyanyikan Lagu Negaraku sebaik sahaja Yang Berbahagia Tan

Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang serta dif-dif kehormat mengambil tempat. UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain bin HASHIM Haji Awang Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia ke Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008. Silat Selamat Datang Pegawai Protokol akan mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri KSU ke tempat duduk VIP Lagu Negaraku dimainkan.

Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif kehormat serta hadirin sekalian dijemput duduk. PERSEMBAHAN SELAMAT DATANG

Untuk makluman Yang Berbahagia Tan Sri,dif-dif kehormat, para RADZIAH tetamu serta hadirin sekalian, persembahan silat selamat datang itu tadi di persembahkan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Serting Felda.

Terbang bebas si rama-rama Teratai mekar di tengah lembah Menyusun langkah semerdu irama Tarian Sewang kini dipersembah Marilah kita sama-sama menyaksikan Tarian Sewang daripada muridmurid Sekolah Kebangsaan Putra. Majlis mengucapkan terimakasih di atas persembahan tarian itu tadi.

BACAAN DOA Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008. Majlis mempersilakan En. Mohd Aris bin Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

HASHIM

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu tadi. SENARAI VIP DAN JEMPUTAN 1. Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Yang Berusaha Dr. Haili b. Dolhan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 3. Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Adenan bin Deraman Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan 4. Yang Berbahagia Dato Abdullah bin Mohammad Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 5. Pengarah-pengarah Pelajaran Malaysia 6. Ketua-ketua jabatan 7. Ketua-ketua sektor 8. Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan 9. Pegawai-pegawai dari Agensi-agensi luar 10. Para jemputan, guru-guru, murid-murid serta hadirin dan hadirat sekalian dan wakil-wakil Bahagian Kementerian

RADZIAH

UCAPAN ALU-ALUAN Sayang melukut ditepi gantang Himpunan tikar padian huma Tuan dijemput sudahlah datang Berbesar hati kami menerima RADZIAH Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam majlis Penutupan Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif kehormat, serta para jemputan ke majlis ini. Untuk makluman hadirin sekalian, Karnival Pembestarian Sekolah telah diadakan selama 3 hari bermula dari 22 Ogos 2008 dan akan berakhir pada petang ini 24 Ogos 2008.

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGARAH BAH TEK PEND MALAYSIA Hadirin yang dihormati, Majlis pada petangi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Hj. Mohd Adenan bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.... UCAPAN PENUTUP Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang (Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. RADZIAH HASHIM

Majlis merakamkan setinggi-tinggi Berbahagia Tan Sri sebentar tadi.

terima kasih di atas ucapan Yang

Mohon Yang Berbahagia Tan Sri untuk terus berada diatas pentas bagi majlis penyampaian hadiah. PENYAMPAIAN HADIAH HASHIM Untuk menyempurnakan acara, dijemput semua dif-dif kehormat naik ke pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Penyampaian hadiah dimulakan dengan : Pertandingan Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran kategori Sekolah Menengah. Tempat Ketiga dimenangi oleh : Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir Tempat Kedua : Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin Tempat Pertama : SMK Puteri, Seremban Pertandingan Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran kategori Sekolah Rendah. Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK Bongek Tempat Kedua SJKC Chung Hua, Lukut Tempat Pertama SJKT Ldg Bt Hampar Pertandingan Laman Web Sekolah kategori Sekolah Menengah: Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Pasoh 2 Tempat Kedua : SMK Seri Ampangan Tempat Pertama : Kolej Tunku Kurshiah Pertandingan Laman Web Sekolah kategori Sekolah Rendah: Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK Rompin Tempat Kedua : SK Undang Rembau Tempat Pertama : SK Petaseh Pertandingan Laman Web Pusat Sumber Sekolah kategori Sekolah Menengah : Hanya satu penyertaan sahaja...dimenangi oleh Kolej Tunku Kurshiah Kategori Sekolah Rendah : Tiada penyertaan HASHIM RADZIAH RADZIAH HASHIM HASHIM

Pertandingan Video Klip Pembelajaran Kategori Sekolah Menengah : Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Dato Klana Putra Lenggeng Tempat Kedua : SMK KGV Seremban Tempat Pertama : SMK Bukit Mewah, Seremban Pertandingan Video Klip Pembelajaran Kategori Sekolah Rendah : Tempat Ketiga dimenangi oleh : SJKT Ldg Sialang, Bahau Tempat Kedua : SK King George Seremban Tempat Pertama : SK King George Seremban Pertandingan Profil Pembelajaran (Folio Digital) Kategori Sekolah Menengah: Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Bukit Jalor Tempat Kedua : SM Chan Wa, Seremban Tempat Pertama : SMK Undang Rembau Pertandingan Profil Pembelajaran (Folio Digital) Kategori Sekolah Rendah : Tempat Kedua dimenangi oleh : SK Astana Raja, Rembau Tempat Pertama : SK Tampin Pemenang Oracle Think.com Future Scientist Contest: HASHIM HASHIM RADZIAH RADZIAH HASHIM

Rujuk En Suhaimi dan Puan Mashitah

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri atas kesudian itu tadi. Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Adenan bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis mempersilakan. HASHIM

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri. LAWATAN KE TAPAK PAMERAN KARNIVAL Hadirin dan hadirat sekalian, Sempurnalah sudah majlis penutupan Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008 pada petang ini. Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan, masyarakat dan RADZIAH negara. Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Tan Sri diiringi Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, dif-dif kehormat, para jemputan serta hadirin sekalian untuk sesi lawatan ke Pameran Karnival dan seterusnya ke Majlis Jamuan Ringan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka Karnival Pembestarian Sekolah bagi tahun 2008 menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Karnival Pembestarian Sekolah pada tahun ini dan majlis ini diakhiri dengan tiga rangkap pantun. Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan didalam peti Majlis penutupan selesailah sudah Jumpa lagi di lain kali Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi Kiri jalan kanan pun jalan Tengah-tengah pohon mengkudu Selamat jalan kami ucapkan Berhati-hati ketika memandu HASHIM

RADZIAH

HASHIM

RADZIAH

You might also like