You are on page 1of 15

Hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.

Holsti (1983) Hubungan antarabangsa bermaksud Interaksi (perhubungan) di antara ahli-ahli dalam negara berlainan, sama ada perhubungan yang melibatkan kerajaan ataupun tidak. (Mokhtar Muhammad,2005).

Goldstein (1994) Hubungan antarabangsa adalah merupakan kajian mengenai hubungan antara kerajaan dengan kerajaan lain di dunia.

Henderson (1998) Hubungan antarabangsa merupakan satu proses pembahagiankuasa di antara negara-negara di peringkat antarabangsa. (Zulhilmi Paidi & Asrar Omar, 2003).

Pendekatan yang membentuk HA :


Tradisional Perlakuan Alternatif

Satu bentuk hubungan tradisi merentasi masa iaitu satu bentuk hubungan diplomatik yang telah sedia terjalin.

Hubungan yang dijalinkan di atas sebab-sebab ekonomi, sosiologi, sains politik dan psikologi.

Kerjasama dan usahasama dalam sesuatu dasar, konsep atau objektif yang ingin dicapai secara bersama.

Ekonomi

Sosial

politik

Kepentingan Hubungan Antarabangsa


Imigrasi & Tenaga buruh asing keselamatan

Teknologi & Pendidikan

ASPEK EKONOMI

Merupakan aspek yang paling penting dalam hubungan antarabangsa. Hubungan antarabangsa membuka peluang kepada Malaysia untuk maju dalam bidang ekonomi dan meningkatkan pendapatan negara kasar. Contoh: Malaysia telah mengecapi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dengan mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara maju seperti Jepun. Jepun menjadi rakan pelabur yang utama di era Tun Dr. Mahathir Mohamad.

ASPEK KESELAMATAN DAN KEAMANAN

Menggalakkan kewujudan persekitaran serantau dan antarabangsa yang harmoni yang akan memberikan ruang kepada Malaysia untuk mencapai matlamat negara tanpa gangguan daripada ancaman luar. Menghalang ancaman pihak luar dari mengancam keselamatan negara. Contoh:Malaysia mengangotai Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negara kita.

ASPEK POLITIK

Bagi menjamin kestabilan politik, Malaysia mengadakan hubungan antarabangsa. Contoh: Menganggotai ASEAN , dapat menjamin kestabilan politik negara anggota bersama. Kuasa besar tidak dengan mudahnya campur tangan dalam politik sesebuah negara.

ASPEK SOSIAL

Bagi menjamin aspek sosial negara juga perlu ada hubungan antarabangsa. Dengan adanya hubungan yang baik, sesebuah negara dapat mengenali budaya dan kepercayaan yang diamalkan oleh rakyat di sesebuah negara yang lain. Ini dapat memelihara dan mengeratkan hubungan. Contoh: Menganggotai ASEAN

ASPEK PENDIDIKAN & TEKNOLOGI

Hasil daripada hubungan diplomatik yang baik dengan negara maju seperti UK, Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan, maka rakyat Malaysia berpeluang melanjutkan Pelajaran di negara tersebut. Contoh: Hubungan Malaysia - Jepun secara tidak langsung melatih rakyat Malaysia untuk mempelajari teknologi Jepun dan Korea Selatan untuk mencapai impian Malaysia menjadi negara maju menerusi wawasan 2020.

IMIGRASI DAN TENAGA BURUH ASING

Peluang Pekerjaan di Malaysia menyebabakan penduduk asing dari negara lain seperti negara Indonesia menbanjiri negara kita tanpa passport perjalanan yang sah ataupun imigran yang tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan. Contoh: Malaysia telah mengambil pendekatan dengan berunding dengan kerajaan Indonesia bagi menanggani isu ini.

You might also like