You are on page 1of 6

9.

Anda merupakan Komander Kumpulan Bencana Alam PBSMM yang telah ditugaskan oleh Pegawai Kebajikan untuk bertanggungjawab dalam satu Pusat Penyelamat di dalam dewan masyarakat yang memuatkan 150 mangsa banjir. Dalam kumpulan anda, anda memiliki sumber-sumber yang ada seperti berikut: Perkakas dapur dan catuan makanan selama 2 hari. Tandu-tandu dan peti-peti kecemasan. Sebuah ambulan dan sebuah lori. Telefon bimbit. 40 helai selimut, 10 bungkus pakaian terpakai. Sebuah khemah. 10 orang sukarelawan terlatih dalam bantuan bencana alam.

Bagaimana anda mengatur dan mengurus pusat penyelamat tersebut selama empat hari. Sebagai Komander Kumpulan Bencana Alam PBSMM yang telah ditugaskan oleh Pegawai Kebajikan untuk bertanggungjawab dan satu pusat penyelamat di dalam dewan masyarakat yang memuatkan 150 mangsa banjir, saya akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam. Penubuhan Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa-mangsa. Selain itu, jawatankuasa ini juga akan bertanggungjawab dalam tugas menyelamat, penyediaan dan pengurusan pusat-pusat pemindahan, penyediaan sajian makanan, penyediaan bekalan air dan penyediaan rawatan perubatan dan kesihatan. Saya juga akan menyusun atur pusat bencana alam. Hal ini adalah bertujuan bagi memastikan pusat pemindahan mangsa banjir berada dalam keadaan lancar dan sistematik. Di samping itu, saya akan mengagihkan tugas kepada sukarelawansukarelawan, sekali gus meminta bantuan daripada sukarelawan tambahan

memandangkan bilangan sukarelawan adalah amat sedikit. Jumlah sukarelawan tambahan yang diperlukan adalah seramai 15 orang.

Saya

juga

akan

berusaha

untuk

mencari

pembekal

makanan

untuk

membekalkan makanan supaya bilangan makanan mencukupi untuk semua mangsa. Saya akan mengarahkan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab supaya menelefon pembekal-pembekal makanan yang sudi untuk membekalkan makanan. Selain itu juga, saya akan berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memohon pertolongan daripada mereka iaitu dari segi pakaian dan keselesaan untuk mangsa banjir. Seterusnya, saya akan menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan perkhidmatan daripada doktor dan menambah bilangan ambulans. Hal ini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mangsa-mangsa banjir sentiasa terjamin. Khemah yang disediakan akan digunakan sebagai tempat rehat dan pemeriksaan bagi mangsa yang sakit. Sila rujuk lampiran(a) untuk mendapatkan gambaran tentang susun atur Pusat Bencana Alam serta fungsi setiap jawatankuasa.

PETUNJUK

PERKARA

FUNGSI

Pintu Masuk

Pentas Dewan

Pendaftaran

daftar mangsa. beri kupon sediakan stilistik mangsa banjir

Hospital Sementara(First Aid)

beri rawatan ringan. urus dan menghantar pesakit ke hospital.

Store(Quarter Master)

simpan barang derma. keluar masuk barang untuk masak. dapatkan bekalan makanan dari luar. beri selimut dan pakaian kepada mangsa. mencari inisiatif lain untuk mendapatkan selimut dan pakaian tambahan.

Mass Cooking(Masakan Kelompok)

sediakan tenaga manusia untuk memasak. tentukan menu. mengendalikan masakan. edar makanan kepada mangsa

dengan menggunakan sistem kupon.

Bilik Operasi

Memberikan arahan kepada ahli jawatankuasa setiap stesen.

Publisiti dan Perhubungan Awam

melayan pelawat ke pusat. melayan penderma, pemberita dan lain-lain. sediakan press release. kemas kini maklumat.

Kaunseling dan Mengesan

Beri kaunseling kepada mereka yang perlu. sediakan aktiviti untuk kanakkanak. selesai masalah dalam kalangan mangsa.

Pengangkutan

sediakan pengangkutan untuk: 1. Meninjau dan menyelamat. 2. Angkut mangsa. 3. Beri bekalan. 4. Angkut barang keperluan ke pusat.

Menyelamat dan Meninjau

melaporkan balik kepada pusat jumlah mangsa banjir. bawa masa ke pusat atau

hospital.

You might also like