You are on page 1of 3

KEPENTINGAN HIJRAH 1. Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman. Dan dilakukan secara terangan. 2.

Peluang untuk mendamaikan masyarakat Arab di Madinah. 3. Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam Makkah dan Madinah. 4. Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru. 5. Wujud golongan Muhajirin dan Ansar.Muhajirin bermaksud berpindah. Ansar bermaksud menolong ( Nasara ) Golongan Ansar membantu Muhajirin dengan cara menjaga keselamatan & menyediakan modal untuk berniaga 6. Keamanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera sebagai sebuah negara. 7. Wujud takwim Hijrah. Mula dicipta dan digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin kedua Umar al Khatab. 8. Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam. 9. Pertukaran nama Yathrib kepada Madinah Al Munawarah . Pusat tamadun Islam dan agama. 10. Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan. 11. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung halaman. 12. Kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah. 13. Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah daripada Quraish.

Implikasi Perjanjian Hudaibiyah dari segi politik a. secara tidak langsung kaum Quraisy telah mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang pemimpin Negara dan Madinah sebagai sebuah Negara Islam b. gencatan senjata telah memberi peluang kepada umat Islam utk menyebarkan Islam dgn bebas dan luas tanpa ancaman Quraisy c. suasana keamanan dan kedamaian ini telah memberi peluang kpd Nabi Muhammad s.a.w utk menuju dan membangunkan kehidupan umat Islam di Madinah d. tempoh perdamaian ini juga telah memberi peluang kpd umat Islam utk menumpukan perhatian kpd musuh Islam yg lain spt Yahudi e. perjanjian ini juga bermakna persekutuan di antara kaum Yahudi di Madinah dgn kaum Quraisy telah luput dgn sendirinya f. kebebasan bagi kabilah Arab utk menyebelahi mana-mana pihak menyebabkan banyak kabilah menyatakan sokongan merekja secara terang-terangan terhadap umat Islam ; antaranya suku kaum Khuzaah g. sebelum ini mereka tidak berani kerana takutkan kaum Quraisy, ini menguntungkan umat Islam krn mereka dapat mengenal pasti antara kawan dan lawan

Sumber Baitulmal

a. Zakat.
i. Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

b. Kharaj.
i. Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.

c. Jizyah.
i. Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi.

d. Ghanimah dan Al-fay.


i. Ghanimah merupakan harta rampasan perang. ii. Al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun.

e. Usyur.
i. Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. ii. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%. iii. Bagi kafir Zimmi yang bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %.

You might also like