You are on page 1of 11

961025-56-5466

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji ke hadrat ilahi atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya
dapatlah saya menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W.
Pada kesempatan ini , saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Puan Hajah Maznah binti Mazlan selaku pengetua SMK Desa
Mahkota yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian luar dan
banyak memberikan sokongan moral kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak
dilupakan juga kepada guru mata pelajaran Pengajian Am, Puan Nor Maizatulakmar binti
Haji Mamat yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan semasa menjalankan kajian
ini.
Di samping itu, terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik
Mazzaimi bin Mat Dom dan Puan Mazni binti Mohd Saleh serta keluarga yang tidak
jemu memberi sokongan moral mahupun kewangan kepada saya sepanjang kajian ini
dijalankan.
Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih juga diucapkan kerana sudi
membantu saya dengan memberi semangat dan idea sewaktu pengkaji ketandusan idea.
Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi
meluangkan masa menjawab soal selidik dan ditemu bual.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala budi dan jasa baik
kalian hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan
perlindungan daripada Allah S.W.T.

961025-56-5466

3.0 Lokasi kajian


Kajian ini telah dilakukan di kawasan perumahan Taman Beringin di daerah Kepong,
Kuala Lumpur. Lokasi kajian ini terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat Bandar Kuala
Lumpur.

Peta 1: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Sumber: www. malaxi.com
Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu
negara .Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas
244 km2(94 bt persegi), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010. Kuala
Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi
sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang
diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di
negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.

961025-56-5466

2.0 Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah untuk:
i) Mengkaji adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Taman
Beringin.
ii) Mengenal pasti pantang larang yang diamalkan sepanjang proses perkahwinan oleh
masyarakat Melayu di Taman Beringin.

961025-56-5466

4.0 METODOLOGI
Pendahuluan
Menurut Hornby (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk
menjalankan kaedah ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan
membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, batasan kajian, instrument kajian, dan
prosedur analisis data bagi mejawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan
lebih awal.

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dari analisis
data. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu di Taman Beringin dan mengkaji pantang larang yang diamalkan
sepanjang proses perkahwinan tersebut.

Instrument Kajian
Instrument ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
berkaitan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini,
instrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang
temu bual, borang soal selidik, kaedah rujukan.

Kaedah
Instrument Kajian
Kuantitatif
Borang soal selidik
Kualitatif
Borang temu bual, Rujukan
Jadual 4.1: Jenis-jenis kaedah
Cara Mendapatkan Responden
Responden kajian ini terdiri daripada 30 oang penduduk dari kawasan Taman Beringin.
Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada 10 orang lelaki dan 20
orang perempuan dari penduduk di kawasan Taman Beringin akan diambil sebagai
responden. Responden terbatas kepada penduduk Melayu yang mendiami kawasan

961025-56-5466

Taman Beringin dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada pada hari kajian
dijalankan. Dalam kuanlitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk di temu bual.
Cara Mendapatkan Maklumat/ Data daripada Responden
Borang soal selidik yang sesuai telah saya buat untuk mendapat dan mengumpul
maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan
secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada
dua bahagian iaitu Bahagian A,B, dan C.. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri
responden manakala Bahagian B adalah soalan mengenai adat perkahwinan yang
diamalkan dan pantang larang yang diamalkan sepanjang proses perkahwinan oleh
masyarakat Melayu di Taman Beringin. Kajian ini menggunakan skala nominal iaitu Ya
atau Tidak.
Jadual 4.2: Skala Nominal
Soalan

Ya

Tidak

Bahagian C pula adalah soalan tentang pantang larang yang diamalkan sepanjang proses
perkahwinan oleh masyarakat Melayu di Taman Beringin. Kajian ini menggunakan skala
pemarkahan likert tiga mata yang mengandungi tiga aras iaitu 1= setuju, 2= kurang
setuju, 3= tidak setuju.
Jadual 4.3: Skala likert 3 aras digunakan
Mengamalkan
Kurang mengamalkan
Tidak menamalkan

1
2
3

Selain itu, kaedah temu bual digunakan. Dalam pada itu, temu bual dijalankan kepada
penduduk yang tinggal di kawasan Taman Beringin. Tujuan utama temu bual adalah
untuk mengetahui pantang larang yang diamalkan sepanjang proses perkahwinan oleh
masyarakat Melayu di Taman Beringin.

Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan adalah melalui kaedah rujukan. Buku rujukan,
internet, dan Kamus Dewan Edisi ke-4 daripada Perpustakaan Negara telah digunakan

961025-56-5466

sebagai sumber rujukan. Saya telah mencari banyak perkataan dengan maknanya
daripada Kamus Dewan sebagai sokongan hasil kerja.

Memproses dan Mempersembahkan Data


Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk skala
likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala likert akan dikategorikan seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 4.3
Jadual 4.4: Pengkelasan Skala Likert
Kategori Setuju
1

Kategori Tidak Setuju


2
3

Setuju

Kurang Setuju

Tidak Setuju

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh
sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis. Data yang
dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar dan jadual.

Rumusan
Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan
dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, kajian ini megikut tatacara kajian yang ketat
dengan menepati prosedur kutipan data dan instrument yang telah dikenal pasti.

1.0 Pengenalan

961025-56-5466

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian kaum


dan hidup dalam suasana aman dan harmoni. Setiap kaum mempunyai adat dan
kepercayaan yang berbeza. Antara yang terdapat di Malaysia ialah kaum Melayu. Kaum
Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan
seharian sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Kebiasaan ini telah
menjadi amalan turun-temurun serta zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang
mereka . biarpun arus pemodenan terus berlaku namun sebahagian masyarakat Melayu
termasuklah mereka yang tinggal di kawasan bandar masih berpegang kepada banyak
adat-adat lama mahupun kepercayaan tertentu. Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas
terlibat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak , jangan mati adat. Peribahasa
ini merujuk betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat Melayu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adat resam bermaksud adat
(aturan)

yang

biasa.

Manakala

http://amma190.blogspot.com/2010/08/adat-resam.html

menurut
,

adat

resam

internet
merupakan

kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat
menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
Sehubungan dengan itu , antara adat yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu ialah adat perkahwinan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang begitu
berpegang teguh dengan adat resam. Hal ini kerana mereka percaya bahawa adat resam
mempunyai kesan yang akan mempengaruhi kehidupan sesorang. Bagi masyarakat
Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Penerapan unsur adat resam ini
dapat dilihat jelas dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Sesuatu upacara dalam
peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009),
perkahwinan ialah amanah untuk memikul tanggungjawab memebentuk keluarga yang
lebih besar manakala menurut Halimah Abd. Rahman (2010) perkahwinan merupakan
satu proses yang mesti dilalui oleh semua orang baik lelaki mahupun perempuan tanpa
mengira darjat atau taraf.
Setiap masyarakat mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi
dan adat budaya masing-masing. Begitu juga di dalam upacara perkahwinan. Dalam

961025-56-5466

kalangan masyarakat Melayu. Perkahwinan merupakan satu perkara penting dalam


kehidupan mereka. Ia merupakan satu tahap sejarah dalam hidup seseorang.
Oleh sebab itu, perkahwinan perlu dirancang dengan lebih teliti supaya
segala upacara dapat dijalankan sebaik-baiknya tanpa menghadapi sebarang kesulitan.
Namun dalam konteks tradisi perkahwinan masyarakat Melayu, idea dan amalan yang
dapat dikenal pasti adalah menurut pengertian budaya dan kepercayaan yang dijunjungi
oleh individu tersebut.

Adat Perkahwinan yang Diamalkan oleh Masyarakat Melayu.


Antara adat-adat yang masih diamalkan sehingga ke hari ini ialah
merisik,meminang, bertunang, menghantar kad atau belanjadan upacara akad. Dari segi
persiapan pengantin pula terdapat beberapa adat seperti berandam, berasah gigi, mandi
limau dan berinai. Kemuncak di dalam adat perkahwinan ini adalah pasangan pengantin
akan bersanding diatas pelamin yang dihias indah dan diraikan bagai raja sehari.
Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi memastikan bahawa adakah adat-adat ini masih
diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Pantang Larang yang Diamalkan olehMasyarakat Melayu Sepanjang Proses


Perkahwinan Masyarakat Melayu.

Menurut Arni Binti Johan dalam Aktivis Jurnal Akademik Jilid V1 2006 Budaya
dan Ilmu (hlm. 49), pantang larang lebih merupakan khazanah budaya dunia terbina
daripada pengalaman hidup yang lalu. Manakala menurut Sheikh Othman bin Seikh
Salim (eds.) dalam Kamus Dewan Edisi Yang Ketiga (hlm. 975), pantang larang secara
ringkasnya bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak manusia itu dilahirkan
sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya meninggal dunia.
Pantang larang diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulu juga bertujuan untuk
mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-niali murni dalam kehidupan mereka. Ia
juga diamalkan kerana pantang larang adalah seperti harta pusaka nenek moyang mereka
dan bagi mereka mereka bertanggungjawab untuk mengamalkannya dan menurunkan

961025-56-5466

tradisi itu kepada anak-anak atau cucu-cucu mereka.Di dalam sebuah pantang larang
mempunyai erti sendiri yang akan memberi manfaat dalam hidup masing-masing.
Pantang larang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pantang larang untuk wanita
hamil, pantang larang keatas lelaki, wanita dan kanak-kanak serta bayi dan juga ketika
berada ditempat-tempat-tempat tertentu seperti hutan dan sungai. Tidak lupa juga pantang
larang sepanjang proses perkahwinan yang terbahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa
dan selepas perkahwinan.
Justeru itu, rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana
pantang larang ini masih relevan untuk diamalkan oleh masyarakat Melayu zaman
millennium ini.

961025-56-5466

Peta 3: Taman Beringin, Kepong.


Sumber: http://maps.google.com
Lokasi kajian terletak di kawasan Kepong. Lokasi kajian terletak kira-kira 3 kilometer
berhampiran dengan Taman Layang- Layang. Selain itu, terdapat beberapa institusi
pendidikan di kawasan berhampiran seperti SMK Jinjang dan SK La Salle. Penduduk
yang tinggal di lokasi ini kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu manakala kaum
Cina dan India merupakan penduduk minoriti yang mendiami kawasan ini. Penduduk
Taman Beringin rata-rata menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak
melakukan aktiviti seharian antaranya ialah kereta, mpv, van dan motorsikal.

961025-56-5466

Peta 2: Kepong, Kuala Lumpur.


Sumber: http://maps.google.com
Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kirakira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri
Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut.
Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri
Selangor iaitu dalam daerah Gombak. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya
Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.

You might also like